Suami berubah lepas main gym. Saya mula curiga, bila saya takde dekat rumah. Saya letak perakam suara, ada lelaki lain dalam rumah pukuI 3-4 pagi

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami obses untuk naikkan badan, tiktoknya banyak tengok lelaki – lelaki tunjuk badan, main gym. Saya jumpa search history Menggigil, mengucap panjang saya.. Selepas 3 tahun ini saya tergerak untuk cuba ‘spy’. Saya letakkan voice recorder di tempat tersorok dan apa yang saya dapati, ada lelaki asing..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum dan salam sejahtera w4rga facebook. Saya adalah silent reader page ni dan kalini terpanggil untuk berkongsi, dengan harapan ada cadangan dan kata – kata nasihat dari kalian yang saya horm4ti. Sedikit pengenalan diri, saya seorang isteri dan ibu kepada seorang anak perempuan berumur 3 tahun.

Bekerja di dalam bidang professional. Begitu juga suami, dan gaji kami di paras yang lebih kurang. Straight to the point, Suami saya melayan saya dengan baik secara fizikalnya. Juga ayah yang baik pada anak kami. Dia mula ceburi semula minat gym sejak 2 tahun lepas. Consume protein dan supplement yang lain.

Tentang hubungan kelamin, anggaran sebulan 2 kali walau suami consume testosterone pil. Pada saya agak tertanya – tanya jugak la kerana bila makan benda tu, bukan ke akan trigger hormon s3ks lebih? Ini adalah pertanyaan saya pada yang ada pengalaman.

Ibu saya menetap bersama kami kerana menjaga anak sejak habis pantang sehingga tahun ini. Tahun depan anak mula sekolah dan mungkin ibu akan lebih banyak masa di kampung sendirian. Suami takde isu tentang ni dan kata dia tidak kisah malah bersyukur ibu nak tolong jagakan anak kami.

Namun saya tahu, saya nak lebihkan privacy antara kami dan akan minta kakak dan abang lebihkan masa untuk ambil ibu dan balik kampung bermula tahun depan. Disebabkan ibu menetap bersama, sebulan 2x saya akan bawa ibu balik ke rumahnya di kampung (sejak 3 tahun lepas) dan kebanyakannya suami tidak akan ikut dengan alasan nak buat part time.

Jadi, suami akan ada lebih masa sendirian, di sini ada sedikit trust issue. Perkara yang dia buat bila ketidakberadaan saya. Selepas 3 tahun ini saya tergerak untuk cuba ‘spy’. Saya letakkan voice recorder di tempat tersorok dan apa yang saya dapati, ada lelaki asing (yang saya tidak kenal suara) berada di dalam rumah kami pada jam 2.30pagi (anggaran) sehingga 4 pagi (anggaran).

Cuma terkilan terlalu kuat white noise dan tak jelas suara yang didengar. Antaranya yang jelas:

“Ape nama”

“Nak pergi mana jangan lari”

“Lambat sikit.. ko baru lepas mandi ke” – suami balas tapi tak jelas

Selebihnya hanya suara lelaki asing tu saja yang dengar. Saya agak yakin bukan video call sebab lelaki tu ada tanya ada highlighter tak, dan dengar laki tu jumpa highlighter yang anak saya main di ruang tamu. Sumpah lillahitaala terketarnya saya, overthinking nya saya, tak dapat dibendung.. Memang, saya amat skeptikal dengan dia lepas dia join gym.

Saya dah slow talk banyak kali dan beritahu dia saya sampai fikir dia songsang tapi dia nafikan dan masih nak teruskan sebab dia kata itu hobi dia. Dia obses untuk naikkan badan, tiktoknya banyak tengok lelaki – lelaki tunjuk badan, main gym.

Saya jumpa search history dia tentang k3ncing berd4rah, d*ck photo, google account yang ada another device yang saya tak tahu.. youtube history perempuan berd4da besar dari b**go live.. Menggigil, mengucap panjang saya. Saya buntu untuk siasat.. tolong saya.. jika kalian tahu akan softw4re yang boleh buang white noise dan enhance voice.. Saya dah cuba beberapa, tapi m4kin sunyi m4kin hilang jelas suara.

Saya cuma nak tahu kebenaran, demi ketenangan dan kesihatan diri saya. Kami boleh dik4takan sering berg4duh kerana cara pemikiran yang berbeza, mungkin dalam 2-3 bulan akan berg4duh sekali dan paling lama berg4duh dekat 3 bulan tak bercakap. Hanya whatsapp untuk perkara penting mostly hal anak.

Namun nafkah zahir dia tidak culas. Cuma setiap kali berg4duh dia akan tidur asing dengan sendiri. Tapi buat masa ini saya masih melayan dia dengan baik, kerana saya masih tidak jumpa bukti dia terjebak dengan yang tak betul.. Juga saya tak nampak kurangnya layanan saya di katil, kerana saya tahu apa yang dia suka dan saya akan layan sebaiknya.

Saya cuma berdoa Allah lindungi kami. Sejujurnya saya sudah tak nampak masa depan bersama suami mampu bertahan berapa lama. Saya berdoa selagi saya masih berstatus isteri, saya akan cuba jadi isteri yang baik melayani zahir dan batin seperti dia melayani saya.

Allah maha mengetahui, tolong doakan saya, agar diberi petunjuk dan jika apa yang saya fikir adalah salah, juga akan diberi petunjuk supaya saya boleh redakan hati dan teruskan berusaha jadi isteri yang solehah. – Isteri buntu (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Tajul Afif : Pertama, ajak dia pergi derma d4rah. Kedua, beli kamera pengintip (spy cam) yang boleh masuk sim kad dan sambung ke handphone puan. Lepas tu, bagitahu dia yang puan nak balik kampung dengan anak selama seminggu. Itu saja lah yang saya boleh nasihat demi kebajikan puan untuk masa depan.

Hayya Mujahadah : Dik, cuba beli kamera pengintip kecil tu, letak kat sudut – sudut penting. Tujuannya nak cari bukti. Kalau betul, senang nak bawa bukti ke mahkamah. Akak doakan adik kuat dan dipermudahkan segala urusan.

Bai Zure : Aku pun tak tahu nak cerita macam mana. Ada seorang yang aku kenal, dia dapat jangkitan Chlamydia trachom4tis. Perempuan. Dah pergi berubat dekat beberapa hospital, swasta dan kerajaan. Boleh google, memang itu peny4kit kelamin (STD).

Kesian dia sebab dah ada beberapa komplikasi macam pelvic inflammatory disease. Sampai sekarang aku tak tahu nak bagitahu dia macam mana, sebab tak tahu dia dapat dari mana. Takkan nak suruh dia siasat suami dia. Entahlah.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.