Mak, kakak selalu perli aku sebab takde anak. Susah nak masuk syurga takde anak. Bila anak dia nak masuk U, pandai mengemis duit dekat aku

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Anak saud4ra aku dapat sambung belajar. Pandai kakak aku, hantar anak dia minta sumbangan dekat aku. Siap perli lagi, “tak ada anak kurang la komitmen”…

#Foto sekadar hiasan / AI. Aku ni lama dah pendam. Dengan menulis kat sini je aku all out, burst out segala bagai. S4kit tau bila hidup dalam dunia yang penuh manusia t0ksik. Aku highlight kat sini play v1ctim. Lebih s4kitnya bila manusia tu d4rah daging sendiri. Mak ayah aku.

Aku ni membesar dalam serba serbi tak kena, serba serbi aku buat salah dan serba serbi tak pernah rasa cukup. Kalau korang pernah tengok video parody mak – mak yang bila anak tunjuk result exam dapat 99%, tapi mak dia question kenapa tak 100%. Macamtu lah mak aku. Ni bukan isu result exam je, dia akan cari apa yang aku lemah.

Contoh, aku kat sekolah kira top student, tapi aku tak pakai tudung labuh macam sepupu aku. Yang tu la dia balik – balik meratib cakap pakaian aku memaIukan dia. Dah 30, aku tengok balik diri aku masa tu, normal. Baju seluar biasa cuma tak tudung labuh. Faham tak dia punya nak cari salah aku tu macam benda tu isu besar.

Kenapa tak jadi macam anak orang tu anak orang ni. Waktu remaja aku meIawan, aku jawab balik kenapa mak tak jadi macam mak diorang. Eh memang kena Iibas lah aku. Kenapa pakai macam tu kenapa pakai macamni. Aku jawab, kenapa mak tak belikan. Tau suruh orang pakai itu ini tapi tak beli. Ni beli pakai duit orang.

Aku dah mula kerja partime dari form 3. Semua sebab kehendak aku besar, tapi parents aku tak bagi. Jadi aku cari sendiri. Sikit pun diorang tak risau aku balik kerja lewat. Alhamdulillah aku pandai jaga diri. Tapi bila ingat balik, banyak sangat loop hole aku boleh hanyut.

Dalam adik beradik aku je yang sambung belajar. Tapi satu sen pun mak bapak tak keluar duit. Dulu aku ingat anak bongsu ni dah mudah sikit akak abang dah kerja tak ada tanggungan lain. Tapi lagi teruk aku terabai. Boleh mak cerita ketawa – ketawa yang sepupu aku hilangkan cash RM1000 yang makcik aku beri, sedangkan aku nak dapat RM50 pun susah.

Aku partime kedai speedmart. Habis belajar aku konvo pun mak tak datang. Padahal ayah dengan mak pesara kerajaan. Bukan diorang susah sangat pun. Sedih giIa ingat balik. Habis belajar, aku direzekikan kahwin awal dan suami izin aku tak kerja. Sebab aku dah kemas rumah, cuci tandas segala bagai, suami beri aku gaji aka nafkah lebih kurang je gaji dengan kelulusan aku.

Alhamdulillah Allah beri aku suami yang baik macam sahabat walaupun ada je asam garam tapi aku telan berdua. Keluarga kami tak sorang pun tahu aku tak kerja. Dengan gaji yang suami beri tu tiap bulan RM200 aku hantar beras dan bahan masak lain untuk mak.

Akak kedua aku beri duit jajan dan akak sulung aku beri beban suruh jaga anak dia yang entah ikut ehsan berapa dia nak beri. Benda ni aku pernah tegur, tapi mak aku backup dia, aku lantakkan je lah. Tiap kali aku hantar makanan, mak aku mesti sibuk nak bahagi dua rumah dengan akak sulung aku.

Bukan aku kedekut berkira, tapi sebab dia perli bab anak dekat aku sebab tu aku jadi tak suka dia. Dia dulu janda, kahwin baru dengan suami orang dekat siam. Terang – terang aku tentang. Lepastu nak acah suami dia paling kaya paling tahu agama. Memang munafik habis.

Sebelum janda ada anak 1, lepas kahwin ada anak dua. Baru – baru ni gugur lagi. Dia rasa tuhan rezekikan dia senang mengandung walaupun dah berumur jadi dia rasa entitled nak tegur aku yang belum ada anak ni. Satu je aku jawab, beranak ramai tak salah. Yang salah bila tak mampu tanggung anak minta bantuan sana sini. Terus dia melenting ye.

Aku ni duduk jauh, tiap bulan lepas tanggungjawab belikan makanan buat mak ayah aku walau bukan kewajipan pun, tapi aku rasa tak dihargai. Bila aku balik, mak macam tak suka nak masakan aku. Tapi bila akak aku balik macam – macam akak aku cerita mak masak.

