
Almari isteri baru ayah penuh dengan baju baru. Setiap kali ayah dapat duit, mereka pergi membeli beIah sakan. Tiap kali keluar, ada saja baju baru dan tudung baru. Aku ingat balik waktu dulu, mak tak pernah merasa semua tu. Ayah tak pernah layan mak macam tu..
#Foto sekadar hiasan. Hai admin, tolong hide profile aku. Aku nak luahkan satu kisah. Ya, kisah keluarga aku sendiri. Kisah ni berlaku sejak aku masih sekolah menengah. Dipendekkan cerita, aku ni datang daripada keluarga yang biasa biasa saja.
Aku ada ibu bapa yang memahami dan dua orang adik. Aku merupakan anak sulung dalam keluarga. Masa berganti masa, alhamdulillah ayah dapat kerja yang lumayan. Sebelum ni ayah hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang.
Kerja yang lumayan tu biarlah rahsia, tapi kerja halal. Aku betul – betul bersyukur sebab kehidupan kami dah jadi lebih selesa. Sama juga dengan adik – adik. Kami rasa bahagia dengan perubahan hidup kami. Tapi keselesaan tu tak bertahan lama. Sedikit demi sedikit, ayah mula berubah.
Bila dah ada pendapatan lebih, ayah mula buat hal. Ayah sibuk dengan perempuan Indonesia. Aku sangat kesiankan mak. Mak pula walaupun tahu ayah dah berubah dan ada perempuan lain, dia berlagak macam tak tahu apa – apa. Mak masih setia dengan ayah.
Mungkin mak berharap ayah akan berubah. Mak memang seorang yang penyabar, sangat – sangat penyabar. Walaupun per4ngai ayah dah berubah, mak tak pernah abaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Malah aku yang menangis tengok mak.
Setiap kali mak masak, mak akan tunggu ayah balik untuk makan sama – sama. Selagi ayah tak balik, mak takkan makan. Sampai mak pernah tertidur di meja makan kerana tunggu ayah pulang. Tapi ayah tak balik. Ayah lebih sibuk dengan perempuan Indonesia tu.
Aku betul – betul sedih tengok mak. Hati aku s4kit setiap kali tengok kesetiaan mak dipersiakan. Apa yang paling menguji keluarga kami ialah apabila mak jatuh s4kit. Mak kena s4ntau dan aku percaya perbuatan tu dilakukan oleh perempuan Indonesia simpanan ayah. Ayah tahu pasal tu, tapi ayah tetap pertahankan perempuan tu.
Perempuan tu dikatakan ada ilmu hitam yang sangat kuat. Bayangkanlah, masa tu aku tingkatan tiga dan sedang menghadapi peperiksaan percubaan PMR. Tapi aku terp4ksa abaikan pelajaran buat sementara waktu. Aku sekejap pergi sekolah, sekejap tak.
Aku tak sempat buat ulang kaji. Aku hanya fokus menjaga mak yang s4kit. Waktu tu aku langsung tak peduli pasal pelajaran. Yang penting bagi aku, mak perlu sembuh. Aku menangis setiap hari tengok keadaan mak. Mak selalu munt4h d4rah dan perut mak jadi busung.
Kadang – kadang mak berlari – lari dalam rumah sebab rasa panas. Tiba – tiba muka mak jadi merah macam meIecur. Ada kesan cakar pada badan mak dan mak selalu meraung cakap panas. Aku sedih sangat tengok keadaan mak. Mak s4kit macam tu selama empat hingga lima bulan.
Sepanjang tempoh tu, ayah tetap jarang balik rumah. Kalau pun ayah balik, hanya untuk mandi dan tukar pakaian. Lepas tu ayah keluar semula. Aku pernah cakap dengan ayah supaya kesiankan mak, tapi ayah buat tak tahu. Malah ayah lagi sibuk dengan perempuan Indonesia tu.
Yang paling menyedihkan, ayah dah kahwin dengan perempuan tu. Tapi mak tak cepat melatah. Walaupun mak s4kit disebabkan perbuatan perempuan tu, mak tetap redha. Keadaan jadi lebih genting apabila perempuan Indonesia tu p4ksa ayah ceraikan mak dengan talak tiga.
S4kitnya hati hanya Allah yang tahu. Pada satu hari, mak betul – betul tenat kerana menanggung s4kit akibat santau tu. Sampai ambulans datang ke rumah untuk bawa mak ke hospital sebab masa tu ayah tak ada di rumah. Aku tak tahu nak minta tolong siapa selain jiran sebelah rumah. Aku terlalu takut kehilangan mak.
Bila mak dibawa ke hospital, barulah ayah sampai dan bawa adik – adik ke sana. Aku hanya mampu tengok mak dari luar bilik dengan air mata yang tak berhenti mengalir. Tak lama lepas tu, doktor keluar dan bagi kami kebenaran untuk jumpa mak.
Mak nampak sangat lemah, tapi masih mampu tersenyum. Kami berkumpul di sekeliling katil mak. Waktu tu ayah minta maaf pada mak dan mengaku dia sedar akan kesilapannya. Ayah cerita yang perempuan Indonesia tu tak jujur. Dia cuma nak duit ayah.
Perempuan tu dah lari selepas dapat apa yang dia nak. Ayah berjanji takkan ulang lagi kesilapan yang sama. Tak lama lepas tu, mak dibenarkan pulang dari hospital. Sebenarnya kami tahu mak s4kit kerana buatan orang, tapi waktu tu cuma aku seorang yang ada di rumah menjaga mak. Disebabkan terlalu risau, aku minta bantuan jiran dan buat keputusan untuk hantar mak ke hospital.
Selepas ayah minta maaf, kami bawa mak berubat sana sini. Tapi sejujurnya, ilmu hitam tu sangat kuat. Hanya selepas empat hingga lima bulan, barulah mak pulih sepenuhnya. Waktu tu aku rasa sangat gembira. Aku fikir aku dah dapat semula keluarga aku.
Tapi Allah menduga kami lagi. Ayah buat per4ngai lama semula dan kali ni dengan perempuan Indonesia yang lain pula. Waktu ni aku tingkatan empat. Ayah kembali dengan tabiat lamanya. Ayah sibuk dengan perempuan tu dan tak balik rumah. Aku pula mula jarang pergi sekolah sebab terlalu tertekan.
Sedangkan waktu tu aku seorang pengawas sekolah. Sampai aku dipanggil berjumpa cikgu disiplin sebab pelajaran dan prestasi aku sebagai pengawas merosot teruk. Aku jadi malas nak belajar sebab terlalu fikirkan ayah. Aku tertanya – tanya, kenapa ayah buat per4ngai lagi?
Untuk pengetahuan semua, ayah bekerja sebagai ejen subkontraktor untuk kilang – kilang. Pendapatannya memang besar, boleh mencecah RM20,000 hingga RM30,000 sebulan. Macam mana tak banyak duit, kan? Orang pun mula beri perhatian pada ayah. Tapi nak buat macam mana, ayah tewas lagi.
Kali ni aku bersuara dengan mak. Aku tanya mak, sampai bila mak nak bersabar? Ayah buat per4ngai lagi dan kali ni lebih teruk. Mak diabaikan, apatah lagi aku dan adik – adik. Bila mak telefon ayah, ayah cuma jawab dia sibuk bekerja dan suruh jangan kacau.
Ayah langsung tak balik rumah. Sampai satu masa, aku, mak dan adik – adik demam panas serentak. Mak risau tengok keadaan kami. Walaupun mak sendiri tak sihat, mak tetap bawa kami berjalan kaki ke stesen KTM untuk pergi ke klinik. Mujur stesen tu tak jauh dari rumah.
Kami berjalan kaki, naik tren dan sampai ke klinik. Tapi ayah tetap tak peduli. Ayah sibuk dengan perempuan Indonesia tu sampai tak balik tengok kami anak beranak. Rupa – rupanya ayah dah kahwin diam – diam dengan perempuan tu. Ayah kahwin gelap sebab perempuan tu manduI. Aku sedih, sangat sangat sedih.
Kali ni ayah memang tak peduli langsung dengan kami. Malah ayah sanggup habiskan banyak duit untuk perempuan tu dan kerap balik ke kampungnya di Batam, Indonesia. Ayah juga sanggup keluarkan duit untuk merawat masalah kesuburan perempuan tu.
Sedangkan duit tu semua hasil pinjaman bank atas nama mak. Ayah p4ksa mak buat pinjaman dengan alasan nak buka kedai runcit dan suruh mak uruskan. Tapi hakikatnya, duit tu dihabiskan untuk isteri nombor dua ayah. Jumlah pinjaman tu hampir RM100,000. Satu sen pun mak tak guna untuk diri sendiri. Tapi mak tetap tenang dan redha dengan apa yang berlaku.
Sampai aku sendiri jadi beng4ng dengan sikap mak yang terlalu sabar. Aku pernah cakap dekat mak, “Mak ada hati atau tak? Sampai bila mak nak bersabar? Takkan nak jadi orang b0doh?” Aku cakap lagi, pinjaman bank tu satu sen pun mak tak guna, semuanya dihabiskan untuk perempuan Indonesia tu.
Tapi mak tenang jawab, “Allah tu ada. Mak serah semuanya pada Allah.” Memang Allah tu ada, tapi bagi aku perbuatan ayah dah melampau. Namun mak tetap menasihati aku supaya jangan sesekali biadab dengan ayah sendiri. Aku jadi buntu.
Aku kesian sangat dekat mak dan aku sayu tengok hidup mak. Mak aku tak ada siapa – siapa sebab mak seorang mualaf dan keluarga dia semuanya berlainan agama. Mak menanggung semuanya seorang diri. Keadaan tu berterusan sampai aku habis sekolah dan tamat SPM.
Ayah beristeri dua, tapi macam biasa, ayah tetap lebihkan isteri nombor dua yang berasal dari Indonesia tu. Aku cuba belajar redha macam yang mak ajar. Aku ikut takdir keluarga aku dan belajar untuk bersabar. Tapi sejujurnya, aku tak sekuat mak.
Satu hari, mak dapat tahu isteri nombor dua ayah mengandung. Waktu tu, itulah penamat segala – galanya buat mak. Mak suruh ayah lepaskan dia dengan cara yang baik dan jaga isteri nombor dua tu sebaik mungkin. Mak pesan dekat ayah, jangan sesekali buat macam mana ayah pernah buat dekat mak dulu. Aku sedih. Aku tak pernah sangka keluarga aku akan berpecah ketika umur aku baru 19 tahun.
Aku selalu tanya mak, “Kenapa ayah buat kita macam ni, mak? Mak dah banyak berk0rban untuk ayah. Mak yang susah payah dengan ayah dari tak ada apa – apa sampai ayah ada banyak duit.” Aku tanya lagi, kenapa sekarang yang merasa kesenangan tu bukan mak dan bukan kami? Kenapa orang yang h4ncurkan keluarga kami yang dapat hidup senang, sedangkan kami yang mend3rita? Lebih – lebih lagi mak.
Tapi mak cuma cakap, “Semuanya milik Allah. Biarlah orang buat kita, tapi jangan sesekali kita balas atau berd3ndam. Sebab kalau kita buat macam tu, antara kita dengan dia tak ada bezanya.” Itulah yang selalu mak ucapkan. Mak, Along sayang mak. Sampai sekarang, kata kata mak sentiasa tersemat dalam hati aku.
Pada usia 20 tahun, aku berkahwin dengan pilihan hati. Aku jaga mak dan berniat nak bela mak sebab maklah satu – satunya harta yang paling berharga dalam hidup aku. Ayah pula teruskan kehidupan dia dengan isteri dari Indonesia tu.
Mereka dah ada dua orang anak bersama. Aku belajar redha dan adik – adik pun belajar redha. Walaupun ayah buat mak macam tu, sedikit pun mak tak berd3ndam dengan ayah. Malah mak sentiasa doakan kejayaan ayah. Hati mak memang terlalu baik.
Untuk pengetahuan semua, masa isteri nombor dua ayah nak melahirkan anak yang kedua, maklah yang susah payah daftarkan isteri ayah dekat hospital. Mak juga yang tunggu sampai isteri ayah selamat bersalin. Ya Allah, sungguh mulia hati seorang ibu.
Kalau aku berada di tempat mak, memang aku tak mampu buat macam tu. Tapi semua nilai kebaikan dan kesabaran tu aku belajar daripada mak. Sekarang ayah dan isteri dia hidup senang lenang. Kadang – kadang hati ni tetap s4kit bila teringat semua yang pernah berlaku. Dah lah h4ncurkan keluarga kami, sekarang mereka boleh hidup bahagia.
Bukan aku nak cakap apa, tapi almari isteri ayah penuh dengan baju baru. Setiap kali ayah dapat duit, mereka pergi membeli belah sakan. Tiap kali keluar, ada saja baju baru dan tudung baru. Tapi bila aku ingat balik waktu dulu, mak tak pernah merasa semua tu.
Ayah tak pernah layan mak macam tu. Sedangkan bagi aku, maklah orang yang paling layak merasa semua kesenangan tu. Maklah yang bersusah payah bersama ayah dari awal. Jujurnya, aku tak mampu ada hati setabah dan sesabar mak. Dalam hati ni, bukan aku dengki dengan isteri ayah tu.
Tapi aku rasa hak mak aku dah dir4mpas orang lain. Mak mend3rita menanggung hutang sampai nama mak disenaraihitamkan. Tapi mak tak pernah pun libatkan ayah. Mak tanggung semuanya sendiri. Mak selesaikan semuanya sendiri.
Boleh dikatakan sekarang isteri ayah tu berlagak dan rasa diri tu hebat sebab berkahwin dengan orang yang berharta. Padahal dia rampas suami orang dan h4ncurkan keluarga orang. Tak apalah, Allah tu ada. Apa pun yang jadi, mak tak pernah ajar aku dan adik – adik untuk membenci ayah.
Aku dan adik – adik masih berbaik dengan ayah macam dulu. Cuma kemesraan tu dah tak sama macam dulu. Kami dah boleh terima takdir keluarga kami dan kehadiran mak tiri. Walaupun aku dan adik – adik dah berbaik dengan mak tiri, jauh di sudut hati ni aku tetap tak boleh terima apa yang berlaku. Aku tak boleh terima orang lain h4ncurkan keluarga aku.
Pada yang membaca kisah ni, banyak lagi liku hidup yang aku hadapi. Tapi apa yang aku ceritakan ni adalah antara perkara yang paling kuat tersemat dalam ingatan aku sampai sekarang. Jadi, pada kaum lelaki di luar sana, tolonglah hargai isteri kalian yang dah bersusah payah bersama kalian dari kalian tak ada apa – apa sampailah kalian berjaya. Jangan bila dah senang, cari perempuan lain. Sekian.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.