
Suami tak bagi aku guna kereta dia. Kadang aku curi – curi guna sebab aku kesian dengan anak – anak. Mak aku nampak aku naik motor dengan anak – anak basah kuyup. Mak bagi aku kereta lama. Aku menangis, malu..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Aku rasa hari ini aku nak meluah perasaan yang aku dah pendam selama enam tahun. Enam tahun aku dah berumah tangga, anak pun dah tiga orang. Suami aku sebelum berkahwin dengan aku boleh dik4takan okey sahaja.
Dia nampak seorang yang bertanggungjawab, pandai ambil hati, dan aku ingatkan dialah lelaki yang akan jadi pelindung aku sampai akhir hayat. Tapi rupanya selepas berkahwin, dia berubah 360 darjah. Aku kadang – kadang terfikir, betul ke lelaki yang aku kahwin ini orang yang sama dengan lelaki yang aku kenal dulu?
Aku kerja di kedai makan, gaji bersih aku sehari dalam RM50 sampai RM60 sahaja. Suami aku pula kerja oil and gas, gaji bulanan dia sekitar RM3,500 hingga RM4,000. Dari segi angka memang nampak besar, tapi hakik4tnya bab nafkah langsung dia tidak endah.
Setiap kali aku minta bahagian aku sebagai isteri, dia akan merungut. Ayat dia paling aku hafal, “tak cukup duit.” Padahal kalau nak dibandingkan, sewa rumah, bil air, bil api, astro, makan harian, semua aku yang tanggung. Dia hanya bayar motor RM250 dan kereta RM600 setiap bulan. Itu sahaja.
Pampers dan susu anak pula aku claim guna bantuan MyKasih. Sebelum dapat bantuan tu, memang aku sendiri yang beli semuanya. Kami memang selalu berg4duh bab tanggungjawab. Aku penat. Bayangkan aku kena uruskan anak – anak, jaga makan minum dia, kerja lagi.
Aku buat dua kerja sehari. Pagi pukuI 6 pagi sampai 8 pagi, petang pula pukuI 4 petang sampai tengah malam. Anak – anak aku hantar ke pengasuh, dan asuhan anak pun aku yang bayar. Suami aku pula balik kerja, makan, lepas tu main telefon. Itu sahaja rutin dia.
Kadang – kadang aku tengok anak balik pukuI12 tengah malam, dia dah tidur lena. Aku rasa macam ibu tunggal. Suami ada tapi macam tiada. Semua hal rumah tangga, semua komitmen, aku kena uruskan seorang diri. Aku dah banyak kali fikir nak berpisah dengan dia.
Tapi aku fikir balik, anak – anak masih kecil. Aku takut nanti anak – anak langsung tidak kenal siapa ayah mereka. Selama enam tahun jadi isteri dia, aku boleh kira dengan jari berapa kali dia belikan aku sesuatu. Boleh kata hampir tiada. Kalau aku nak sesuatu, aku minta dia belikan, jawapan dia sama sahaja, “saya tak ada duit, awak beli sendiri lah.” Aku sampai tak tahu duit gaji dia pergi ke mana.
Kereta dia pun aku jarang bawa. Dia tidak bagi. Kadang – kadang aku curi – curi guna sebab aku kesian dengan anak – anak. Pernah satu hari aku bawa motor dengan anak – anak tiga orang, hujan lebat sampai kami semua basah kuyup. Mak aku nampak keadaan aku, dia kesian.
Mak aku bagi aku sebuah kereta lama untuk aku senang bergerak dengan anak – anak. Masa tu aku menangis sebab terharu, tapi dalam masa yang sama aku rasa malu. Sepatutnya kereta tu suami aku yang sediakan untuk aku, bukan mak aku.
Mak aku selalu marahkan suami aku. Katanya lelaki apa buat isteri macam ini. Tapi per4ngai dia tetap sama. Tak berubah walaupun keluarga aku dah banyak kali menegur. Sampai satu tahap, keluarga aku cakap, “keputusan semua di tangan kau.”
Aku tahu mak ayah mana tidak sedih tengok anak sendiri d3rita macam aku. Tapi aku tetap cuba bertahan. Dia layan aku macam h4mba, bukan macam isteri. Bila aku letih, aku tetap kena masak. Bila aku s4kit, aku tetap kena jaga anak – anak.
Ada sekali aku demam teruk, badan panas, kepala berdenyut, aku minta dia tolong uruskan anak – anak. Dia boleh jawab, “saya penat kerja, awak uruslah sendiri.” Aku menangis malam tu. Aku baring sambil peIuk anak bongsu aku yang masih menyusu. Air mata aku jatuh, tapi aku cuba tahan suara supaya anak – anak aku tidak sedar.
Ada juga masa dia balik lambat tanpa khabar. Aku tanya dia keluar dengan siapa, dia naik marah. Katanya aku tidak percaya dia. Padahal aku cuma risau, takut jadi apa – apa. Pernah satu malam dia balik pukuI 3 pagi, bau r0kok kuat, muka dia selamba sahaja.
Bila aku tegur, dia kata dia lepak dengan kawan. Aku terkedu, dalam hati aku fikir, “kawan lebih penting dari isteri dan anak – anak.” Aku pernah cuba bincang elok – elok. Aku ajak dia duduk berbincang pasal kewangan, pasal masa depan anak – anak.
Tapi perbincangan tu selalu berakhir dengan pert3ngkaran. Dia akan cakap aku banyak komplen, tidak pernah bersyukur. Sedangkan yang aku mahu cuma tanggungjawab dia sebagai suami dan ayah. Aku dah sampai tahap buntu. Aku nak berpisah, aku takut anak – anak hilang kasih sayang seorang ayah.
Aku nak bertahan, hati aku dah terlalu penat. Kadang – kadang aku fikir kalau aku terus bertahan macam ini, aku sendiri akan jatuh s4kit. Tapi kalau aku pergi, aku takut anak – anak terkesan. Itu lah dilema aku. Enam tahun aku cuba bertahan, tapi m4kin lama m4kin aku rasa aku hanya hidup seorang diri.
Aku cuma harap satu hari nanti Allah tunjukkan jalan terbaik untuk aku dan anak – anak. Aku nak hidup yang tenang, aku nak anak – anak membesar dengan gembira, aku nak rasa dihargai sebagai seorang isteri. Terima kasih sebab sudi baca luahan panjang aku ni.
Komen Netizen :
Nabieyla Che Man : Macam suami awak ada spend duit ke lain, maaf cakap tapi untuk apa bertahan. Faham anak masih kecil, tapi tak berpisah pun duit nafkah, duit anak – anak suami tak bagi. Ini kalau berpisah lagi lah dia lepas tangan hal anak – anak. Awak rasa ibu bapa awak yang baik, InshaAllah hidup anak – anak pun terjaga kalau berpisah sekali pun.
Sya Mimiy : Kalau aku dah lama tinggal jantan macam ni. Dia ada ke tak ada ke sama je. Fikir anak – anak masih kecil tapi kita juga yang keluarkan duit untuk semua. Dah tu ada laki untuk apa ya? Kalau suami tak ada, tak adalah kita penat nak layan dia lagi. Fokus untuk anak – anak je. Better jadi ibu tunggal daripada selalu makan hati. Fokus untuk anak.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.