Masa kerja oil and gas, isteri sayang. Bila kena buang kerja, komplen busuk, tak mampu sara anak bini. Paling s4kit, isteri curang dengan kawan sendiri

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Akhirnya berlakulah perg4duhan, isteri halau seorang suami yang selama ni tanggung segalanya. Abang – abang ipar turut naik kepala, sedangkan rumah tu siapa yang bayar. Anak – anak menjerit panggil ‘ayah’.. Pakaian dan buku buku agama dibuang..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Saya Wati (Of course bukan nama sebenar). Ini kali pertama saya buat confession di sini. Post ni mungkin agak panjang sebab saya kena cerita dari A to Z untuk bagi paham. Tapi saya cuba pendekkan mana yang boleh.

Saya terdetik nak confess di sini sebab takde tempat nak berkongsi apa saya rasa dan rasa macam ada yang tak lepas di d4da selagi saya tak cerita apa yang saya rasa lepas berjumpa dengan anak tiri baru – baru ni. Suami pendengar setia, cuma kali ini suami tak sesuai jadi pendengarnya sebab bila dia dengar pun jadi sedih.

Ya, bersedih, sebab entah berapa lama lagi dia harus bertahan dengan kerinduan pada 2 orang anaknya (yaitu anak tiri saya) yang sudah bertahun – tahun bekas isterinya tak bagi jumpa dan anak – anak tiri juga tak dibenarkan berjumpa dengan ayahnya yaitu suami saya.

Saya dapat rasa d3ritanya dia merindukan anak. Mungkin sebab saya dah jadi mak, so tahu bagaimana rasa rindu itu bila terpisah dengan anak sendiri. Sebelum itu biar saya cerita. Saya bukan per4mpas suami orang ya. Bukan. Saya mula berkenalan dengan suami pun setelah 4 tahun dia menduda. Masa kenal pun tak tahu dia duda yang pernah berkahwin.

Tapi saya rasa suami saya ni yang r4mpas saya dulu dari ex-bf saya Tapi saya pun rela dir4mpas jugak sebab dah bosan couple PJJ dengan bf selama 7 tahun tapi tak kahwin – kahwin jugak. Tapi bukan itu yang saya nak cerita. Saya nak cerita tentang suami yang baik yang dipersiakan.

Ini kerana bagi saya cukup rugi bekas isteri suami dulu sebab telah mempersiakan seorang suami yang terlalu baik bagi saya. Dalam 15 tahun yang lalu, bekas isteri suami adalah janda anak satu semasa berkahwin dengan suami saya. Janda ini ditinggalkan suami kerana suami lamanya curang semasa mengandungkan anak pertamanya. Suami saya lah yang sanggup terima dia bersama anaknya.

Masa ni suami gaji sedap, kerja oil and gas. Semua perbelanjaan suami yang tanggung termasuk mak ayah dan 2 abang iparnya yang duduk serumah dengan mereka. Janda ni pun kerja as manager hotel. Hasil dari perkahwinan mereka, mereka dianugerahkan 2 anak lelaki.

Tapi suami pulak tiba – tiba diuji s4kit paru – paru akibat selalu terhidu bau chemical ketika bekerja. Dia tak diterima lagi bekerja di situ sebab asyik keluar masuk hospital je. Suami jenis tak memilih kerja, dia tahu tanggungjawabnya nak kena sara seluruh isi rumahnya, so dia tak nak menganggur lama sebab kerja yang sesuai belum dapat, dia pun kerja sebagai sekurity bank pulak.

Masa ini lah janda tak sedar diri tu mula bermain kayu tiga dengan rakan sekerjanya yang jugak merupakan suami orang. Keluar berduaan malam – malam bermesra di restoran. Yang ni makngah suami sendiri yang jumpa. Makngah suami siap tegur mereka lagi masa tu, katanya, “Razif kerja, rupanya ini ko buat belakang Razif?”

Dan perbuatan buruk janda ini disokong sendiri dengan pengakuan anak tirinya yang mak dia pernah berk1ss dengan lelaki tu. Dan ada beberapa kali suami baca mesej janda tu bersayang – sayang dengan lelaki tu. Dan paling tak boleh blah, masa suami tengah siap – siap nak pergi kerja, mak janda ni tanya pada janda tu, “Bawak bekal tak hari ni?”, Dia jawab, “Tak… mata air kita nak bawak makan hari ni”.

