Ambil Stok Konon Nak Berniaga Tapi Tak Laku. Gara-Gara Sorok Hutang Dari Suami RM9,000 & Ditipu Ahlong, Rahsia Terbongkar Depan Bos Suami!

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

sorok-hutang-dari-suami

Aku terpaksa sorok hutang dari suami, malangnya semua terbongkar sampai ke majikan suami. Masa perjumpaan tu ada aku, suami aku, owner stokis dan ketua bahagian dia. Suami marah sebab aku menipu dia dan sejak dari tu suami anggap aku macam tak wujud..

Foto sekadar hiasan / AI. Assalam semua. Hide profil ye. Aku cuma nak minta pendapat dari semua orang atau dari orang yang pernah ada dalam situasi yang sama dengan aku. Begini cerita, aku suri rumah sepenuh masa, ada juga kadang – kadang aku buat bisnes online.

Aku ibu kepada 3 orang anak, anak aku yang sulung lelaki 6 tahun, yang kedua perempuan 4 tahun, yang ketiga perempuan 1 tahun 2 bulan. Aku nak minta pendapat apa tindakan yang patut aku buat untuk kehidupan aku, kehidupan anak – anak aku malah kehidupan suami aku.

Suami aku kerja kerajaan dalam unit beruniform. Masalah aku pada tahun lepas masa nak puasa, aku ada apply juga jadi ejen jual sejenis kudapan dan pihak HQ bagi ambil barang dulu dan bayar kemudian. Aku pun bersetuju kerana aku fikir barang yang aku ambil akan habis terjual dan aku dapat duit untuk balik beraya kampung halaman suami nanti, boleh aku belanja mak mertua aku untuk persiapan raya nanti.

Tapi sangkaan aku meleset, barang – barang tu tak laku dan aku terpaksa menanggung sendiri barang – barang tu. Aku tak boleh pulangkan balik barang – barang tu. Aku tahu aku ada buat dosa, aku menipu atau tak berterus terang sebenarnya sebab aku tak sanggup nak beritahu suami aku yang hutang barang yang aku terambil tu sampai RM9k. Aku tak sanggup nak beritahu dia yang aku berhutang tu yang aku sorok hutang dari suami.

Pernah macam – macam cara aku cuba cari duit untuk bayar hutang tu sampai pernah kena tipu dengan scammer ahlong dalam FB. Selepas dua bulan aku cuba sorok hutang dari suami, akhirnya terbongkar kerana dah lama aku heret benda ni dan macam – macam aku beritahu stokis tu.

Padah Sorok Hutang Dari Suami Sehingga Terbongkar Di Pejabat

Owner stokis mencari majikan suami aku, sebab tu lah semuanya terbongkar. Majikan suami aku atau ketua tempat kerja dia panggil kami. Aku ni dikira mengenali juga ketua bahagian suami aku kerana kadang – kadang aku tolong mereka kalau ada majlis apa – apa.

Masa perjumpaan tu ada aku, suami aku, owner stokis dan ketua bahagian dia. Mereka panggil cuma nak tolong selesaikan masalah aku dan minta tempoh untuk aku cari duit kerana takut owner stokis buat laporan, takut nanti suami aku yang kena tindakan.

Dalam perbincangan tu, owner stokis bagi aku tempoh seperti yang dimahukan. Kakak owner stokis tu memang baik sangat sangat. Masalah sekarang aku tahu dosa aku ni besar sebab aku menipu suami aku. Tapi aku tak berniat nak menipu, aku cuma takde keberanian nak beritahu sebab aku tahu suami aku tak mampu.

Sekarang ni suami aku kadang – kadang okay, kadang – kadang dia buat aku macam tak wujud. Aku faham dia tak boleh terima apa yang aku dah buat. Aku memang tak harapkan dia tolong bayarkan hutang – hutang aku. Aku juga ada beritahu masa perbincangan tu yang aku memang tak harapkan suami aku tolong bayarkan.

Tapi aku juga tak boleh lari daripada sembunyikan apa yang aku rasa. Memang dari dulu dia tak pernah hargai aku, tapi aku bersabar kerana aku tahu suatu hari nanti dia akan hargai aku. Tapi selepas apa yang aku buat, aku tahu dia memang takkan nampak lagi apa yang baik ada pada aku.

Hari – hari aku sekarang hanya ada anak – anak. Aku pernah bawa dia berbincang, kalau dia tak nak aku lagi, aku boleh pergi walaupun berat untuk aku berpisah dengan anak – anak. Biarlah aku pergi mencari kerja untuk bayar hutang – hutang aku, tapi dia tak bagi. Dia mengamuk.

Apa yang patut aku buat sedangkan aku dibenci hari – hari dan dia hanya sebut dan bercakap seolah – olah dia seorang yang bujang. Nafkah aku apatah lagi, sepanjang perkahwinan aku memang takde apa – apa, apatah lagi hadiah hari jadi daripada dia. Tapi bila tiba hari jadi dia, aku cuba cari duit untuk belikan hadiah untuk dia.

Aku tak nak ceritakan aib suami aku, sikap suami biarlah Allah sahaja yang tahu. Sepanjang perkahwinan takde satu tahun pun yang buat aku betul – betul bahagia, tapi aku bersabar untuk anak – anak. Aku tak nak anak – anak aku yang menanggung penderitaan sebab itu aku rela berkorban dan bersabar. Tapi sekarang aku dah tak tahan.

Aku takde sesiapa dalam hidup, keluarga malah kawan – kawan untuk aku bercakap. Aku redha, aku terima sebagai kifarah atas apa yang aku lakukan. Aku minta pembaca, tolonglah bagi pendapat dalam masalah aku. Apa patut aku buat untuk tepis perasaan aku dan bertahan untuk anak – anak aku? Apakah dah takde lagi cinta suami aku untuk aku?

Apa aku patut pergi saja dari rumah yang memang tak perlukan aku lagi? Dia pernah cakap aku ni hanya membebankan dia dari dulu sampai sekarang. Loan dia buat sebab aku, sedangkan selama ni aku tak pernah dapat apa – apa atau minta apa – apa daripada dia. Loan dia buat hanya untuk membeli apa yang dia mahu.

Tolonglah aku. Hidup aku hanya dihina oleh dia. Aku tahu aku bersalah sebab sorok hutang dari suami aku, tapi aku tak sangka semuanya akan jadi sampai macam ni. Aku cuma nak cari jalan untuk selesaikan masalah aku dan teruskan hidup demi anak – anak. Aku dah penat pendam semua ni seorang diri dan aku tak tahu lagi nak mengadu dekat siapa. Dari hamba Allah yang kerdil lagi hina.

Komen netizen :

Ahmad Fareez : Puan, setelah menjadi suami isteri eloklah segala perkara dibincangkan bersama. Kerana kadang – kadang apa yang puan fikir tak semudah itu nak dilaksanakan, terutama dalam bidang perniagaan. Mungkin suami kecewa dengan tindakan puan yang membelakangkan dia sehingga terjadinya perkara sebegini. Berkaitan dengan sikap suami puan, eloklah diselesaikan satu persatu masalah. Berterus teranglah. Keadaan menjadi teruk kerana komunikasi tidak berjalan dengan lancar antara puan dan suami.

Dang Anom : Jangan dulu buruk sangka pada suami, mungkin dia stress. Yang penting sekarang cari jalan untuk bangkit daripada kegagalan. Jangan lagi menangisi kesilapan kesilapan yang lama, move ke depan. Cari dan korek rahsia daripada orang – orang yang berjaya dalam bisnes. Macam – macam yang akan ditempuh serta risiko untuk orang bisnes. Tabahkan hati, kuatkan semangat. Bermula dari bawah. Good luck sis.

Pengajaran: Jangan Sesekali Terjebak Scammer Pinjaman & Berterus Teranglah

Masalah bebanan kewangan akibat tersalah langkah dalam perniagaan bukanlah perkara asing. Namun, tindakan meminjam daripada ahlong atau sindiket pinjaman tidak berlesen di media sosial hanya akan memburukkan keadaan. Sekiranya anda berdepan masalah hutang yang kritikal, elakkan daripada memendam seorang diri dan dapatkan khidmat nasihat pengurusan kewangan yang sah seperti melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5132 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.