H1na ke kerja swasta? Depan tetamu, mak mertua suruh aku minta kerja kerajaan. Malam tu dia mesej lagi suruh aku kerja kerajaan

Mak mertua jenis suka p4ksa. Setiap kali raya, p4ksa semua anak menantu cucu pakai sedondon. Ada kenduri saud4ra mara, kena pakai sedondon. Kalau nak bercuti, p4ksa semua anak menantu ikut. Aku dan suami berg4duh tiga hari…

#Foto sekadar hiasan. Hello semua, di sini aku ingin meluahkan rasa benci yang sangat mendalam kat mak mertua dan keluarga suami aku. Sampai sekarang aku masih susah nak maafkan dorang. Sebelum tu aku perkenalkan diri aku sebagai Pika. Aku baru je berkahwin pada tahun lepas.

Mak mertua aku ni jenis penyayang dan suka berkumpul anak beranak. Tapi cara dia nak semua anak – anak berkumpul tu dengan cara salah dan buat anak – anaknya berg4duh suami isteri kerana takde privacy langsung. Masa waktu Raya tu, aku dah banyak habiskan masa beraya dengan family beIah suami tapi bila dah nak beraya dengan family aku, dia text dekat group whatsapp merajuk, sebab takde masa dia pergi beraya dekat rumah kawan dia.

Padahal ada je adik beradik suami yang bujang. Tolong lah menantu pun ada keluarga sendiri. Selfish betul. Dia ni jenis nak menantu lebihkan keluarga beIah mertua. Tapi sorry lah aku lebih sayangkan family beIah aku, jadi takde siapa yang boleh jauhkan aku dari family aku sendiri. Sebab family aku yang ada semasa susah senang.

Masa raya dia nak satu family, anak menantu cucu pakai baju sama, kau bayangkan lah kami baru je kahwin, nak juga plan colour apa suami isteri. Dah hantar baju kat kedai jahit. Tiba – tiba beli lagi baju baru supaya sedondon dengan family beIah suami. Kan membazir tu.

Satu lagi setiap majlis perkahwinan beIah saud4ra suami, mak mertua nak baju sama dan tudung juga sama. Maka kami pun terp4ksa beli baru. Kan dah menyusahkan tu. Mak mertua suka control hidup kami suami isteri. Mak mertua juga jenis suka p4ksa orang.

Nak bercuti mesti bersama keluarga suami kalau tak, ada je dia nak buat untuk s4kitkan hati orang, Ada suatu hari kami suami isteri Nak pergi roadtrip berdua, dia terus doakan jammed. S4kit rasa hati aku mendengar. Setiap kali kami nak pergi jalan – jalan dia suka kirim barang tanpa bagi duit.

Masatu bercuti dengan family aku, mak mertua terus kirim ole – ole kat suami. Harganya dah la mahal. Orang nak bercuti terus hilang mood. Satu lagi lepas je kami pergi bercuti, terus je family suami nak bercuti ke mana – mana dan terus nak berkumpul.

Dorang tak fikir ke orang nak rehat ke apa. Str3ss lah aku, sampai terjadi lah perg4duhan suami isteri. Satu lagi yang aku s4kit hati, family aku plan nak pegi bercuti Bulan Mei tahun depan, siap plan awal dah. Tiba – tiba keluarga suami juga plan nak pegi bercuti kat tempat dan waktu yang sama.

Along dia cakap, “mesti semua ikut” sebab mak mertua punya plan. S4kit hati aku, menyampah rasanya. Aku bukan tak nak bercuti dengan keluarga mertua tapi cukup sekali bercuti dengan mereka, aku dah str3ss. Semuanya kena control.

Nak makan mesti dengan mereka setiap masa, sampai yang aku hajat nak makan tak kesampaian. Takde rehat langsung dan terlalu banyak songeh. Ada lagi cerita yang aku sangat geram, masatu aku dan suami bawa family dia melawat site rumah kami.