Kat tepi – tepi suami jugak dia berbual macam tu dengan maknya. Sengaja dia bagi dengar suami, sebab cinta sudah goyah, suami dah tak banyak duit macam dulu, bosan sudah mula dirasa. Yalah tengah dilamun cinta baru pulak. Suami sendiri pun dah nampak buruk. Lupa asal usul dulu sebagai janda yang diterima suami.

Pun begitu, suami cuba menyelamatkan rumahtangganya tapi pihak isterinya tak ada kerjasama. Janda tu memang dah bosan, memang nak berpisah dengan suami. Yalah, sudah dilamun cinta lelaki lain. Berbagai fitnah dibuat supaya suami menceraikannya termasuk secara terang – terangan mengaku ada kekasih lain.

Buat fitnah suami pukuI dia padahal suami tak pernah naik tangan, memisahkan tempat tidur, maid tak dibenarkan basuh baju suami sekali, dan kita – kitab agama suami dibuang. Bermacam – macamcara janda tu buat supaya suami ceraikan tapi suami taknak ceraikan sebab baginya tak ada perkataan cerai dalam kamus hidupnya.

Akhirnya suatu malam berlaku pertengkaran besar – besaran antara mereka akibat campur tangan keluarga isterinya, yang mana janda tak sedar diri tu bertindak mempersoalkan yang suami berbau busuk dan gaji suami tak cukup menyara komitmen satu rumah masa tu yang mana 2 abang janda tu pun duduk sekali. Selama ni suami yang tanggung semua masa dia kerja kapal.

Si janda tu cakap dia yang tanggung semua isi rumah. Suami pun bersuara cuba menyedarkan janda tak sedar diri tu, yang selama ni dia kerja kapal dia yang bayar semua komitmen rumah termasuk menanggung 2 abang ipar yang tak bekerja, apa salahnya p0tong langganan astro di bilik abang janda tu.

Abang janda tu terdengar dan mereka berg4duh. Janda tu sebelahi abang – abangnya dan menghalau suami keluar dari rumah, padahal rumah tu rumah suami. Suami pun keluar rumah pergi tidur di surau. Malam esoknya, lepas suami balik kerja, dia cuba pulang ke rumah, tapi belum pun sempat dia masuk rumah, semua pakaian dan kitab – kitab agamanya dicampak keluar, dia tak dibenarkan masuk rumah. Sedih sangat bila ingat suami cerita ni.

Suami kata dia kutip semua pakaian dan kitab – kitabnya dengan airmata menitik. Tak sangka dibuat macam tu. Dia takkan lupa detik tu sebab masa tu anak – anak dia dua – dua menangis panggil ayah diorang tapi diorang tak dibenarkan keluar.

Dan anak sulungnya sempat keluar sekejap pergi peIuk suami tapi janda tu r4mpas dan tolak suami. Bermula saat itu lah suami hanya tinggal di surau selama 9 bulan. Pergi kerja dan balek kerja dengan membawa beg – begnya, tidur di surau sambil mencari makna diri.

Masa ni suami memang dah takde mak ayah. Dia pernah beberapa kali nak pergi jumpa anak – anaknya tapi anak – anaknya dikawal ketat. Dihalang dari berjumpa ayahnya. Sampai lah suami dipanggil ke mahkamah untuk mendengar kes mereka.

Si janda banyak buat cerita fitnah pada suami demi untuk disahkan penceraiannya. Suami meIawan mahkamah sebab apa yang janda tu cakap tak betul dan banyak tokok tambah. Hakim di negara sini (negara S) pulak jenis melebihkan wanita, apa – apa hakim selalu memenangkan wanita. Siapa orang negara s dia tahu lah. (Suami w4rganegara S, saya w4rga Malaysia)

So diorang bercerai atas kuasa hakim tanpa suami dapat membela diri. Suami meng4muk depan hakim, katanya hakim berat sebelah, tak adil sebab terima bulat – bulat dakwaan isteri tanpa bukti kukuh. Polis pegang suami yang sedang marah masa ni, nak menahan suami dari bertindak di luar jangkaan, tapi suami cakap, “tak perlu pegang, saya takkan buat kekecohan, saya boleh beri kerjasama.”

Masa hakim dah sebutkan diorang sah bercerai tu, suami terus pusing ke arah bekas isterinya dan mengatakan : “Kau tunggu laknat Allah, kau tunggu laknat Allah, kau tunggu laknat Allah!” (sebanyak 3 kali). Saya dengar pun ngeri weh ucapan ni. Ucapan dari seorang suami dan orang yang dizaIimi! Anak – anak suami yang masa tu kecik lagi terus menjerit panggil ayah diorang dan berlarian memeluk suami. Suami dengan anak – anak memang rapat.

Long story short, 4 tahun selepas suami bercerai, baru kami kenal. Dan kami mula rapat di fb, selalu berbalas komen. Saya pulak masa tu dah tangkap bf dah curang. Dan kami putus. Suami terus ajak saya kahwin. Saya yang malas nak bercinta dah lepas terus setuju nak kahwin dengan suami.

Memang terburu – buru jugak saya buat keputusan masa tu sebab saya fikir saya kena kahwin dulu sebelum bf saya kahwin, biar dia tahu yang saya ni laku lagi walaupun dia dah tinggalkan saya  (B0doh kan per4ngai ni?  Mujur dapat suami baik jugak, kalau tak, merana hidup)

Masa dah setuju nak kahwin ni, suami mula jujur jelaskan satu persatu terhadap saya. Dia kata dia tak ada kereta. Saya terk3jut. Tapi tak lama lepas tu saya ok, saya boleh terima. Lepas tu dia bagitau lagi yang dia sebenarnya duda anak 2.. What?? Saya masa tu pakej terk3jut dan terkentut sekali… Jujurnya ya Allah… Tak sedikit pun dia takut saya menolaknya.

Tapi saya ya, sebab terhutang budi jugak sebab dia pernah bagi pinjam duit dia dulu, selain rupanya yang persis superman masa muda, dan suka sikapnya yang jujur, akhirnya saya terima jugak dia. Sepanjang berkawan di fb tu dia banyak bercerita tentang anak – anak dia.

Kadang – kadang dia skype bagi saya berbual – bual dengan anak – anak dia. Masa ni anak – anak dia baru umur 4 dan 7 tahun tapi dah pandai menulis dan membaca. Masa ni suami dah tinggal kat rumah mak sed4ra dia. Mak sed4ra dia yang selalu pergi ambil anak – anak dia datang rumah sebab mak sed4ra pun memang takde cucu.

Suami selalu bagi saya berbual dengan diorang bila diorang datang. Buatkan saya selesa dengan budak – budak ni. Rasa macam dah dekat di hati. Tak lama lepas tu, kami nak kahwin. Berita ni sampai pada pengetahuan si janda yang masa tu pun dah kahwin dengan lelaki selingkuhannya.

Suami panggil janda ni sebagai nenek kebayan sebab dia dah benci tengok muka dia yang macam perempuan sih1r tu. Sampai sekarang dia gelar nenek kebayan kalau bercerita dengan keluarganya. Tapi sejak nenek kebayan tu tahu kami nak kahwin, dia dah mula tak bagi anak – anak jumpa dengan suami. Ada saja alasannya, mak sed4ra pergi ambil pun pulang dengan tangan kosong.

Suami memang dah nekad taknak jumpa muka nenek kebayan tu lagi. Sampai lah nenek kebayan sekat nombor telefon suami dan berpindah bawak anak – anak tak bagitau. Suami dan anak – anak akhirnya terputus komunikasi. Hari – hari suami menangis rindukan anaknya.

Long story short, hasil perkahwinan, kami dikurniakan 4 cahaya mata, 2 lelaki 2 perempuan yang suami kata ibarat pengganti pada anak – anak dia yang hilang dulu. Tapi suami tak pernah lupakan diorang. Kami pun selalu ingatkan anak – anak kami yang diorang ada 2 orang abang lagi yang belum berkumpul bersama.

Suami cukup sayang pada anak – anak kami. Tak pernah pukuI anak. Dia sangat mesra pada anak – anak sampai anak – anak semua manja sangat dengan dia. Dia mengajar anak tegas tapi anak – anak tetap rapat dengan dia. Selama 9 tahun kami kahwin ni, baru 2, 3 kali je rasanya kami pernah jumpa dengan anak – anak tiri saya tu. Itu pun punya lah susah.

