Abah s4kit, n4jis sepah sana sini aku bersihkan, aku tukarkan pampers. Bila abah meninggaI, aku tak dapat faraid sebab binti..

Aku bekerja dan aku ibu tunggal tapi aku je yang kena jaga mak ayah s4kit. Anak – anak laki semua mengelat. Pantang ada cuti – cuti Malaysia. Semua berebut bawa anak pergi berjalan. Anak aku?

Advertisements

#Foto sekadar hiasan. Kisah 1. Dia ni ada 4 beradik. Dia sorang je perempuan. Sudah berkahwin dan ada anak. Mak dia s4kit bertahun tahun dia jaga, semua la dia buat. Adik beradik lelaki dia buat apa? Tiap – bulan bulan kasi gaji sebab jaga mak.

Bawak anak – anak dia berjalan, makan – makan, sebab kakak dia jaga mak. Lepas mak dia meninggaI, bapak dia pulak s4kit. Dia jaga juga. Sama juga adik – adik dia kasi gaji pada kakak dia. Tu namanya adik beradik yang boleh pikir dengan baik dan tidak mementingkan diri sendiri.

Kisah 2. Dia macam aku, perempuan anak sulong. Adik nya yang bongsu juga perempuan. Yang tengah 3 orang lelaki. Semua orang bijak. Belajar pandai – pandai sampai oversea. Dia sendiri pon seorang pendidik yang ada MD.

Arw4h bapa dia paralyze. Macam mana mereka jaga? 5 beradik take turn sorang seminggu jaga bapa mereka. So sementara nak tunggu turn lagi 4 minggu, setiap mereka ada life, boleh pergi holiday, boleh bekerja dengan baik. Boleh bawak anak jalan – anak.

Bila bapa meninggaI, anak lelaki dapat faraid lebih kan? Jadi mereka menjaga dan menafkahi emak mereka mengikut hukvm dengan betul, walaupon emak mereka masih sihat. Nampak tak kisah mereka sepakat adik beradik tanpa mementingkan diri sendiri. 2 kisah ini adalah kawan aku sendiri.

Kisah 3. Aku mid 40s. Anak perempuan sulong dari 5 beradik. Bongsu juga perempuan. Dari abah s4kit, aku yang kena hadap duduk rumah ni. Sebab emak pon tak sihat. N4jis abah aku bersihkan. Air k3ncing sepah sana sini.

Aku bekerja dan aku ibu tunggal. Rasa tak, penat macamana? Bunyi mintak upah baru kasi. Bunyi suruh bawa abah pergi check up baru buat. Bila dekat sangat abah nak pergi, dia tak berdaya. Jadi, anak lelaki kena bantu tukar pampers dan mandikan abah.

Tu pun ada yang mengelat. S4kit pinggang la, tiba – tiba pergi mancing. Nampak yang 2 je la kerap datang bila dipanggil. Pantang ada cuti – cuti Malaysia. Semua berebut bawa anak pergi berjalan. Anak aku? Kena mintak tolong bawa anak aku, baru bawak.

Kalau tak duduk la rumah anak aku sebab aku kena jaga orang tua uzur. Raya tak payah cakap la. Memang aku dengan adik bongsu yang kena duduk rumah layan tetamu. Yang lain busy beraya gais. Bawak anak bini beraya tayang baju raya. Sampai la abah meninggaI.

Sekarang mak pulak. Yang sorang tu memang mengelat. Apa – apa hal dia lari dulu pergi bercuti. Busy gais family bini dia orang kaya. Orang ternama. Adik bongsu aku ada cakap suruh kasi upah, bluetick je gais. Tapi faraid anak lelaki dapat lebih.

Aku tak dapat tapi mak aku kasi la sikit sagu hati sebab jaga arw4h abah dulu. Sebab apa aku tak dapat sebab aku binti lain. Aku stuck kat rumah mak ayah aku. Sedangkan aku ada rumah, anak aku ada bilik sendiri yang aku da hias cantik warna pink.

Bolehlah dia me time, drawing ke, buat lego ke. Ya she loves drawing. Nak bawa rumah mak aku tu semua? Nanti mak aku memekak sebab bersepah. Dan start la dia cakap benda – benda tu semua buang masa. Bulan – bulan bayar sewa free – free je gais, balik kejap – kejap je sampai merajuk anak aku.

Mak aku masuk hospitaI, balik hospitaI tido bawah. Aku dengan anak aku dah tentu la kena tido bawah teman mak aku kan. S4kit badan gais 2 minggu tido atas toto nipis je. Esok kena bangun pagi hantar anak sekolah, balik hantar anak kena buat sarapan, mak aku cerewet gais, jarang dia nak makan makanan beli luar.

Aku kerja part time je sejak abah s4kit, memang tak boleh kerja full time. Sebelum pergi kerja masak lunch dulu kasi mak, baru pergi kerja. Balik rushing amik anak sekolah pulak. Dengan jalan jem pergi balik, penat gais.

