Aku merajuk mogok sebab tak dapat pergi lawatan sekolah. Ayah diam-diam bagi duit dekat aku. Aku sebak sebab banyak duit seringggit, duit syiling

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku sampai menangis – nangis, mogok tak mahu makan sebab tak dapat pergi lawatan. Mak aku tak bagi pergi sebab takde duit. Ayah pujuk aku tanpa pengetahuan mak dan bagi aku duit. Duit tu semuanya seringgit – seringgit siap ada duit syiling.

#Foto sekadar hiasan / AI. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Mak aku suri rumah. Dari kecil aku dah terbiasa hidup berjimat cermat dan tidak boros. Tapi sem4kin aku meningkat remaja, sem4kin tinggi kos sara hidup. Lagi – lagi aku tinggal dan bersekolah di Kuala Lumpur.

Dulu waktu sekolah rendah, ayah cuma bagi belanja RM1 sahaja sehari. Itu pun aku berjimat siap boleh simpan 20 sen lagi. Biasanya aku beli nasi lemak 50 sen, air sirap 20 sen dan keropok lekor 10 sen. Masuk sekolah menengah sahaja semuanya naik. Belanja dah jadi RM5 sehari.

Lagi – lagi aku pengawas dan memerIukan kos yang tinggi untuk beli uniform. Aku ini suka sertai kalau ada apa – apa kem atau program. Dah tentulah perIukan duit lagi kan. Tapi mak suka sangat sekat aku kalau nak pergi mana – mana atau apa – apa yang melibatkan duit.

Pernah sekali itu aku sampai menangis – nangis dan mogok tidak mahu makan sebab tidak dapat pergi lawatan sambil belajar (Putrajaya sahaja pun). Lepas itu ayah pujuk aku diam – diam tanpa pengetahuan mak dan bagi aku sejumlah duit untuk pergi trip itu.

Ya Allah waktu itu Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku. Bila aku periksa, duit itu semuanya seringgit – seringgit siap ada duit syiling. Aku peluk ayah dan menangis. Aku pulangkan duit itu balik. Baru aku sedar aku bukan anak orang kaya.

Tapi ayah cool sahaja siap bergurau kata, “Duit boleh dicari tapi anak tidak boleh dicari. Ayah sayang anak ayah”. Ayah suruh aku pergi field trip itu juga untuk buat aku gembira. Allahu. Sebenarnya ayah aku seorang pemandu teksi. Kadang – kadang untung kadang – kadang tidak.

Lagi – lagi bila orang lebih suka naik LRT atau bas berbanding teksi. Pergi sekolah ayah aku hantar aku naik teksi. Aku tidak pernah malu dengan ayah sebab bagi aku ayah aku memang hebat. Bila masuk tingkatan 2, aku cakap dengan ayah aku nak pergi tuisyen.

Ayah diam tapi lama – lama dia setuju. Semua yuran tuisyen ayah tanggung walaupun kadang – kadang ayah bayar lambat. Dia nak aku belajar rajin – rajin. Korang tahu sahajaIah yuran tuisyen itu mahal untuk orang yang tidak mampu. Tapi bila keputusan PMR keluar aku tidak dapat keputusan cemerlang langsung. Cuma 1A.

Ayah tidak pernah marah aku atau ungkit apa – apa yang dia pernah beri. Mak pun sama. Cuma mak ayah pesan SPM nanti jangan main – main lagi. Aku janji. Tapi janji tinggal janji. SPM aku m4kin teruk. Tidak ada A langsung. Waktu itu muka ayah memang malu habis bila kawan – kawan dia tanya pasal keputusan aku.

Lepas itu sepupu – sepupu aku semua main banding – banding keputusan. Mereka siap cakap lagi keputusan macam aku ini tidak boleh bawa ke mana. Kerja sahajaIah. Aku tidak putus asa sebab aku nampak muka mak ayah aku penuh mengharap.

Jadi aku masuk tingkatan 6. Kali ini memang tidak ada pergi tuisyen lagi. Waktu lower 6 memang aku banyak main. Suka tidur dalam kelas, jarang siapkan kerja rumah, keluar lepak dengan kawan – kawan hujung minggu. Tapi bila sebulan sebelum STPM memang aku all out.

Aku buat nota sendiri dan buat soalan – soalan tahun lepas. Alhamdulillah berkat doa mak ayah, keputusan STPM aku luar jangkaan. Cikgu pun tidak sangka keputusan aku macam itu. Kemudian aku mohon UPU. Aku dapat taw4ran sambung degree di sebuah universiti awam.

Dan macam biasa, masalah duit. Tahulah kena sediakan macam – macam sebelum pendaftaran. Aku cerita semuanya pada ayah termasuk senarai semak. Ayah aku angguk sahaja siap kata “yang penting anak ayah masuk universiti. Ayah tidak sangka anak ayah tunaikan cita – cita ayah”. Waktu itu air mata aku bergenang fikir mana ayah nak cari duit.

Tapi berkat usaha ayah, ayah dapat belikan segala keperluan sebelum aku daftar. Dan paling best sekali, ayah dengan mak dapat hantar aku masuk universiti sampai kat pintu hostel. Belum cerita lagi masa raya, ayah sedaya upaya ikutkan kemahuan aku dan adik beradik yang lain.

Perempuan… semua benda dia nak. Kasut, tudung, baju. Baju tidak nak sehelai pula itu. Nak dua helai. Siap bertema lagi. Ayah sanggup teman tawaf Jalan TAR itu sebab nak ikutkan kehendak anak dia. Mak tidak ikut. Maafkan aku ayah. Korang jangan salah faham, ayah aku bagi had juga. Tidaklah berlebih – lebih aku shopping. Shopping malam raya harga lelong sahaja.

Bila aku balik cuti semester ayah akan jemput di stesen bas guna teksi dia. Kalau nak ke mana – mana pun ayah akan hantar termasuk pergi beraya rumah kawan – kawan aku. Terharu sangat. Aku tidak perIukan teman lelaki dalam hidup sebab ayah aku memang hero.

Tidak lama lagi aku akan balas budi mak ayah aku. Aku tidak akan biarkan ayah bawa teksi lagi. Aku akan bawa mak ayah pergi umrah dan haji sebab itu cita – cita mereka. Sayang aku pada mereka lebih dari lautan Andaman. Maaf cerita aku agak panjang 🙂

Komen Netizen :

Izzat Ruslan : Nice story. Kalau macam ini baik berbudi kepada ibu bapa dan keluarga dahulu. Niat nak kahwin itu boleh difikirkan kemudian hari, terutamanya kalau kau ini anak sulung. Biar lepas adik beradik dahulu. Bukan apa, dah banyak aku tengok anak perempuan datang dari keluarga yang susah dan lepas belajar terus nak kahwin. Bagi aku, utamakan keperluan ibu bapa dan adik beradik dahulu. Nanti bila kahwin susah pula kalau suami tidak bagi kerja.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.