Tapi atas kerjasama sepupu – sepupu suami dan anak – anak tiri pulak terp4ksa menipu mak dia untuk pergi jumpa ayah diorang, dapat jugak kami jumpa sehari. Serius, sangat susah nak jumpa diorang. PerIukan perancangan yang rapi kalau nak jumpa. Nak jumpa anak sendiri pun macam pencuri.

Ada pernah sekali suami saya balik kerja, nampak dia tengah gusar. Lepas bagi salam masuk rumah dia terus panggil nama saya… “Ati.. Ati.., peIuk abang Ati”. Saya yang tak tau apa jadi saya terus je peIuk dia dulu, bagi dia relax. Sebab saya tau kalau dia macam ni ada sesuatu yang dia alami dia nak share tapi belum mampu buka mulut.

Saya biar je dulu dia bertenang. Lepas tu dia sendiri buka mulut cerita. Rupanya masa dia nak balik kerja tadi dia terserempak dengan anak – anaknya masa masa bas berhenti nak turunkan penumpang. Anak dia baru balik sekolah kot. Suami cepat – cepat turun bas jugak nak kejar anak – anak dia.

Masa dah turun dia jerit nama anak – anak dia dari belakang. Pastu dia tanya, ‘kenal tak?” Anak – anak dia terus menjerit “Ayah!” Sambil berlari peIuk ayah diorang. Sedih wooo.. Patutlah suami terkesan lagi. Masa tu baru lah terungkap cerita sebenar yang nenek kebayan yang taknak bagi diorang jumpa dengan ayah diorang lagi.

Tak tau nak cakap apa pasal janda ni. Duit nafkah dapat bulan – bulan, tapi anak – anak dia tak bagi jumpa. Kesian sangat tengok 3 beranak ni terpisah. Dapat rasa mereka saling rindu. Anak tiri sulung pernah tanya mak dia kenapa diorang tak boleh bebas jumpa ayah tapi diorang kena marah teruk sampai kena hempas telefon kat badan dia.

Sekarang anak tiri masing – masing dah 16 tahun dan 18 tahun. Dan baru – baru ni kami dapat jumpa lagi dengan anak ke-2 yang dah 16 tahun tu. Anak tiri sulung tak dapat ikut sebab ada projek. Budak tu sendiri yang berusaha datang jumpa suami bila dia tahu kami ada kat rumah abang ipar.

MasyaAllah dah dewasa budak ni, muka persis suami. Dah pandai berdikari cari jalan sendiri. Masa diorang berjumpa baru – baru ni, serius, semua yang tengok menangis. Termasuk saya. Selepas semua pend3ritaan rindukan anak, akhirnya diorang dapat jumpa jugak masa ni.

Lillahi Taala, saya bahagia tengok dorang dapat berjumpa. 2 hari diorang spend time bersama, saya memang tak bagi suami suami berenggang dengan anak tiri, tidur pun saya tak bagi tidur dengan saya, saya biar diorang berbual – bual sampai 3, 4 pagi, biar anak saya main – anak dengan abang diorang. Manfaatkan nasa yang ada bersama – sama.

Alhamdulillah anak tiri pun cepat mesra dengan adik – adiknya (yaitu anak – anak saya), dilayan bermain bagai adik beradik juga. Ini kali ke-2 adik beradik ni berkumpul bersama. Yang first masa anak tiri kecik lagi, masa umur diorang 12 tahun dan 14 tahun.

Sumpah! saya bahagia sangat tengok saat – saat dorang berkumpul bergelak tawa bercerita tu. Dan terlalu mengimpikan suami dapat berkumpul dengan semua anak – anaknya lagi tanpa kurang 1. Serius, saya rindu kebersamaan tu lagi. Masa diorang nak berpisah sebab anak tiri nak balek petang tu, menangis teresak – esak lagi dua beranak tu sambil berpeIuk.

Terdengar suami cakap pada anak tiri, “Hanya kem4tian je yang boleh buat ayah berhenti lupakan adek dengan abang”. Saya pernah tanya suami untuk f1ght benda ni secara undang – undang, tapi suami kata taknak anak – anak dia kena akibat dikasari atau dibuang keluarga.

