
Baru je semalam tolong makcik semak borang Amanah. Dalam bank dia ada 20 ribu, barang kemas 15 ribu, duit anak – anak dia bagi lagi. Saya nak pinjam 300 pun kedekut. Dia bagi alasan takde duit cash..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum, sekadar nak meluah rasa kecil hati. Saya anak sulung dan satu – satunya perempuan daripada enam beradik. Mak dah meninggaI, tinggal abah saja. Kami enam beradik berpakat jaga abah bersama, bergilir – gilir.
Sejak dua menjak ni, saya selalu hadapi masalah kewangan. Saya bekerja sendiri dan kadang – kadang kerja dengan orang, ambil upah. Kerjaya saya sebagai tukang masak. Bila kedai tutup atau cuti lama, saya struggle cari duit nak bayar macam – macam komitmen.
Oleh sebab saya dah tak ada mak, saya agak rapat dengan mak saud4ra. Tapi dia seorang yang agak kedekut, kedekut duit ringgit dan juga makan minum di rumahnya. Bukan nak hadap sangat duit ringgit dia atau makan minum di rumah dia, tapi sangat ketara.
Kita datang berkunjung, h4ram dia nak jamu minum apatah lagi makan. Kalau duduk tiga jam, tiga jamlah dahaga. Kalau ada pun, kenalah pergi tekan sendiri air Coway kalau nak hilangkan dahaga. Sedangkan bila kita pergi rumah dia, tak pernah tangan kosong.
Kadang – kadang bawa makanan, laksa, bihun, mee, ais cendol, ABC, macam – macam makanan sebab kenang dia tu mak saud4ra. Tapi anak – anak dia, iaitu sepupu saya, tak pernah bawa walau sebungkus makanan pun untuk abah saya, yang juga pak saud4ra mereka. Bukan nak ungkit, tapi sangat terasa betapa berkira dan kedekutnya dia.
Bila saya sesak, nak pinjam duit sebab kerja tak ada dan urgent nak pinjam untuk ganti tayar pecah, tukar bateri, habuan nak guna hantar COD, dia boleh cakap tak ada tunai. Padahal dah banyak habis bayar upah orang tebang pokok, tambak tanah tepi rumah sampai beribu – ribu.
Saya sangat sedih. Baru saja semalam dia isi borang pinjaman Amanah, dia declare duit tunai dalam bank ada dua puluh ribu, barang kemas lima belas ribu, duit anak – anak bagi lagi, aset itu aset ini. Tak kisahlah, itu hak dia. Saya cuma nak pinjam RM300 saja, nak repair motor, beli tayar dan buat hantar makanan sementara tunggu kedai buka.
Boleh pula dia cakap tak ada tunai. Dekat dua jam saya pergi rumah dia tolong semak borang pinjaman dia, boleh pula dia tanya lepas saya tolong, “H4ng nak minum ka? Kalau nak makteh nak buat air.” Rasa – rasanya perlu ke tanya anak saud4ra yang datang jauh – jauh tolong, tanya nak minum air ke tak?
Saya jawab, “Tak payahlah makteh, tak dahaga pun.” Tapi dalam hati, dah menangis. Hari tu panas lit – lit, tak tahu nak habaq macam mana. Saya pun kata, “Tak apa makteh, saya nak balik dah.” Dia jawab, “Ok.” Masa nak balik tu, dia boleh pula kata, “Kalau h4ng nak pinjam duit, esok bawa makteh pergi bank.”
Saya pun jawab, “Ha ok.” (Kononnya nak cover satgi takut nampak kedekut sebab dah tahu duit ada dalam akaun. Jadi bila dah hujung – hujung baru nak offer, padahal dari awal duduk sembang dekat dua jam h4ram tak sebut pun nak tolong. Dah nak balik baru offer, jadi nampak macam ajak – ajak ayam.)
