Abang dan kak ipar bercerai. Kak ipar langsung tak tengok anak, suruh abang aku jaga. Bila anak dah besar, kak ipar guna alasan anak untuk dapatkan duit

Lepas cerai, mak aku yang jaga cucu sebab abang aku bawa lori, takde masa. Sekarang bila abang aku dah kahwin, bekas kak ipar mer0yan. Dia ambik anak, tak bagi abang aku jumpa. Duit semua dia minta. Isteri baru abang aku baca semua mesej mengada – ngada dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalam Admin. Terima kasih kalau tulisan ni tersiar. Aku cuma nak luahkan kekesalan aku pada bekas kakak ipar. Abang aku telah bercerai dengan isteri bernama Zulaikha pada tahun 2010. Masa tu ada anak perempuan seorang usia 6 tahun.

Hak penjagaan dapat pada abang aku sebab Zulaikha tak bekerja. Punca penceraian adalah sebab Zulaikha ada skandal dengan suami orang. Pernah semasa dia minta cerai daripada abang aku, dia sendiri cakap, “Ayah ambillah anak, aku tak hadap pun anak ni.”

Maka bermulalah episod anak abang aku duduk dengan mak aku. Mak aku jaga cucu dia sampai jadi cucu kesayangan. Abang aku kerja bawa lori treler, tak ada masa sangat nak jaga anak. Sejak bercerai Zulaikha hilangkan diri hampir tiga tahun.

Jenuh juga abang dan mak aku nak jawab bila budak tu tanya mana mak dia. Abang aku jumpa bekas mertua pun, mereka cakap tak tahu Zulaikha duduk mana. Lepas tiga tahun iaitu tahun 2015 Zulaikha muncul semula. Abang aku memang baik, tak nak pisahkan anak dengan mak.

Jadi bila cuti sekolah anaknya akan ikut maknya. Aku pernah siasat pasal Zulaikha sepanjang dia hilangkan diri tu, rupa – rupanya lepas bercerai dia duduk serumah dengan skandal dia, seorang duda anak empat, sampai dapat anak luar nikah seorang.

Lepas bersalin dia jaga budak tu. Sejak dia muncul balik tu hidup abang aku jadi haru. Mesej abang aku nak pinjam duit nak bayar kereta, minta duit minyak dan macam – macam lagi. Jenis dia ni kalau tak layan apa dia minta nanti anak jadi sasaran.

Dia akan suruh anaknya cakap dekat bapak. Memang tak tahu nak cakap apa dengan per4ngai macam tu. Tahun 2017 anak abang aku tingkatan satu. Abang aku masukkan dia sekolah agama berasrama. Tengah tahun macam tu mak aku carikan dia jodoh. Abang aku terima.

Sebelum tu mak aku dah cerita habis habis dengan bakal kakak ipar aku yang aku namakan sebagai Yasmin tentang per4ngai bekas isteri abang aku tu. Alhamdulillah Yasmin terima abang aku seadanya. Bila tahu abang aku dah kahwin, Zulaikha mula mer0yan.

Dia tak bagi anaknya ikut abang walaupun cuti sekolah. Semua cuti dia dah pajak. Abang aku langsung tak diberi peluang untuk luangkan masa dengan anak sendiri. Kalau minta pun seribu satu alasan dia akan bagi. Yang tambah menyirap tu, semua keperluan anak sekolah daripada yuran, kasut, baju semua abang aku sediakan.

Hantar budak tu masuk asrama langsung tak bagi duit jajan atau belikan apa – apa keperluan. Senang betul mulut dia cakap, “Pergi minta duit dekat bapak kau.” Bab kasih sayang dia nak rebut seorang, bab tanggungjawab memang bagi alasan.

Yasmin sejak jadi isteri abang aku memang banyak mengalah. Aku memang hormat betul kesabaran dia dalam hadap per4ngai Zulaikha ni. Bayangkanlah, ada lelaki sendiri tapi kalau hantar anak masuk sekolah atau keluar outing dia akan tuntut duit minyak dengan abang aku. Abang aku tak nak g4duh, bagi sahajaIah tiga puluh ringgit.

Abang aku boleh jumpa anak waktu petang masa sekolah. Kalau dapat balik rumah ni pun setahun jari sepuluh pun tak habis kira. Kalau anak dapat balik sini pun tak sampai dua hari dah mesej tanya bila nak hantar. Alasan selalu guna, “Ayah kena faham perasaan ibu, tu anak ibu.” Pandai pula suruh orang jaga perasaan dia. Perasaan budak tu, perasaan abang aku langsung dia buat – buat tak faham.

