Arw4h abah tinggalkan harta banyak untuk kami 5 beradik. Kami dapat 28k setiap seorang. MaIangnya lepas abah takde, ibu aku kahwin dua kali siap kena tipu. Ibu beli barang mahal – mahal tapi kedekut dengan anak. Satu hari adik mengadu dia takde duit…
#Foto sekadr hiasan. Ibu yang aku sayang dan benci. Terima kasih admin sebab siarkan cerita ni. Assalamualaikum netizen fb semua, aku perkenalkan diri nama aku Adam anak lelaki sulung. Ada adik beradik B (laki no.2), C (perempuan no.3), D dan E(kembar perempuan no.4 dan 5).
Sejak kem4tian arw4h abah aku masa bulan puasa dan aku SPM waktu tu, aku kemurungan yang teramat sangat. Tapi alhamdulillah aku tak patah semangat, aku dapat masuk matrikulasi dan upu, sehinggalah aku bekerja sebagai engineer di selatan tanah air.
Apa yang aku nak cerita ialah pasal ibu aku yang aku syang dan benci. Selepas kem4tian arw4h abah, ibu ada berkahwin dengan pemandu teksi tapi akhirnya cerai sebab dia hanya nak duit ibu. Lagipun kami adik beradik pun tak suka dia.
Lepas tu ibu berkahwin pulak dengan orang Sabah. Laki yang kedua ni mintak duit dekat ibu, katanya nak usahakan tanah sawit. 4k duit adik aku, ibu ambil bagi dekat suami baru dia tu. Tak tau lah dah bayar ke belum.
Akhirnya cerai jugak, kantoi yang ibu aku bini ke 3, Jadi, sampai sekarang ibu tak berkahwin. Aku tak nafikan ibu aku lah yang bela kami, besarkan kami selepas kem4tian arw4h abah aku, berbekalkan harta arw4h abah aku tinggalkan, cukup untuk 5 orang adik beradik sampai dapat kerja.
Setiap sorang anak akan dapat 28k, insurance nyawa. Sokso setiap bulan dapat atas nama ibu aku, ada rumah sewa di selatan tanah air, cukup lengkap setiap bulan. Ibu seorang yang sembahyang tak pernah tinggal, baca al-quran setiap hari, hadiri ceramah agama sana sini. Aku sangat menyanjung tinggi ibu aku.
Ibu juga support perkahwinan aku sebab aku kumpul duit lambat, sayang ibu muahhh. Seperti wanita di luar sana, ibu pun sama, semua nak nampak cantik. Berhabis duit, macam – macam cream muka, untuk kuruskan badan, baju, tudung, handbag, semua aku nampak ada dalam bilik ibu aku.
Aku tak kesah ape yang ibu beli untuk diri dia. Apa yang aku kesah ialah ibu ni jenis bila takde duit habis dia bad mood, semua anak jadi m4ngsa m4ki hamun dan lepaskan tension. Kami 5 adik beradik di mental t0rturekan oleh ibu kandung sendiri.
Seperti mem4ki hamun, nama bintang semua keluar, lebih teruk m4ki Iucah pun ada. Setakat anak derh4ka, anak siaI, ada lah makanan harian kami adik beradik. Itu salah, ini salah ada sahaja yang tak kena di mata ibu.
Adik aku B kerja di Singapore, gaji dia lebih kurang 2k SGD sebulan. Setiap bulan ibu aku mintak 500 – 1000 dekat adik aku. Jadi, seronoklah ibu aku. Ada sekali tu aku g4duh dengan ibu tak ingat hal apa. Kemudian aku ada transfer duit dalam rm1000 sebab aku dapat bonus time tu.
Dia terus ajak aku balik rumah, nak baik – baik dengan aku. Kadang – kadang aku terfikir, ibu aku ni bila duit banyak baru nak baik dengan anak – anak. Adik aku yang ketiga ni dapat poli di utara tanah air, gembira tak terhingga dia sehingga benda pertama yang adik aku cakap ialah, ‘abang, adik dah dapat poli, adik duduk asrama lepas ni. Adik lepas ni dah kurang d0sa dah dengan ibu.’ Sapppp, tersentap terkesan aku.
Ada satu borang dekat poli tu tanya ada peny4kit apa – apa tak? Adik tanya aku, nak tick tak di ruangan ‘mental’? Sentap sekali lagi. Adoii, manakala adik aku yang kembar plak masuk asrama, Jadi, jarang lah kena m4ki, sekarang adik aku kembar sorang lagi tu jadi m4ngsa hari -hari kena m4ki.
Ada je benda tak kena, sehingga nak beli anak tudung 5 ringgit pun suruh guna duit sendiri. Ibu aku tak nak belikan. Alhamdulillah atok aku umur panjang umur dah 85 tahun, tapi tak larat nak jalan dah tak sihat. Atok aku selalu ngadu dengan aku yang dia selalu kena marah dengan ibu aku, sampai hentak – hentak kaki dekat rumah atok aku kalau tak ikut apa yang ibu kata.
Senang cerita atok memang kamceng dengan aku, semua atok cerita pasal karenah ibu. Jadi, biarkanlah, antara ibu dengan atok, kami 5 beradik tak nak masuk campur. Sampai sekarang atok aku makan hati dengan ibu aku, bila raya mintak maaf ape semua, tapi benda yang sama berulang kembali.
Jadi, atok aku kira tak ikhlaslah nak maafkan ibu. Atok aku makan hati, dia diam je.. Dua kejadian yang aku nak kongsikan di bawah adalah salah satu kes yang aku tak akan lupa sampai aku m4ti.. Aku cuba lupakan tapi tak boleh.
Kes 1 : Aku dah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan, asam garam rumah tangga biasalah ada salah faham, berg4duh laki bini. Jadi aku call ibu aku mintak nasihat, pendapat tentang masalah rumah tangga.
Korang tahu apa yang ibu aku cakap, ‘padan muka sape suruh kahwin awal gatal sangap sangatkan.’ Aku tersentap aku menangis bersendirian. Akhirnya aku pergi kubvr arw4h ayah aku, aku tidur di sana.
Kes 2 : Adik aku yang perempuan ada mengadu setiap bulan dia takde duit nak belajar dekat aku, aku faham sebab aku dah alaminya sebagai student dan mengharapkan hanya duit ptptn. Lelaki kan, takpelah boleh campak mana – mana boleh hidup, ni adik perempuan, lagi aku risau.
Sebagai abang yang berkerjaya, aku bagi mana yang aku mampu dan adik aku pernah cakap dengan aku ‘adik aku takut teramat senangt nak mintak duit dekat ibu walaupun hanya RM50’. Untuk pengetahuan pembaca, arw4h abah aku tinggalkan kami adik beradik sorang 28k.
Bila aku tnya mana duit dia, adik aku cakap ada dekat ibu aku. Aku ada cakap hal ni dekat ibu. Aku kata la adik takde duit dekat U, nak belajar. Ibu aku cakap ‘kau pulangkan susu tet3k aku,’ aku tersentap lalu aku senyap sampai sekarang dan aku tak pernah tanya lagi pasal duit dekat ibu aku.
Kes 3 : Birthday ibu aku, kami pakat adik beradik nak makan sedap – sedap di hotel, kiranya makan besar lah. Ibu aku dengan nada sinis, ‘asal hari jadi aku, anak aku tau belanje makan je.’ Aku tersentap, akhirnya aku tarik diri, aku bagi duit je dekat adik suruh belanje ibu.
Kes 4 : Anak masuk hospitaI kena rota virus yang agak teruk boleh membawa m4ut. Aku hantar anak aku ke kpj untuk membuat rawatan. Masa tu aku tengah serabut giIa dan risau. Ibu aku pagi pagi dah call tanya pasal anak aku bila nak buat aqiqah.
Aku cakap elok – elok dengan nada yang lemah lembut, ‘ibu, boleh tak bincang hari lain, anak abang s4kit warded di hospitaI.’ Ibu aku pun kata, ‘okay lah! bye.’ Ibu aku langsung tak tnya status anak aku macam mana, ambil berat ape ntah lagi.
Petang tu dua kali ibu call lagi tapi aku tak perasan. Bila aku call balik ibu, ‘kau bila nak buat aqiqah anak kau!?’ dengan nada marah. Aku yang tengah serabut dan pening, ternaikkan suara aku, ‘ibu, boleh bincang hari lain tak? Anak abang s4kit ni?’ dengan nada tinggi.
Ibu terus cakap, “kau jangan nak kurang ajar dengan aku, siaI! Anak kau s4kit sebab kau tak buat aqiqah!’, Aku tersentap dengan kata – kata tu, aku tak nafikan memang salah aku ternaik suara, aku terus mintak maaf tapi ibu aku tak endahkan kata – kata aku. Ibu tak faham situasi aku waktu tu.
Sampailah sekarang tak bertegur sapa, ibu block no aku, left group whatapps family, dalam hati aku berkata – kata, ‘kau tuhan ke nak cakap, kalau tak buat aqiqah anak s4kit?’, Tapi aku hanya simpan dalam hati.
Kes 5 : Ibu aku pernah cakap dengan adik aku yang kedua, dia nak jam Gsh0ck. Adik aku tak dapat belikan jadi aku ingat nak belikan tanpa pengetahuan ibu aku. Belum sempat aku beli, ibu dah merungut, ‘kalau arw4h bapak kau belikan time tu jugak dapat, kalau anak – anak nak belikan sampai mamp0s tak dapat!’ Aku tersentap lalu aku diamkan dan tak belikan.
Kes 6 : Aku bagi duit setiap bulan dalam 200 – 300 pada ibu semenjak aku mula kerja sampai sekarang. Aku tak pernah lupa walau sekali pun. Aku call ibu, cakap aku dah transfer ke akaun dia, dan ibu aku cakap ‘kau ingat kau bagi aku 250 setiap bulan cukup ke b0doh?’ Aku tersentap lagi, aku senyap dan ibu aku mengakhiri perbualan.
Kes 7 : Adik aku yang kembar tu nak spm tahun ni, sebabkan aku ada skill dalam math dan add math, aku ajar adik aku melalui whatapps. Baru – baru ni adik aku baru habis exam, keputusan tak cemerlang seperti ape yang ibu aku harapkan.
Ibu call aku, ‘wei, kau pergi ambil adik – adik kau ni, belajar b0doh, pemalas, aku habis banyak duit hantar pergi tuisyen, tapi otak memangg b0doh! bang4ng!’ Aku hanya diamkan diri dan berkata ‘ibu jangan cakap adik tu macam tu, kata – kata seorang ibu tu adalah doa, bagi semangat.’ Tapi biasalah aku kena m4ki balik.
Kes 8 : Seminggu lagi nak berpuasa tahun lepas, aku belikan kain di jackel untuk adik – adik perempuan dan ibu untuk beraya nanti dengan niat untuk cuba berbaik dengan ibu la. Habis dalam 5++, aku kata ‘boleh tak abang balik puasa ni?’ Apa yang adik aku sampaikan dari ibu ialah, ‘aku tak nak tengok muka kau!’..
Aku cuba untuk berbaik, aku cuba untuk menjadi yang bertanggungjawab untuk ibu dan adik – adik aku, tapi ibu menghasut memutuskan silaturrahim antara adik – adik dan ibu aku. Habis sed4ra mara aku pak long, pak uteh, baik sed4ra sebeIah arw4h abah, ibu dah putuskan silaturahim.
Ibu siap cakap, ‘ada majlis – majlis kahwin baru pergi’, ‘Dorang s4kit nanti baru kita ziarah.’ Aku diamkan tak mau cakap banyak, sebab aku tak nak cakap lebih nanti kena m4ki. Semua adik – adik aku cakap dorang takutlah nak balik sebab takut berd0sa dengan ibu, kene m4ki hamun.
Jadi, adik – adik aku ni jarang sangat balik rumah, sebulan sekali je la. Dan aku? Dah balik tapi tak dilayan, pagi – pagi pukuI 6 ibu dah keluar rumah. Ibu tak nak tengok aku langsung, isteri aku mahupun cucu sulung dia pun jadi m4ngsa ibu.
Aku hanya nak mintak tolong netizen doakan aku dalam usaha melembutkan hati ibu aku, aku dah cuba nak berbincang sama – sama, tapi tak boleh, sebabnya , “aku makan garam dulu lah b4bi!’ Jadi, aku terdiam, dah tak boleh meIawan.
Cukuplah didik anak – anak dengan kata – kata kotor, biarlah aku sorang kena didik macam tu jangan adik – adik aku. Aku sayang family aku, aku tau walau macam mana pun, syurga di bawah tapak kaki ibu. Aku sayang ibu aku, aku cuma nak dia berubah dan dengarlah luahan anak – anak, kami semua sayang ibu, tapi ntahlah benci pun ada. Sekian – Anak Derh4ka
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.