
Kakak tiri aku datang. Dia halau aku dan mak keluar dari rumah. Dia kata, dia nak duduk situ. Ayah langsung tak bantah. Malam itu juga kami keluar dan pindah ke rumah sewa. Itu kali terakhir aku jumpa ayah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, salam sejahtera. Nama aku E. Aku cuma nak berkongsi kisah hidup dan rasa yang aku pendam selama ini. Aku rasa kalau aku tidak luahkan, selagi itu hati aku tidak akan tenang. Aku dilahirkan dalam keluarga yang agak susah.
Kami ada tiga beradik, semuanya perempuan. Aku anak sulung. Mak aku cuma seorang penjual kuih. Ayah pula seorang pemandu teksi selepas dia pencen daripada kerja sebagai pemandu bas. Semasa kecil, aku tidak begitu faham gelora dalam keluarga.
Tapi sem4kin aku membesar, sem4kin aku nampak dan sedar, ayah aku langsung tidak pernah ambil berat tentang kami. Semua perbelanjaan rumah, semuanya atas bahu mak aku. Dari makan, minum, susu anak, sampai ke belanja sekolah, semua mak aku yang uruskan.
Ayah cuma balik rumah bawa pouch beg sahaja. Susu setin pun, mak aku yang beli. Aku ingat lagi masa sekolah rendah, aku selalu lapar sebab duit belanja memang tidak ada. Mujurlah masa itu ada program makanan tambahan di sekolah, dapat juga aku alas perut.
Aktiviti kokurikulum pun aku tidak pernah sertai sebab kos tinggi. Nak beli baju, nak bayar yuran camping semua tak mampu. Satu hari, cikgu tarik tudung aku depan kawan – kawan sebab tudung aku lusuh sangat, sampai w4rna kekuningan.
Masa itu aku darjah 4. Satu hari aku beranikan diri minta duit dekat ayah. Aku nak beli sepasang baju sekolah baharu sebab baju yang aku ada memang lusuh sangat, itupun orang bagi terpakai. Ayah cakap dia tidak ada duit. Aku diam. Dalam hati aku cakap, mungkin betul dia tiada duit.
Tapi malam itu, masa ayah mandi, aku curi – curi tengok pouch beg dia. Ya Allah, duit berkepuk – kepuk ada dalam beg itu. Hati aku terus menangis. Kenapa ayah sanggup buat begitu? Kenapa tidak hulurkan sedikit untuk aku? Aku anak dia, tapi dibiarkan lapar, baju tidak bertukar. Ayah cuma balik untuk tidur sahaja.
Tahun yang sama, bulan Disember, kakak tiri aku datang ke rumah. Dia cakap pada aku, “Kau dengan mak kau, adik – adik kau keluar dari rumah. Aku nak duduk sini.” Aku terpinga – pinga, dan yang lebih s4kit hati, ayah aku langsung tidak membantah.
Malam itu juga kami keluar dan pindah ke rumah sewa. Sejak hari itu, terputuslah hubungan kami dengan ayah. Mak dig4ntung tidak bertali. Dia tidak pernah menjenguk kami lagi, sehinggalah aku habis sekolah menengah. Hidup aku memang susah.
Kawan di sekolah tidak ramai sebab aku tidak berduit. Aku sering jadi bahan ejekan sebab baju lusuh dan badan aku gemuk. Baju sekolah pun hasil derma orang. Aku pernah balik dari sekolah jalan kaki sejauh 3 kilometer dalam hujan sebab tayar basikal pancit.
Basikal itu pun cuma pinjam sementara dengan kawan. Aku pernah juga pakai telekung yang sama sampai hampir 20 tahun, walaupun kainnya dah koyak dan lusuh. Masa tingkatan 4, ada satu perkara yang aku susah nak lupa. Tuan rumah sewa kami selalu baik hati, bagi makanan dan duit belanja sekolah.
Aku naïf, aku salam tangan dia tanda hormat. Tapi dia ambil kesempatan, dia civm dan peIuk aku. Dia cabuI aku. Sejak hari itu aku tr4uma. Aku takut sangat kalau terserempak dengan dia. Mujurlah tidak lama lepas itu kami pindah ke rumah lain.
Ayah aku tetap tidak muncul. Seolah – olah dia tidak pernah ada dalam hidup kami. Aku belajar berdikari sendiri sebab aku tidak mahu menyusahkan mak. Habis sekolah, aku kerja di kedai makan, kadang – kadang ambil upah kemas rumah orang.
Mak pula hatinya memang kuat. Dia tetap berniaga, tetap mencari duit untuk pastikan kami boleh hidup. Aku bersyukur sebab walaupun hidup susah, Allah tetap mudahkan jalan aku. Aku dapat sambung belajar dengan tajaan MARA. Aku berjaya habiskan pengajian dengan baik.
Masa tunggu kerja tetap, aku kerja sekejap di sebuah stesen minyak di Selangor. Tidak lama, sebab aku kesian tinggalkan mak aku sorang – sorang. Aku balik jaga dia. Mungkin kerana Allah nak baIas kesabaran aku, aku lulus temuduga kerajaan.
Aku diterima bekerja tetap. Dari situ hidup aku mula berubah. Aku dapat beli rumah yang selesa. Aku dapat hidupkan mak aku dengan lebih baik. Dulu kami tidak pernah merasa duduk rumah sendiri, asyik berpindah sebab tak mampu bayar sewa.
Tapi akhirnya Allah izinkan aku bahagiakan mak aku dengan tempat tinggal yang tenang. Tentang ayah? Sampai sekarang, aku sendiri tidak tahu dia di mana. Aku sudah hampir 25 tahun tidak jumpa dia walaupun sebenarnya kami duduk dalam bandar yang sama.
Kadang – kadang aku tertanya, kalau aku terserempak dengan dia di jalan, adakah dia kenal aku? Atau adakah dia akan buat – buat tidak nampak? Sebagai anak, sejujurnya aku masih belum mampu maafkan dia. Susah sangat nak buang rasa s4kit itu.
Bayangkan, aku anak sulung, tapi dibuang macam itu sahaja. Tidak pernah rasa kasih sayang seorang ayah. Aku hanya mampu berdoa semoga suatu hari nanti Allah buka pintu hatinya, dan dia mencari anak – anak yang dia buang selama ini.
Maaf kalau ada kekurangan dalam cerita aku. Aku cuma meluahkan apa yang terbuku di hati seorang anak. Terima kasih kerana sudi baca luahan yang mungkin tidak seberapa, tapi besar maknanya buat aku. – E
Komen netizen :
Raza Tatiyanah : Kepada ibu bapa atau guru, rajin- r ajinlah nasihatkan anak – anak atau murid – murid anda supaya bersyukur dan tidak membuIi di sekolah atau di mana sahaja. Ingatkan setiap hari. Setiap pagi. Sentuh sikit bab buIi membuIi ini. Kita kena hentikan. Kita tidak tahu orang yang dibuIi itu kehidupannya bagaimana.Tentang ayah dia itu, doakan sahaja yang terbaik. Apa yang ada di depan mata ini kau syukuri dan bahagiakan. Yang tiada di depan mata, kau doakan sahaja.
Elyn Melinda : Bayangkan selepas 25 tahun ini tiba – tiba ayah dia datang balik, merayu nak tinggal sekali sebab sudah tiada sesiapa. Sedangkan dulu ayah dia buat dia macam tidak wujud. Tidak pernah bagi nafkah, tidak pernah bagi perlindungan sampai kena cabuI. Rasanya dia kuat tidak bila ayah dia tunjuk muka nanti?
Azizan Zain : Satu hari nanti ayah kau di waktu tua dan sakitnya akan bercerita tentang anak – anak yang membuangnya. Tetapi masyarakat sekeliling tidak mengetahui betapa perit dan susah anak – anak dan isterinya menjalani kehidupan akibat kelalaian orang tua itu. Perkara ini biasa terjadi dalam masyarakat kita.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.