
Bila anak-anak tiri aku jumpa bapak kandung dorang je, lelaki tu akan upload gambar dekat media sosial macam terpaling bapak. Aku memang menyampah. Aku cakap dengan isteri, buat masa ni anak-anak tiri aku tak perlu ikut atau jumpa bapak diorang dah..
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku kahwin dengan seorang single mom anak dua. Aku pula masa tu duda anak tiga. Bab nafkah anak – anak aku memang tak ada masalah. Aku ikut dan aku tunaikan semua permintaan bekas isteri aku sebab bagi aku, walaupun dah bercerai, tanggungjawab sebagai seorang ayah tetap tak berubah.
Nafkah anak – anak aku setiap bulan lebih RM3.5k. Aku tak pernah berkira sebab itu memang tanggungjawab aku. Bekas isteri aku pun tak pernah ada masalah nak minta apa – apa berkaitan anak – anak. Selagi aku mampu, aku akan tunaikan.
Wife aku sekarang, Hani, pula mempunyai bekas laki yang boleh aku katakan memang biawak hidup dan sangat anak mak. Dari zaman mereka masih jadi suami isteri sampailah bercerai, bab nafkah memang haramjadah. Kerja tak kerja, kalau ada duit memang habis pergi mesin, perempuan, bini orang dan macam – macam lagi.
Sebelum kami kahwin tahun lepas, aku pernah minta Hani supaya failkan tuntutan nafkah anak di mahkamah. Aku tak nak dia terus tanggung semuanya seorang diri sedangkan bekas laki dia masih hidup dan ada tanggungjawab terhadap dua orang anak tu.
Aku pun bukan minta dia buat sesuatu yang bukan – bukan, cuma nak lelaki tu jalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Kau tahu biawak hidup tu buat macam mana? Dia selalu tak hadir ke mahkamah. Kalau hadir pun, ada saja benda yang dia nak pertikaikan.
Dia boleh argue kenapa Hani minta sampai RM700 seorang setiap bulan, sedangkan jumlah tu untuk keperluan anak – anak sendiri. Yang buat aku lagi pelik, dalam masa yang sama, lelaki anak mak tu boleh pula berkahwin baru.
Bab nak bina keluarga baru bukan main cepat, tapi bab tanggungjawab terhadap anak sendiri masih tak selesai. Hani pula terpaksa ulang alik uruskan tuntutan tu sampai berbulan – bulan. Akhirnya, selepas banyak kali tak selesai dan tak dapat kerjasama daripada lelaki tu, Hani dah penat. Dia tarik semua tuntutan nafkah tu.
Masa tu dia dah jadi bini aku. Aku tahu dia kecewa, tapi dia sendiri dah tak sanggup nak hadap kerenah bekas laki dia lagi. Lepas aku kahwin dengan Hani, aku tanggung semua belanja anak tiri aku. Aku uruskan hal sekolah diorang, aktiviti kokurikulum, yuran, barang keperluan dan macam – macam lagi.
Semua aku handle bersama Hani sebab aku tak nak dia rasa terpaksa uruskan semuanya seorang diri. Hubungan aku dengan dua orang anak tiri aku memang rapat. Aku anggap diorang macam anak aku sendiri. Lagipun dua – dua perempuan dan aku percaya diorang perlukan seorang figura ayah dalam kehidupan diorang.
Aku tak pernah rasa terbeban pun nak uruskan keperluan diorang. Anak – anak aku pula tinggal dengan bekas isteri, tapi dorang selalu tidur di rumah aku sendiri sebab jaraknya dekat. Anak perempuan aku memang suka berkawan dengan kakak – kakak tiri dia.
Dua orang lagi anak aku lelaki, diorang tak berapa rapat dengan anak tiri aku, tapi hubungan diorang dengan aku dan Hani memang baik. Nak dijadikan cerita, selepas Hani tarik tuntutan nafkah anak tu, bekas laki dia terus buat perangai macam biasa.
Nafkah langsung tak bagi. Jenguk anak – anak pun jarang. Kalau ada pun, biasanya bila keluarga dia buat sesuatu majlis atau ada acara tertentu. Dia cuma ambil anak – anak bila keluarga dia ada event macam family day, majlis tahlil atau kenduri.
Masa tu bukan main lagi dia nak tunjuk dirinya sebagai seorang ayah. Gambar dengan anak – anak akan dimuat naik ke IG story siap dengan caption yang nampak sangat fatherly. Aku tengok benda tu pun rasa menyampah.
Sebab aku yang tahu siapa sebenarnya uruskan anak – anak tu setiap hari. Masa anak sakit, masuk sekolah, perlukan duit atau ada masalah, batang hidung dia pun tak nampak. Tapi bila ada majlis keluarga, tiba – tiba dia muncul macam ayah paling penyayang.
Hani pun lama – lama jadi meluat dan bengang. Aku nampak dia semakin terganggu setiap kali bekas laki dia upload gambar dengan anak – anak. Bukan sebab dia cemburu, tapi sebab dia tahu lelaki tu cuma nak nampak baik di mata orang sedangkan tanggungjawab sebenar langsung tak dijalankan.