Ada kerja ada duit. Tak kerja tak da duit. Tak da sapa pon tanya or nak cover income aku bila aku tak boleh pergi kerja sebab uruskan mak. Adik bongsu aku je la yang belikan aku tilam angin sebab aku mengadu badan s4kit.

Take turn jaga mak aku kat hospitaI. Walaupon tido hospitaI memang tak selesa. Ye la hospitaI gomen kan. Tapi bila mak aku balik, memang semuanya tanggungjawab aku. Mak aku cerewet, makan full course, breakfast, lunch, teatime, dinner.

Kalau boleh semua nak masak sendiri. Sapa lagi kalau bukan aku. Kadang  – kadang bila datang angin bulan aku, aku memekak jugak, tapi mak aku tetap menangkan anak lelaki. Depan anak lelaki dia tak pernah tunjuk cerewet dia ya.

Dengan aku macam – macam dia demand. Sampai kan aku tak nak datang hospitaI 2 hari sebab aku period pain, s4kit pinggang, terus dia tarik muka tak berbual dengan aku gais. Anak lelaki dia tak boleh usik, diorang busy kerja cari nafkah anak isteri.

Pastu cuti bersepah jalan sana sini, tak pikir pon mak s4kit. Mak aku ok je. Yang 2 adik lelaki aku ok la sikit, tapi yang sorang ni memang selalu mengelat tanggungjawab. S4kit hati gais. Kalau tak pikir mak masih hidup, memang aku laser kan aje.

G4duh kang langsung tak nak datang rumah tengok mak kan. Ada sekali mak aku tuduh aku benda yang sangat meny4kitkan hati aku. Dia boleh cakap aku cemburu dengan adik – adik aku? Sebab aku pertikaikan tanggungjawab anak lelaki je dia boleh tuduh aku macam tu.

Pastu tuduh aku hasut adik perempuan aku, sebab bila dia call adik aku tak jawab. Meng4muk aku, dengan adik aku kena sekali. Terus aku balik rumah aku, buat b0do lantak kau situ. Aku ni k0rbankan cita – cita aku nak keluar dari JB sejak abah s4kit.

Aku sejenis yang suka hijrah, tak boleh duduk satu tempat. Tapi sebab masa tu arw4h abah s4kit aku batalkan niat aku pindah jauh. Adik bongsu aku pujuk. Kesian mama sorang katanya. Aku pon balik rumah mak aku sebab aku pikir 1 je, nak redha dia supaya Allah mudahkan perjalanan hidup aku. Dan aku tak nak menyesal bila dia tak da nanti.

Banyak kali juga aku burn out. Nangis dalam kete balik keje masa nak pergi amik anak. Dulu masa abah ada, mak aku masak je, lain – lain hal rumah dan jaga abah aku buat. Jadi aku ada masa sikit la. Kalau burn out aku suka tido.

Macam tak nak bangun langsung kalau boleh. Pernah juga nak terjun tingkat 21 rumah aku. Tapi bila teringat anak, aku terus sedar. Hampir ya gais, hampir. Dan takde siapa yang tahu. Maid pon kerja ada gaji, ada day off. Aku h4mba abdi mungkin ya… hmmm..

Mak aku NARC (Dari aku kecik, banyak perkataan dia yang terkesan dan tr4uma dalam jiwa aku sampai sekarang) over 40 years. Ex husband aku NARC.. Adik beradik tak membantu.. Korang rasa? – Fai (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Izan Dan JoeFiqri : Kalau sis rasa ada hari – harinya rasa burn out, sis pergiIah me time. Masa tu sila jadi selfish. Diri kita untuk disayangi bukan untuk dis4kiti. Kalau bukan kita yang sayang diri sendiri kita siapa lagi yang nak sayang. Apa pun saya doakan semoga sis diberikan ketenangan, diberikan kelapangan hati dan semoga dipermudahkan perjalanan hidup sis..

Salina Gunawi : Fai hantar saja mak tu ke Pusat Penjagaan berbayar. Suruh semua adik beradik tu contribute terutama yang mengelat tu. Apa guna jadi anak lelaki kalau culas nak keluar tenaga atau wang ringgit buat mak tu sebab mak tu cerewetkan? Sayang terlebih kat anak lelaki dia. Harta pus4ka nak… tak malu!

Syakriah Ishak : Memang penat jaga mak yang narcist. Kurang – kurang ada adik beradik yang masih boleh diharap. Anggap sahaja adik beradik yang culas tanggungjawab tu dah m4ti. Tak anggap gitu kita bukan boleh ubah hati mereka.

Anggap ibu tak berharta pun untuk kita rebut. Jaga ibu kerana tanggungjawab dan mengharapkan Allah SWT pandang apa – apa yang tt buat. Pandailah bahagi tugas dengan saud4ra yang boleh bertanggungjawab. Mudah – mudahan Allah SWT jua tempat mohon pertolongan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.