Gaji suami 15k, tapi aku tetap guna motor buruk bawa anak-anak. Aku test suami, kononnya aku rela bermadu. Suami dengan gembira mengaku ada kekasih lain

Lepas aku cakap yang aku bagi izin suami nak kahwin, bukan main seronok lagu suami. Dia asyik senyum je. Sampai depan mak mertua, suami siap tanya macam mana nak jadi lelaki yang adil. Dah sembang plan nak pergi honeymoon tinggal aku dan anak – anak..

#Foto sekadar hiasan. Assalam para pembaca semua. Semoga semuanya dilindungi Allah SWT. Berat untuk aku meluahkan apa yang terbuku di hati. Tapi aku mohon pendapat agar segala kesedihan yang terbuku di hati beransur hilang walaupun hanya sedikit.

Kisah aku bersama suami dan orang ketiga. Ketika jari jemari aku sedang menaip coretan ni, air mata aku tak henti – henti mengalir. Sungguh aku tak kuat. Tahun lepas semasa anniversary perkahwinan aku, terbongkar segalanya. Sedih yang teramat pagi tu, 3 hari sebelum puasa. Semasa tengah bersiap siap nak pergi bercuti dengan abang dan anak – anak, aku dik3jutkan dengan mesej masuk yang berbunyi sungguh romantik. “Ayang, abang.”

Masa tu per4ng bermula. Kami berg4duh besar. Dan satu persatu terbongkar. Siapa perempuan tu semuanya terbongkar. Orang ketiga tu orang yang suami pernah kantoi berkawan 4 tahun lepas. Tapi suami tak pernah mengaku masa tu.

Tapi tahun lepas suami mengaku siapa perempuan tu setelah aku pujuk. Itu pun setelah aku kata aku sudi bermadu jika dia berterus terang dengan aku semuanya. Pagi tu dalam pukuI 2 pagi aku menangis di tikar sejadah. Aku menangis sepuas – puasnya. Kenapa ujian ni yang aku kena terima.

Kenapa perempuan tu yang wujud dalam hati dia. Perempuan tu tak layak untuk jadi madu aku sebab dulu masa aku mula – mula hidu dia orang ada hubungan, tapi mereka tak mengaku masa 4 tahun lepas tu. Aku ser4ng perempuan tu dalam mesej semuanya.

Dia tetap tak mengaku walaupun aku pernah jumpa gambar perempuan tu dalam telefon suami aku. Sehinggakan aku pernah menjadi baik dengan perempuan tu disebabkan aku tersalah sangka. Tapi dalam baik berkawan tu dia banyak cemburukan aku.

Banyak perli – perli aku dalam WeChat, WhatsApp status dan Facebook. Masa tu kata hati aku memang kata suami aku memang ada hubungan dengan dia walaupun masing – masing tak mengaku. Setiap hari aku berdoa supaya Allah tunjukkan pada aku jika suami aku curang dengan aku. Ya akhirnya bulan 6 tahun lepas terbongkar semuanya.

Berbalik semula kisah aku yang ingin jadikan dia madu aku. Aku berbincang dengan suami aku ketika aku sedang memeluk al Quran dan di atas tikar sejadah. Semuanya aku luahkan satu persatu. Aku tanya kenapa sorokkan selama bertahun – tahun. Aku tanya dia, pernah tidur dengan dia? Pernah buat apa – apa? Suami kata tak pernah.

Kenapa mudahnya kau duakan aku? Sepanjang kahwin aku tak pernah menyusahkan dia. Semuanya aku cari sendiri. Dari makan aku, pakai aku, duit belanja aku, anak – anak. Tak pernah aku berkira duit aku. Bagi aku kau dah sediakan rumah, Alhamdulillah.

Walaupun dari kau kerja biasa sehinggalah dah jadi bos besar. Dari gaji seribu lebih hingga cecah RM15K tahun ni. Tak pernah kau hulurkan aku duit bulan – bulan untuk keperluan aku. Aku tak kisah semua tu sebab aku berniaga. Ada duit sendiri.

