Aku kahwin dengan lelaki kampung. Aku buat majlis kahwin dekat hotel. Aku malu dan terk3jut tengok mak mertua dan adik ipar datang dengan baju kurung lama

Aku bukan nak menghina, tapi aku jadi malu. Semua orang tengok keluarga mertua aku pelik, macam baru pertama kali masuk hotel mewah. Aku diam je masa tu, sebab aku tak nak rosakkan hari kahwin aku sendiri. Satu hari, aku dapat tahu suami belikan gelang emas dekat mak dia..

#Foto sekadar hiasan. Salam w4rga Facebook. Aku nak cerita sikit pasal rumah tangga aku. Kadang – kadang aku sendiri pun pening bila fikir balik, aku ni sebenarnya sayang ke, atau aku cuma tak boleh terima cara hidup suami aku yang terlalu berbeza dengan aku.

Aku dengan suami aku ni dah berkahwin atas dasar cinta. Kami kenal masa kerja dekat bangunan yang sama, tapi lain bahagian. Dari mula jumpa tu memang ada rasa serasi, sama – sama bujang waktu tu, lepas tu perlahan – lahan jadi rapat, bercinta dan akhirnya berkahwin.

Dia orang kampung, aku pula dibesarkan di bandar. Memang jauh beza cara hidup kami, tapi masa bercinta dulu semua tu aku tak kisah. Aku rasa cukup kalau dia sayang aku dan jaga aku. Suami aku ni walaupun orang kampung, dia bukan biasa – biasa.

Dia berpelajaran, kerja pun bagus dekat salah satu syarikat besar di Kuala Lumpur. Dia nampak kemas, pandai bercakap, memang boleh kata ada kaliber juga. Sebab tu aku pun jatuh hati dekat dia dulu. Cuma bila dah kahwin, barulah aku nampak banyak benda yang aku susah nak terima.

Mula dari keluarga dia. Aku tak tahu macam mana nak cakap, tapi cara hidup diorang memang terlalu sederhana bagi aku. Masa majlis kahwin kami dekat hotel, aku ingatkan semua orang akan nampak kemas dan moden. Tapi bila keluarga dia datang, mak dia dengan adik – adik perempuan dia pakai baju kurung lama.

Aku bukan nak menghina, tapi aku jadi segan sendiri. Dalam kepala aku masa tu asyik fikir, kenapa tak pakai yang lebih sesuai dengan tempat macam tu. Aku rasa macam semua orang tengok keluarga dia pelik, macam baru pertama kali masuk hotel mewah. Tapi aku diam je masa tu, sebab aku tak nak rosakkan hari kahwin aku sendiri.

Lepas kahwin, aku ikut suami balik kampung dia. Masa tu baru aku betul – betul rasa perbezaan tu. Suami aku bila sampai kampung terus berubah. Dia jadi sangat rapat dengan mak dia, dengan adik beradik dia. Gelak, borak, bantu sana sini.

Aku pula rasa macam aku ni orang luar. Dia langsung kurang beri perhatian dekat aku. Aku cuba tahan perasaan, tapi dalam hati aku rasa seolah – olah aku ni tak wujud. Lepas tu mak mertua aku ajak aku masuk dapur, ajar aku masak asam pedas sebab itu makanan kegemaran suami aku.

Aku jadi serabut sebab bahan dia banyak, cara dia pun aku tak biasa. Aku pula jenis tak suka sangat masuk dapur lama – lama. Aku lebih suka makanan simple. Lagipun aku jaga makan, aku tak suka makan berat – berat sebab aku takut gemuk. Aku nak kekal cantik, itu saja.

Tapi bila aku tolak secara halus, mak mertua aku tetap sabar ajar aku. Cuma aku yang dalam hati mula rasa tak selesa. Yang paling aku tak boleh terima bila suami aku terlalu pemurah dengan keluarga dia. Dia selalu belikan barang mahal – mahal untuk mak dan adik – adik dia.

Pernah sekali dia beli gelang harga tiga ribu untuk mak dia. Aku terus rasa panas hati. Dalam kepala aku fikir, kenapa sampai macam tu sekali. Banyak benda lain boleh guna duit tu. Aku pernah juga sindir dia dekat WhatsApp pasal nafkah isteri kena utamakan. Tapi dia macam tak faham maksud aku.

Dia cuma jawab dia nak kongsi rezeki. Aku makin menyirap sebab aku rasa aku yang paling dekat dengan dia sepatutnya lebih diutamakan. Lepas tu ada lagi per4ngai dia yang aku susah nak terima. Dia jenis baik sangat dengan orang luar.

Pernah satu hari dia nampak gelandangan dekat tepi jalan, dia berhenti dan bagi duit. Aku tengok je dari dalam kereta. Dalam hati aku panas. Aku cakap dekat dia, orang tu sihat, boleh kerja, kenapa perlu bagi duit. Tapi dia jawab tenang je, dia cakap itu rezeki orang lain. Aku jadi lagi menyampah sebab aku rasa dia terlalu mudah percaya orang.

