Aku pegi tengok wayang dengan suami midnight tengok cerita cartoon pun dia nak ikut. Kami dapat voucer free tidur hotel pon dia ikut. Katil single ada dua kami rapatkan, suami tidur tengah – tengah. Aku str3ss..
#Foto sekadar hiasan. Salam pembaca sekalian.. Aku rasa kalau korang baca post aku ni mesti korang akan kata aku ni derh4ka. Tapi takpelah, aku nak bercerita jugak. Ini pasal mak mertua aku. mak mertua aku ni aku pon tak paham.
Dia dah duduk kat rumah kami dah hampir 4 bulan. Tak bosan ke dia duk rumah aku sebab aku dengan suami takde anak. Lagipun aku dengan suami bekerja. Kami keluar awal pagi, nak maghrib baru sampai rumah. Kami hanya tinggal berdua.
Yang tambah tak paham sebab dia duk dengan kami ni dan tinggal la ayah mertua kat kampung. Ye, ayah mertua aku masih lagi ada, dia tu pun masih ada tanggungjawab sebagai isteri. Macam mana ayah mertua nak makan nak urus rumah nak basuh baju suma sebab ayah mertua tu hidap peny4kit g0ut yang agak kr0nik.
Nak jalan pun tak larat sangat dah. Guna tongkat untuk support dia jalan. Yang kedua bila mak mertua kat rumah kami, semua benda dia buat. Basuh baju tu setiap hari memang dia basuh. Kadang – kadang tanya aku ada apa lagi tak nak basuh.
Yes aku rasa rimas sebab baju dalam dengan sp3nder aku pon semua dia basuh lipat. Hurmm tak selesa la aku sebenarnya. Kemudian barang – barang kat dalam rumah aku habis disusun aturnya. Terutama dekat bahagian dapur. sampai aku nak cari sudu pun tak jumpa.
Habis dia pi simpan dalam Tupperware dah tu simpan dalam kabinet. Memang aku tak kan jumpa cari la barang – barang kalau dia simpan. Sama jugak dengan peti ais, semua lauk makanan dia letak dalam peti. Makanan 2 – 3 minggu pon suma dia letak dalam tu.
Aku kadang – kadang balik kerja rasa penat, kadang – kadang aku tengok tv tapi mak mertua asyik bercakap non stop. Aku ingat lagi aku operate gigi geraham, memang aku tak dapat bercakap sebab s4kitkan. Dari dalam hospitaI lagi dia duk menyembang dengan aku non stop sampai aku dah rasa pening.
Bila dia lama sangat dalam rumah aku rasa sangat tak bebas. Aku tak boleh buat apa yang aku nak buat. Apa yang aku suka buat. Aku pegi tengok wayang dengan suami midnight tengok cerita cartoon pun dia nak ikut. Kami dapat voucer free tidur hotel pon dia ikut.
Katil single ada dua kami rapatkan, suami tidur tengah – tengah. Aku nak bawa suami aku pegi melawat rumah abang aku pun dia ikut. Sampai aku rasa takde ruang langsung untuk aku. Satu lagi mak mertua jenis suka sembang yang susah stop la.
Aku tersengguk tidur pun dia masih menyembang. Yang buat aku rasa str3ss bila keluarga aku nak datang rrumah aku nak melawat atau nak datang singgah tidur, semua tak jadi datang sebab ada mak mertua. Hurm satu lagi pulak mak mertua ni jenis tak solat.
Kadang – kadang aku sedih dan geram jek sebab masa maghrib elok ja tidur. Subuh aku bangun nak solat dia tidur lena lagi. Sebenarnya dalam keluarga diorang semua tak solat kecuali ayah mertua. Ada la adik ipar aku dia solat.
Dia cakap dia belajar solat sebab masa tu duduk asrama. Solat sebab malu dengan kawan – kawan semua solat. Adik ipar aku cerita mak memang tak solat, tak reti. Ayah mertua aku memang ada penah tegur la dulu – dulu tapi jenis yang tak tegas sangat pasal agama.
Jadi adik – adik beradik suami yang lain ada yang solat, ada yang solat kejap, tak solat kejap. Macam tu la, suami aku pun sama. Kalau tak suruh tak buat, kalau disuruh sangat maka g4duh besar la aku dengan dia. Akhirnya aku dah tak ambil kisah. Aku jaga solat aku ja, dia tengok aku solat pun dia buat tak reti ja.
Pernah aku balik masa kerja dah maghrib, sampai rumah tengok elok ja mak dengan anak tengah tidur depan tv sampai la habis waktu maghrib. Tak tau nak tegur dah aku. Asal tegur atau suh solat akan g4duh besar la. Yang pasti aku str3ss.
Nak tambah sikit lagi, mak mertua aku ni dia tak suka tidur dalam bilik. Dia tidur atas sofa depan tv, tidur tapi remote tv dia pegang. Tak tau nak buat apa dah aku kat rumah. Kadang – kadang aku balik nak tengok tv memang tak boleh la.
Sofa ada 1 je tapi tu tempat dia tidur. Kadang – kadang lepas balik kerja aku jadi macam malas nak balik rrumah dulu. Bagaimana cara terbaik nak cakap pasal ni. Benda ni sangat sensitip, aku takut suami aku ingt aku tak suka mak dia.
Aku bukan tak suka tapi bila dah lama sangat dia kat rumah ni aku tak boleh nak buat apa – apa aktiviti aku. Aku nak pakai seluar pendek tak nak pakai bra pon, macam aku la segan. Suami aku memang suka la mak dia datang.
Cuba kalau mak aku datang duduk dengan aku? Aku mesti la suka kan, dah mak aku kan tapi tak semestinya suami aku akan suka. Sayang mak sendiri tak sama dengan sayang mak mertua. Sayang mak sendiri tak terucap dengan kata – kata.
Macam aku cakap, benda ni sensitif. Silap haribulan boleh gadh besar. Tolong aku bagi cadangan dan pandangan yang bernas. Orang kata tarik rambut dalam tepung tu.. Terima kasih