Aku tak berkira untuk support barang anak – anak dan keperluan rumah. Bagi aku asalkan kita bahagia bersama anak – anak. Aku ke hulu ke hilir dengan motor buruk aku. Kadang – kadang bawa anak berhujan, berpanas, dengan berlima atas motor. Tapi aku tak kisah. Aku tak pernah pun merungut.

Walaupun kau berkereta mewah, ada motor besar. Sedikit pun aku tak malu dengan diri aku. Banyak aku k0rbankan semasa hidup sama – sama susah dulu. Tapi ni yang kau balas untuk aku. Kenapa bang?? Lepas aku kata nak bermadu tu, pagi tu kau nampak sangat gembira. Depan ibu kau, kau gembira. Siap kau tanya ibu kau, “Ma macam mana ya ma, orang selalu question macam mana nak bahagikan masa 2 orang ni.”

Lepas tu kau cakap, “Macam nilah. Time outstation orang bawa isteri baru. Boleh honeymoon sekali. Nanti balik outstation orang dengan anak – anak dan Alia.” Kecil hati aku. Depan aku, depan mama kau boleh cakap macam tu. Tak jaga langsung perasaan aku. Aku member0ntak masa tu.

Aku tengok dia belum kahwin lagi dah nampak tak adil. Terus aku cakap dekat mama dan depan suami aku, aku tak setuju untuk bermadu. Suami aku tanya kenapa. Aku cakap saja tak nak. Kalau suami aku nak dia, lepaskan aku dan kahwinilah dia.

Pagi tu sedikit tegang sehingga berlarutan sampai ke malam. Suami memujuk aku untuk terima madu. Aku tetap dengan keputusan aku masa tu. Aku nampak suami sedih. Aku kata kalau abang tak boleh tinggalkan dia, sayang yang akan tinggalkan abang.

Keesokannya hari tu aku kemas kain baju aku, aku keluar dari rumah. Dan aku duduk rumah kakak aku dengan anak – anak. Suami aku tak berhenti telefon dan mesej suruh aku balik ke rumah kami. Sebulan aku duduk asing dengan suami. Akhirnya aku balik ke rumah tapi dengan syarat suami aku keluar dari rumah tu.

Suami aku akur dan kami duduk berasingan lagi. Suami aku duduk rumah sewa lain. 2 bulan kami tak tinggal sebumbung. Hari – hari suami aku jumpa anak – anak. Kesian juga dekat anak – anak. Hari – hari anak menangis. Suami aku menangis bila masing – masing berjumpa. Aku tengok suami aku tak terurus.

Suami jumpa aku nak berbincang. Dia kata dia dah tak ada apa – apa dengan perempuan tu. Dia tinggalkan perempuan tu slow – slow. Suami aku cakap perempuan tu cemburu bila suami aku jumpa anak – anak. Perempuan tu kata kalau dah kahwin dengan dia, nak tengok anak – anak aku kena ada limit.

Dan perempuan tu kata jika dia bercerai dengan aku dan berkahwin dengan dia, dia tak bagi jika suami aku berbaik semula dengan aku. Dia kata dia tak boleh nak terima. Masa tu suami aku mula berfikir dan nak tinggalkan perempuan tu.

Aku percaya cakap suami aku. Aku belajar untuk terima semula suami aku. Dan kami pun berbaik dan tinggal serumah semula. Perempuan tu call dan mesej suami aku marah – marah dan b4bikan suami aku. Suami aku tunjuk semua mesej perempuan tu.

Masa kami tinggal bersama semula dia kerap ganggu kami. Dia call aku dan kata macam – macam. Perempuan tu ugvt macam – macam. Suami aku jadi tertekan. Aku bertanya suami aku, pernah ke abang terlanjur dengan dia? Kenapa susah dia nak lepaskan abang? Suami aku tetap tak mengaku. Tak mengapalah abang. Kalau abang bohong Allah akan tunjukkan nanti.

Lepas tinggal bersama semula, hati aku masih tak tenang. Naluri aku tetap merasakan mereka masih ada lagi hubungan. Akhirnya apa yang aku syak betul. 2 bulan selepas kami berbaik semula, kantoi gambar tangan dalam bilik hotel. Gambar tu aku jumpa dalam telefon suami aku. Aku terfikir, kenapa gambar tangan saja. Bukan gambar keseluruhan.

