Arw4h ayah sediakan duit 28k untuk setiap anak-anak. Tapi kami tak dapat duit tu. Ibu kata kalau nak, kena bayar setiap titis susu dia yang kami minum

Adik – adik aku tak nak balik kampung sebab tak sanggup jadi anak derh4ka. Ibu aku suka maki hamun, kuat mencarut. Aku sanggup balik bawa anak bini tapi ibu langsung tak nak tengok muka aku. Pagi pagi pukuI enam ibu dah keluar rumah. Isteri aku mahupun cucu sulung dia pun jadi m4ngsa..

#Foto sekadar hiasan. Ibu yang aku sayang dan benci. Terima kasih admin sebab siarkan cerita ni. Assalamualaikum netizen Facebook semua. Aku perkenalkan diri, nama aku Adam, anak lelaki sulung. Aku ada adik beradik iaitu Amir lelaki nombor dua, Siti perempuan nombor tiga, kemudian Aina dan Alia kembar perempuan nombor empat dan lima.

Sejak kematian arw4h abah aku masa bulan puasa dan aku ambil SPM waktu tu, aku kemurungan yang teramat sangat. Tapi alhamdulillah aku tak patah semangat. Aku dapat masuk matrikulasi dan UPU, sehinggalah aku bekerja sebagai jurutera di selatan tanah air.

Apa yang aku nak cerita ialah pasal ibu aku yang aku sayang dan benci. Selepas kem4tian arw4h abah, ibu ada berkahwin dengan seorang pemandu teksi, tapi akhirnya bercerai sebab dia hanya nak duit ibu. Lagipun kami adik beradik pun tak suka dia.

Lepas tu ibu berkahwin pula dengan orang Sabah. Suami yang kedua ni minta duit dekat ibu, katanya nak usahakan tanah sawit. Empat ribu duit adik aku, ibu ambil bagi dekat suami baru dia tu. Tak tahu lah dah bayar ke belum. Akhirnya bercerai juga. Kantoi yang ibu aku bini nombor tiga. Jadi sampai sekarang ibu tak berkahwin.

Aku tak nafikan ibu aku lah yang bela kami, besarkan kami selepas kem4tian arw4h abah aku. Berbekalkan harta yang arw4h abah aku tinggalkan, cukup untuk lima orang adik beradik sampai dapat kerja. Setiap seorang anak akan dapat dua puluh lapan ribu, insurans nyawa.

SOCSO setiap bulan dapat atas nama ibu aku. Ada rumah sewa di selatan tanah air. Cukup lengkap setiap bulan. Ibu seorang yang sembahyang tak pernah tinggal, baca al Quran setiap hari, hadiri ceramah agama sana sini. Aku sangat menyanjung tinggi ibu aku.

Ibu juga sokong perkahwinan aku sebab aku kumpul duit lambat. Sayang ibu. Seperti wanita di luar sana, ibu pun sama, semua nak nampak cantik. Berhabis duit, macam – macam krim muka, untuk kuruskan badan, baju, tudung, beg tangan. Semua aku nampak ada dalam bilik ibu aku.

Aku tak kisah apa yang ibu beli untuk diri dia. Apa yang aku kisah ialah ibu ni jenis bila tak ada duit habis dia bad mood. Semua anak jadi m4ngsa maki hamun dan tempat lepaskan tekanan. Kami lima adik beradik disiksa secara mental oleh ibu kandung sendiri.

Seperti maki hamun, nama binatang semua keluar. Lebih teruk maki Iucah pun ada. Setakat anak derh4ka, anak siaI, dah jadi makanan harian kami adik beradik. Tu salah, ni salah. Ada sahaja yang tak kena di mata ibu. Adik aku Amir kerja di Singapura.

Gaji dia lebih kurang dua ribu dolar Singapura sebulan. Setiap bulan ibu aku minta lima ratus sampai seribu dekat adik aku. Jadi seronoklah ibu aku. Ada sekali tu aku berg4duh dengan ibu, tak ingat hal apa. Kemudian aku ada pindahkan duit dalam seribu ringgit sebab aku dapat bonus masa tu.

Dia terus ajak aku balik rumah, nak baik – baik dengan aku. Kadang – kadang aku terfikir, ibu aku ni bila duit banyak baru nak baik dengan anak – anak. Adik aku yang ketiga ni dapat politeknik di utara tanah air. Gembira tak terhingga dia sampai benda pertama yang adik aku cakap ialah, “abang, adik dah dapat politeknik. Adik duduk asrama lepas ni. Adik lepas ni dah kurang d0sa dah dengan ibu.” Tersentap aku dengar.