Suami aku juga suka dengan budak – budak. Kalau anak jiran datang rumah, dia sanggup belikan makanan dan mainan. Aku rasa itu membazir sebab bukan anak kami. Aku selalu cakap dekat dia, simpan duit untuk masa depan, bukan habiskan pada benda yang tak perlu.

Sekarang yang paling aku tekanan, dia asyik cakap pasal anak. Dia nak sangat kami ada anak. Tapi aku belum bersedia. Aku nak hidup berdua dulu lama sikit. Aku belum puas lagi rasa hidup sebagai pasangan tanpa tanggungjawab besar.

Lagipun aku takut badan aku berubah kalau mengandung. Aku takut hilang bentuk badan, takut jadi tak cantik macam sekarang. Tapi dia makin hari makin kerap cakap pasal anak. Kadang – kadang aku buat tak dengar je. Sampai satu hari, kami berg4duh besar sebab dia balik lewat sebab tolong kawan dia yang kereta rosak.

Aku tunggu dia dekat rumah sampai malam, tapi dia balik dengan muka letih dan terus minta maaf. Aku jadi marah sebab aku rasa dia terlalu pentingkan orang lain sampai abaikan aku. Dia cuba jelaskan tapi aku tak mahu dengar. Aku terus masuk bilik dan kunci diri.

Esoknya pula, dia tetap keluar kerja macam biasa, tak ada pun nak pujuk lama – lama macam aku harapkan. Itu lagi buat aku s4kit hati. Kadang – kadang aku tengok dia, aku jadi keliru sendiri. Dia bukan lelaki jahat. Dia baik, terlalu baik sebenarnya. Tapi mungkin sebab terlalu baik tu yang buat aku rasa aku tak cukup penting dalam hidup dia.

Sekarang aku jadi serba salah. Aku sayang dia, tapi aku juga selalu rasa tak puas hati dengan cara dia layan orang sekeliling. Aku rasa macam aku yang paling dekat dengan dia, tapi paling kurang dia jaga perasaan. Aku tak tahu macam mana nak buat dia faham tanpa aku nampak macam isteri yang cerewet atau tamak perhatian.

Kadang – kadang aku fikir, salah aku ke yang terlalu fikir pasal diri sendiri. Atau memang normal ke kalau aku rasa macam ni. Aku harap ada yang boleh bagi pandangan. Sebab aku sendiri dah buntu nak fikir macam mana nak selaraskan dua dunia yang terlalu berbeza ni.

Ulasan pembaca :

Nur Cahaya : Bagus la kau terjemahkan diri kau melalui luahan kau ni. Kau baca semula kemudian kau nilai balik diri kau. Kau ingat orang bandar, orang KL semua rasa perasan bagus dan hebat macam kau ke? Riak dan takbur. Kau salah sorang yang meletakkan orang bandar, orang KL ni berlagak, kerek kononnya.

Pergi belajar agama dalam – dalam sikit adik, kalau kau nak berlaki mentua kampungan sangat. Kau ingat, hidup kau selamanya akan senang. Sekejap je Allah boleh tarik nikmat dunia yang kau kecapi sekarang. Jaga – jagalah suami kau tu, lelaki pun mana boleh tahan dapat bini yg berlagak, pentingkan diri sendiri. Jauh api dengan panggang kau laki bini tau tak. Hidup la kau dengan sifat somb0ng kau tu.

Ummie Nadia : Buanglah secalit kehitaman di hati awak, saya takut kalau di biarkan jadi k4nser yang merebak. Tolong belajar bersyukur ada suami yang begitu, masih tak lupa family terutama mak ayah dia walau dah kahwin dengan orang kaya macam awak.

Masih sudi berkongsi rezeki dengan orang – orang susah. Awak takut nak beranak nanti badan kembang?? Apa guna awak ada duit? Badan gemuk, muka tak lawa kalau ada duit semua boleh buat mak cik weiiii.. Tapi kalau hati yang hitam tu awak tak sental sendiri betul – betul, itu yang akan buat hidup awak tak bahagia.

Df Dhia Nadia Ezreen : Allahu. Teruknya per4ngai u sis.. Kan Allah dah kata, rezeki akan berganda bila berkongsi – kongsi rezeki. Tidak Allah menyusutkan rezeki orang yang berkongsi rezeki ni bahkan akan menggandakannya lagi. Apa boleh saya kata, awak ni sis, KEDEKUT !

Ya.. pasal baju mak mertua dan adik tu, nak minta mereka pakai lawa, awak belikan laaa, ni banyak komplain. Nak kahwin dengan anak dia, lepas tu dihod0h – hod0hkan pulak. Dah kalau macam tu, mak awak pun hod0h la sebab LAHIRkan awak ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :