
Isteri aku cumalah surirumah tapi sanggup upah pengasuh datang ke rumah dan dia keluar jumpa dengan lelaki tu. Aku h4ramkan duit yang dia upah pengasuh tu..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Aku tak pernah membaca segala cerita dekat sini tapi aku tahu isteri aku pembaca setia. Aku seorang ayah pada 6 orang anak. Sudah pun berkahwin lebih 13 tahun. Bekerja dalam sektor service.
Hubungan aku dengan isteri baik saja sehingga tahun lepas. Kami ada sedikit bertelingkah dan salah faham. Aku akui kebanyakan hal rumah, isteri yang uruskan. Baik dari hal barang dapur, sekolah anak, bil rumah, hutang aku pun isteri yang handle. Aku cuma bagi duit. Yang aku tahu semuanya selesai.
Kalau anak ada aktiviti sekolah, dia juga la yang setia temankan anak. Bagi aku dia contoh isteri yang terbaik. Walaupun dia tak sihat, dia tetap bangun sediakan sarapan, bekal untuk aku dan anak – anak tanpa keluhan. Tapi aku lupa dia cuma isteri.
Dia pun perIukan perhatian. Silap aku dari awal kahwin, aku selalu keluar melepak sampai lewat malam. Dia tak pernah sekalipun mengeluh. Tapi dia akan tunggu sampai aku balik. Dia risau bila aku sampai rumah lewat. Aku tak pernah sangka akan diuji sebegini.
Sewaktu kami diuji dengan salah faham tahun lepas, isteri aku mula dingin. Layan aku acuh tak acuh. Aku rasa lost. Dia masih jalankan tanggungjawab dia seperti biasa. Waktu ni aku stalk segala social media dia, Whatsapp dia. Sampai la aku jumpa conversation dia dengan kawan baik dia.
Dia mengeluh, dia penat uruskan rumah sendiri. Ada suami tapi macam dia surv1ve sendiri dalam rumah. Aku naik angin, aku m4ki dia sebab aibkan aku dekat kawan dia. Aku rasa dia terlampau kurang ajar. Sanggup dia membuka aib aku sebagai suami. Isteri apa yang macam tu.
Tapi aku rendahkan ego aku. Aku cuba dengarkan penjelasan dia. Rupanya dia simpan d3ndam melampau dekat aku. Waktu anak sulung aku meninggaI, aku takda dengan dia waktu tu. Anak sulung aku meninggaI dalam perut waktu dia 24 minggu.
Isteri aku bersalin seminggu selepas doktor maklumkan heartbeat anak dah takda. Aku tahu luluh hati dia sebagai ibu. Waktu dia dapat berita tu, aku kerja. Aku tak dapat teman dia. Waktu dia bersalin, aku masih kerja. Dia call aku, dia bagitahu dia dah s4kit sangat tapi aku terper4ngkap dengan kerja. Dia drive sendiri pergi hospital. Bersalin sendiri.
Esoknya hospital minta tuntut baby, aku masih tak dapat teman dia sebab aku sendiri pun s4kit hilang anak. Isteri yang uruskan semua hal kebvmi anak. Aku tak sanggup. Dia simpan rasa marah, rasa d3endam sampai sekarang. Dia cuma nak aku minta maaf sebab aku takda untuk anak aku.
Tapi kata maaf tu rasa susah nak diungkapkan sebab aku pun sama rasa s4kit macam dia. Tapi akhirnya dia cuma kata dia dah maafkan aku. Apa pun, aku tetap ayah pada anak – anak kami. Tapi waktu aku ingat semuanya baik saja. Rupanya dia dah mula contact balik dengan bekas kekasih dia.
Dia masih uruskan semuanya sendiri. Takda sikit pun tanda macam dia curang. Cuma Allah nak tunjuk. Aku ternampak message dia. Dan ada satu waktu, dia akan on call waktu yang lama dan dia akan larikan diri samada dalam bilik ataupun keluar rumah.