Tiba – tiba mak mertua cakap, “mana bilik untuk mak?”. Geram aku dengar. Boleh tak dia biarkan kami hidup sebagai suami isteri puas – puas? Nak menumpang nanti kat rumah kami kenapa? Tak Ada privacy lah pulak. Hal yang lain plak, yang buat aku m4kin benci, dia selalu p4ksa aku untuk kerja kerajaan.

Untuk pengetahuan korang, suami aku  bekerja sebagai seorang pegawai di sektor kerajaan, manakala aku kerja swasta jawatan biasa ja. Tapi aku syukur rezeki mencukupi lagi pun aku ada bisnes juga. Yang aku s4kit hati sangat mak mertua, selalu p4ksa aku untuk apply kerja gomen.

Dari awal betunang dah dia cakap, “tak apply kerja gomen??” Bukan tak nak apply, tapi rezeki aku insyallah ada nanti. Tahun lepas, masa Hari Raya, dia suruh aku apply kerja gomen depan orang ramai. Aku masa tu fikir positive lah yang dia ambil berat kat aku.

Walaupun masatu aku malu depan orang ramai – ramai dia cakap macam tu. Yang aku naik angin, waktu malam mak mertua text aku suruh apply kerja gomen. Malam – malam text aku, pagi aku baru baca. Str3ss Aku. Perkara yang sama dan balik – balik dia cakap macam tu, aku pun rimas. Mem4ksa.

H1na sangat ke kerja swasta ni? Sekurangnya aku kerja, bukan senang lenang dekat rumah, biar lah aku aturkan hidup aku sendiri.  Aku pun beritahu suami tentang text mak mertua aku. Aku str3ss tapi suami aku marah kat aku. Tiga hari berturut – turut kami berg4duh suami isteri.

Adik beradik suami yang lain ok je macam biasa. Tapi ada yang sorang ni yang aku tak suka iaitu Along. Along ni dulu banyak bebakti lah kat mertua dan adik beradik, sebab dia yang dulu dapat kerja yang stabil sampai boleh buat loan untuk mertua pergi  haji.

Dah dia pun p4ksa adik beradik dia untuk buat macam yang dia buat kalau dah kerja. Dia nak adik beradik dia untuk baIas jasa dia. Ada suatu hari dia call suami aku malam – malam, nak tanya tahun depan kami pergi bercuti kat mana?

Kalau tak ke mana – mana dia nak ajak pegi umrah sama mertua. Along pun nak buat loan lagi untuk mertua aku pergi umrah. Satu lagi masa dia jumpa suami aku, tiba – tiba dia tukar fikiran, nak suami aku bayar umrah fee untuk pak mertua. Tapi dia yang bayar untuk umrah mak mertua.

Suami aku bukan tak mahu, cuma kami buat masani nak kumpul duit untuk buat rumah dan sebagainya. Lagipun nak umrah dengan mertua? Aku tak nak. Umrah tu aku nak ketenangan. Tapi kalau dengan mertua dan along, memang banyak kerenah.

Satu lagi along ni suka hantar anak dia kat rumah mertua pada waktu bekerja. Jadi, siapa yang tak kerja kena jaga anak – anak along. Kalau aku cuti dan tidur kat rumah mertua, pagi – pagi lagi aku akan jalan terus ke rumah ayah aku sebab tak nak jaga anak – anak along, Aku cuti bukan nak meletihkan diri tapi nak merehatkan diri.

Aku bukan nak memaIukan keluarga suami, cuma aku tak suka hidup kena control. Semua nak sama dengan mereka je. Aku tak selasa. Sebagai isteri lebih selesa dengan keluarga sendiri daripada mertua. Apa lagi mertua ni jenis banyak songeh dan meny4kitkan hati menantu je.

Aku juga nak rasa hidup suami isteri yang ada privacy, bebas buat keputusan dan nak pergi mana – mana. Masa aku type ni, aku dan suami tengah bercuti dan aku rasa seronok sangat sampai tak nak balik sebab taknak jumpa mertua. Tu je lah cerita aku. Aku terima baik dan buruk pandangan korang.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.