Jadi aku buat satu keputusan. Aku cakap dengan Hani, buat masa ni anak – anak tiri aku tak perlu ikut atau jumpa bapak diorang kalau sekadar nak dijadikan bahan untuk tunjuk dekat media sosial. Aku nak lelaki tu sedar yang dia tak boleh muncul sesuka hati bila ada kepentingan sendiri, kemudian menghilang semula bila anak – anak perlukan dia.
Apa yang mengejutkan aku, anak – anak tiri aku sendiri nampak lebih gembira bila aku cakap macam tu. Kali terakhir diorang jumpa bapak kandung diorang masa raya haji hari tu. Sepanjang tempoh tak berjumpa, diorang langsung tak mencari dia. Tak ada pun tanya bila nak jumpa bapak atau minta telefon dia.
Kalau lelaki tu telefon pun, dua – dua nampak berat hati nak bercakap. Aku bukan nak bangga dengan keadaan tu, tapi aku sendiri nampak macam mana hubungan diorang dengan bapak kandung semakin jauh. Aku pun tak tahu apa sebenarnya yang anak – anak tu simpan dalam hati.
Dua minggu lepas, tiba – tiba lelaki tu WhatsApp aku. Aku pun tak tahu dari mana dia dapat nombor telefon aku. Panjang lebar dia maki aku, tuduh aku sengaja putuskan hubungan keluarga dan macam – macam lagi. Aku baca saja mesej dia sampai habis, kemudian aku terus blok nombor dia.
Minggu lepas pula, dia datang rumah aku bersama mak bapak dia. Kononnya atuk dan nenek rindukan cucu. Aku memang dah mula hangin, tapi aku diam saja sebab Hani yang keluar berdepan dengan mereka di pagar. Aku pula duduk dekat pintu rumah sambil perhatikan keadaan.
Masa tu aku betul – betul terkejut tengok perubahan Hani. Selama ni dia seorang yang sangat lembut, bercakap perlahan dan jenis tunduk kalau berdepan dengan orang. Tapi malam tu lain macam. Aku rasa itulah kali pertama aku tengok dia betul – betul luahkan segala benda yang selama ni dia pendam.
Dia tengking bekas mak dan bapak mertua dia sekali dengan bekas laki dia. Bukan setakat marah biasa, siap keluar perkataan bodoh dan bangang lagi. Dia ungkit macam – macam, termasuklah masa dia masih single mom dulu, berapa kali dia minta bantuan kewangan daripada keluarga bekas suami, tapi semuanya penuh dengan alasan.
Katanya, masa dia susah nak besarkan anak – anak, seorang pun tak peduli. Nak minta tolong pun susah. Tapi sekarang bila dah ada orang lain yang tolong tanggung dan jaga cucu mereka, tiba – tiba mereka datang menuntut hak sebagai keluarga. Aku nampak Hani makin lama makin kuat menangis sampai aku sendiri tak sanggup tengok.
Aku terus tarik Hani masuk ke dalam rumah. Bekas laki dia pula masih berdiri dekat pagar sambil menjerit dan memaki aku. Aku dah tak boleh tahan, jadi aku keluar semula dan halau mereka. Aku siap ugut nak panggil polis kalau mereka tak beredar dari kawasan rumah aku.
Sebelum pergi, lelaki tu sempat keluarkan satu ayat yang memang buat aku tergelak. “Nanti budak – budak tu nak kahwin, aku tak nak jadi wali!” Aku jawab saja, “Tak apa, diorang ada tiga orang bapak saudara. Boleh jadi wali.”
Aku jawab sambil gelak sebab aku memang dah tak ada mood nak layan ugutan dia. Lagi aku jawab macam tu, lagi dia berbulu. Akhirnya mereka semua beredar dari rumah aku. Terus terang, aku tak peduli kalau dia nak kata aku putuskan silaturahim atau apa sekalipun.
Bagi aku, kalau kau ada anak, jadilah seorang bapak. Jangan muncul hanya bila kau rasa nak tunjuk dekat orang yang kau masih ada anak. Aku bukan nak mengaku aku lebih baik daripada bapak kandung diorang. Aku cuma buat apa yang aku rasa perlu untuk menjaga dan membesarkan anak – anak tu.
Selagi diorang masih bawah umur, aku akan terus uruskan keperluan harian, sekolah dan kehidupan diorang bersama Hani. Bila diorang dah besar nanti, kalau diorang nak cari semula bapak kandung sendiri, itu hak diorang.
Aku tak boleh halang sebab dia tetap bapak kandung diorang. Cuma aku harap satu hari nanti lelaki tu sedar yang hubungan seorang ayah dengan anak bukan dibina melalui gambar di IG atau caption yang nampak penyayang.
Aku tak minta dia balas jasa aku. Aku pun tak pernah suruh anak – anak panggil aku lebih daripada apa yang diorang selesa. Tapi kalau kau sendiri tak mampu jalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah, jangan salahkan orang lain bila anak – anak dah tak rasa dekat dengan kau.
Komen Netizen :
Amato Nur :Â Satu je, tak perlu putuskan hubungan anak dengan bapak. Situ dah nampak satu kesalahan. Tetap satu dosa. Bukan bapak dia pendera. Bapak tiri tetap bapak tiri, bapak kandung sampai mati. Nafkah anak – anak tu akhirat dia tanggung.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.