
Suami minta carikan madu selepas 10 tahun kami berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak. Tapi semuamelalui pembedahan. Aku dah tak mampu nak beranak lagi, sebab itulah dia mahu kahwin lain kerana inginkan anak ramai. Lagipun dia mahu ada isteri yang temankan dia semasa pergi outstation…
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum wtb pembaca sekalian. Terima kasih sudi membaca penulisan ini. Cerita ini ditulis dari hati yang paling dalam dan yang tidak punya rasa. Perkenalkan diri sebagai Maryam, berumur 40-an. Berasal dari negeri sebelah Selatan.
Aku berkahwin di usia yang agak muda. Awal 20-an. Setelah tamat ijazah aku terus berkahwin. Disaat anak – anak lain sedang berusaha membalas jasa dan pengorbanan ibu ayah mereka. Sehinggakan ayah aku tanya dengan aku yakin atau tak untuk berkahwin sekarang. Aku nekad.
Kerana lelaki ini seorang yang sangat baik hasil dari cerita kawan – kawan. Dia merupakan kenalan rakanku. Suami aku bernama Samad. Kami bertunang 2 bulan sahaja dan terus bernikah. Aku dibawa ke negerinya. Cinta berputik selepas kahwin dalam melalui proses perkenalan yang sebenar.
Bermulalah kehidupan kami suami isteri yang tidak terlepas dengan ujian kesempitan wang di awal perkahwinan kami. Walaupun kami susah tapi kami bahagia. Dia bekerja dan aku juga bekerja. Aku cuba tampung mana boleh walau gaji aku tak besar mana.
Setahun kemudian aku disahkan hamil anak pertama kami. Gembira dan bahagia. Hari bertambah hari. Aku rasa semakin kurang berdaya untuk melakukan hal – hal kerja rumah. Siang hari aku bekerja, balik petang ready makan suami. Suami pula tak nak makan lewat.
Lepas suami makan, aku kemas dapur, kemudian urus baju suami untuk ke tempat kerja esoknya. Begitulah rutin aku setiap hari. Hujung minggu pula basuh baju, lipat baju masak yang special sikit untuk suami dan wajib pergi ziarah mak dia yang tidak jauh dari rumah lebih kurang sejam perjalanan. Namun aku gagahi untuk hadapi. 9 bulan berlalu.
Aku seIamat dibedah untuk mengeluarkan seorang puteri. Ibuku dari jauh datang ke rumah kami untuk menjaga aku dalam pantang. Mentua yang dekat ada datang ziarah tengok cucu. Aku terasa sangat terhutang budi dengan ibuku kerana sepanjang tempoh berpantang dia menjaga diri aku dan makan minum aku dengan baik sekali.
Suami aku bukan jenis pandai buat kerja macam ni. Sehinggakan makan minum suami aku pun ibu aku yang sediakan. Makan pagi, dan dinner setiap hari. Aku terharu. Kadang – kadang terbit dalam hati ini mula rasa sakit hati dengan Samad kerana dia sepatutnya membantu ibu aku apa yang patut.
Dia cuma tahu pergi kerja dan balik kerja. Sehinggakan baju dia pun ibu aku yang basuhkan. Memang semua benda aku siapkan sebelum ini. Dia cuma tahu benda dah siap. Aku cuba menolak perasaan negative pada Samad. Dua tahun kemudian aku hamil lagi.
Cerita yang sama juga terjadi. Sehinggakan aku melahirkan anak yang ketiga. Samad ni jenis yang tak tahu buat kerja lain selain kerja pejabat dia. Anak – anak nangis malam tak pernah sekali dia bangun untuk tengokkan anak. Tak pernah.
Alasannya kalau dia tidur, dia akan tidur mati. Dia tak reti tolong lipat baju, masukkan baju dalam mesin ker. Itu semua aku kena buat. Aku penat. Tapi aku hadapi. Kerana aku patuh pada suami, aku takut ALLAH marah. Pinggan yang dia makan pun main letak dalam sinki jer.
Bila anak – anak dah mula membesar aku cuba ajar anak aku untuk basuh pinggan sendiri, basuh kasut sendiri, tapi seperti tidak dipersetujui Samad. Dia nak anak dia belajar sahaja. Dia nak anak dia pandai akademik sahaja. Satu hari anak kami yang berumur 10 tahun.
Pagi aku tegur suruh basuh kasut sekolah. Bila tengah hari dia pergi main sampai ke petang. Aku pesan angkat kasut sebelum hujan petang. Tapi tidak diendah. Sehinggakan malam itu hujan. Malam tu Samad baru balik kerja dan nampak kasut anak dia basah ditimpa hujan.
Dia marah aku dengan suara yang kuat. Aku cuba membeIa diri tapi ditengking dengan ayat “jangan salahkan anak!’’ dia jarang marah aku dengan menengking atau suara tinggi. Setelah cukup 10 tahun perkahwinan kami disinari dengan 3 orang cahaya mata. Semuanya melalui kaedah Czer.
Aku bahagia seadanya. Kehidupan kami pun semakin baik. Berkat kesungguhan Samad pun keluarga kami m4kin senang. Namun suatu hal tidak terjangka. Suatu malam Samad menyatakan hasratnya untuk bernikah lagi. Aku diam terkedu tak terkata. Aku terus diam beberapa minggu. Kerana aku tak boleh mengatakan tak pada hukvm yang ALLAH tetapkan Harus.
