
Saya seorang bapa, sudah pencen. Anak perempuan saya terjebak dengan hutang sampai ahl0ng sebarkan gambar anak saya, datang pejabat dia simbah cat merah. Anak saya hutang 200 ribu, habis licin simpanan saya. Baru ni, anak saya buat lagi hutang baru..
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam para pembaca yang budiman. Saya ada satu masalah dan saya harap dalam banyak – banyak kecaman yang mungkin akan saya terima, akan ada juga satu nasihat yang berguna untuk saya. Tak pasti cerita saya ini sesuai di sini atau patutnya saya hantar di group Muflis Kewangan, tapi saya tetap nak luahkan sebab kepala saya dah buntu.
Saya seorang bapa kepada beberapa orang anak. Saya sudah pencen dan sebenarnya kewangan saya dah diatur dengan baik supaya tidak membebankan saya di hari tua. Tapi seperti orang selalu kata, kita hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan.
Setahun lepas, anak perempuan saya terjebak dengan hutang. Masa itu dia kerja bagus, gaji elok, semua serba cukup. Tapi entah di mana silapnya, hidup dia tiba – tiba jadi porak peranda. Nama pun dah busuk dalam industri sebab Ahl0ng sebarkan gambar dia dan sampai sanggup datang simbah cat di pejabat.
Akhirnya dia dibuang kerja dan balik semula ke rumah sebab sebelum ini dia duduk menyewa di luar. Saya tak sampai hati tengok keadaan dia masa itu. Tertekan, takut, sampai tak lalu makan. Saya ambil keputusan untuk selesaikan hutang Ahl0ng sebanyak dua ratus ribu ringgit dan hutang peribadi dengan RHB sebanyak lima puluh ribu ringgit.
Itu pun sebab saya nak elak harta kami dilelong. Saya suruh dia masuk AKPK untuk uruskan hutang kad kredit dan pinjaman peribadi lain. Tapi akibatnya, duit simpanan saya habis licin. Saya bayarkan semuanya sebab Ahl0ng dah mula datang ganggu rumah saya. Waktu itu tiap – tiap malam saya tidur tak lena, risau kalau mereka datang semula.
Sekarang saya terp4ksa bekerja siang malam untuk cover semula hutang saya sendiri yang masih berbaki. Padahal masa ini sepatutnya saya dah boleh berehat dengan tenang, main dengan cucu dan tenangkan diri selepas bertahun – tahun kerja keras. Tapi takdirnya lain.
Ingatkan masalah dah selesai, rupanya tidak. Baru – baru ini saya dapat tahu dia buat hutang baru lagi. Hutang AEON dalam lima puluh ribu, hutang dengan bekas teman lelaki dua puluh ribu dan hutang – hutang kecil lain. Semua duit itu habis buat shopping, beli barang yang langsung tak perlu.
Saya tengok dia seolah – olah ket4gihan membeli. Macam ada satu kepuasan pelik bila dia dapat belanja duit, walaupun itu duit pinjaman. Sekarang dia buat dua kerja untuk selesaikan hutang. Mujur ada sahabat lama saya yang sudi ambil dia kerja dengan gaji tiga ribu sebulan, dan malam dia buat Grab.
Saya dah bagi amaran tegas, kalau ada Ahlong datang cari dia lagi, saya akan halau dia dari rumah. Anak – anak lain memang marah sebab kami masih tolong dia, tapi bagi saya kalau tak cuba bantu, lagi besar masalah yang akan kami tanggung.
Alamat kad pengenalan dia masih guna alamat rumah kami. Kalau dia buat hutang Ahl0ng lagi, rumah kami yang akan jadi sasaran. Pernah sekali tengah malam, ada orang ketuk pagar kuat – kuat. Saya terus teringat insiden lama. Rupanya cuma jiran nak beritahu kereta saya tak tutup tingkap, tapi malam itu saya tak boleh tidur langsung.
Saya duduk termenung sampai subuh. Saya fikir, sampai bila saya nak tanggung semua ini? Sekarang dia bercinta dengan budak sekuriti. Saya tak h1na pun, saya terima saja. Bekas teman lelaki dia dulu pun cuma cleaner di hospital kerajaan, saya tak kisah pun kalau kerja biasa, asalkan rajin dan bertanggungjawab.