Ada satu borang dekat politeknik tu tanya ada peny4kit apa – apa tak. Adik tanya aku, nak tanda tak di ruangan mental. Sentap sekali lagi. Manakala adik aku yang kembar pula masuk asrama. Jadi jaranglah kena maki. Sekarang adik aku yang kembar seorang lagi tu jadi m4ngsa hari – hari kena maki. Ada sahaja benda tak kena.

Sampai nak beli anak tudung lima ringgit pun suruh guna duit sendiri. Ibu aku tak nak belikan. Alhamdulillah atuk aku umur panjang, dah lapan puluh lima tahun. Tapi dah tak larat nak berjalan dan kesihatan pun tak berapa baik. Atuk aku selalu mengadu dengan aku yang dia selalu kena marah dengan ibu aku, sampai hentak – hentak kaki dekat rumah atuk kalau tak ikut apa yang ibu kata.

Senang cerita atuk memang rapat dengan aku. Semua atuk cerita pasal karenah ibu. Jadi biarkanlah antara ibu dengan atuk. Kami lima beradik tak nak masuk campur. Sampai sekarang atuk aku makan hati dengan ibu aku. Bila raya minta maaf apa semua, tapi benda yang sama berulang kembali.

Jadi atuk aku kira tak ikhlaslah nak maafkan ibu. Atuk aku makan hati, dia diam sahaja. Dua kejadian yang aku nak kongsikan di bawah adalah salah satu kes yang aku tak akan lupa sampai aku m4ti. Aku cuba lupakan tapi tak boleh.

Kes satu. Aku dah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Asam garam rumah tangga biasalah, ada salah faham, berg4duh suami isteri. Jadi aku telefon ibu aku minta nasihat dan pendapat tentang masalah rumah tangga.
Korang tahu apa yang ibu aku cakap. “Padan muka, siapa suruh kahwin awal. Gatal sangat kan.” Aku tersentap. Aku menangis bersendirian. Akhirnya aku pergi kubvr arw4h ayah aku dan aku tidur di sana.

Kes dua. Adik aku yang perempuan ada mengadu setiap bulan dia tak ada duit nak belajar dekat aku. Aku faham sebab aku dah alaminya sebagai pelajar dan mengharapkan hanya duit PTPTN. Lelaki kan tak apa, boleh campak mana – mana pun boleh hidup. Ni adik perempuan, lagi aku risau.

Sebagai abang yang bekerja, aku bagi mana yang aku mampu. Adik aku pernah cakap dengan aku, dia takut sangat nak minta duit dekat ibu walaupun hanya lima puluh ringgit. Untuk pengetahuan pembaca, arw4h abah aku tinggalkan kami adik beradik setiap seorang dua puluh lapan ribu.

Bila aku tanya mana duit dia, adik aku cakap ada dekat ibu aku. Aku ada cakap hal ni dekat ibu. Aku kata adik tak ada duit dekat universiti, nak belajar. Ibu aku cakap, “kau pulangkan susu tet3k aku.” Aku tersentap lalu aku senyap sampai sekarang dan aku tak pernah tanya lagi pasal duit dekat ibu aku.

Kes tiga. Hari jadi ibu aku, kami pakat adik beradik nak makan sedap di hotel. Kiranya makan besar lah. Ibu aku dengan nada sinis cakap, “asal hari jadi aku, anak aku tahu belanja makan sahaja.” Aku tersentap. Akhirnya aku tarik diri. Aku bagi duit sahaja dekat adik suruh belanja ibu.

Kes empat. Anak aku masuk hospital kena rotavirus yang agak teruk dan boleh membawa m4ut. Aku hantar anak aku ke KPJ untuk rawatan. Masa tu aku tengah serabut dan risau. Ibu aku pagi – pagi dah telefon tanya pasal anak aku bila nak buat aqiqah.

Aku cakap elok – elok dengan nada lembut, “ibu, boleh tak bincang hari lain. Anak abang s4kit, masuk wad di hospital.” Ibu aku pun kata, “baiklah.” Ibu aku langsung tak tanya keadaan anak aku macam mana. Petang tu dua kali ibu telefon lagi tapi aku tak perasan. Bila aku telefon balik, ibu cakap dengan nada marah, “kau bila nak buat aqiqah anak kau.”