Belum lagi diorang pow aku belikan goreng pisang walaupun aku tak ada kat situ. Aku ingat dah duduk jauh ni malas dengan drama. Tapi macam menjadi – jadi pula. Baru ni anak buah aku masuk matrikulasi yang sama aku masuk dulu lepas spm.

Aku suruh dia parttime sementara tunggu result. Yang nenek cakap tak payah, yang mak dia cakap leceh. Yang budaknya suka je lah duduk rumah tak buat apa. Aku ikutkan malas campur sebab bukan anak aku, lagipun masuk matrikulasi ada elaun, ikut dia lah. Tup – tup nak hantar anak pun minta sumbangan makcik dia.

Aku waktu tu mood baik, aku ikhlaskan je la. Eh mak dia boleh perli aku lagi bab anak. “tak ada anak kurang la komitmen”. Aku tengah mood baik time tu aku diam je. Nak je jawab, tak ada siapa p4ksa kau beranak pun untuk tambah komitment tu.

Baru ni tak ada angin tak ada ribut, tiba – tiba mak aku forw4rd lagi video entah siapa acah pak ustaz ceramah tak ada anak susah masuk syurga sebab tak ada siapa nak doakan kite. Haihh wrong time betul. Benda ni bukan baru ni mak aku buat per4ngai.

Tiap kali aku travel, aku holiday dengan mentua, aku buat aktiviti luar dengan suami yang aku post dekat socmed, akak aku jadi reporter kat mak. Lepastu tak ada tanya khabar, tak ada tanya sihat ke tak, tau – tau bagi video anak derh4ka, d0sa – d0sa anak, anak tak kenang budi, segala mak nenek ustaz ustazah tiktok tu semua dia forw4rd dekat aku.

Buat aku rasa berd0sa pergi bercuti, berd0sa ketawa – ketawa dengan mentua, guilt tr4p aku kaw – kaw. Kalau mood aku baik, aku tak tengok pun video tu, bluetickkan aje. Pernah aku slowtalk tapi tak makan saman. Ni tadi aku all out dekat mak.

Awal – awal aku cakap, “kan pernah bagitau sebelum ni yang tak akan tanya lagi bab anak. Allah dah beri macam – macam yang lain dah, tak s4kit, tak susahkan orang tak apa dan kite dah rasa sangat cukup dah”. Tiba – tiba dia reply, “yang nak marah – marah ni kenapa”. Huihh terus panas telinga aku.

Aku cakap balik, tak boleh ke sekali je dalam hidup doakan dengan ikhlas yang baik – baik tanpa kecikkan hati. Dari kecik membesar dengan serba serbi tak kena kat mata mak. Berbulan tak tanya kabar, tak text, tak call, hantar makanan mesej terima kasih macamtu je lepastu senyap, tiba – tiba nak bagi ceramah tentang benda yang orang tak ada. Anak.

Dia bluetick aku. Message dia semua dia delete. Dan senyap macam tu je. Orang asyik ceramah suruh anak jaga hati mak ayah, tapi kenapa tak banyak ceramah ajar mak ayah juga untuk jaga hati anak – anak. Aku bukan anak yang baik, aku memaIukan dia, aku aib keluarga. Benda ni ulang – ulang aku dengar. Tapi hakik4tnya terbalik betul.

Berapa banyak aib aku kena cover. Berapa banyak kali dia maIukan aku dekat mentua aku, suami aku, sed4ra – sed4ra. Sampai sepupu jiran semua tegur dekat fb, tanya kenapa aku lama tak balik rumah mak. Orang ingat aku lah anak paling derh4ka, lupa diri, diorang tak tahu apa mak aku dah cakap kat aku buat aku macamni.

Bila tengok berita pakcik dan makcik kena tinggal sebatang kara dengan anak – anak, aku tak judge sesiapa dah. Aku pernah jadi sukarelawan rumah orang – orang tua, aku tau macamana sedih orang tua kena tinggal sebab tu aku masih buat baik dekat mak ayah. Tapi tu lah.. Aku pun ada hati.

Sekarang memang tengah panas, nanti esok dia sejuk. Walaupun sejuk, dia tak lupa. Sama macam tak lupa tak ada keluarga datang konvo, tak lupa hidup susah, tak lupa kena perli macam – macam. Semua tu aku tak lupa.. Haih… Penat kan… – Aku (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Jambu Si Makcik : Makcik unfriend adik – kakak daripada socmed. Tak apa je diorang tak tau aktiviti kita. Arw4h Emak dan Arw4h Abah dulupun selalu tak setuju banyak benda yang makcik buat. Masa remaja memang makcik meIawan. Sekolah / belajar duit tak cukup, kerja lagi. Dah tuapun masih ada meIawan. Tapi tak simpan d3ndam. Insya-Allah. Hujung – hujung jauhkan diri je. Allah Maha Mengetahui, nak.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.