Beberapa tahun lepas, abah s4kit. Kritikal. ICU. Macam nyawa – nyawa ikan. Masa tu aku WhatsApp adik – adik. Suruh ikhlaskan, maafkan salah silap abah selama kami membesar dalam tr4uma..
#Foto sekadar hiasan / AI. Nama aku Nana. Anak sulung daripada empat beradik. Aku dah berusia 36 tahun dan dah berkeluarga. Ini bukan kisah aku secara langsung, tapi kisah tentang abah aku. Harap kisah ni boleh jadi tauladan untuk orang lain.
Abah aku ni, jenis lelaki yang aku pun tak pasti macam mana. Dia baik, ya. Tapi banyak kesan emosi yang tertinggal sepanjang kami adik beradik membesar. Sikap dia beri kesan pada mak dan kesannya tu melarat kepada kami, anak – anak.
Sebelum umur aku cecah 18, mak jarang sangat mengadu hal rumahtangga. Tapi aku nampak sendiri, aku hadam sendiri. Abah aku solat, mengaji, pergi masjid, pernah jadi imam surau dan dia tak pernah naik tangan pun. Orang luar nampak dia baik.
Tapi bagi aku, dia jenis kurang fikir hal orang lain termasuk anak dan isteri. Semua ikut kepala dia. Masa kami kecil – kecil dulu, dia suka pr0vok. Kalau nak k3jut bangun pagi hujung minggu, dia akan jerit kuat – kuat, “Kakyong!! Kakyong!!”
Dum dum dum! Ketuk pintu bilik macam nak r0boh! Kau bayangkan, tengah tidur lena, tiba – tiba dik3jut macam tu. Apa kau rasa? Bangun dalam keadaan terk3jut, s4kit kepala, jantung berdegup laju. Kami masa tu masih sekolah rendah… apa je yang boleh buat? Menangis je lah. Menangis sebab mood dah h4ncur pagi – pagi.
Dan itu kali pertama k3jut ya. Bukan sebab dah 19 kali k3jut tak bangun. Bab sekolah, abah aku tak ambil tahu langsung. Semua dia lepas kami urus sendiri. Lima tahun lepas, adik bongsu aku nak masuk universiti. Dia ajak abah teman pergi cari beg luggage bundle.
Nak beli, kena naik kereta kan? Tapi abah bawak motor, Menangis adik aku. Dia perempuan. Sudahnya, dia pergi cari sendiri naik motor, balik naik Grab. Boleh je. Kami dah biasa berdikari. Tapi bila ayah ada depan mata, ada kemampuan, ada kereta rasa nak juga minta tolong.
Masa adik kedua aku Form 4, mak janji nak bagi dia pergi camping sekolah. Sebelum – sebelum tu kami memang tak pernah dapat pergi mana. Mungkin sebab tak ada duit. Mungkin sebab mak ayah malas nak layan. Mungkin sebab kami kena tolong berniaga.
Tapi masa tu, abah aku balik kampung. PJJ dengan mak. Konon nak duduk kampung, men0reh getah lepas berhenti kerja. Tapi ‘nan hado’. Dia duduk goyang kaki je bawah ketiak tok ayah dan nenek. Adik aku pun tak dapat pergi camping. Sebab abah tak ada, mak tak bagi.
Padahal mak dah janji dari dia Form 3. Lama dia mengharap. Frust, sampai demam. Dia call abah kat kampung. Tapi tok nenek jawab. Abah tak nak jawab. Dia balik seminggu lepas tu dan tanya: “Kata nak pergi camping?” Korang rasa? Budak – budak, hati dia macam mana? Hidup dia penuh prov0kasi everywhere, anywhere.
Adik ketiga aku lelaki. Pernah cuti, nak balik tempat kerja. Dia tak minta tolong pun abah hantar. Tapi ayah kawan dia yang datang ambil dan hantar ke stesen bas 15 minit je dari rumah. Sebab dia tahu, minta pun belum tentu abah nak hantar.
Adik aku askar. Masa hari tamat latihan, kami satu family travel jauh nak tengok dia. Abah ikut. Tapi bila sampai, dia hilang. Duduk jauh hujung padang. Bila adik jumpa kami, dia tanya, “Mana ayah?” Kami senyum je. Dia lebih tahu. Entah apa yang ada dalam fikiran dia.
Untuk kami, semuanya tak boleh. Nak minta sikit pertolongan, sikit usaha pun susah. Minta tolong beli Maggi pun abah minta duit anak walaupun anak tu masih sekolah. Aku? Aku sulung. Aku dah lalui macam – macam. Lagi banyak. Lagi menyesakkan.
Pernah satu kali aku sampai bus station jam 5.30 pagi. Tunggu abah ambil 10 – 15 minit je dari rumah. Jam 7.30 pagi mak aku call: “Kak, ambik teksi lah… abah tak nak ambik.” Haha… zaman tu mana ada Grab. Umur aku 18, masa tu aku kat matrik. Satu keluarga kena denggi.
Mak dan adik bongsu masuk wad. Adik kedua dan ketiga masa tu Form 1 dan Form 3 duduk rumah, jiran jaga. Jiran jugalah yang tolong hantar barang ke hospital. Sebab? Sebab abah duduk bawah ketiak mak ayah dia kat kampung. Aku mesej abah. Aku marah dia. Tapi mak aku pula marah aku balik.
Dasar! Perempuan macam tu lah… suami depan mata, syurga kan? Sayang sangat, kan? Ni baru hal ayah dan anak. Belum masuk bab laki bini. Pernah satu masa, aku dan adik kedua jadi orang tengah untuk masalah rumah tangga mak ayah. Aku cakap, kalau ayah tak berubah… hubungan mereka akan ada masalah. Ingatkan berkesan… berubah la juga. Tapi sebulan je.
Banyak sangat nak cerita… tapi cukuplah untuk korang faham keadaan. Beberapa tahun lepas, abah s4kit. Kritikal. ICU. Sebulan dalam hospital. Tak boleh berjalan. Macam nyawa – nyawa ikan. Masa tu aku WhatsApp adik – adik. Suruh ikhlaskan, maafkan, redha kalau ada salah silap abah.
Dalam perjalanan tu, aku cuba cari moment kecil – kecil aku dengan abah. Abah hantar aku sekolah… abah ajar aku naik basikal… tapi tak banyak moment manis. Sebab dia ada, tapi dia tak ada. Bila abah macam n4zak, aku doa sungguh – sungguh.
“Ya Allah, bagi ayah peluang kedua. Supaya dia sempat bertaubat dan berubah. Supaya dia dapat t3bus semua kekurangan dia.” Lepas sebulan keluar wad, abah mula sihat dan boleh berjalan. Tapi… haha. Semuanya berubah balik. Tak dengar cakap, keluar sesuka hati, nafkah mak dan adik tak bagi.
Ya. Dia kedekut. Culas bagi nafkah. Sekarang dah hampir 5 tahun s4kit, hidup berg4ntung pada mak. Tapi masih kuat prov0ke mak, macam suami narcissist. Nafkah? Jauh panggang dari api. Mak aku lah yang masih tak boleh move on. Yelah… rasa sebagai isteri lain daripada rasa seorang anak.
Tapi kami adik beradik… dah lama move on. Tak pernah minta tolong, tak pernah mengharap. Kami layan je lah. Tak abaikan ayah pun. Dia ada je dalam setiap percutian kami… walaupun dia macam tak ada. Duduk lepak sama – sama tapi pakai earphone, layan YouTube… kalah budak ket4gih gadget.
Doa aku untuk ayah: “Ya Allah, tolong bagi dia peluang kedua… supaya dia berubah jadi ayah dan suami yang baik. Yang tak culas nafkah. Yang membahagiakan, bukan menyusahkan.” Doa tu belum dimakbulkan. Tapi sekarang, aku redha. Jauh di sudut hati, aku tetap nak dia berubah. Bukan untuk aku… tapi untuk ayah sendiri. Supaya timbangan kiri dia tak berat dengan beban nafkah dan tanggungjawab yang dia tak tunaikan.
Untuk bahagian aku, aku redha. Aku ikhlas. Aku lepaskan. Aku maafkan. Tapi aku tak tahu hati orang lain. Sekarang ni, apa sahaja yang berlaku atau pernah berlaku antara parent dan kami adik beradik, semuanya dah jadi bahan gelak dan lawak.
Itulah cara kami berbicara. Kami sampaikan moment tu sebagai lawak. Mungkin sebab dah move on, masing – masing dah terima per4ngai mak ayah. Macam: “Tadi jumpa ayah kat pasar tani… orang ajak pergi sekali, tak nak. Hahaha. Pastu aku try la minta duit dia nak beli air.
Dia sengih je weh… sengih – sengih… pastu blah. Hahaha. Pastu balik buat muka tak bersalah makan keropok kita juga. Hahaha.” Masa kami borak macam tu, tak ada rasa kecik hati. Tak ada rasa benci. Cuma lawak. Gelak. Benda – benda macam ni dah tak lekat kat hati kami. Love, – Nana (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Jettnes Jamilah : Awak puji ayah awak baik sebab takut kena kecam kan.. faham sangat. Sama la kita takde sangat momen manis.. part gerak pagi pergi sekolah tu macam saya kena sepak terus takde jerkah lagi dah. So dari kecik jadi kasar sebab nak protect diri.. zaman dulu pukuI – pukuI anak tu biasa.
Kalau mengadu kat sapa – sapa tu kena balik. Tapi part lain tu sama.. sejenis tak suka anak cucu. Tu jarang balik kampung. Tapi kes lain pulak kena tuduh lupa asal usul sebab jarang balik. Bila jarang balik bahagia je rasa… bila balik lama sikit susah hati rasa tak aman je. Part doa tak putus tapi Allah tak makbulkan lagi.. bertabah yela tt.
Medina Hannan : Apa yang baik kalau layan anak perempuan macam tu? Tahu tak ayah kena jaga anak perempuan sampai anak perempuan tu kahwin tau. Nama je wali tapi tugas taktau apa.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.