Sampai hari ni budak tu dah umur 22 tahun. Tak pernah sekali pun raya pertama dapat raya dengan abang aku. Kalau dapat pun dia hantar raya kedua, raya ketiga dah kena hantar semula. Alasan nak ziarah tok nenek belah keluarga dia. Apa dia ingat dekat belah sini tak ada saud4ra mara ke?

Paling kesian mak aku. Setiap kali cuti sekolah tanya cucu dia tu tak balik ke. Aku kadang – kadang jawabkan, tak apa mak, asalkan dia selamat dekat maknya dah lah. Apa daya kita mak. Lepas tu mak aku menitis air mata sebab rindu cucu dia.

Buat Zulaikha, aku doakan kau berubah lah. Umur kau pun bukan muda lagi nak buat tindakan tak matang macam tu. Dulu kau buang anak kau. Bila dah besar, dah jadi orang, susah payah abang aku sekolahkan sampai universiti, kau senang – senang saja kaut manisnya.

Belum apa – apa kau dah suruh budak tu bayarkan kereta baru kau bila dia dah kerja nanti. Anak kau sedih tahu tak dapat mak per4ngai macam kau, tapi demi jaga hati kau dia diam saja. Pernah dia mengadu dekat aku dia str3ss dengan per4ngai maknya.

Dia tak diberi ruang untuk memilih dan menyatakan kehendak hati dia. Dia masih ada bapak yang bertanggungjawab. Apa salahnya kau jadi manusia yang fleksibel dan adil pada anak? Kalau anak nak balik sini bukan main susahnya kau nak bagi.

Padahal abang aku nak jumpa anak sendiri, bukan anak orang. Tolonglah berubah. Jadilah manusia yang berperikemanusiaan. Bukan nak cakap apa, kalau bukan abang aku yang berk0rban kasih dia demi budak tu, tak adalah budak tu dapat belajar tinggi.

Semua keperluan abang aku dan Yasmin siapkan. Barang makan dan barang keperluan semua sampai ke asrama. Dengan anak kau janganlah berkira. Bila anak kau minta duit kau boleh cakap tak ada duit, tapi untuk berjalan dan membeli belah ada pula duit.

Aku tengok dengan sikap kedekut kau dengan anak, tak kaya mana pun kau. Malah aku tengok abang aku dengan Yasmin sekarang makin senang. Rumah dah ada dua biji, kereta tiga. Mak aku pun senang hati sebab Yasmin jaga mak aku sama macam mak dia sendiri.

Dan untuk pengetahuan kau Zulaikha, semua mesej mengada – ngada kau dengan abang aku tu semua Yasmin tahu dan baca. Tapi dia senyum saja. Dia cakap dekat aku, itulah balasan pada isteri yang tak baik macam kau. Ibarat dah ludah, jilat balik.

Banyak d0sa kau kena minta ampun dengan mak aku, dengan abang aku dan Yasmin sebab sikap kau yang pentingkan diri sendiri tu. Allah tu adil, jangan sesekali lupa. Mudah – mudahan cerita ni jadi pengajaran untuk yang lain.

Walaupun yang berpisah tu hanya suami isteri, anak – anak masih perIukan ibu dan ayah. Berlaku adil lah pada anak dan jangan nafikan hak anak untuk bersama ibu dan ayahnya. Berd0sa. Terima kasih admin. Jangan dedahkan Facebook aku.

Ulasan Pembaca :

Riyanthi Pradita : Sedih juga kisah abang akak dengan anak tu. Tergores pulak hati aku, teringat kisah aku pulak. Aku berkahwin dengan duda anak lima. Dia bercerai masa anak yang kecil umur dua tahun. Sampai lah anak yang kecil tu umur sepuluh tahun, bertahun – tahun suami aku jaga sorang dengan anak – anak yang masih kecil lagi.

Mak mereka sedikit pun tak ada rasa hati nak ambil anak – anak dia. Sampai lah dia berjumpa dengan aku. Aku dah berkahwin dengan suami empat tahun. Selama aku jadi ibu sambung mereka, sekali pun aku tak pernah nampak batang hidung dia. Sekarang bila anak – anak dah besar, dia datang balik nak ambil anak – anak. Hati ada juga sedih, tapi nak macam mana memang tu ibu kandung mereka. Tak boleh cakap apa – apa, yang ada hanya redha saja.

Sharifah Balqis : Macam kisah aku juga. Dari kecil aku dan suami jaga. Sekarang dah besar, maknya ambil pula. Siap buat fitnah cakap kalau duduk dengan kami kami tak bagi makan dan duit belanja sekolah. Padahal aku hari – hari masak siap hantar bekal kalau anak – anak sekolah sampai petang. Rasa menusuk dekat hati ni, tapi apa boleh buat, anak orang bukan anak kita.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :