
Setiap malam aku mimpi mak mertua senyum sambil baca sesuatu. Aku cerita dekat suami, tapi dia marah, dia kata aku fitnah. Aku nampak seekor belalang hitam besar bertenggek atas bonet kereta. Bila aku halau, dia tak terbang..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Aku nak mohon doa daripada kalian semua. Doakan semoga suami aku cepat sedar yang selama ni dia disih1r oleh mak dia sendiri supaya tunduk dan patuh seratus peratus kepada wanita tu. Aku tahu, bunyinya macam tak masuk akal, tapi siapa yang pernah rasa, dia akan faham betapa pedih dan peritnya bila hidup diganggu dengan benda – benda macam ni.
Kami dulu hampir bercerai sebab mak dia kata aku ni isteri derh4ka, sebab aku tak nak tinggal serumah dengan dia. Padahal aku cuma bekerja jauh sedikit, kami suami isteri hidup secara berjarak sekejap atas sebab kerja tetap aku, dan suami sendiri yang setuju masa awal – awal dulu.
Tapi entah kenapa, mak dia tiba – tiba jadi cemburu dengan rumah tangga kami. Sekarang kami baru saja setahun duduk serumah selepas beli rumah sendiri. Sebelum tu, kami berjarak sebab suami jaga mak dia. Dua tahun juga suami tak kerja sebab nak jaga mak dia sampai tahap dia dih1na oleh adik beradik sendiri.
Mereka kata suami aku lelaki tak guna sebab hidup guna duit mak, tapi dalam masa sama, mereka juga tak ada sedikit pun belas kasihan pada aku dan anak kami. Keluarga dia pula macam suka bila suami aku tak kerja, sebab senang bagi mereka nak guna dan kawal hidup dia.
Suami aku ni anak bongsu, mak dia pula jenis tak suka orang lain jaga dia. Yang paling teruk, aku dapat tahu mereka adik beradik tu berpakat buat benda tak elok untuk tundukkan suami aku. Aku tahu sebab aku sendiri yang pergi berubat. Orang yang merawat cakap, ada “barang” dihantar untuk tutup rezeki suami aku.
Sejak tu, hidup kami memang tunggang – langgang. Aku berhabis duit beribu ringgit pergi berubat dari satu tempat ke satu tempat, semua aku buat tanpa suami tahu. Aku cuma nak dia kembali jadi diri dia yang dulu. Selepas dua tahun tak kerja, satu hari suami aku tiba – tiba terbuka hati nak cari kerja baru.
Tapi peliknya, setiap kali dia dapat kerja, tak sampai tiga bulan mesti kena pecat. Dalam setahun, berapa kali dia tukar kerja aku pun dah tak terkira. Macam ada aura negatif dalam diri dia yang buat orang sekeliling tak suka. Kadang – kadang aku tengok dia termenung lama, pandangan kosong. Aku tegur pun macam tak dengar.
Alhamdulillah, awal tahun ni Allah makbulkan doa aku. Suami akhirnya dapat kerja tetap, dah jadi pekerja tetap selepas lima bulan. Aku sujud syukur. Tapi masa tu, aku nampak juga muka tak puas hati daripada adik beradik dia. Mereka frust sebab suami aku dah m4kin stabil, dan paling mereka tak suka, sebab dia duduk dengan aku, bukan dengan mak mereka.
Aku masih ingat masa mak dia hantar benda pada aku dulu, aku jatuh s4kit sampai hampir tak boleh berjalan. Badan aku jadi lemah, mata aku berat, dan setiap malam aku mimpi mak mertua aku senyum sambil baca sesuatu. Aku cuba cerita pada suami, tapi dia marah, dia kata aku fitnah mak dia.
Padahal setiap kali aku pergi berubat, bila aku niat nak ubatkan suami sekali, keadaan dia jadi lebih baik. Tapi sebaik saja mak dia telefon atau ajak dia balik rumah, mesti semuanya jadi balik. Kadang – kadang aku terfikir, apa sebenarnya mak dia bagi makan atau baca pada dia.
Sekarang mak dia sendiri tengah s4kit. Dah m4kin teruk keadaannya. Aku tak gembira pun tengok dia begitu, sebab aku tahu, semua tu mungkin balasan atas apa yang dia buat dulu. Tapi sampai sekarang, dia masih tak sedar diri. Dia masih tak berhenti hasut anak – anak lain supaya benci aku.
