
Aku tak kerja sebab jaga anak aku yang masih kecil dan perIukan perhatian. Aku duduk rumah mak aku tapi keluarga aku pilih kasih. Mereka ungkit kisah lama aku pernah terlanjur dan kahwin percuma. Keluar segala hukvm pasal anak h4ram. Aku takkan bagi anak aku makan, apa yang keluarga aku beli..
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam admin. Boleh kongsi kisah aku ni. Harap admin sorok nama Facebook aku ya. Maaf kalau cerita ni panjang sikit. Harap semua orang komen yang baik – baik dan bagi nasihat yang membina. Aku seorang janda anak satu.
Kisahnya bermula bila aku kenal seorang lelaki, iaitu bekas suami aku. Kami kenal dari zaman sekolah. Aku dengan dia pernah terlanjur. Aku dah mengandung anak dia dua kali. Kali pertama aku gugurkan, yang kedua sekarang ni membesar depan mata aku.
Masa mengandungkan anak aku, macam – macam dugaan aku terima. Bekas suami aku tinggalkan aku masa tengah sarat lapan bulan. Dia duduk dengan awek dia. Aku hari – hari menahan rindu sambil bawa perut besar. Aku mengandung tapi dia kata anak dalam kandungan tu bukan anak dia, anak jantan lain. Aku telan saja admin.
Semua keluarga dia cakap benda sama dekat aku dan keluarga aku pun kena tempias. Aku telan semua tu. Sampai satu tahap dia siap cerita dekat awek dia yang aku mengandung anak orang lain. Aku terbaca mesej WhatsApp dia dengan perempuan tu.
Nak dijadikan cerita aku nikah masa anak aku masih dalam perut. Bila anak aku lahir, bekas suami aku ni suka menipu aku. Akhirnya kantoi juga. Mak dia pun berpakat dengan dia. Masa aku mengandung, mak dia tipu aku. Dia cakap nak keluar pergi kebun, padahal dia pergi jumpa awek anak dia.
Masa tu aku masih sah jadi isteri dia. Aku telan seorang diri. S4kit tu tak boleh nak cakap. Mesej, panggiIan, WhatsApp semua depan mata aku. Dia tuduh aku ada jantan lain dan semua orang percaya. Untuk pengetahuan korang, mak ayah dia suka sangat masuk campur hal rumah tangga anak – anak.
Lepas aku bersalin, aku kena tahan wad dengan anak sebab kuning. Lepas dua minggu baru aku balik rumah. Keluarga bekas suami aku layan aku dengan baik masa tu, semuanya nampak okay. Tapi nak dekat habis pantang aku g4duh dengan bekas suami sebab status WhatsApp aku “jangan sampai aku jumpa kau, aku gayang kau dekat jalan tar betina gatal!”
Ayat tu aku copy status WhatsApp kawan aku. Dia marah dan tanya bila aku habis pantang. Aku cakap seminggu lagi. Aku dah tak tahan admin. Aku pendam lama sangat. Malam tu juga kami g4duh besar. Malam tu juga aku minta dia lepaskan aku.
Oh ya, aku ada baca mesej dia dengan awek dia yang dia janji takkan lama dengan aku, akan cerai juga. Aku kecewa sangat. Aku minta dia ceraikan aku bila anak aku cukup dua tahun tapi tak sampai pun dua tahun kami dah bercerai. Anak aku masa tu baru enam bulan.
Lepas aku habis pantang aku balik rumah keluarga aku. Aku dah tak duduk serumah dengan dia sebab hati aku terlalu s4kit. Bekas suami lebihkan awek dia daripada aku. Ibarat aku ni dia guna bila perlu saja. Sedih admin. Aku duduk rumah mak aku sampai aku sah bercerai.
Sekarang dah cerai pun dia masih datang rumah hantar keperluan anak walaupun anak tu bukan tanggungjawab dia lagi. Lepas cerai aku selalu g4duh dengan keluarga aku. Ibaratnya macam mereka pilih kasih. Aku tak kerja sebab jaga anak aku yang masih kecil dan perIukan perhatian.
Setiap bulan mesti ada saja benda nak dig4duhkan. Termasuk anak saud4ra aku pun dah anggap aku macam musvh. Setiap kali bekas suami aku datang rumah hantar lauk dan barang anak, keluarga aku mesti g4duh. Sampai satu tahap bekas suami aku cakap, “aku beli lauk untuk anak dan kau saja, orang lain makan jatuh h4ram!”
Aku pun terus beritahu keluarga aku apa dia cakap sebab aku takut mereka termakan. Semua yang dia beli aku dah asingkan. Tapi aku dah cakap awal – awal anak saud4ra aku ni jenis bebal sikit, dia ambil juga yang aku tak bagi makan. Benda ni pun jadi punca perg4duhan sampai aku kena halau dari rumah. Dah banyak kali admin.
Jadi aku buat keputusan untuk hal sendiri dengan anak saja. Bab kemas rumah, pinggan, baju semua aku buat yang mana aku guna. Yelah bila orang dah tak suka buat apa pun salah. Mak aku pula selalu doakan benda yang bukan – bukan untuk aku.