Dia beralah. Dia taknak anak – anak dia derh4ka pada seorang ibu. Dia tetap suruh anak – anak horm4ti ibu, walau ibu diorang marah cakap apa pun suami suruh diam je. Serius, kadang – kadang saya tertanya – tanya, kenapa suami sebaik ini dipersiakan dan dipisahkan daripada anak – anaknya? Seronok kah menyiksa jiwa anak? Belum puaskah dia baIas d3ndam?

Serius, bagi saya suami saya ni cukup baik. Tak pernah berat – beratkan kerja rumah pada saya, banyak tolong buat kerja rumah dan urus anak – anak. Tak pernah sekali naik tangan pada saya dan anak – anak. Tak pernah keluar melepak di kedai makan dengan kawan – kawan.. yang ada diajak kawan – kawan datang rumah bawak anak isteri kalau nak lepak.

Tak pernah dia pergi mana – mana tanpa saya. Masa cutinya memang dihabiskan di rumah bersama anak – anak je. Masa lapangnya banyak dihabiskan dengan menelaah kitab – kitab hadis sebab dia pelajar PJJ madinah. Dia sentiasa mengutamakan pandangan saya sebelum buat apa – apa keputusan.

Apa – apa barang dia nak beli dia akan mintak izin kat saya, padahal tu duit dia sendiri. Nafkah tak pernah culas. Apa saya nak dia akan berusaha dapatkan walaupun lambat. Kalau dia rasa urusan dia hari tu macam nampak susah, dia akan whatsap saya, “Sayang ada apa – apa tak puas hati dengan abang tak hari ni?” Sebab dia takut kalau saya ada simpan perasaan tak puas hati pada dia tapi tak bagitau sampai urusan dia dipersulitkan hari tu.

Lillahi Taala, tak pernah saya merasa berat atau terbeban sepanjang saya menjadi isterinya walaupun kadang – kadang kami diuji kekurangan wang. Tapi tak pernah saya rasa dibebankan sebagai isteri. Dia bekerja supervisor dari saya mula kenal dia sampai sekarang, tapi satu sen pun dia tak pernah guna duit saya walaupun saya ada pendapatan sendiri hasil bisnes online yang kadang – kadang melebihi gajinya.

Kadang – kadang saya tolong dia bayar bil atau bayar sewa, tapi pasti dia akan pulangkan semula duit tu pada saya. Dia kata biar dia buat semua tanggungjawab dia. Duit saya dia suruh simpan atau untuk bantu keluarga saya. Dulu – dulu sebelum saya buat bisnes online, dia lah jugak yang selalu kirimkan duit pada keluarga saya tiap – tiap bulan. Dia lah yang bayarkan hutang ptptn saya sampai habis hanya dari hasil gajinya.

Kadang – kadang saya tertanya, kenapa ada perempuan yang buta mata hati mempersia – siakan lelaki sebaik dia? Tapi bersyukur jugak sebab kalau dorang tak bercerai dulu mesti saya tak kenal suami sekarang. Mesti saya tak dapat suami sebaik dia. Mungkin lah.

Dan dengar khabar, janda tu walaupun dah kahwin dengan teman selingkuhannya, tapi diorang selalu berg4duh pasal duit. Janda tu dah tak kerja segah yang dulu dan lelaki tu berkira nak keluar duit sebab dia pun ada anak dengan bekas isterinya yang perlu dia bagi tanggung. Rasakan!

So, pesan saya di sini ada 4 :

1) Ingat kebaikan suami saat kamu diuji dengan kekurangan suami. Jangan curang dengan suami. Curang dengan suami bermakna kamu sudah derh4ka dan menzaIimi suami. Ingat, doa orang yang dizaIimi itu makbul.

2) Wahai isteri – isteri yang bekerja, jagalah ikhtilat di tempat kerja. Jagalah batas pergaulan dengan lelaki. Jangan dibuka pintu z1na itu. Salah satu pintu z1na itu adalah, tak jaga ikhtilat (Tak jaga batas pergaulan lelaki dan perempuan)

3) Wahai bekas – bekas isteri yang ada anak dengan suami lama, tolong jangan pisahkan anak dengan bapaknya. Jangan pentingkan diri menyiksa jiwa anak yang rindukan bapaknya. Kamu ibu sepatutnya kamu paham perasaan rindu pada anak tu macam mana.

4) Dan wahai lelaki – lelaki yang pernah dicurangi isteri… move on, cari lah pengganti. Kamu layak untuk bahagia lagi.

– Wati (Bukan nama sebenar)

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.