Aku tanya suami. Suami terk3jut sebab dia pun tak tahu pasal gambar tu. Aku fikir perempuan tu saja ambil gambar guna telefon suami aku. Saja nak buat aku g4duh dan bercerai. Mungkin gambar tu diambil masa suami aku tidur. Dia guna telefon suami aku.

Mula – mula suami aku tak mengaku dan kata tangan kawan dia. Macam – macam alasan. Akhirnya dia mengaku. Sampai hati tipu aku lagi. Allah, aku betul – betul tak kuat. Aku menangis dan terus ambil air sembahyang. Masa tu nak Zohor dah.

Aku berdoa supaya Allah tunjukkan kebenaran sebanyak yang mungkin. Lepas aku solat aku terus ke kereta suami aku. Aku jumpa satu kertas, bil hotel. Dugaan sungguh masa tu. Suami aku tipu aku lagi. Kata outstation Penang, rupanya di Kuala Lumpur. Maknanya gambar tu di Kuala Lumpur.

Sampai hati abang. Aku menangis semahu – mahunya. Abang minta maaf semahu – mahunya. Menangis dan merayu. Minta peluang terakhir. Demi Allah aku bertahan hanya untuk anak – anak. Susah untuk aku terima apa yang dah kau buat bang.

Dan untuk pengetahuan semua aku masih bertahan bersama suami aku. Aku tetap jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri walaupun hati aku terluka sangat – sangat. Baru – baru ni dia memberitahu aku sesuatu. Dia cakap perempuan tu pernah mengandung dan gugurkan anak dia.

Aku tanya dia semula, yakin kah itu anak dia dan perempuan tu? Sebab daripada risik – risik dari kawan – kawan perempuan tersebut, perempuan tu pernah berkawan dengan banyak lelaki. SosiaI. Suami bagitahu, perempuan tu bukan d4ra lagi masa dengan suami aku.

Sampai hati abang. Abang kata tak pernah tidur dengan dia. Tapi akhirnya abang sendiri mengaku. Suami menangis. Suami kata dia tersilap langkah dan minta aku maafkan semua ketelanjuran dia selama ni. Mudahnya kau minta maaf bang. Kau tahu tak betapa h4ncurnya hati aku.

11 tahun usia perkahwinan kita ni yang kau balas setiap peng0rbanan aku? Apa lagi yang kurang bang. Hidup aku hari – hari dih4ntui bayang – bayang perbuatan mereka. Suami sedaya upaya cuba untuk berubah dan mengambil hati aku. Tapi hati aku keras dah. Seperti batu. Aku tak mampu untuk memaafkan mereka.

Ya Allah, aku tak kuat untuk terus bertahan. Tapi jika Kau telah tetapkan suami aku adalah jodoh aku sehingga akhir hayat, aku redha ya Allah. Berilah aku hati yang ikhlas untuk memaafkan mereka yang buat aku s4kit dan luka. Untuk pembaca aku mohon doakan aku tabah dengan dugaan di dunia ni. Sambung sedikit lagi admin. Walaupun gaji suami aku besar, duit bulan  -bulan asyik tak cukup juga. Suami aku juga kuat main jvdi internet dan nombor ekor.

Ulasan Pembaca :

Noorsyazana Mohd Nor : Puan, bila terbayang – bayang lagi perbuatan mereka, cuba pegang d4da dan cakap pada hati dan diri, “Ya Allah, tunjukkanlah aku tempat aku di syurga Mu di sisi Mu nanti agar aku bisa tersenyum bahagia penuh syukur di saat aku menempuhi setiap ujian Mu.” Semoga puan rasa lebih tenang dan kuat selalu.

Zie Zida : Ada dua jalan saja, terima atau tak terima. Puan pun pernah bagitahu yang puan bertahan demi anak – anak, kenapa tak teruskan begitu. Luka tu akan sembuh tapi ambil masa yang panjang. Kalau puan tak boleh terima dan sanggup hidup sendiri maka tinggalkanlah dia. Apa saja dugaan hidup sebagai ibu tunggal ni puan kena hadap. Hidup bersuami dan hidup sendiri adalah dua perkara yang sangat berbeza. Fikirlah dalam dalam. Moga puan tabah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :