Dari hidup penuh hutang dan kereta kena tarik banyak kali, sekarang gaji aku dah 5 angka. Tapi siapa pun tak tahu suami tak bekerja..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

suami tak bekerja

Takde siapa pun yang tahu suami tak bekerja sampai sekarang. Semua bil dan keperluan rumah aku yang tanggung, siap bagi nafkah dekat suami RM3k sebulan, kad ATM dan kad kredit aku pun bagi dia pegang. Setiap bulan aku bagi mak mertua RM2k..

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam admin dan sahabat semua. Aku just nak share pengalaman alam perkahwinan aku. Semoga dapat sesuatu dari perkongsian ni. Umur aku awal 30-an, dan umur suami pun sama. Berkahwin 11 tahun, dan alhamdulillah dikurniakan 3 orang anak, insya-Allah 2 bulan lagi anak ke-4.

Awal perkahwinan aku memang terlalu banyak dugaan. Kereta 2 hingga 3 kali kena tarik, pinjam duit mertua, pinjam duit ibu bapa aku memang selalu sangat. Nak hidup senang macam orang lain memang tak mampu. Pakai pampers yang reject sahaja mampu, susu anak alhamdulillah breastfeeding.

Hidup dalam air mata fikir macam mana cara nak ubah hidup. Dan yang paling penting, aku tak pernah marahkan suami walaupun tahu hakikat tak nampak effort untuk ubah kehidupan. Hanya menunggu kehidupan diubah melalui kemahirannya yang dia minat sahaja.

Semakin kami dihimpit kesusahan, semakin aku baik dan akrab dengan suami. Di saat suami dihimpit dugaan terbesar dalam hidup, kerana kawan datang rumah minta hutang secara kasar, aku yang ke depan mempertahankan suami. Walaupun aku tahu suami yang salah.

Makan tahun itulah kehidupan kami, cemburu dengan kehidupan orang lain. Tapi dalam hari tak putus – putus berdoa semoga ada sinar baru untuk ubah hidup kami. Alhamdulillah aku dapat kerja, dan suami memberi sepenuhnya sokongan dan kepercayaan.

Aku dapat kerja dalam bidang sales. Perlu jumpa orang siang atau malam. Dan aku ambil peluang ni untuk minta suami bantu aku hanya dengan teman aku sahaja. 24 jam kami sentiasa bersama kerja untuk ubah hidup. Anak – anak alhamdulillah mertua tolong tengokkan.

Setahun suami bantu aku dengan tolong buatkan marketing dan teman aku. Alhamdulillah banyak perubahan berlaku. Dari income hanya 500 sebulan, naik mendadak kepada 3000, berubah lagi dan rezeki makin murah, dan sekarang cecah 5 angka.

Alhamdulillah, sekarang aku dah dapat apa yang aku impikan dengan hanya fokus kerja 4 tahun. Impian ada rumah sendiri, kereta idaman tercapai. Sekarang kami yang tanggung keluarga, macam aku tak pernah miss lagi bagi kepada mertua 2k sebulan, settlekan segala bil dan untuk keluarga aku pun sama.

2k sebulan dan pampers mak aku dan ayah aku serta keperluan dapur memang aku yang tanggung. Mak ayah aku perlu pakai pampers sekarang faktor kesihatan. Adik – adik masih belajar di universiti aku tanggung 500 seorang, adik ipar seorang dan adik aku seorang.

Adik perempuan aku akan bantu aku hujung minggu, dengan aku bagi gaji 1k sebulan. Hanya tolong kemas apa yang patut, dan iron baju untuk seminggu. Dia hanya datang rumah untuk kemas pada hari Ahad sahaja.

Alhamdulillah kehidupan aku berubah dengan hanya sentiasa berfikir positif, Allah sentiasa ada untuk membantu dan paling penting usaha kena ada. Jangan pernah salahkan orang lain dengan dugaan yang menimpa kita. Bab suami aku, tidak ada yang tahu pun suami aku sampai sekarang masih tak bekerja.

Semua aku yang tanggung. Settle bil dan keperluan aku sediakan dan aku siap bagi nafkah lagi kepada suami 3k sebulan. Dan aku bagi kad ATM aku, dan kad kredit aku. Dan mungkin juga inilah hikmah rezeki aku dapat disebabkan tak pernah buka aib suami kepada sesiapa.

Dan tak pernah bercakap tentang keburukan suami di belakang walaupun dengan mak aku. Kepercayaan itu penting, aku bukan nak bangga dengan apa yang aku buat. Tapi aku percaya rezeki yang aku dapat adalah hasil sokongan suami dan dalam rezeki aku, ada rezeki orang lain juga.

Buat apa nak berkira dengan suami, sehinggakan pertikai suami tak mampu nak bagi kesenangan, jika hakikatnya kita dah nikm4ti kebahagiaan itu. Macam aku, suami tak pernah bagi nafkah. Aku pula yang bagi pada suami kerana rezeki Allah hadirkan melalui aku. Syukur Alhamdulillah.

Anggap sahaja coretan aku ini untuk buka minda kepada mereka yang bergaji lebih tinggi dari suami. Rumah tangga kita, kita yang corakkan. Dan di kesempatan ini aku ingin minta semua untuk doakan aku. Aku tengah mengandung sekarang. Insya-Allah 2 bulan lagi due. Cuma masalah sekarang, aku ada fibroids. Doakan untuk aku dipermudahkan untuk bersalin normal.

Komen netizen :

Puteri Ezzma :Alhamdulillah. Seronok dengar. Terima kasih kerana sudi share. Semoga aku dapat inspirasi yang tengah diuji sekarang ini. Apa – apa pun Allah Maha Mengerti apa yang sedang aku usahakan. Semoga ada hikmah yang baik di sebalik ujian Allah berikan padaku. Amin.

Erina Azreen : Ni lah contoh yang terbaik untuk kita. Yakin pada Allah dan bersangka baik pada Allah tu penting. Allah Maha Kaya, Maha Melihat, cukup sempurna. Rezeki tu tak pernah salah alamat. Cuma lambat atau cepat je. Semoga family sis sentiasa dalam lindungan Allah dan dijauhkan dari sifat dengki dan iri hati ye sis.

Mai Abdul Rahman : Alhamdulillah lah. Suami tak kerja, at least minta jaga kanak – kanak pun tak apa kut, kenapa anak orang lain jaga? Kalau suami jaga, boleh cut cost tak perlu bayar orang lain. Apa pun semoga dipermudahkan urusan bersalin puan nanti, nanti cuti bersalin, suami ganti ke bekerja pula. Kesian juga kat awak, kerja cari duit tanggung semua, beranak lagi. Kalau banyak duit, kumpul buat bisnes, biar suami handle bagus juga.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5165 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.