
Aku tahu mak str3ss sebenarnya. Penat balik kerja kena masak untuk anak ramai. Pantang silap, tak hidang makanan, ayah merajuk tak nak bercakap seminggu. Pernah sekali mak tertidur lepas menyusukan adik. Lauk semua dah siap, hidang pun dah, cuma nasi tak sempat hidang, terus ayah marah. Ayah hambur kata – kata kesat pada mak, siap cakap mak per4ngai macam janda.
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam dan hi semua. Aku S, umur 38 tahun, perempuan, sudah berkahwin dan ada 3 orang anak. Bekerja sebagai penjawat awam dalam bidang profesional. Suami pun kerja dalam bidang yang sama. Terus terang, aku dulu pernah dengar kuliah tentang “love hate relationship” masa belajar subjek psikiatri waktu di medical school dulu.
Tapi masa tu aku macam terpinga, tak faham apa benda tu sebenarnya. Sekarang aku rasa itulah aku dan mak aku, ada hubungan yang penuh kasih tapi dalam masa yang sama penuh benci juga. Mak aku pun penjawat awam, ada 9 orang anak.
Aku anak sulung. Ayah pula seorang cikgu. Bila umur aku dah masuk 40-an ni, aku selalu tanya diri aku, kenapa aku tak rasa sayang sangat kat mak macam orang lain sayang mak diorang. Tak rasa rindu sangat nak balik kampung jumpa mak.
Balik kampung tu pun sekadar nak tunaikan tanggungjawab sebagai anak sebab tak nak jadi anak derh4ka. Jawapannya sebab aku tak pernah rasa bahagia masa membesar dengan mak ayah. Banyak sangat perkara yang buat aku kecil hati dengan mak.
Bila aku imbas balik, mungkin aku pernah alami fasa kemurungan masa hidup dengan mak ayah dulu. Maklumlah, aku anak sulung perempuan. Adik beradik ramai. Masa aku umur 6 tahun, dah ada 4 orang adik. Rumah tangga mak ayah pun bukanlah bahagia sangat — haru-biru dengan per4ngai ayah yang suka mengarah tapi tak nak membantu, ditambah pula campur tangan keluarga ayah (datuk dan nenek) yang sangat menyusahkan.
Aku faham mak tertekan dengan keadaan rumah tangga dia, dengan anak ramai, kewangan pun sempit sebab dia cuma kerja kerani tapi kena tanggung semua anak sebab ayah tak menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Ayah lebih sibuk layan kerenah nenek yang asyik nak tambah harta, beli tanah dan sebagainya.
Lepas tu uruskan pula adik – adik ayah yang tak habis – habis menyusahkan (ayah pun anak sulung). Ayah pernah jadi penjamin pinjaman MARA untuk adik dia yang sambung belajar kat Amerika Syarik4t. Adik ayah tu dapat keputusan cemerlang tapi tak nak tukar pinjaman tu kepada biasiswa, tak nak kerja pun. Akhirnya ayah jadi m4ngsa sebab kena bayar balik pinjaman tu.
Balik kepada hubungan aku dan mak, sejak sekolah rendah lagi aku memang dip4ksa dan diperah tenaga untuk tolong mak. Kalau nak disiplinkan anak, sepatutnya semua anak rasa benda yang sama. Tapi tak, adik – adik aku boleh berehat, main game, tengok televisyen sesuka hati. Aku je kena buat semua kerja.
Pernah juga disuruh jaga adik yang kuat menangis, dan bila aku bagi alasan nak siapkan kerja sekolah yang banyak, aku kena tengking teruk. Bila adik menangis, mak akan meng4muk. Aku tahu mak str3ss sebenarnya. Penat balik kerja kena masak untuk anak ramai. Pantang silap, tak hidang makanan, ayah merajuk tak nak bercakap seminggu.
Pernah sekali mak tertidur lepas menyusukan adik. Lauk semua dah siap, hidang pun dah, cuma nasi tak sempat hidang, terus ayah marah. Ayah hambur kata – kata kesat pada mak, siap cakap mak per4ngai macam janda. Masa mak dalam pantang lepas bersalin adik nombor lima, ayah pernah ugvt nak kahwin lain.
Sebabnya mudah, mak menjawab masa ayah marah kena cuci rumah yang banjir masa tu. Aku rasa masa tu mak dah kena “postpartum blues”. Aku pernah nampak ayah angkat penyapu nak pukuI mak masa mak tengah mengandung. Diorang berg4duh sebab ayah asyik keluar rumah balik lewat malam.
Disebabkan tekanan perasaan mak, aku selalu jadi tempat mak lepaskan marah. Mak selalu keluarkan kata – kata pedih bila aku buat salah, walaupun benda remeh atau tersilap masa nak bantu dia. Aku pernah panjat basuh tingkap kat tingkat atas masa bulan puasa sebab nak kemas rumah raya.
Kalau jatuh masa tu memang m4ti katak. Sambil basuh tingkap, turun naik tengok langsir dalam mesin basuh. Malam pula buat kuih raya. Adik beradik ramai, kecil – kecil lagi, memang tak mampu nak beli kuih jadi semua buat sendiri. Aku siapkan kuih raya, kemas semua sebab kalau bersepah memang kena marah.
Tapi ada sekali tu, masa bulan puasa aku tertidur lepas solat Asar sebab letih sangat cuci tingkap. Mak marah teruk, macam aku goyang kaki tak buat kerja. Ada tetamu datang rumah, mak sempat burukkan aku sebab tertidur tu. Mak memang jenis suka tunjuk.
Bila raya, dia nak tunjuk kat orang yang dia boleh buat banyak jenis biskut dan kek. Dip4ksanya aku buat 5, 6 biji kek, biskut almond london, dan kemas rumah malam raya. Memang malam raya aku jarang tidur. Selalu tertidur lepas Subuh sebab penat sangat, dan lepas tu akan kena marah juga.
Aku sangat takut kalau mak marah sebab dia akan keluarkan kata – kata pedih dan merendahkan. Mak pernah cakap kat aku, “Orang kampung semua cakap kau ada ketuat sebab kau pemalas!” Sekarang aku dah jadi doktor, aku tahu ketuat tu penyakit, bukan sebab pemalas.
Aku s4kit hati sebab aku tengok kawan aku bila dapat ketuat, mak dia bawa pergi klinik. Tapi aku dapat cacian. Itu cerita zaman budak. Lepas habis belajar, aku antara yang lambat jumpa jodoh. Umur 28 baru kahwin. Mak selalu rendahkan rupa aku berbanding adik-adik yang cantik.
Bila aku lambat kahwin, asal ada orang tanya, mak yang berdebar. Masa tu kawan – kawan aku ramai dah kahwin dan ada anak. Keputusan aku nak kahwin dengan suami pun agak terburu – buru. Kami dikenalkan oleh seseorang. Hubungan kami bukan macam pasangan lain yang asyik dating atau berhubung hari – hari.
Bila keluarga belah suami tahu, mereka cepat – cepat nak meminang. Yalah, siapa tak nak menantu doktor. Keluarga aku pun tanpa siasat latar belakang terus terima. Tapi masa tu aku dah rasa ada sesuatu yang tak kena tentang keluarga suami.
Aku nak batalkan perkahwinan, tapi mak berkeras suruh teruskan sebab nak jaga air muka. Katanya malu dengan saud4ra mara sebab semua persiapan dah dibuat. Aku pula masa tu percaya keputusan mak mesti terbaik, jadi aku ikut. Lepas kahwin, apa yang aku rasa tak kena dulu memang betul – betul berlaku.
Rumah tangga aku diganggu keluarga mertua yang sangat suka campur tangan, terutama hal kewangan. Sampai satu tahap, aku failkan fasakh sebab dah tak tahan. Masa aku nak bersalin anak sulung, suami tak mampu nak hulur duit pun untuk beli baju anak.
Masa aku dalam pantang, dia sibuk nak balik rumah mak dia, tinggalkan aku dengan anak. Bila semua benda buruk jadi kat aku, mak boleh pula cakap, “Mak tak rasa ni salah mak. Sebab kamu berdua kenal pun dengan cara yang baik. Bukannya bercinta bukan – bukan. Bila dia masuk meminang, mak terima lah.” Mudahnya dia cakap.
Aku lalui tempoh berpantang yang teruk, anak menangis siang malam, suami dan keluarganya buat hal, mak pula masih harap aku bantu buat kerja rumah macam tak ada apa. Padahal ada adik lelaki dan perempuan dekat rumah, tapi mak tak nak suruh.