Aku tahu ada orang mungkin kata cerita aku ni karut. Ada yang mungkin kata aku ni jenis Queen Control, kononnya aku tak bagi suami jaga mak dia. Tapi yang sebenarnya, aku tak pernah pun larang. Dari awal kahwin sampai sekarang, kalau dia nak balik rumah mak dia, aku bagi saja.
Tapi setiap kali dia balik, mesti dia berubah. Dia jadi baran tak tentu pasal, tengking aku depan anak, baling barang, kadang – kadang cakap benda – benda yang langsung tak masuk akal. Pernah satu malam, kami baru balik dari makan di luar.
Sampai di parking rumah, aku nampak seekor belalang hitam besar bertenggek atas bonet kereta. Bila aku halau, dia tak terbang, cuma duduk diam sambil pandang aku. Rumah aku ni apartment tingkat tinggi, mana logiknya belalang boleh sampai situ?
Aku panggil suami, tapi dia cuma tengok sekejap dan terus masuk rumah tanpa cakap apa – apa. Masa tu aku tahu, benda tu bukan belalang biasa. Malam – malam lepas tu m4kin pelik. Kadang – kadang aku dengar langkah kaki dalam rumah waktu semua orang tidur.
Ada bau busuk datang tiba – tiba dari bilik suami. Pernah sekali, anak aku yang kecil menangis tengah malam, katanya nampak “nenek” duduk di hujung katil ayah dia. Aku terus baca Yasin sambil peIuk anak. Tapi suami aku, dia langsung tak percaya. Dia kata semua tu khayalan aku.
Sekarang dah hampir satu dekad kami berkahwin. Aku dah letih. Aku dah tak harap apa – apa selain Allah buka pintu hati dan mata suami aku, supaya dia nampak kebenaran yang selama ni tertutup. Walaupun mak mertua aku dah buat macam – macam pada kami, aku tetap maafkan dia. Sebab aku sedar, tanpa dia, takkan ada suami aku di dunia ni.
Aku cuma nak hidup aman dengan anak – anak, tanpa gangguan orang, tanpa rasa takut setiap kali suami balik rumah mak dia. Aku minta sangat, doakan rumah tangga aku ni diberi perlindungan daripada sih1r, hasad dengki dan gangguan jahat.
Doakan juga semoga suami aku diberi taufik dan hidayah, supaya dia sedar siapa yang betul – betul sayang dia dan siapa yang selama ni menzaIimi dia dalam diam. Mungkin doa kalian lebih makbul dari doa aku yang setiap malam menangis minta pada Allah supaya tunjukkan kebenaran. Semoga Allah kuatkan hati aku untuk terus bertahan, dan semoga semua yang membaca kisah ni dijauhkan dari fitnah manusia dan kejahatan yang tersembunyi di sebalik wajah baik seseorang.
Komen Netizen :
Aleeyna Aleeya : Sama pun dalam proses cerai, sama juga memang kuat aku dapat rasa mertua yang buat suami. Lepas balik dari rumah mak dia mesti dia jadi lupa perasaan bini dia, macam lupa yang dia ada bini… memang ada peIesit masuk rumah, dah pergi berubat alhamdulillah suami memang penyayang sebenarnya.
Tiap malam aku dah tidur mesti dia civm aku. Bila dia naik gambar kami berdua dekat status WhatsApp mesti mak dia komen macam iri, ‘makan sedap tak ajak, bercuti tak ajak.’ Lepas tu rumah masuk lagi peIesit. Suami selang berapa minggu jadi baran balik, buat apa langsung dah tak fikir isteri, sampai terakhir dia tergamak tumb0k aku sampai Iebam.
Aku menyerah, dah tak mampu nak sedarkan dia yang punca semua mak dia. Mak dia memang tak suka aku… masa kahwin pun mak dia langsung tak pandang muka aku. Tapi anak dia tak sedar… bila kami berg4duh, fuhh memang mak dia yang jadi penyokong kuat, cucuk jarum. Kantoi aku terbaca WhatsApp suami dia lupa nak padam.
Aku sayang suami aku, dia tak macam tu. Bila lepas berubat dengan ustaz dia memang sayang dekat aku, bila mak dia nampak kami bahagia, mak dia hantar lagi. Kali ni aku dah tak kuat nak perju4ngkan lagi, badan aku pun dah s4kit – s4kit… Aku sayang suami tapi kalau ini yang mak dia nak. Aku terp4ksa lepaskan, sekarang kami dalam proses cerai. Bercerai pertengahan bulan 11 ni… aku sedih.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.