
Dari dulu mak yang jaga anak saudara dia, bagi makan, kami bawa dia jalan – jalan pergi hotel, makan sedap – sedap. Bila dah besar dia tuduh mak cemburu dengan kekayaan dia. Konon mak aku sanggup guna sihir. Sedangkan ayah dan mak aku tu pesara guru, pencen pun banyak. Dia tu kerja jurujual je..
#Foto sekadar hiasan / AI. Tak pernah terbayang bahawa kami akan difitnah dan dikhianati oleh darah daging sendiri. Kisahnya ibu yang kami sayang difitnah oleh anak buah sendiri, aku gelar Jenab (bukan nama sebenar). Sejak kecil Jenab tinggal bersama nenek dan rumah nenek bersebelahan rumah ibu. Oleh itu, ibulah yang banyak menguruskan dan membantu menjaga Jenab sejak kecil.
Aku tak pasti atas alasan apa Jenab kurang mendapat kasih sayang dan perhatian mama dan bapa kandungnya. Jenab sudah berkahwin selama 9 tahun dan masih belum dikurniakan zuriat mungkin kerana masalah cyst Jenab dahulu. Sejak Januari 2023 dia kerap datang ke rumah hampir setiap hari kerana jarak rumahnya dekat dengan rumah ibu.
Jenab mengalami penyakit misteri sejak September 2023. Pelbagai cerita merepek yang Jenab sebarkan pada ahli keluarga yang lain antaranya:
Ibu ada pelihara saka dan saka tu nak berpindah ke Jenab. Sebab tu Jenab sakit. Jenab cakap dia mula sakit sejak makan nasi lemak hangus yang ibu masak. Walhal tak pernah ibu masak nasi lemak hangus. Nasi lemak itulah yang kami sekeluarga makan, tak pernah kami asingkan makanan Jenab.
Ada seorang ‘haji’ yang kononnya bermimpi ibu yang bela saka setelah melakukan istikharah 3 kali. Haji munafik tu banyak kes (penunggang agama, gunakan agama sebagai sumber kekayaan). HAJI MUNAFIK cakap kalau dia ubatkan Jenab, ibu boleh mati. Adakah kuasa penyembuhan dan kematian di tangan HAJI MUNAFIK?
Kami belum berpeluang jumpa HAJI MUNAFIK atas beliau selalu mengelak tapi jika diberi peluang aku akan minta dia bersumpah serta menyembuhkan Jenab walaupun kononnya ibu akan terkorban. Buktikanlah. Jenab cakap ibu dengki dengan kemewahan dia padahal ayah dan ibu pesara guru besar. Jenab pula seorang jurujual.
(Maaf kalau aku agak kasar atau membanding – bandingkan tapi ni fakta kes aku bahawa ibu langsung tak dengki dengan kemajuan hidup Jenab). Jenab menyebarkan fitnah bahawa ibu menghantar saka padanya kerana ibu nak Jenab mati lalu menjodohkan suami Jenab dengan kakak aku.
Kakak aku tak bodoh nak seorang lelaki yang gatal dan mempunyai masalah disiplin kerana sering mengganggu perempuan di tempat kerja. Jenab pun malu mengaku Samad adalah suaminya kerana ramai orang mengadu pada Jenab bahawa ada seorang lelaki gatal yang sering mengganggunya.
Suami Jenab juga pernah ‘mengganggu’ seorang sepupu aku dan suaminya juga bukanlah seorang rupawan mahupun hartawan. Suami Jenab juga seorang jurujual. Kakak aku seorang guru dan mempunyai teman lelaki. Bagi aku Samad terlalu gatal untuk dijadikan seorang suami, terlalu banyak perempuan yang dia cuba goda.
Aku tak habis fikir kenapa Jenab sering mempertahankan suaminya yang miang tu. Jenab makin kurus dan dituduhnya roh arwah anak ibu (yang pertama) masuk dalam badannya. Hanya kerana arwah kakak aku kurus dituduhnya ibu yang hantar saka tu.
Benda yang paling menyedihkan adalah perkara ni kami tahu dari orang lain. Hampir seluruh ahli keluarga kami sudah memulaukan dan blok kami tanpa sebarang penjelasan. Sebelum ibu tahu yang ibu difitnah dan dipulaukan ibu kerap menelefon dan bertanya khabar Jenab.
Atas kuasa Allah, sedikit demi sedikit fitnahnya kami tahu. Demi Allah! Perkara tu semua fitnah. Wallahi, kalau betul ibu ada salah dan ada bela saka seperti dakwaan mereka, datanglah kepada kami beritahu atau bertanyalah kesahihannya kepada kami. Ni fitnah besar, fitnah seperti kami mensyirikkan Allah.
Kami pernah berhasrat untuk buat saman fitnah, tapi dihalang oleh seorang ahli keluarga yang merupakan seorang kenamaan atas alasan untuk menjaga nama baik keluarga. Aku juga nak haji munafik dan Jenab membuat sumpah atas nama Allah dan agama dengan segala fitnah yang mereka lontarkan.
Wahai Jenab, aku boleh siarkan benda ni di Facebook personal aku tapi aku masih menjaga aib kau dan orang yang bersekongkol dengan kau. Tak seperti kau yang telah menyebarkan aib ke seluruh ahli keluarga sehingga kami dipulaukan, dibenci dan membuatkan ibu aku tak berhenti menangis.
Jenab, setiap kali lepas solat ibu sentiasa berdoa mohon tunjuk dan jika kami sekeluarga mati, kau dan sekongkol kau tak diizinkan untuk datang ziarah. Kau cari kami di Mahsyar ya. Wahai Jenab, ibu dan ayah aku sedang menderita sakit tua, begini cara kau dan kakak kau balas budi mereka? Lupakah kau siapa yang menghadiri majlis konvo kau ketika mama kau tak mempedulikanmu?
Mungkin kau lupa bahawa kami yang selalu bawa korang bercuti ke sana sini tanpa sesen pun kau keluarkan untuk makan, hotel mahupun minyak? Kau lupa siapa yang membantu kau saat semua ahli keluarga tak terima kau kerana mulut jahat kau sendiri?
Itulah kesilapan terbesar kami dulu, iaitu memaafkan kau saat semua orang masih tak percaya dengan kau. Jika sesiapa tahu solusi terbaik mohon bantu kami. Kami juga telah berubat dengan ustaz-ustaz yang diyakini dan tiada tanda yang ibu ada bela saka. Ibu tak berhenti berdoa terutama lepas solat dan waktu mustajab. Jika ada solusi terbaik mohon kemukakan. Jika tiada mohon doanya. Sekian, FN (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Rizal Rodzuan : Maaf cakap la, aku tak boleh terima bila orang ni tak nak dedahkan kebenaran atas alasan tak nak buka aib orang tu, sedangkan orang tu tak henti – henti jaja fitnah kepadanya sampai semua orang terpedaya. Ni bukan cerita drama yang akhirnya orang akan tahu sendiri, kalau macam tu tak payah bina balai polis dan mahkamah untuk cari keadilan. Sebaiknya kau saman je Jenab tu dan haji tu, buat report polis fitnah dan sebagainya. Bila dia didapati bersalah baru orang tahu siapa salah siapa benar.
Miema Mia : Nasihat saya.. Mudah.. Nak tunjukkan kebenaran.. Berbahagialah.. Teruskan dengan berbahagia bersama keluarga.. Kebenaran akan terluah.. Bila awak bahagia bersama keluarga terutama mak abah segala kejahatan akan berlalu kebenaran terluah.. Salam peluk dari jauh..
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.