Katanya kesian, bagi diorang rehat sebab masih muda. Habis tu aku ni apa? Dikerah tenaga macam orang gaji. Dengan pembantu rumah boleh pula mak kesian. Aku tertanya siapa aku sebenarnya bagi mak. Masa aku nak kahwin dulu, mak buat keputusan nak renovate rumah.
Dia buat pinjaman peribadi tapi tak cukup. Aku dah bagitahu awal – awal aku tak nak buat pinjaman sebab tak nak terjerat dengan hutang. Gaji doktor gred UD41 masa tu pun bukan besar mana. Setiap bulan aku bagi mak ayah hampir RM1,000.
Kadang – kadang bila dapat bonus atau claim oncall, aku hulur lebih. Belanja untuk adik belajar di Morocco pun aku bantu. Balik rumah beli barang dapur, time raya beli baju untuk adik. Kereta Honda yang aku beli pun sebab nak senangkan keluarga. Jadi aku tak berani nak berhutang lagi.
Perbelanjaan kahwin pun aku uruskan sendiri. Mak ayah janji nak bayarkan duit makan pun aku tolong hulur sebab tahu mereka susah. Perabot dan aircond bilik pengantin aku beli sendiri. Tentang renovate rumah tadi, bila mak tak lepas pinjaman, adik aku Anis yang baru kerja tolong buat loan untuk mak.
Lepas tu, dia dah tak bagi duit bulanan kat mak. Aku pun tak tahu pasal loan tu. Aku memang tak setuju dengan idea renovate tu. Tapi mak pergi mengadu belakang aku, kononnya aku yang nak kahwin tapi Anis yang buat loan. Sampai adik – adik lain pun terpengaruh, jadi biadap dengan aku.
Kalau betul mak perIukan duit, kenapa tak terus terang? Bukannya tak boleh bincang. Mungkin sebab aku bangkang idea dia, jadi dia tak nak bincang dengan aku. Tapi kalau dia kata aku kedekut, habis tu duit yang aku bagi setiap bulan tu ke mana?
Sampai satu tahap, aku balik kampung masa mengandung sebab nak berurut. Masa tu aku s4kit ligament teruk. Tapi berhari – hari tunggu mak bawa ke rumah tukang urut, last – last aku balik kerja juga sebab mak sibuk temankan Anis beli tudung nak jual kat pejabat.
Yelah, aku ni anak kebencian mak. Tak menyumbang, tak cantik, tak ada apa yang boleh dibanggakan. Anis umur dah 35 pun belum kahwin, tapi mak tak ada pula risau macam masa aku dulu. Aku pernah balik kampung masa pantang anak ketiga.
Masa nak mandi, aku panggil adik yang masih sekolah tolong tengok anak – anak aku, mak marah sebab katanya ganggu adik yang tengah rehat. Habis tu buat apa aku balik? Banyak sangat kalau nak cerita, tapi cukuplah setakat ni. Terlalu banyak perkara yang buat aku terasa dengan mak.
Aku tahu aku takkan jadi siapa – siapa tanpa mak. Aku berjaya pun sebab mak. Mak banyak berk0rban. Tapi aku tak mampu padam kenangan pahit dengan mak dan ayah. Itulah “love hate relationship” kami. Setiap kali lepas solat, aku mohon pada Allah supaya hadirkan rasa cinta dalam hati aku untuk mak dan ayah. Anak kecil hati (Bukan nama sebenar).
Komen netizen :
Wani Wana : Kenapa banyak sangat baca kes macam ni, sanggup tunggu sampai anak 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Mak tu 9 orang anak, yang ni 3. Nak tunggu sampai berapa orang untuk jaga mental dan sayang diri sendiri? Siang dilayan suami macam h4mba abdi, malam pula macam apa kena layan suami yang teruk.
PeIacur pun tak kena m4ki hamun macam tu. Ini suami sendiri layan macam sampah. Mengaji agama tak habis ke? Bab mak tu, elok lepas fasakh hidup jauh – jauh, pindah Sabah lagi bagus. Duduk Sabah pun tenang daripada duduk dekat tapi hari – hari hidu bau busuk masalah rumah tangga.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.