
Allah tunjuk depan mata aku, ipar aku yang suka datang rumah aku menyiasat tu, dia sekarang kena lanyak teruk dengan laki dia sebab main betina lain. Aku tengok badan dia biru – biru, sakit sana sini. Tapi dia tetap tutup aib sebab laki dia handsome..
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam min. Aku nak meluahkan isi hati aku yang dah lama aku pendam. Aku ni seorang yang jujur bila bercerita dan tak reti nak menipu sesiapa. Tapi aku tak sangka yang aku dapat ipar duai yang ambil kesempatan kat aku punya story dan kesenangan aku.
Depa ni manis mulut di depan, belakang menikam. Dah 8 tahun kahwin, baru aku tahu peel ipar duai aku ni rupanya makan diri aku balik. Sekarang ni aku dah tak rapat macam dulu dah sebab aku banyak kali dah terkena. Sama la macam mak mertua aku gak, cakap depan manis, belakang dengan anak beranak mengata aku. Laki aku pulak anak lelaki sorang, depa semua tala kat laki aku dari pi sana sini sampai la apa – apa pun.
Bukan berkira, tapi yang aku tak tahan time depa bujang, patut depa pun ada tanggungjawab dengan mak ayah, tapi depa semua serah kat laki aku. Bila laki aku dah berkorban kat keluarga dia, bila depa dah kahwin, lepas terus tanggungjawab ke laki aku.
Ada laki pun depa tu tak guna gak, tak boleh dipakai. Semua macam permaisuri raja, kalau time kenduri memang laki aku la paling teruk dikerjakan. Nak tak nak aku pun sama naik la teruk kerjanya sebab kesiankan laki aku. Tapi tu la laki aku ni pulak, kalau aku bising pasal adik beradik dia, last – last aku yang kena.
Dia bajet adik beradik dia macam malaikat. Memang la malaikat sebab depan kau kemain baik, belakang kau aku yang bertalu – talu kena perli sinis, mengata. Ingat tengok drama je ada hal macam ni, rupanya betul ada kisah macam ni. Berlakon depan adik beradik depa punya baik, belakang habis menantu yang kena teruk.
Last – last sekarang ni aku dah malas nak rapat dengan depa, jadi aku buat hal aku dan jarang pi rumah mak mertua, duduk rumah aku ja. Lantakkan situ. Kadang – kadang aku bergaduh dengan laki aku semuanya pasal keluarga dia sebab nak tegakkan benang yang basah kan, apa aku cakap pasal adik beradik dia semua salah. Otak dia la.
Depa ni aku perasan, min, jenis tak mengaku silap depa, tau nampak silap orang ja. Patut la jiran rumah lama depa kata kat aku, keluarga mertua aku ni macam Mami Jarum, jenis sibuk hal orang, jaja hal orang, tapi hal depa diamkan. Padahal pak mertua aku tu macam macam hal dia buat, kaki betina, mencuri, mengepaw, jvdi, tapi depa tetap tak berubah tau nak jaja, mengata hal orang. Aku selalu berdoa min supaya depa tu berubah ke jalan yang lebih baik.
Tapi alhamdulillah min, bukan aku nak gelakkan, tapi aku syukur Allah tunjukkan aku apa yang depa rasa sekarang ni. Dengan ipar sorang tu, baru kahwin dapat laki muda, dah mula kurang ajar dengan mak mertua dia sebab ipar aku ni bajet perfect, macam asal dari anak orang kaya.
Tak boleh tengok orang selekeh, dia mula nak keji orang tu. Dah la kahwin pun dah andartu, tapi lagak macam dia tu muda kahwin dengan anak orang tu. Sejak dia kahwin min, kesian aku tengok mak mertua dia tu makan hati sebab dapat bini jenis kongker anak dia sampai tak balik – balik.
Kakak ipar aku ni memang jahat, jenis depan orang bukan main lembut, belakang dia mengata dan buat macam – macam kat orang dia benci tu. Sampai la mak mertua meninggal dunia, aku rasa terlampau memikir pasal anak dia sejak kahwin jarang balik kampung dan tak ambil tahu pasal mak ayah dia.
Tu sekarang aku tengok kehidupan dia pun tunjukkan bahagia, tapi aku tau depa susah sebab aku tengok dia pun macam serabai je, tak berduit. Yang ipar aku sorang lagi pulak, dulu bukan main mengata aku macam – macam sebab kahwin dengan abang dia muda sangat sampai dia nak sambung belajar pun tak boleh sebab takde siapa nak support dia. Depa ni pulak diajar bermanis mulut, tapi belakang menikam.
Sampaikan masa mula – mula aku kahwin, ipar aku sorang ni rajin datang rumah aku, aku pun ingat okey la, mungkin nak ziarah keluarga abang dia, aku pun suka. Rupanya dia tu jadi mata – mata mak mertua aku nak tengok apa aku buat kat rumah, ada barang baru tak, masak ke tak.
Habis laptop – laptop aku, fail – fail aku dia selongkarkan maklumat aku sebab dulu dia pinjam laptop aku kan nak main FB, sekali semua benda dia selongkar. Aku tau pun sebab dia pernah terlepas cakap pasal hal aku, padahal aku tak cakap apa pun pasal diri aku, kerja aku.
Dah 8 tahun baru aku sedar semua ni. Tu la aku ni bebal, mak ayah aku ajar jadi jujur, tapi bila jujur aku terkena balik. Sekarang ni kau nak tau min, Allah tunjuk depan mata aku min, yang ipar aku yang suka mai rumah aku menyiasat tu, dia sekarang kena lanyak teruk dengan laki dia sebab laki dia main betina lain.
Aku tengok badan dia lebam – lebam la, sakit sana sini, tapi sembang dengan mak mertua aku semua A pasal laki dia. Yang aku kelakar, sanggup tutup hal laki dia sebab selama ni dia bangga dapat laki dia hensem, sado, pegawai, padahal kerja sambilan je pun.
Tapi lagak dia tak nak kalah dengan adik beradik lain, terutamanya aku la sebab aku ni dia rasa saingan dia kot. Padahal aku takde rasa nak bersaing pun, tapi depa tu jenis busuk hati, tak boleh tengok orang lebih. Pastu ipar aku yang bongsu ni pulak sama je, baik dengan aku dulu rupanya nak menyiasat apa aku buat kat rumah.
Time aku kahwin dulu dia budak – budak lagi, tapi bila dah besar dia rupanya dia lagi jahat dari kakak – kakak dia. Dia tak nak malu dengan aku, sanggup tutup hal kakak – kakak dia dari mak dia sebab mak dia pun satu hal mengata aku, tapi bila dah tak tahan peel anak dia, mengadu kat aku.
Tu aku cakap karma, buat aku dulu mengata aku dulu, Tuhan tunjuk depan mata aku. Adik ipar last sekali aku dah kahwin, takpe la awal lagi, tak rasa asam garam perkahwinan. Yang aku tak tahan, sebelum kahwin siap perli aku min dalam group kan, wish birthday kakak dia dalam group sambil sambil tu mendoakan kakak dia yang nak kahwin time tu, nasihatkan kan jangan melawan, cakap suami kena dengar cakap suami. Aku tau dia perli aku, tapi aku diam je dalam group tu.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.