Aku yang tengah serabut dan pening ternaikkan suara aku, “ibu, boleh bincang hari lain tak. Anak abang s4kit ni.” Ibu terus cakap, “kau jangan nak kurang ajar dengan aku, siaI. Anak kau s4kit sebab kau tak buat aqiqah.” Aku tersentap dengan kata – kata tu. Aku tak nafikan memang salah aku ternaik suara. Aku terus minta maaf tapi ibu aku tak endahkan kata – kata aku. Ibu tak faham situasi aku waktu tu.

Sampailah sekarang kami tak bertegur sapa. Ibu sekat nombor aku, keluar kumpulan WhatsApp keluarga. Dalam hati aku berkata, kau tu Tuhan ke nak cakap kalau tak buat aqiqah anak s4kit. Tapi aku hanya simpan dalam hati.

Kes lima. Ibu aku pernah cakap dengan adik aku Amir dia nak jam Gshock. Adik aku tak dapat belikan. Jadi aku ingat nak belikan tanpa pengetahuan ibu. Belum sempat aku beli, ibu dah merungut. “Kalau arw4h bapak kau, belikan masa tu juga dapat. Kalau anak – anak nak belikan sampai m4mpus tak dapat.” Aku tersentap lalu aku diamkan dan tak jadi belikan.

Kes enam. Aku bagi duit setiap bulan dalam dua ratus sampai tiga ratus kepada ibu semenjak aku mula kerja sampai sekarang. Aku tak pernah lupa walau sekali pun. Aku telefon ibu cakap aku dah pindahkan duit ke akaun dia. Ibu aku cakap, “kau ingat kau bagi aku dua ratus lima puluh setiap bulan cukup ke b0doh.” Aku tersentap lagi. Aku senyap dan ibu aku mengakhiri perbualan.

Kes tujuh. Adik aku yang kembar tu nak SPM tahun ni. Disebabkan aku ada kemahiran dalam matem4tik dan matem4tik tambahan, aku ajar adik aku melalui WhatsApp. Baru – baru ni adik aku habis peperiksaan saringan. Keputusan tak cemerlang seperti yang ibu aku harapkan.

Ibu telefon aku. “Wei, kau pergi ambil adik – adik kau ni. Belajar b0doh, pemalas. Aku habis banyak duit hantar pergi tuisyen tapi otak memang b0doh. B4ngang.” Aku hanya diam dan berkata, “ibu jangan cakap adik macam tu. Kata – kata seorang ibu tu doa. Bagi semangat.” Tapi biasalah, aku kena maki balik.

Kes lapan. Seminggu lagi nak berpuasa tahun lepas, aku belikan kain di Jakel untuk adik – adik perempuan dan ibu untuk beraya nanti dengan niat cuba berbaik dengan ibu. Habis dalam lima ratus lebih. Aku tanya, “boleh tak abang balik puasa ni?”

Apa yang adik aku sampaikan daripada ibu ialah, “aku tak nak tengok muka kau.” Aku cuba untuk berbaik. Aku cuba untuk menjadi yang bertanggungjawab untuk ibu dan adik – adik aku, tapi ibu menghasut memutuskan silaturahim antara adik adik dan saud4ra mara.

Habis saud4ra mara aku, pak long, pak ngah, baik saud4ra sebelah arw4h abah, ibu dah putuskan silaturahim. Ibu siap cakap, “ada majlis kahwin baru pergi.” “Dorang s4kit nanti baru kita ziarah.” Aku diam sahaja sebab aku tak nak cakap lebih nanti kena maki.

Semua adik – adik aku cakap dorang takut nak balik sebab takut berd0sa dengan ibu, kena maki hamun. Jadi adik – adik aku ni jarang sangat balik rumah. Sebulan sekali sahaja. Dan aku pula dah balik tapi tak dilayan. Pagi – pagi pukuI enam ibu dah keluar rumah. Ibu tak nak tengok aku langsung. Isteri aku mahupun cucu sulung dia pun jadi m4ngsa ibu.

Aku hanya nak minta tolong netizen doakan aku dalam usaha melembutkan hati ibu aku. Aku dah cuba nak berbincang sama – sama tapi tak boleh. Sebabnya ibu cakap, “aku makan garam dulu lah b4bi.” Jadi aku terdiam. Dah tak boleh meIawan.

Cukuplah didik anak – anak dengan kata – kata kotor. Biarlah aku seorang sahaja kena didik macam tu, jangan adik – adik aku. Aku sayang keluarga aku. Aku tahu walau macam mana pun syurga di bawah tapak kaki ibu. Aku sayang ibu aku. Aku cuma nak dia berubah dan dengarlah luahan anak – anak. Kami semua sayang ibu. Tapi entahlah, benci pun ada. Sekian, Anak Derh4ka.

Kongsi Artikel Ini :