Mak mertua suka jatuhkan maruah aku depan orang, selalu ejek fizikal aku gendut. Suami pula buat tak tahu bila aku dibuli mertua macam aku tak laku..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

dibuli mertua

Sejak akhir-akhir ni, aku alihkan sedih aku dengan cara mencantikkan diri aku. Aku tak mahu cakap lebih. Dengan pekerjaan dan rupa aku, senyum aje gagap lelaki nak bercakap. Terlintas juga hati aku nak curang, aku dibuli mertua dan aku tak dapat kasih sayang seorang suami..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Aku tak tahu pada siapa nak meluah. Aku terlalu ingin meluah, tapi aku tak mahu orang tahu siapa aku. Maafkan aku meluah di sini. Harapnya yang baik dijadikan pengajaran, yang buruk dijadikan sempadan.

Aku sedang buat SWOT analysis jika kiranya aku perlukan bantuan pakar. Doktor dah sarankan, “You need help.” Ya, aku mengalami kemurungan setelah lama aku dalam fasa denial phases. Kali ni aku mengalah. Aku mengaku kalah. Aku dah tak mampu nak bendung perasaan aku.

Aku rasa sepi, hidup dalam tekanan. Selama ni akulah sorang – sorang meredah hujan dan panas, siang dan malam. Bleeding mengandung pun gagah pikul anak pukul 2 hingga 3 pagi bawa anak kecil ke hospital. Suami? Entahlah. Sejak kahwin kami tak serumah sebab dia kerja buat jalan raya.

Dia tidur pun di rumah yang disediakan company. Semua sakit pening anak, even diri aku, aku hadap sorang – sorang. Itu tak mengapa sebab amanah dan tanggungjawab. Aku pikul dengan hati yang rela dan insya-Allah aku reda.

Makin lama, setelah 7 tahun perkahwinan, aku dapati suami aku tak pernah dahulukan kami, anak dan isteri yang dia pilih untuk jadi teman hidup hingga akhirat, dalam semua hal. TAK larat aku nak senaraikan. Cuma cakap semua bil anak aku tanggung.

Bila raya, aku keluarkan duit, akulah sorang – sorang beriya cari baju anak waktu lunch atau ambil cuti beli. Macam takde suami. Sabtu Ahad selama ni asyik kena balik rumah mak mertua. Jadi kami tiada privacy. Itu belum lagi mulut mertua yang tiap kali suka jatuhkan maruah aku depan saudara mara dan menantu yang lain.

Yalah, aku ni tak sehebat menantu yang lain dan secekap menantu yang lain dalam memasak. Aku diejek gendut dan sebagainya sebab dalam kalangan menantu, akulah yang paling tinggi, besar pula tu. Tapi alangkah kau tahu aku begini sebab aku banyak makan ubat.

Ya, aku tak sihat. Tubuh aku pun doktor banyak inject steroid sebab sudah haus dalam menjalankan tanggungjawab pikul anak sorang – sorang. Seluruh badan aku sakit – sakit. Belakangan ni aku makin tak sihat. Aku on medication.

Berat badan aku turun mendadak, aku tak cukup tidur. Pagi berkejar siap dan hantar anak, aku rushing ke tempat kerja. Petang berlari aku balik kerja ambil anak. Jarak rumah dan tempat kerja dalam 50 km sehala. Aku tempuh jem dan sebagainya sorang – sorang dalam keadaan aku tak sihat.

Tahun ni suami dah start duduk dengan kami. Kerja company baru tapi on dan off outstation, seminggu 2 hari. Sepanjang puasa aku hari – hari muntah, bukan mengandung tapi sebab tak sihat. Aku kerap kena vertigo, rasa pusing kepala 360 darjah, low BP dan jalan terhuyung – hayang.

Start bulan puasa kami pergi kerja satu kereta. Boleh kata hari – hari aku muntah tepi jalan. Minta suami berhenti tepi. Dia berhenti sambil main telefon. Tak kisah nak tolong aku. At least bagi la tisu atau sekadar tanya, “Awak okay?” Hari – hari aku makan ubat, ubat migraine.

Ubat tidur je aku tak dapat makan sebab takut tak boleh bangun. Doktor bagi MC 1 minggu untuk aku makan ubat tidur waktu siang sebab katanya aku chronic fatigue. Tapi sebab kebetulan anak tak sihat, suami aku tak nak jaga anak.

Biar aku yang terhuyung – hayang ni jaga. Jadi aku memang takde rehat dan suami aku tak kisah even aku dah beritahu aku sangat tak sihat. Suami tak pernah ambil tahu akan aku. Tak pernah nak dengar masalah aku. Jangan kata masalah, aku bergurau pun tak layan.

Aku sakit tak pernah tanya. Yang dia tahu buat rumah macam hotel. Mungkin di mata dia aku ni tak laku. Mak mertua pun kerap kutuk fizikal aku. Baru – baru ni mertua aku buat onar. Dia mengata aku depan saudara mara, kutuk aku dengan bangga.

Makin susut badan aku, aku jadi murung. Hari – hari dah dekat 2 bulan aku menangis dalam bilik air. Kat office pun aku kerap ke tandas menangis. Di office aku tutup sedih aku dengan bersembang happy – happy dengan kawan. Aku cuba positif.

Bila dah terlalu lama suami abaikan, tak hormat perasaan isteri, pukul isteri kerana mertua. Mertua hutang tak bayar. Bila tanya suami, aku kena pukul. Mertua pakai kereta aku sebulan tak pulang. Bila tanya suami, kena pukul.

Dah la kali beranak dia tak keluarkan 1 sen pun. Beli rumah pun muka aku keluarkan dengan cara jual rumah lama aku. Sebab duit yang patut dia dahulukan untuk rumah, dia tabur kat mertua untuk berniaga. Risau adik beradik dia yang dah berbulu ada anak ramai tu tak makan.  Sayang sangat adik ipar dia tak makan jika tak modalkan mereka berniaga.

Aku stress dari pelbagai sudut. Aku dibuli mertua dan aku tak dapat kasih sayang seorang suami. Tiada tempat untuk meluah dan seperti tiada tempat untuk berlindung. Kalau aku susah, suami bukan orang yang hulur pertolongan. Dah 2 bulan hari-hari aku menangis. Tapi aku tetap kerja seperti biasa dan Alhamdulillah kerja on target.

Sejak akhir-akhir ni, aku macam nak move on. Aku alihkan sedih aku dengan cara mencantikkan diri aku. Aku tak mahu cakap lebih. Dengan pekerjaan dan rupa aku, senyum aje gagap lelaki nak bercakap. Kalau perempuan boleh kahwin lebih. Dah lama dia aku madukan.

Terlintas juga hati aku nak curang, tapi aku masih ada malu, aku sayang anak – anak aku. Cumanya aku sunyi. Sunyi yang tak tertanggung. Anak – anaklah tempat aku tumpang kasih. Baru aku faham kenapa zaman sekarang banyak isteri derhaka.

Antaranya sebab suami – suami macam inilah. Aku dalam perkiraan jika perlu untuk jumpa pakar psikiatri sebab kata doktor aku perlu dapatkan nasihat. Tapi aku tak nak ada rekod. HR sure report pada bos aku sebab HR rajin monitor kos perubatan.

Komen Netizen:

Noorul Haslinna : Allah SWT Maha Mendengar. Doalah. Doa seorang isteri, ibu dan orang teraniaya tiada hijab. Sedih baca. Saya sangat faham apa yang awak rasa. Hanya solat, zikirullah dan doa ubat paling mujarab. Jika terpaksa lepaskan, lepaskanlah suami kembali pada keluarga dia. Terus terang mertua yang macam ni memang akan buat jiwa kita sakit. Dari awak terus derita, pilihlah jalan yang terbaik.

Siti Nazirah : Move on je. Tak payah uruskan hal suami. Sakit pula hati baca. Kalau A to Z sis buat sendiri, laki sis tu memang takde function. Semoga sentiasa kuat ye sis. Bahagiakan diri je sekarang, abaikan je apa kata family mertua tu.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5163 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.