
Kakak ipar aku ni pemalas. Bila mak aku tegur sikit, dia terus mengadu dekat abang aku. Dari belum ada anak sampai dah beranak lima, dia langsung tak buat kerja rumah. Bayangkan dorang ada anak 5 orang, mak aku pun kerja. Tapi bila balik kerja kena hadap cucu – cucu, menantu pemalas..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum, aku nak meluah di sini sebagai anak dan adik ipar. Mak aku duduk di Felda, kerja di kantin sekolah sahaja. Ayah dah meninggaI dunia. Abang aku pula dah kahwin, dari belum ada anak sampai sekarang dah ada lima orang anak.
Dia duduk sekali dengan mak aku. Jadi, dalam satu rumah tu memang ramai lah. Masalahnya, kakak ipar aku ni pemalas. Bila mak aku tegur sikit, dia terus mengadu dekat abang aku. Dari belum ada anak sampai dah beranak lima, dia langsung tak buat kerja rumah. Anak dia pun aku yang tengokkan. Memang penat sangat.
Aku lah yang masak, yang basuh pinggan, yang kemas rumah. Diorang ni bila nasi dah siap masak, terus makan lepas tu tinggal pinggan atas meja. Semua anak dia per4ngai sama, jenis tak membantu dan menyusahkan orang. Cukup ceIaka per4ngai.
Pernah sekali aku tegur kakak ipar. Aku cakap, “Aku masak, aku hidang. Kau tinggal makan aje. Apa salahnya lepas makan tu basuh pinggan sekali. Kau ingat rumah ni ada orang gaji ke?” Lepas tu dia mengadu dekat abang aku, kata aku kawal keluarga.
Paling b0doh, dia siap update dekat Facebook. Hari – hari kalau dia tak puas hati dengan aku, dia akan tulis dekat Facebook. Sejak tu, kalau aku masak, aku buat untuk aku dan mak aku saja. Rumah tu pun aku dah tak kisah sangat. Setiap hari kakak ipar aku bangun lambat. Tak masak, tak kemas rumah. Abang aku pun sama, barang dapur tak tolong beli, bil elektrik pun tak bayar.
Kakak ipar aku ni dulu duduk dengan mertua, memang semua orang lain yang buatkan kerja. Dia punya pemalas tu, mandi pun dua hari sekali. Ketiak bau kuat macam t4ik ayam. Kalau naik kereta dengan dia, tak boleh buka aircond, nanti rasa nak munt4h.
Aku sebagai adik ipar, aku kesian giIa dekat mak aku. Mak aku kerja pukuI 6 pagi, balik pukuI 3 petang. Aku pula meniaga online dari rumah. Jadi setiap hari aku yang kena masak dan kemas rumah. Kakak ipar aku betul – betul goyang kaki. Aku buat kerja rumah sebab aku kesian dekat mak aku.
Dia dah penat kerja, takkan nak suruh dia buat kerja rumah lagi kan. Keluarga aku ramai lelaki dan budak – budak. Jadi diorang semua jenis makan minum campak je dalam sinki. Aku pun naik geram juga. Jenis tak ada rasa tanggungjawab langsung.
Lepas aku kahwin, mak aku tak bagi aku keluar rumah. Dia kata kesian dekat dia, tak ada siapa nak tolong urus rumah. Tapi aku keraskan hati. Aku cakap aku nak bina hidup sendiri dengan suami. Aku keluar dari rumah. Aku dah tak nak peduli dah. Penat weh nak hadap per4ngai keluarga yang jenis tak ada rasa tanggungjawab.
Alhamdulillah, aku kahwin dengan orang yang tepat. Suami aku rajin, semua kerja rumah dia buat. Malah dia lagi rajin daripada aku. Rupanya ibu mertua aku didik anak – anak dia dari kecil buat kerja rumah. Sebab tu suami aku tak kekok langsung. Walaupun dia anak lelaki, tapi semua kerja rumah dia boleh buat.
Apa jadi dengan kakak ipar aku tadi? Huhuhu… Lepas setahun lebih, abang aku ceraikan dia. Ya, anak lima pun boleh bercerai berai. Bekas kakak ipar aku tu sekarang dah kahwin lain dan baru beranak lagi baru – baru ni. Anak dia yang lima orang tu dia dah benci dan tak kisah langsung.
Mak aku lah yang duduk sekali jaga semua anak – anak dia tu. Aku tak bagi dah mak aku kerja. Cukup lah dengan duit gaji Felda tu. Setiap bulan aku bantu hulur duit belanja rumah. Sekali sebulan aku upah orang datang kemas rumah. Aku pernah ajak mak aku duduk dengan aku, tapi mak cakap kalau nak bawak, kena bawak sekali lima cucu dia tu. Kalau tak, nanti tak ada siapa nak tengok yang kecil – kecil tu.
Jadi aku pun tak jadi nak ajak mak duduk sekali sebab kesian juga dekat pihak aku. Takkan nak bela enam orang sekali gus. Kalau setakat bela mak, aku tak kisah. Abang aku pula kerja, tapi macam tak cukup juga. Mak budak – budak tu sekarang dah bahagia dengan laki baru. Yang jadi m4ngsa, mak aku. Hmm…
Aku siap ajar mak supaya jangan terlalu sara cucu – cucu tu. Apa – apa biarlah bapak dia tanggung. Sebab abang aku pun gagal nak bina hidup sendiri. Masih mengharapkan mak. Sekarang ni alhamdulillah, aku dah ada hidup sendiri. Aku lega dapat keluar dari rumah tu.
Dulu aku rasa macam h4mba. Style orang tua dulu, asal anak perempuan je kena buat kerja rumah, anak lelaki jadi raja. Aku bila dah ada anak sendiri, aku tak kira lelaki ke perempuan, tetap kena buat kerja rumah. Doakan semoga urusan aku dipermudahkan ya. Terima kasih sebab sudi baca.
Komen Netizen:
Shayna : Masalah mula bila abang tak mampu sediakan rumah sendiri untuk isteri. Perempuan kalau lelaki tak mampu sewa rumah, tak payahlah kahwin dulu. Memang susah duduk serumah dengan mentua. Kalau terp4ksa pun, janganlah beranak ramai sangat.
Sorang dua dah cukup. Kenalah pandai merancang. Kita yang ada rumah sendiri pun anak tiga je rasa dah cukup. Hurm… Takkan zaman sekarang masih tak pandai lagi bab merancang keluarga. Payah kalau ada akal tapi malas guna, menyusahkan orang lain pula tu.
Azizah Paimin : Beritahu mak, suruh cucu – cucu tu tolong kemas rumah, basuh pinggan yang digunakan. Kalau nak mudah, berapa ramai dalam rumah, banyak tu sajaIah pinggan, mangkuk dan cawan di dapur. Jadi nak tak nak, yang mana dah besar tu bolehlah ringankan beban orang dalam rumah. Jangan nak bersenang – lenang sangat, biarlah belajar berdikari.
Nak lagi mudah, semua yang ada dalam rumah tu boleh buat kerja rumah ikut umur masing – masing. Sikit – sikit pun tak apa, janji buat. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dah jadi buluh, tak boleh buat apa dah, masak sajaIah.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.