Namun aku masih tak kuat untuk menundukkan nafsu hati ini yang tak ingin berkongsi. Hati aku bagai dicarik – carik dan disi4t – si4t. Seminggu kemudian aku bertanya mengapa hendak berkahwin lagi. Katanya nak anak ramai. Ya, benar. Aku tak mampu beranak lagi. Dia kerja selalu out station.
Katanya nak isteri yang boleh dia bawa ke sana ke sini selalu bila kerja luar. Dia minta aku carikan siapa yang aku ingin jadikan madu. Jelas. Dia belum punya calon. Tapi keinginan beristeri itu tinggi. Setelah beberapa bulan, aku minta dia listkan ciri – ciri isteri kedua yang dia inginkan.
Aku mula usha kawan – kawan aku yang terlajak bujang. Kerana lebih baik aku sendiri cari dengan siapa aku nak berkongsi daripada aku pening kepala nak berg4duh nanti. Lama sungguh pencarian aku memakan tahun. Dan dia tak pernah mengalah.
Aku tahu, dalam diam dia juga mencari kerana aku pernah tengok perbualannya dengan kawannya dan disertakan dengan gambar perempuan. 3 tahun aku mencari. Suatu hari dia mengungkit. Katanya penat bekerja ke sana ke sini sorang diri tiada isteri di malam hari.
Dia menuduh aku tidak kesian dengan dirinya. Sengaja membiarkan dia bekerja sorang diri. Dia tidak tahu usaha aku. Aku telan pahit ini. Aku berdoa semoga dia ditemukan dengan isteri yang baik, waktu itu hati aku mula rasa kosong. Sampai hati suamiku perlakukan aku seperti tidak punya rasa.
Aku mula perhatikan seorang rakan sekerja aku yang baru masuk. Berumur lewat 20 an. Bernama siti, bila ku tanya kenapa belum berkahwin dia cuma senyum tanpa kata. Suatu hari aku pura – pura berbual tentang orang hidup bermadu. Dan aku tanya pendapatnya andai kamu dilamar sebagai isteri kedua apa kamu terima dan sanggup.
Katanya “kalau sudah ALLAH tentukan begitu, kuasa apa yang mampu mengatakan tidak. Sayang tidak bererti memiliki sepenuhnya. Jangan kita tamak dan haIoba.” Aku terkedu. Adakah ini orangnya. Aku nekad. Aku nyatakan hasrat padanya.
Dia katakan semuanya perlu berurusan dengan mak ayahnya. Aku ke rumahnya. Ibunya seperti keberatan. Tidak pula si Ayah, seperti menyetujuinya sahaja. Aku mengadu hal ini padanya. Panjang lebar ucapannya. Tapi apa yang aku sangat terkesan ayatnya “jangan terlalu khawatir, ini semua urusan Allah.
Pasti ada sebab Allah gerakkan hati Ibu saya begitu. Jangan terlalu sedih. Jika ALLAH sudah menyatakan satu cukup untuk dia maka satulah sahaja untuk dia walau seingin apa pun dia”. Saya pulang ke rumah dengan menangis. Bertahun lamanya saya khawatir banyak hal. Saya bersedih berpanjangan.
Walau usia SITI jauh lebih muda dari kami tapi ucapannya jauh lebih mat4ng dari kami.” Aku pulang dan bagitahu suami yang lamaranku ditolak lagi. Nampak kesal sungguh dia. Bertahun sudah pencarianku. Belum dipertemukan. Aku nyatakan pada suami. aku bersedia sahaja. Tapi aku sudah tidak punya waktu untuk mencari. Doakan kesejahteraan aku dalam meneruskan hidup ini. – Maryam (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Amirul Hafifi : Aku baca pun aku geram. Dahlah malas, semua benda xnak buat. Lepas tu bila isteri Suruh anak – anak buat kerja, Kau tegah. Ada hati Nak anak ramai tu. Kepala kau ni Samad macam nak Kena hent4k sikit kot baru sedar diri. Semoga Kakak confessor dipermudahkan urusan. Tekadkan hatimu, usahlah memanjakan suami sebegini.
Siti NurSolehah Ag : Semoga dia tak kahwin lain sampai mati. Ameen. Semoga dia terbuka hati utk sibukkan diri jadi seorang suami yg benar – benar soleh dan bertaqwa. Allahuma ameen ya Rabbal Alamin. Ameenkan korang ramai ramai. Biar jadi betul. Ameeen ya Allah ameen. Moga – moga dia jadi suami yang soleh n bertaqwa. Ameen
Jannz Kinchan : Jap, si suami nak isteri yang boleh dibawa ke sana sini bila outstation. habis tuan confessor ni siapa? Bukan isteri ke? Ke dah jatuh status jadi maid? Duhhhhh, kalau mampu sangat, hire la maid. Puan confessor take some me time. Pergi spa cantik – cantik, bukan dok dengar cakap laki sampai jiwa mer4na.
Nur Athirah Ahmad : Kak tolong jangan cari anak dar4. Cari janda anak 10. Kan ready made anak dah ada. Senang. Takot cari anak dar4 dengan akak sekali terIingkup kena beIa bini no 2. Kak tolongla jangan jadi rendah sangat macam kain aIas kaki dah.
Macam tu ja ka level kak dengan suami. Jadi babu baIaci ? Lepas tu siap cari peneman laki pi kerja outstation pulak. Adoii. Hormat suami hormat la sampai hak anak bini pon tak ada. Patot Iuku kepala laki bini dua – dua.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.