Dugaan apa yang Kau berikan pada aku ya rabb. Aku tahu aku salah tapi bukan hak dia sebagai isteri untuk curang dengan aku. Aku tak tahu sejauh mana hubungan isteri aku dengan lelaki tu tapi aku tahu dia pernah jumpa laki tu dalam diam.
Isteri aku cumalah surirumah tapi sanggup upah pengasuh datang ke rumah dan dia keluar berjumpa dengan lelaki tu. Aku h4ramkan duit yang dia upah pengasuh tu semata untuk berjumpa lelaki tu. Isteri aku memang ada cari duit sendiri. Buat tutor, jadi affiliate.
Dia pandai cari duit sendiri. Sebelum ni segala pendapatan dia, dia akan salurkan balik pada keluarga. Apa yang tak cukup, dia la yang cukupkan. Sekarang dia jadi sangat berkira. Kalau tak cukup bulan tu, dia terus cakap dengan aku, itu ini habis.
Sedangkan dia tahu aku pun struggle setiap bulan. Gaji aku tak sebesar mana. Hampir 6k. Tapi untuk 7 orang sekeluarga, bukan senang nak cukupkan. Setiap bulan aku serahkan pada dia 4k. Pandailah dia uruskan semua hal rumah. Bagi aku, dah sangat banyak.
Tapi lepas bayar semua hutang, dia kata duit belanja cuma tinggal 1500. Bagi aku 1500 tu dah sangat banyak kalau dia masak hari – hari. Aku dah bagi semua pada dia tapi dia masih memilih untuk nusyuz dengan aku. Lately ni wife aku memang dah nampak lain. HP dah tak pegang sangat. Dah takda call yang misteri.
Tapi aku masih tak boleh terima dia curang dengan aku. Kalau dia boleh jumpa lelaki tu, aku confirm dia dah buat lebih dengan lelaki tu. Aku sendiri pun lelaki, aku tahu kalau lelaki nak ambil kesempatan macam mana. Aku nak ceraikan isteri tapi aku kesian pada anak – anak.
Anak terlampau rapat dan manja dengan mama dorang. Isteri aku pulak masih jalankan tanggungjawab dia macam biasa. Tapi kali ni dia layan aku extra. Mungkin rasa serba salah dengan aku. Aku bagaikan dalam dilema. Apa patut aku buat sekarang? Aku tak mampu sentuh isteri aku. Aku rasa jijik dengan dia. Aku terbayang apa yang dia mungkin buat dengan lelaki tu. – Doakan Aku (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Ummy Ain : Ok, boleh dah cerai isteri tu supaya dia boleh bersama dengan ex dia. Fuhhh! Mengundang m4ki hamun ja jantan ni. Dia yang red flag tetiba dia kata dia turunkan ego. Paling tak boleh brain, part tuntut jen4zah anak tu! Tak patut isteri tu d3ndam. Patut dia tinggal ja terus muka kau!
Adlin Farahin : Isteri curang. Memang salah. Tapi ko jangan rationalize salah ko, encik. Anak SULUNG meninggaI dalam rahim, lahir – lahir dah tak ada, ko boleh biar isteri hadap seorang sampai bab kubvrkan.. alasan, ko s4kit kehilangan.
Kelakar dan memang zero empati ko ni bro. Beri RM4K (wahhh besarnya) untuk nafkah belanja rumah TERMASUK HUTANG KO. Anak ko 5 orang tau, depa makan nasi makan lauk, reti belanja kalau pi sekolah. 4k tu lah segala – galanya. Berasa besar sangat 4k tu untuk anak – anak 5 orang.
Isteri tu buat side JOBS, ko kata dia nak salur kat family dia. Ko pasti? Ko tak check pun 4K tu cukup ke tak.. entah – entah side jobs isteri tu yang mencukupkan bulanan ko sekeluarga. Kerap LEPAK malam lepas tu hal rumah, hal anak – anak ko tapau pada isteri. Perghhh provider sangat bro. Eh, aku doa supaya anak – anak aku tak jadi manusia macam ko, tak kenal manusia macam ko. Tahniah lah berjaya membuatkan aku komen panjang lebar sebab aku jenis baca je malas komen.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.