Abang bawak kak ipar dan anak duduk sekali. Ada satu kali abang bujang aku keluar bilik, nampak kak ipar tengah berkemban..

Sampai susu anak dia, abah aku yang belikan. Ber4k anak dia, mama yang basuhkan. Kadang – kadang anak – anak dia panggil mama aku, ‘hoi’ je. Bila mama abah aku tengah rehat, kak ipar datang bagi anak dia yang kecik suruh mama jaga…

#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Aku belum kahwin, jadi bukanlah tentang kisah rumahtangga aku. Tapi aku ada tiga orang kakak ipar dan dua orang abang ipar. Kisah yang akan aku cerita ni bukan nak mengaibkan siapa – siapa cumanya aku nak semua dapat pengajaran dari cerita aku ni.

Dan juga aku harap untuk soalan yang aku tanya ada yang sudi berkongsi pendapat. Sebab aku dah tak tahu nak hadap macam mana. Okay begini ceritanya. Antara ketiga kakak ipar aku masing – masing berlainan kelakuan. Cuma yang menjadi tanda tanya tentang abang – abang aku.

Kakak ipar aku yang pertama tak berapa cantik, tapi sangat pengemas. Kalau ada semut seekor pun, mesti dia lap susun peralatan baik – baik, takde habuk. Suami dia, iaitu abang aku pun sama dan cumanya mereka belum ada rezeki cahaya mata. Tapi tak pernah lokek nak hulur duit dekat mama dan abah aku.

Kakak ipar aku yang kedua pula, dia bekerja. Tengahari baru balik. Tapi yang aku respect dia boleh bangun awal sebab nak sediakan sarapan semua tu. Memang nampak dia jalankan tanggungjawab sebagi isteri dan ibu dengan baik. Tengahari balik boleh masak masak lagi. Tak pernah tahu penat. Anak – anak dia bangun awal sebab dah di ajar dari awal.

Abang aku cikgu. Kadang – kadang bila abang aku kena seminar dia ambil tahu pasal anak dan isteri dia. Tiap kali balik mesti kirim duit dekat mama abah. Kadang – kadang sampai seribu seorang. Kakak ipar aku ketiga. Ini berat nak cerita. Dia tinggal bersama kami.

Mulanya aku harap bila tinggal bersama boleh la abang aku sekeluarga jaga mama dan abah, bantu apa yang patut tetapi yang jadi sebaliknya. Sampai susu anak dia, abah aku yang belikan. Ber4k anak dia, mama yang basuhkan. Kadang – kadang anak anak dia panggil mama aku, ‘hoi’ je. Aku dan abang – abang yang lain marah memang la marah. Dah macam bibik tak bergaji pulak.

Bila kami suarakan, abang aku tu mulalah tak puas hati. Dia cakap aku dan abang yang lain tak jaga perasaan isteri dia. Kami terkesima. Dan aku suarakan perasaan siapa yang perlu kau jaga dahulu? Mama? Mama? Mama? Abah? Isteri? Sampai kan dia biar anak – anak dia kacau masa mama dan abah nak berehat. Mereka dah tua kot, mana nak sama tenaga dengan zaman muda dulu.

Pada pemerhatian aku, anak pertama dan keduanya seakan akan dibiarkan tanpa jagaan. Main sorang – sorang. Belajar pun tidak. Kadang – kadang susu mama yang buatkan. Kuih abah yang belikan. Susu habis abah keluar naik moto pergi belikan.

Sebab kereta abah, abang aku tu guna buat pergi kerja. Dia cakap kereta dia nanti kotor. Tersadai je dekat rumah. Habis kereta abah aku kotor, takpe la plak. Aku bukan nak aibkan dia. Cumanya ini yang aku nak orang jawab. Ada cara lain ke nak sedarkan dia?

Kakak ipar aku yang ketiga tu rumah ni, tak pernah sapu langsung. Aku ada abang lagi satu, bujang lagi.  Dah abang aku tu terp4ksa keluar dari rumah tu, cari rumah sewa lain. Sebabnya ada satu hari tu,  dia nak keluar bilik nampak kakak ipar aku tu berkemban nak masuk bilik dari tandas.

Sebab nak jaga maruah kakak ipar, abang aku sanggup cari rumah sewa. Sampai kan abah ingat dia tak suka dah tinggal dengan abah. Padahal, abang aku lagi layak duduk rumah ni. Sekarang tiap kali mama nak rehat ada je, dia datang bawak anak bongsu bagi mama pegang.

Aku kesian. Mama abah dah berusia kenapa diorang anak beranak tak boleh fikir. Haritu kakak cerita ada berlaku pertik4man lidah antara adik beradik. Kakak aku hanya diamkan. Mama tak tahu. Sampai kan hari ni aku tak maafkan abang aku tu. Sebab dia rela lebihkan isteri.

Abang beli apa apa dia terus bagi isteri dia je tanpa pelawa mama. Sampaikan mama tak tahu dia beli makanan. Bila buka saji baru ada nampak. Tapi tengok dah BASI. Kadang – kadang tu dia duduk dalam bilik, biar mama abah jaga anak dia.

Kadang – kadang tu sampaikan anak dia main air sampai basah lantai dia biarkan. Nasib baik mama aku tak jatuh. Satu hal lagi. Kakak ipar aku jenis perasan. Kadang – kadang aku moody sebab benda lain, dia ingat aku ni marah dia. Aku dah seminggu tak bercakap dengan kak ipar aku tu. Kecuali dengan mama dan abah. Sebab?

Tak ada sebab. Rasa menyampah je, tak boleh tengok hadap muka dia. Tolong semua. Apa jalan yang terbaik untuk kisah aku ni. Dan kepada bakal isteri aku. Mohon sayang dan jaga mama abah seperti mana mak dan ayah awak jaga awak. Terima kasih. Jangan lupa jawab. – Hiroshi (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Sakinah Zulkefle : Kena sebulat suara pakat dengan abang – abang lain, minta abang yang tu pindah keluar. Wajib ke atas dia sediakan rumah untuk isteri dia bukan duduk dengan parents lagi. Ketara sangat pengani4yaan dekat parents/mentua. Semoga dipermudah urusan dan buat tt, semoga jumpa pasangan yang berehsan dengan keluarga tt.

Azlina Abd Wahab : Sebelum ko tanya nak buat apa pasal kak ipar ko tu. Ko kena tanya apa patut abang ko buat? Dia tu yang kena bawak anak isteri dia duduk rumah asing. Bukan abang ko yang bujang keluar menyewa. Mungkin kak ipar ko tu tak suka nak duduk sekali. Tu yang buat per4ngai tu. Tak selesa kan…mesti nak duduk rumah sendiri.

Jadi… abang ko kena jalankan tanggungjawab dia bagi nafkah tempat tinggal dulu. Baru boleh cerita bab lain. Ko nampak kak ipar ko yang lain bagus kan? Sebab duduk jauh memang bau bunga. Yang duduk sekali ni bau t4hi la jawabnya. Jangan ko bagi alasan abang ko kena duduk sekali sebab nak jaga mak ayah ko pulak. Sebab ko masih ada dan abang bujang ko pun ada lagi. Jadi biar diorang duduk asing. Ko pun tak s4kit hati kan. Takde lah diorang boleh d3ra mak ayah ko lagi.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :