Abang aku ni askar, setiap kali dia balik mesti dia buat benda pelik. Malam – malam dia akan ambik kasut kulit aku, dia kilatkan. Tudung aku nak pergi kerja pun, dia yang tolong gosokkan..
#Foto sekadar hiasan. Apa khabar semua? Hari ni aku nak ceritakan pasal abang aku. Abang aku ni macam tak ada perasaan langsung. Umur dia dah 33 tahun tapi masih bujang. Dia sangat strict. Macam aku nak pergi kerja kasut berhabuk dia memang akan bebel 5 guni.
Dia kalau balik rumah kalau pinggan mangkuk di dapur dia tak bagi orang lain basuh tapi dia yang basuh. Susun pinggan pun macam pembaris dah. Tudung aku pun dia yang gosok dia kata s4kit mata tengok cara aku gosok. Aku tak tahu lah dia bawa budaya askar dia tu.
Kalau bab masa memang sh4rp giIer. Kalau dah berjanji pukuI 6.30 gerak 6.20 dia dah tunggu aku. Paling dia pantang kalau iron baju tak ikut kehendak dia… padahal baju aku kot. Adik bongsu aku kalau pergi sekolah dia balik cuti dia lah yang cakna iron seluar iron baju siapkan kasut.
Tapi dia tak pernah pulak marah adik aku kalau balik comot. Kalau dia takde rumah aku rasa lega. Tapi tu lah kadang – kadang sunyi jugak. Kalau dia balik dari dapur ke luar semua dia urus. Masak dia yang buat. Kalau buat lauk mesti sekali makan sahaja.
Contoh kalau lauk tengah hari, dia masak sekali je. Kalau makan malam dia masak menu lauk lain. Dan dia akan p4ksa habiskan kalau makan tak habis. Kalau tak habiskan konfem dia bebel. Aku pergi kerja pakai kasut kulit.
Malam – malam dia lah yang kilatkan kasut aku bersihkan kasut aku. Dia cakap s4kit mata tengok kasut tak kemas. Kalau bilik dia, takde sape pun dibenarkan masuk. Ade sekali aku masuk dia punya katil kalah hotel. Baju dia lipat pun tersusun ikut line warna. Kalau warna hitam semua hitam..
Kalau balik rumah cuti baju mak aku ayah aku dan baju aku dia yang lipat. Dia selalu cakap. “Cara lipatan kau tak ikut standard aku… Aku tak suka! Sini aku lipat” Adakah dia ni ada peny4kit perfectionist adakah budaya askar ni ajar skema sangat?
Dia tak pernah naik tangan dia ni kuat bebel. Siapa ada abang atau keluarga macam ni? Persoalan dari aku… Adakah budaya askar macam ni? – Izah (Bukan nama sebenar)
Sambungan… Apa khabar semua, abang aku sedang cuti lepas balik operasi. Dia ada dekat rumah. Macam biasa lah tudung aku yang pergi kerja dia ironkan, kasut aku dia kilatkan, sambil tu dia tazkirah pasal masa lah, pasal kekemasan lah, pasal rajin malas lah.
Aku ini hanya menadah telinga sambil tengok dia buat. Kebetulan adik bongsu aku ni pergi main bola dah pukuI 6 tak balik lagi. Aku chat balik cepat sikit along ada rumah. Balik sahaja adik aku dia bebel lah.. Mak aku pulak batu api kata selalu main balik lewat dah maghrib baru nampak muka.
Tahu – tahu je esok tu basikal adik aku yang selalu naik tu dig4ntungnya atas atap rumah, 3 hari tak naik basikal pergi bermain luar. Ada satu hari tu aku teringin nak makan nasi lemak, sengaja bangun awal nak pergi beli.
Tengok – tengok je dia duk menggaul nasi goreng dekat dapur, sambil tu duk cakap, “Lain kali habiskan makanan jangan membazir ingat kita ni anak raja ke apa” sentap giIer aku teguran aku dapat. Tapi tu lah dia tu poyo nak mam**s.
Time rehat atas sofa buka youtube dengar lagu dangdut. Aku tak faham selera apa dia ni dangdut dia dengarnya. Setiap kali adik aku mengaji dengan dia konfem menangis adik aku. Aku ni cepat kesian, aku nak kata tegas tak bertempat takut aku salah.
Teman lelaki aku datang rumah untuk kenal keluarga aku, soalan pertama dia tanya… “Kau dah pergi kursus kahwin belum?” Kau kenal adik aku berapa lama? Berapa kali kau jumpa dia? Kau keluar dengan dia berdua ke ber tiga?
Teman lelaki aku jawab dengan tenang walaupun gugup.. Antara kata – kata abang aku ni, “aku tak nak dengar apa jadi – jadi dekat adik aku, kalau aku tahu kau keluar berdua. Sekali dua – dua aku b4ntai..” “Kakak! Mulai hari ni belajar masak, takkan nanti laki kau nak makan maggie je”
Yang pelik mak aku bapak aku gelak tapi abang aku ni sikit tak ada reaksi muka macam perasaan tu m4ti dah. Biasa abang – abang tanya kerja apa gaji berapa, tapi soalan pertama “kau dah pergi kursus kahwin belum?”
Nampak macam nak sangat suruh aku blah dari rumah ni. Antara rutin cuti dia adalah lipat baju sambil tengok tv, masak sambil buka radio atau pasang dangdut, kemas rumah sambil bebel, iron baju aku sambil bebel, yang paling aku jadi macam rimas, setengah jam sekali sikit – sikit sapu rumah.
Kalau malam tidur pukuI 12 malam dia duk cuci jamban sapu rumah susun pinggan ikut standard dia. Kereta aku pun dia duk tegur bagai last – last dia cuci dia kata s4kit mata tengok aku cuci kereta cara aku. Sampai dalam habis dia duk vacuum lepas tu bebel.. Padahal kereta aku kot.
Entah lah tak faham spesis robot ni. Btw dia berpangkat kapten, tapi time anak buah dia datang rumah hantar barang, aku sempat tanya diorang abang aku tempat kerja macam mana. Diorang kata ok je baik je, entah lah mungkin dia sengaja sembunyikan kot.. aku tak percaya depa tu. Aku harap dia tu lekas kahwin biar dia tahu perempuan lagi berkuasa kalau di rumah…. hehe. – Izah (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Puteri Santubong : Dia dah kahwin, dia masih control lah. Takde chance nye bini nak control. Takpe. Biar bini dia rehat, biarkan dia je yang kemaskan rumah. Bini focus jaga anak, jaga dia je. Ik4t je vacum kat tangan dia tu.
Supaya dia dalam tido tetap boleh kemas rumah. Kan aku penah cakap kat post TT sebelum ni, memang sama macam adik aku. Sayangnya komen tak boleh attach video. Kalau tak, memang aku nak attach video adik aku sapu batu kat laman rumah dia malam malam buta, tebiat betul!
Rabiatul Adawiah Subahi : Dapat abang baik dan caring pun susah ya.. haihla manusia.. memang mungkin abang ada OCD, tapi benda baik bolehla ikut. Mak dengan ayah suka sebab abag care dengan adik. Tt ni nak laki jenis pemalas, ikut kata bini, tak reti buat keje rumah ke guane?
Ambik yang baik. Dan syukur banyak – banyak. Jangan macam budak – budak fikiran kata abang poyo dan sebagainya. Dunia ni g4nas wahai adik tt, syukurlah ada abang yang tegas dan mendidik!
Sansuay Thana : Untung isteri abang kau. Lagi 1. Memang itu la soalan yg sebenar nya kalau kau berkawan dengan seseorang dan nak serious. Sebelum fikir tarikh kahwin tarikh tunang hantaran, pergi kursus kahwin dahulu. Dari situ kau akan belajar sesuatu. Itu pendapatan menurrruttt aku la.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.