Aku keguguran, suami marah aku sebab mengidam makan nenas. Dia taknak hantar pergi hospital. Aku tebalkan muka tanya orang masjid

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami salahkan aku anak keguguran. Dia taknak uruskan jen4zah anak kami. Aku tebalkan muka jumpa orang masjid tanya cara nak kebvmikan bayi. Bertahun aku salahkan diri sendiri.. Nak tahu kenapa aku pilih beranak ramai??

#Foto sekadar hiasan / AI. Boleh baca confession ni dulu >>  Masa isteri aku keguguran, aku pergi kerja, biarkan isteri urus semua jen4zah anak aku sampai Iiang Iahad. Tak sangka isteri berd3ndam. Assalamualaikum semua. Bak kata suami aku, betul lah tu aku pembaca tegar dekat sini tapi aku tak pernah nak komen. Aku cuma suka membaca.

Dari cerita yang pertama, aku rasa tu cerita aku. Aku ada balas tapi waktu aku menulis cerita ni, balasan aku tu belum diterbitkan. Maaf sebab balasan aku tu agak beremosi sebab aku tak sangka suami aku sendiri boleh bercerita macam tu sedangkan dia sendiri tak berani berdepan untuk berbincang dengan aku.

Aku dah usaha berbincang, memujuk, bertanya apa yang tak kena. Dia m4kin dingin sangat dengan aku sejak kebelakangan ni. Tapi dia boleh pula usaha tulis cerita lain untuk balas semua komen yang dia terima dari orang ramai. Cerita tentang bayi aku, kadang – kadang rasa terlalu berat nak cerita dekat orang lain.

S4kitnya, tr4umanya, memang tak akan hilang. Semuanya masih segar dalam ingatan. Tak pernah sekali pun lupa. Aku masih ingat masa aku dapat tahu jantina bayi. Seronoknya rasa bila tahu kami bakal ada bayi perempuan. Boleh padankan baju dengan mama.

Boleh main spa sama – sama. Hari yang sama juga terus singgah kedai bayi. Beli gaun bayi paling cantik. Aku teruja sangat. Tapi semua perasaan tu hilang bila dapat tahu bayi dah tak ada. Masih ingat lagi betapa paniknya muka jururawat bila dia cuba cari degupan jantung bayi tapi tak jumpa.

Tapi jururawat cuba tenangkan aku, mungkin sebab bayi masih kecil. Jururawat terus rujuk jumpa doktor. Waktu jumpa doktor, mula – mula doktor sangat tenang. Dia cuba sedaya upaya tenangkan aku walaupun masa tu aku sendiri dah boleh rasa bayi memang dah tak ada. Tapi sudah tentu aku dalam penafian.

Lama doktor cuba cari tapi tak jumpa juga. Aku tahu mesti berat untuk doktor tu nak sampaikan berita dekat aku. Tapi doktor bagi alasan mesin di klinik kesihatan tak canggih. Dia terus rujuk ke hospital. Waktu tu, segala doa aku baca. Mengharapkan keajaiban.

Aku seorang diri, menggigil, panik, tak tahu nak rasa apa. Tapi aku terima juga berita yang sama. Aku tak menangis, tak sedih. Aku rasa kosong. Aku cuma minta dekat doktor sedikit masa untuk biar bayi lahir sendiri. Dia bagi masa seminggu.

Keluar dari hospital, aku telefon suami. Aku cuma cakap bayi dah tak ada. Aku masih ingat lagi ayat dia, “haaa tu lah makan benda mengarut lagi, kan bayi dah tak ada.” Masa tu memang aku salahkan diri sendiri. Aku mengidam sangat nak makan nanas.

Tapi aku cuma beli air tin nanas je untuk hilangkan mengidam. Bertahun aku salahkan diri sendiri. Waktu subuh hari aku nak bersalin, aku dah mula berd4rah agak banyak tapi aku tak rasa s4kit lagi masa tu. Aku k3jutkan suami, bagitahu dia aku berd4rah. Tapi dia minta aku tunggu sampai dia balik kerja. Aku akur.

Beberapa jam lepas tu, aku dah tak tahan s4kit. Aku telefon suami, suami cuma tanya aku s4kit sangat ke, tak boleh pergi hospital sendiri? Aku telan je kata – kata dia. Aku terus pandu kereta sendiri ke hospital. Alhamdulillah proses bersalin semuanya baik – baik je.

Walaupun bayi dah tak bernyawa, comelnya bayi aku. Adeena Saffiya, secomel orangnya. Esoknya aku boleh keluar hospital, bayi pun boleh diuruskan. Bab urusan bayi, suami cuma maklumkan hospital tak dapat uruskan. Lepas aku keluar hospital, aku tebalkan muka tanya kariah masjid, macam mana nak kebvmikan bayi.

Kariah masjid sangat baik, mungkin sebab aku nampak tak terurus masa tu. Aku uruskan sebaiknya. Suami pernah cakap dengan aku, bayi tu dah tak ada. Teruskan hidup. Tak boleh hidup balik. Mesti pelik kan kenapa aku tetap beranak ramai lepas tu.

Anak nombor dua sampai nombor enam semuanya lelaki. Aku nak anak perempuan aku balik. Aku berulang-alik ke hospital untuk dapatkan rawatan di bawah pakar psikiatri. Suami tahu tapi dia tak suka dan setiap kali ada janji temu dia akan kata aku terlalu layan perasaan.

Lama – kelamaan aku dah tak beritahu lagi pada suami aku ada temujanji. Sebaliknya aku upah pengasuh untuk jagakan anak di rumah, aku keluar sendiri. Aku cuma bagitahu aku ada urusan. Aku tak keluar dengan lelaki lain. Aku tak nafikan kewujudan seorang lelaki.

Tapi dia bukan bekas teman lelaki, bukan juga kekasih. Hanya sekadar kawan yang aku dah kenal dari kecil lagi sebab dia jiran sebelah rumah mak aku. Aku pernah kena ser4ngan anxiety teruk akhir tahun lepas. Masa tu aku tengah pandu kereta.

Mujur aku sempat cari tempat selamat untuk berhenti di tepi. Semua anak dalam kereta dengan aku. Aku telefon suami bagitahu keadaan aku. Tapi aku cuma dilabel sebagai orang yang suka cari perhatian. Entah macam mana aku telefon Khairul.

Khairul tahu semua cerita aku. Tapi sekadar dia tahu aku dah kahwin, aku ada anak, dan anak aku ada yang dah meninggaI. Sekadar tu je. Dia juga tahu aku ada masalah anxiety sejak sekolah lagi. Dia tak cakap banyak. Dia suruh aku tunggu, dia minta cuti separuh hari dari bos dia.

Dia hantarkan aku dan anak – anak balik ke rumah keluarga aku. Sejak tu, kadang – kadang dia ada juga mesej aku tanya khabar. Tapi sekadar tu je. Mungkin bagi suami aku, tu pun dah dikira curang. Tapi sampai hati awak tuduh saya berz1na.

Awal tahun ni saya dah pernah berbincang dengan awak kan, lepaskanlah saya secara baik. Tapi awak ugvt saya, awak tak mahu bagi nafkah walau satu sen kalau saya ambil anak. Awak tahu kan saya tak kerja. Aku buntu nak teruskan hidup dengan apa.

Soal empat ribu ringgit, awak tahu kan dekat situ juga termasuk bayaran semua bil elektrik, air, Unifi, telefon bimbit, pinjaman peribadi awak, kereta, kafa, duit belanja anak. Baru – baru ni je saya minta awak tambah sikit belanja. Sebelum ni saya cuba sebaiknya urus dengan apa yang diberi. Anak m4kin membesar, awak.

Awak kata awak dah tak nak sentuh saya tapi bukan ke dari tahun lepas lagi awak dah pisah tempat tidur. Saya minta secara baik dari awak. Saya dah cakap berdepan, saya dah mesej awak, kali ni dekat sini pula. Awak tolong lepaskan saya secara baik.

Tak mengapa, saya jaga anak. Awak tak nak bagi nafkah anak pun tak apa, yang tu urusan awak. Tapi jangan siksa saya macam ni. Tolong baca semua komen yang ada dengan hati yang tenang dan akal fikiran yang terbuka. – ASNM (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Amira Zafirah : Buat confessor.. Bagi saya lah.. kalau dia da menuduh berz1na tu.. da lah da 6 bulan tidur asing. Failkan je lah kat mahkamah.. nak tunggu si suami.. dia dok merentan je kat confessions. Biar suami dapat hak jaga anak – anak. Ada hikmah juga anak semua lelaki, jadi mudah suami nak urus.

Puan cuba baiki diri, cari pekerjaan.. cari rumah sewa lain.. setahun dua memang terp4ksa k0rbankan jiwa pisah dengan anak.. bila da ada income sendiri.. boleh lah f1ght dekat mahkamah untuk dapatkan perjagaan anak bergilir. Mahkamah pun tak k3jam nak pisahkan terus anak dari mak.

Tapi apa – apa pun. Puan kena cari jana income yang stabil. Ada rumah lain.. kewangan stabil.. itu yang penting. Bab nafkah anak.. suami tetap kena bayar juga.. undang – undang tetap undang – undang. Jangan bagi suami lepas tangan.. anak bukan sorang dua.. anak 5 kot.

Salina Gunawi : Saya memang dah agak dia suami yang tak berguna. Cari good lawyer dan saman dia atas segala perbuatan dia. Sebenarnya dialah attention seeker tu. Saya doakan agar you temui kebahagiaan you sendiri.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.