
Bila g4duh je, salah saya, saya kena minta maaf. Baik, saya minta maaf walaupun dia yang salah. Pendek kata saya tak boleh hebat, lebih dari bakal suami. Bagi dia, perempuan ni menyusahkan..
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam, hi… Saya ada terbaca luahan “isteri nusyuz” tu sambil tu imagine, inikah nasib yang saya akan terima kalau kahwin dengan partner saya sekarang ni. Sebab cara dia luahkan, cara penulisan haish, narsistik sungguh lah.
Teringat partner saya sekarang ni, di mana setiap kali perg4duhan, semuanya adalah salah saya. Salah dia tak nampak, ego yang tinggi, self-centered dan walaupun salah dia memang dah terang – terang bagi dia maaf sekali sahaja dah cukup then buat balik.
Saya nak tahu macam mana isteri dia boleh kahwin dengan lelaki dia, adakah isteri dia kahwin semata sebab sayang, macam saya. Dan tutup mata saja red flag yang dah terang – terang nampak masa bercinta? wallahualam. Saya nak share sikit pasal partner saya, saya sayang dia, tapi bila fikir nak kahwin, mungkin saya jadi takut dan masih berfikir berkali – kali. Dia ni sangat self-centered.
Saya belajar sampai degree in engineering field. Dia belajar sampai diploma sahaja, bidang saya taknak bagitahu. Tapi jujur saya tak pernah pandang rendah sebab walaupun dia belajar hanya dalam bidang tu tapi kerja dia sekarang hebat.
Sebelum ni, gaji saya lebih besar dan position and career saya lebih kukuh berbanding dia, jadi saya tanya adakah dia okay kalau together dengan saya, or adakah dia akan rasa triggered. Tapi dia cakap dia okay, tak kisah. Sampai lah sekarang dia ada gaji lebih besar dari saya which is alhamdulilah.
Tapi dia ni jenis pandang rendah pada saya, first sebab saya perempuan. 2nd sebab dia kata kerja saya ni “apalah sangat” walaupun saya technical engineer, hanya saya seorang perempuan yang bertahan dekat sini as technical engineer. Tapi dia kata, bukan buat apa pun, apa yang penat sangat.
Title je technical engineer, kalau technical lain tu macam lelaki buat kerja semua dekat site. Dan macam – macam lah lagi dia rendahkan kerja saya ni. Saya pun iya kan je lah. And dia selalu rendah – rendahkan degree saya. Its okay, saya dengar je.
Bila g4duh je, salah saya, saya kena minta maaf. Baik, saya minta maaf walaupun dah terang – terang dia ada salah juga, tapi dia takkan minta maaf sebab siapa punca, mestilah saya. Saya ada duit lebih sikit dan sharelah bagitahu dekat dia saya nak buat apa, dia triggered, sambil merendah – rendahkan niat saya.
Saya niat nak belanja family and saya share kisah happy saya dekat dia, pun direndah – rendahkan. Pendek kata saya tak boleh hebat atau lebih dari dia lah dari semua perkara. Bukan tu je, dia generalize kan perempuan ni suka menyusahkan dan tak hormat perempuan secara general.
Hormat ni more tu, aurat, skill, kerja – kerja perempuan dan banyak lagi lah. Saya mendengar dia kutuk – kutuk perempuan lain, sambil tu saya tegur tapi dimarahi pula. Ouh ya, bagi dia kerja rumah tu bende kecil je tak perlu diheboh – hebohkan dan dia juga ada mention dia takkan sentuh kerja rumah.
Lepak selalu sampai pagi, tapi bila saya nak keluar dengan kawan dia bising, dan dia bagi saya limit keluar sekali sebulan sahaja atas alasan suruh simpan duit. Baik, saya ikut. Dia suka bila perempuan tunduk dan dengar cakap dia. Ye, saya ni jenis kurang member0ntak, sebab bila saya cuba nak tegakkan pendiriran saya, saya akan fikir dulu kenapa dia act macam ni sampai lah saya jumpa “positive” nya, walaupun saya hanya nak sedapkan hati sendiri saja.
