3 tahun kahwin suami aku tak nak belajar jaga anak, buat kerja rumah. Dulu pergi mall boleh pegang tangan, sekarang dia jalan jauh

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Pernah keluar dengan keluarga mertua. Masa nak masuk kereta, dengan dukung anaknya, adik ipar yang bukakan pintu untuk aku. Laki aku? Selamat masuk dalam kereta. Malu aku. Kadang – kadang pak mertua tengok aku dukung anak lama akan offer tolong dukungkan. Laki aku? Hadap HP.
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum wbt. Hai min, terima kasih sudi siarkan coretan aku ni. Mula – mula sekali, aku cuma nak bagitau yang aku simpati atas nasib isteri isteri yang diuji pelbagai cabaran sama ada daripada suami, mertua, dan sebagainya. Semoga anda tabah dan ambil langkah yang betul dalam menyelesaikan masalah.

Bagi aku, page ni setakat nak meluah masalah yang biasa – biasa ok la kot, tapi kalau masalah yang jelas – jelas perlukan pakar undang – undang elok rujuk cara yang betul. Aku mungkin tak ada masalah semua tu tapi bau – bau je. Aku dah berkahwin hampir 3 tahun, dikurniakan anak lelaki baru berusia setahun. Pernah keguguran sekali.

Perkenalan dengan suami hasil ‘kenen’ kakak aku. Kiranya suami ni satu kelas dengan kak aku masa belajar tapi muda setahun. Banyak kali jugak aku jadi mangsa akak aku, dia rasa kawan yang dia kenal baik, terus kenalkan kat aku. Mentang – mentang aku pendiam dan jenis tak bercinta, tapi ‘kenen’ terakhir tu menjadi.

Dah jodoh. Pernah satu hari, kami janji nak berjumpa kat KL Central. Aku naik KTM, train lambat sampai kan si dia tunggu dekat 2 jam lebih, ponteng kerja. Aku sampai sampai tengok dia senyum je dan berkali – kali aku minta maaf, nasib baik.

Mula dari tu la aku tau, dia la yang terbaik. Sepanjang kahwin, memang betul. Dia seorang penyabar, tak pernah tinggikan suara, kecuali bila dia gelak, bergegor rumah, pukul jauh sekali, pukul manja – manja ada la. Nak cerita panjang, boleh jadi novel cerita aku ni.

Aku rumuskan sahaja. Suami aku ni macam tak nak belajar cara uruskan anak, hal rumah dan sebagainya. Sweet – sweet tak payah cakap, from hero to zero. Hilang terus ditelan hujan. Dia kerja site, dan aku faham. Kerja dia stress dan penat otak.

Aku cuba fahami sehabis boleh. Aku pun penat jugak, urus anak, masak, kemas rumah. Aku pernah kerja taska, sampai rumah confirm maghrib. Balik – balik terus ketung ketang kat dapur. Anak masa tu hantar rumah mertua sebab diorang nak jaga. Maklumlah cucu pertama. Suami yang ambikkan masa balik, dan tengokkan bila aku masak.

Memang tiap – tiap malam aku tido awal sebab penat. Lama kelamaan aku resign jugak, sebab anak makin besar, banyak akal, aktif boleh tahan. Aku kesian jugak mertua aku, tak larat nak menjaga. Famili aku jauh pulak, nun di Kelate. So aku buat keputusan untuk jaga anak aku. Bila dah berhenti kerja, masalah jugak.

Suami yang tanggung semua. Sampai cukup – cukup makan. Gaji 4k hidup di bumi KL, menyewa. Jangan cakap duduk dengan mertua, aku dah setahun tinggal dengan mak mertua sampai tahap tak selesa. Aku buat bisnes online, ada la sikit – sikit duit. Aku cuba nak bantu suami aku, aku serba boleh. Masak pun sodap, layanan pun ok.

Buat lawak pun pandai. Tapi tula, dalam ceria – ceria ribena aku. Ada jugak makan hati. Suami dingin, muka aku yang tak lekang dengan senyuman pun jadi macam hamster tak cukup kasih sayang. Dulu kemain pergi Mall pegang tangan.

Sekarang, jauh – jauh jalan. Kadang – kadang bila anak dah tido, perut dah kenyang, aku je merendah diri mohon dibelai. Bila macam tu baru la dia respons. Kalau nak minta tolong, macam pahat dengan penukul. Asyik kena ketuk je. Sampai aku banyak kali bebel, aku pun bukannya suka sangat membebel.

Pernah keluar dengan famili dia. Masa nak masuk kereta, dengan dukung anaknya, adik lelaki dia yang bukakan pintu untuk aku. Laki aku? Selamat masuk dalam kereta. Segan aku. Kadang – kadang pak mertua aku tengok aku dukung lama – lama akan offer tolong dukungkan. Laki aku? Hadap HP.

Bukannya mak pak dia tak pernah bebel, bebel je dengan perangai dia. Tapi dia? Selamba badak je. Buat kerja rumah pun macam tu jugak, aku tak cukup tangan kadang – kadang nak urus semua. Kalau disuruh baru la dia buat. Takde untungnya kalau korang fikir laki aku senang minta tolong.

Kalau hari – hari nak kena bagitau memang naik geram jugak. Bab urusan anak, 20% je dia boleh buat. Kadang – kadang aku terfikir juga. Lepas berhenti kerja, sempat la aku fokus jaga anak sebulan. Lepas tu terus berbisnes dengan kakak aku. Busy COD dan pos. Sekarang alhamdulillah, bisnes yang aku buat sekarang melebar.

Dan sekarang aku dah masuk under company. Ada la income bulan – bulan. Siapa yang tak nak kerja kan, aku ni dah la ada pendidikan tahap master. Tapi langsung aku tak bangga. Masa aku tak kerja sebulan, mak mertua pun ada la cakap. “Kerja la, rugi belajar belajar. Anak mak boleh jaga”.

Aku cuba, dalam usaha aku, sedikit sebanyak waktu suami sesak hujung – hujung bulan aku dapat cover. Aku tau, maknya tak nampak semua tu. Hal kita kan, takkan nak cerita satu persatu pulak. Sekarang kerja yang aku buat adalah sama tapi lagi serius. Cuma tu la, waktu sangat – sangat flexible. Bisnes kan, time busy, busy betul sampai ke tengah malam.

Nasib suami memahami je. Aku tau, mak mertua aku tak yakin dengan apa yang aku kerjakan sekarang. Kadang – kadang aku terlebih fikir, fikir dia sangka aku perabih duit anaknya. Padahal komitmen tinggi. Susah betul hidup zaman sekarang kan.

Aku banyak kali makan hati dengan suami, apa aku buat. Aku diam. Masa aku diam tu la dia gatal tanya macam – macam. Aku ni kalau bengang, tak sampai sejam. Tula masalah aku. Laki aku ni pandai, buat sembang pulak. Aku ni pulak jenis hangin sekejap. Dah la tak pandai marah. Cepat sejuk. Tapi tula, rumusan jadi karangan akhirnya.

Kalau pasal suami, andai dia buat masalah, aku cuba slow talk dengan dia. Tak jalan jugak, aku tak pedulikan dia. Ingat aku heran? Suami dan aku banyak kekurangan. Tapi cuba selesaikan mungkin sebab keserasian. Mungkin kita punya masalah tak sama. Lain masalah lain penyelesaiannya. Isu mertua, aku telan aku abai aku tenang aja. Dalam senyum ceria ribena aku, tersimpan suatu kepahitan yang aku cuba ubahkan jadi manis. Sekadar perkongsian buat tatapan para sahabat. Sekian.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5138 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.