Tapi bila saya tengok yang sekarang ni, nampak macam tak ada wawasan. Siang tidur sebab kerja malam. Dua tahun dah kerja begitu, tapi tak pernah nak usaha tambah pendapatan. Saya bukan nak pandang rendah, tapi saya risau. Kalau kahwin, cukup ke nanti nak tanggung isteri yang banyak hutang, yang mungkin ambil masa sepuluh tahun untuk habis bayar?
Kalau beranak pula, siapa yang nak jaga cucu? Takkan saya dan isteri lagi yang kena pikul semua tanggungjawab tu? Saya pernah terfikir nak cerita semua hal hutang pada teman lelaki dia. Biar dia tahu apa yang bakal dihadapi kalau betul – betul nak kahwin.
Tapi saya serba salah, sebab dalam masa yang sama saya tak sanggup nak buka aib anak sendiri. Kalau saya diam pun, nanti dia kahwin dan tersungkur semula, bukankah dia akan susahkan diri dan keluarga juga? Kadang – kadang saya tengok bilik dia pun dah boleh tahu per4ngai. Kotor, bersepah, baju bertimbun tak berlipat.
Saya pernah marah, tapi dia cuma diam dan masuk bilik semula. Malas dengan sibuk ada beza, tapi dia memang malas bab mengemas. Rumah saya ni dah macam asrama perempuan, penuh dengan beg dan kotak. Isteri saya pun dah malas nak tegur, sebab kalau tegur mesti berg4duh.
Saya dah tak tahu apa nak buat. Nak halau anak sendiri memang tak sampai hati. Tapi kalau biar, saya pun m4kin tertekan. Kadang – kadang saya doa panjang – panjang selepas solat, minta Allah bagi jalan keluar. Saya bukan nak putus asa, cuma dah penat.
Patutkah saya biarkan saja dan berserah pada takdir? Atau saya patut tegas, kahwinkan dia dan lepaskan tanggungjawab pada suami dia nanti? Saya betul – betul perIukan pandangan dari mereka yang pernah lalui perkara macam ni. Saya harap ada lah nasihat berguna daripada orang yang matang dan pernah rasa peritnya menanggung beban anak sendiri. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati saya.
Komen Netizen :
Atok nak pesan656 : Sayang anak ditangan – tangankan. Jangan biarkan dia berada di zon selesa, biarkan dia menghadapi masalah yang dibuatnya sendiri. Kita sebagai ibu bapa hanya boleh memberi nasihat dan kata – kata semangat. Tuan pun sudah banyak berk0rban dari kecil sampailah dilangsaikan hutang lama yang beratus ribu.
Tapi maIangnya dia buat lagi hutang baru. Kalau macam itu biar dia sendiri yang menanggung bebanan hutang baru dan tuan kena buat laporan polis jika ada mana – mana pihak yang cuba ganggu dan ugvt di rumah tuan sebagai sokongan untuk keselamatan.
Ahl0ng ini kalau sudah kena report, dia takkan ganggu sebab kalau tidak dia boleh kena meringkuk dalam penjara. Anak itu kalau boleh suruh dia duduk sendiri dan jangan duduk dengan tuan lagi sebab dia akan jadi liabiliti dan bebanan keluarga dalam tempoh yang pendek.
Jangan disorong lagi bantal pada orang yang sudah mengantuk banyak kali, kelak nanti dia terus terlena dibuai mimpi – mimpi yang indah tetapi orang lain yang terp4ksa menanggung n4jis yang dibuatnya sendiri. Dia sudah besar, patut dia sudah boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk.
Tapi selagi ibu bapanya sanggup berk0rban menutup n4jis kotoran yang dia buat, maka tak hairanlah dia akan buat dan buat lagi n4jis yang sama akan datang. Dia nak kahwin, jika itu pilihan dia, maka lepaskanlah. Hutang – hutangnya wajib duduk bersemuka dengan bakal suaminya dan ceritakan kisah yang benar.
Selalunya orang yang tengah angau bercinta ini memang semuanya indah – indah belaka, bila sudah berada di alam rumah tangga barulah dia tahu baik buruk pasangannya. Kena bertegas dan bagi amaran keras jika dia ulang lagi tabiat hutangnya, biarkan dia uruskan sendirian. Tuan hanya perlu pantau dari jauh sahaja. Sepatutnya anak – anak berbakti kepada ibu bapanya, tapi ini sudah lain, ibu bapanya yang berkhidmat sampai membebani hari tua.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.