Kalau saya meIawan sikit atau berbeza pendapat sikit dia akan tengking macam saya buat kesalahan yang besar. Pernah sekali kantoi dia ada dating app dan bermessage dengan perempuan dekat situ, saya tahu saya buat bende yang sama balik sebab s4kit hati, tapi meng4muk dia. Sumpah saya takut. Saya nak pergi tapi saya kesian hmm.
Saya tengah ambil masa untuk lepaskan dia, sebab saya dah tak rasa nak jadikan dia sebagai suami saya. 2 tahun saya bagi peluang pada dia untuk berubah. Tapi saya m4kin s4kit dan ketakutan. Saya pernah cakap begini, tapi saya disalahkan lagi, sebab puncanya saya.
Dia manipulate balik dan gaslight balik dekat saya. Saya ni ada panic att4ck. Tapi bagi dia panic att4ck saya ni saja – saja. Saya ni selalu anxious orangnya. Tapi bagi dia adalah satu game. Dia sangat suka tengok bila saya kena panic att4ck, siap gelak kahkahkah lagi. Dia suka usik saya dan uji saya, dia tahu saya ni selalu risau pasal dia,
So dia akan reka – reka cerita dan tipu saya sampai jantung saya laju, sampai saya jadi macam cacing kepanasan and after that dia gelak and cakap “I saja je tipu you / I saja je uji you” sumpah cakap ada sekali ni sampai saya sesak nafas, muka pucat dia boleh gelak – gelak tengok saya macam tu. Haih.
Dia cakap itu tanda dia sayang saya, dan dia nak tahu banyak mana dia boleh buat sampai saya capai limit saya. Psycho punya jantan. Dia selalu bagi saya layanan hot & cold, and now dia tahu cara untuk control and manipulate saya. Honestly, saya cuba sebaik mungkin untuk angkat kaki.
Saya cuba, susah sebab saya and family dia sudah kenal rapat. Saya ni sifat empathy sangat tinggi, saya mudah kesiankan orang. Dan macam – macam lagi lah saya fikir, kalau break jadi apa, after that jadi apa, saya ni banyak berfikir orangnya.
Dan dia tahu macam mana nak control saya. Hmm, I cant imagine bila dah kahwin nanti (if I kahwin dengan dia). Pray for me and for him juga. Semoga dia boleh jadi orang baik dan berubah. – NoFace (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Sherri Hazmi : Hmmmm dah la dik. Run for your life. Kesian kat orang yang tak kesian pada ko? Yang sebenarnya kau lemah sangat nak keluar dari hubungan toksik tu. Padahal ko bukan tak tau. Caranya, kena ada boipren baru je. Lepas tu terus kahwin, pindah.
Jantan macam ni tak boleh dibuat laki. Sampai m4ti kau mer4na. Kau tau, aku pernah jumpa makcik yang macam ni. Dia cakap apa, dah tua tak boleh lari ke mana dah. Hadap je la jantan camtu, walau jiwa s4kit. Kau nak sampai tua macam tu?
Betul cakap ramai andartu, lebih baik bersendirian dari hidup dengan orang yang salah.
Salina Gunawi : Sebab itu orang kata berkawan biar beribu berkasih biar satu satu satu. Cari yang sesuai di jiwa bukan butakan mata dan pekakkan telinga. Itu jantan takgune suka gelakkan perempuan macam bagus tapi haprak. Itu agaknya yang TT cari jadi itulah yang dapat.
Kalau saya dah lama saya tinggalkan sebab buang masa. Jantan begitu memang dia tak boleh ada lebih mesti berlagak dan betina keliling pinggang. Perempuan yang baik dan bijak boleh menilai tapi terpulang kalau takut tak bersuami kutip sajaIah dan good luck!
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.