Esoknya petang dalam pukuI dua, saya call dia, “Makteh, saya nak ambil makteh pergi bank, saya nak pinjam jugalah duit makteh tu.” Dia kata, “Ok.” Elok saya sampai, dia tak bersiap pun lagi. Masih pakai kain batik. Dia panggil dengan tangan suruh pergi dekat dia.
Saya tanya, “Awat makteh, pasai apa?” Dia kata, “Buku bank tak jumpa lah. Kalau h4ng nak, makteh ada lah RM150, kalau h4ng nak ambil, ambillah.” Must4hil seorang tua yang cermat boleh hilang buku bank. Alasan memang nak elak bagi pinjam duit dari bank tu.
Lepas tu, yang semalam dia kata tak ada tunai, tiba – tiba boleh pula ada. Saya pun sebab terdesak nak guna, gagah juga ambil walau RM150 tu memang tak cukup. Lepas tu dia siap pesan, “Bulan ni jugak h4ng kena bayar.” Saya tak kata apa – apa, ambil duit terus blah dan menangis dalam kereta.
Selama saya hidup, tak pernah duit dia saya pinjam saya tak bayar. Apa saja dia minta tolong, saya tak pernah tak tolong. Anak dia seekor pun tak nampak muka. Semua sibuk kononnya nak urus mak, tapi seorang pun payah nak bawa makteh pergi cabut gigi dia yang rosak satu – satu, selang tiga hari dekat klinik semata – mata nak buat gigi baru. Saya lah yang bawak, sanggup tinggal kerja.
Betul macam arw4h mak cakap, “Makteh h4ng kedekut sikit orangnya, tapi biarlah.” Adik ipar dia tumpang kereta pergi kenduri pun dia ungkit sebab tak bagi duit minyak. Titi depan rumah pun tak nak repair, takut orang guna lalu atau parking depan rumah dia sebab nak makan dekat kedai depan rumah.
Saya tetap hormat, layan dia elok dan berbaik sangka. Tapi lepas ni, biarlah duit dia tu saya akan bayar lusa, tak payah tunggu habis bulan. Duit tu pun saya akan kirim bagi kat kawan, suruh dia tolong bagi kat makteh. Nak pergi rumah dia pun dah malas.
Kalau tak ada hal penting, biarlah menjauh daripada dekat tapi rasa diri macam sampah di tapak kaki orang. Tenang dan redha sajaIah. Sedih dan sangat terasa. Mohon pendapat hampa semua, agak – agak hampa rasa mak menakan tu memang kedekut ka tak? Tapi hati kecil saya dah memang claim dia kedekut. Nak dengar pendapat dan saranan hampa supaya saya tenang dan tahu lepas ni nak layan dan buat macam mana sehabis baik. Biar dia pula rasa.
Komen Netizen :
Oh Ha Ni : Saya tak faham kenapa awak mengharap duit daripada mak saud4ra awak. Dah awak susah, tak ada duit, kenapa tak pinjam dengan adik beradik? Yang kedua, dah awak tahu dia kedekut, nak jamu air pun kedekut, makan pun kedekut, kenapa awak pergi juga rumah dia? Tak payahlah pergi duduk sampai dua tiga jam pula tu.
Ketiga, lepas ni kalau dia minta tolong bawa pergi mana – mana, kenakan bayaran. Mak saya pun kalau minta tolong anak bawa pergi klinik, dia bagi duit sebab dia tahu anak datang jauh-jauh semata – mata nak bawa dia pergi klinik. Mak bagi duit minyak lima puluh ringgit.
Jadi lepas ni tak ada istilah tolong, tapi awak caj dia berapa – berapa setiap kali bawa dia pergi mana – mana. Kalau kata dia tak nak bayar, cukup lah sekali tu saja tolong. Lepas tu jangan tolong dah. Tapi pertama sekali, kita ni jangan mengharapkan duit ringgit orang, tak kira lah dalam akaun dia ada berapa juta sekalipun, itu hak dia.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.