Mereka ungkit kisah lama aku pernah terlanjur dan kahwin percuma. Aku ni dah tak tahan. Kesabaran aku tipis. Bila aku marah aku terlepas tangan pukuI anak aku. Mereka lagi suka bila aku jadi macam tu, macam puas hati tengok aku hilang kawalan. Aku sedih. Aku tak dapat kawal perasaan aku. Aku perIukan semangat dari orang yang aku sayang tapi sebaliknya yang aku dapat.
Sekarang ni aku betul – betul buat hal sendiri. Barang keperluan semua aku minta dengan bekas suami. Kadang – kadang ada juga aku minta duit dengan mak aku, aku cakap nak pinjam sebab nak beli lampin anak. Tapi ayat mak aku “mintalah dengan bekas suami kau tu.” Aku diam saja.
Kebetulan masa tu duit BSH masuk tapi aku tak boleh keluarkan sebab akaun sangkut. Jadi aku minta dengan mak aku, aku cakap nanti aku ganti bila bekas suami dah transfer. Aku saja buat ayat macam tu sebab mak aku suruh minta dengan dia.
Mujur BSH tu masuk juga jadi aku ganti balik duit mak aku yang aku pinjam lima puluh ringgit untuk beli barang mandi. Tapi malam tu juga aku g4duh dengan mak aku. Mak dan adik beradik aku kata aku ni memaIukan sebab minta duit dengan bekas suami beli barang aku dan anak.
Dah macam mana. Bila aku minta dekat mereka ayatnya “bekas suami kau kan ada mintalah dekat dia.” Oh dan satu lagi mereka kerja penat – penat bukan untuk aku dan anak aku. Jadi lauk mereka pun aku tak makan. Mereka siap cakap kalau nak makan mintalah dengan bekas suami.
Tapi bila bekas suami aku hantar lauk mereka bising, keluar segala hukvm pasal anak h4ram, tanggungan siapa. Bila aku makan lauk mereka, mereka bunyi juga, “ni aku beli jangan makan.” Anak aku nak makan pun aku tak bagi admin. Sekarang ni aku buntu. Aku tak tahu nak buat apa.
Mereka selalu tuduh aku mengandung lagi termasuk mak aku. Aku sedih sangat admin. Aku tak salahkan sesiapa. Aku cuma salahkan diri aku sendiri yang h1na, keji dan kotor. Kekuatan aku sekarang cuma anak aku.
Komen Netizen :
Aavaa Adzskiaa : Ujian setiap orang berbeza. Aku doakan urusan kau dipermudahkan. Kalau bekas suami masih boleh bagi kau makan, minta tolong dia dulu untuk duit pendahuluan bayar pengasuh anak dan modal kau nak mula kerja. Kerja lah apa pun, yang penting kerja.
Kerja kilang ada, kerja kedai pun ada. Mulakan hidup baru. Yang penting kau kena kerja. Berhenti berg4ntung hidup pada orang lain. Kumpul sikit – sikit duit. Nanti sewa bilik dulu, sebab kalau sewa rumah memang tak mampu. Sewa bilik pun dah cukup.
Keluar dari rumah keluarga dan mulakan rancangan untuk ubah nasib diri. Jaga mental kau. Anak kau tu perIukan kau. Kena kuat semangat. Selagi kau tak ubah nasib diri dan tak kerja, selagi tu kau akan dikeji dan dipandang rendah. Kena rasa malu walaupun dengan keluarga sendiri. Berubah lah, perbaiki diri. Kalau tak, selamanya tahap hidup kau akan macam tu juga.
Fauziah Amran : Assalamualaikum adik. Dari pandangan mata aku, kau dah layak jadi seorang ibu. Tapi gaya penulisan kau nampak masih muda dan mungkin tak habis sekolah juga.
Perkara yang perlu kau buat: Muhasabah diri. Jaga solat, sebab bila kau dekat dengan Allah, perjalanan kau nak besarkan anak akan jadi lebih mudah. Cari kerja. Kerja apa – apa pun tak apa, asalkan kau mula kehidupan baru. Hantar anak ke taska sementara kau bekerja.
Cari bilik sewa dulu kalau belum mampu cari rumah sewa. Belajar berdikari. Bekas suami hanya tanggung anak. Kau jangan terlalu rapat dengan dia sebab takut sejarah lama berulang. Bila semua ni kau dah buat dan mula kehidupan baru, insya-Allah kerja sebagai ibu akan jadi lebih mudah.
Aku harap perubahan tu berlaku secara berterusan. Sentiasa ingat waktu susah kau dulu. Sentiasa minta maaf pada ibu bapa walaupun mereka cakap macam – macam, sebab mereka tetap ibu bapa kita. Kalau dah pindah nanti, cuba telefon. Kalau mereka tak angkat, hantar SMS atau WhatsApp setiap hari untuk minta maaf. Moga perjalanan hidup kau yang baru tanpa bantuan sesiapa ni mengajar kau erti susah dan senang. Didik anak dengan sebaiknya supaya dia jadi simbol kejayaan kau satu hari nanti.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.