Abang dan kak ipar kalau nak apa-apa, mesti ugvt mak aku nak bawak cucu lari pindah keluar

news.allmhidotcom warning

Kak ipar aku ni masak tak reti, mengemas rumah bahkan menyapu tak pernah aku nampak. Itu tak jadi masalah sebab boleh belajar tapi dia macam tak nak belajar, dia siap kata yang dia tak suka disuruh – suruh kalau dia rasa nak buat dia buat. Apalah nasib la dapat kak ipar macam ni..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min, tolong hide profile aku ya. Alkisah orang baru yang masuk dalam keluarga aku ni, disangkakan bahagia rupanya itu bermulanya pend3ritaan aku sebagai adik ipar dan mak aku sebagai mertua. Mak aku baik, jenis sayangkan anak dan sanggup terima ja apapun pilihan anak – anak asalkan anak – anak tetap ada dengan dia. Hurm, tapi aku tahu sekarang mak aku banyak terIuka, cuma dia diamkan.

Abang sulong aku dah kahwin dan bini dia tu pilihan dia sendiri. Apa yang aku nak cerita, kak ipar aku ni masak tak reti, mengemas rumah tak reti bahkan menyapu pun tak pernah aku nampak. Itu tak jadi masalah sebab boleh belajar tapi dia macam tak nak belajar, dia siap kata yang dia tak suka disuruh – suruh kalau dia rasa nak buat dia buat. Apalah nasib la dapat kak ipar macam ni tapi aku s4kit hati tengok sikap dia.

Masa nak makan ja terus mengadap meja, nak tolong kat dapur, tak payah cakap la. Mak aku selalu pesan supaya sabar, jangan ambik hati, cuma aku tak boleh. Ada satu hari ni abang aku bersikap pelik sangat, aku tak puas hati, aku ajak mak aku pergi berubat dekat orang yang kami kenal, sampai munt4h – munt4h orang tu duk berIawan dengan ilmu yang pompuan tu bagi dekat abang aku sampai abg aku sanjung – sanjung dia. Kalau datang rumah aku makan langsung tak ingat org belakang.. yang sedihnya sejak abang aku kahwin dah hilang kasih sayang dia dengan kami adik beradik. Adik – adik aku yang masih kecil tu pun nampak  kalau diorang laki bini makan langsung tak pelawa adik – adik aku, boleh buat kering je..

Kej4m betul, adik – adik aku pun mintalah kat bapak aku sebab diorang teringin, bukan aku hingin sangat duit diorang ni tapi mana adab yang mak bapak aku ajar pada along aku? Dah hilang ke mane sikap dia sekarang. Sekarang ni diorang dah ada anak, lagi la aku menyampah. Bukan aku benci anak buah aku tapi aku geram dengan sikap abang aku dengan kak ipar aku pun. Diorang nak apa – apa mula la ugvt mak aku nak bawak cucu pindah.

Kesian mak aku sebab pikir anak dan cucu, dia sabar je. Malam tadi aku beng4ng, diorang keluar berjalan tinggal je anak kat rumah. Mak bapak aku cakap nak balik pukuI 12 tapi sampai 3 pagi baru muncul tu pun sebab mak aku call. Memang s4kit la hati aku, aku risau sebabkan diorang mak aku s4kit nanti…

Sejak aku habis belajar dekat kolej aku duduk rumah sepenuhnya, aku ambik alih tugas mak aku jaga rumah, jaga anak buah aku bila abang dan kak ipar kerja. Pedihnya hati aku bila masa makan tengahari kak ipar aku balik makan tinggal je meja. Tak tutup balik tudung saji, tak angkat bekas yang dah habis letak dapur. Semua tergadang je atas meja. Serius aku tak paham perempuan jenis apa dia tu. Kalau jumpa keluarga dia, aku tengok sama je perangai semua, allahuakbar. Dia plak tak nak bercampur dengan keluarga aku sangat walaupun keluarga aku layan dia baik. Aku cakap kesian menantu ni cepat terasa tapi dia tetap cakap yang keluarga dia la the best ape semua. H1na lagi ke keluarga aku yang dah bersabar dengan sikap dia selama ni.

Satu je aku nak cakap wahai perempuan, kalau kau baca la kisah ni, aku nak kau berubah la jadi perempuan yang lebih baik lebih ikhlas. Aku kesian tengok mak aku yang hari – hari makan hati dengan sikap korang laki bini. Berubahlah sikit perangai tu, kalau kau tak ready nak kahwin kenapa dulu masa anak d4ra duk datang bertandang ke rumah mak ayah aku siap tidur la, apa la, sampai ayah aku tak berkenan dengan sikap kau.

Komen Warganet :

Shamsiah Shazahomebakery : Pernah dengar tak seorang ibu yang kuat berIeter akan menghasilkan anak – anak yang hebat. Itulah pengajarannya, ni jenis kak ipar kau nie suma mak yang buat, bila kahwin masuk pulak keluarga kau, alangkah maIangnya beb!! Dapat pulak abang kau bebaI yang buta mata dan hati, sanggup buat syurga dia mer4na. Ko tengok jerr nanti perjalanan hidupnya macam mana sebab menyusahkan mak bapaknya. Menantu ni macam anak sendiri, sepatutnya masa mula – mula lagi bila masuk keluarga kita dah boleh mak dan ayah tu menegur, sikap keduanya anak dan menantu.

Jangan dibiarkan perangai macam tu lama – lama sebab nanti dah naik minyak. Kalau mak tak sanggup nak menegur suruhlah ayah tu, kalau dia cakap tak suka disuruh cakap kat dia cari rumah lain. Ini jenis aku tengok menantu ambil kesempatan ni. Anak suh mak bapak jaga. Zaman sekarang ibu melahirkan tuan, inilah contohnya. Mak bapak kau pun satu, dia ugvt nak pindah tu biarlah, apa nak takut pulak. Cuba kau nasihatkan mak bapak kau juga nanti ya. Bagi ruang pada abang dan akak ipar kau tu bina hidup sendiri.

Hidayah Kaq Daa : Suruh je lah dorang pindah rumah, lagi senang hidup korang kot kalau mereka tak ada dalam rumah tu. Jumpa sekali sekalakan boleh. Jangan bagi duk serumah dengan mertua, nanti korg juga yang jadi kuIi untuk mereka. Diorang sedap – sedap aje duk menumpang, untung dorang la. Tak payah fikir nak kemas umah dan nak masak bagai. Balik kerja semua dah tersedia. Yang s4kit hatinya nanti kamu sekeluarga je.. Diorang reIax je tak ada rasa bersalah apa – apa. Kamu juga yang str3ss sorang – sorang nanti..

Mikhail Khairunnas : Jadi perempuan jangan eg0 sangat. Suatu hari nanti kita akan jadi mertua jugak. Bukan alasan nak duduk rumah sendiri, kita tak hormat keluarga mentua. Apalagi ada mertua baik macam mak tt, sabar la tt sekeluarga.

Dayangsitihasmah Abanghjjoss : Semuanya salah abang kau. Bagi tahu mak kau, minta abang duduk rumah lain. Salah satu sebab kenapa kak ipar kau tak nak buat semua tu. Semuanya salah abang kau. Anak tu, minta abang dan kakak ipar kau hantar rumah pengasuh. Tak payah mak kau jaga. Mak kau boleh pergi surau dengar ceramah ke apa – apa ke.

Makcik Jenab : Memang ada jenis tu, setiap kali nak makan je terus masuk dapur, buat – buat tanya, ‘Dah masak erk? Masak apa? Sedap mak masak.” Tak pun ayat dia, (Shasha) cucu nak makan sebab bila bau nenek masak lapar dan anak dia terus kata, “Ibu kita tak nak makan.” Dip4ksanya budak tu makan gak, hahahha.. Kami senyum je dengan ayat.. “Mak ko yang lapar Shasha. Masak malas tapi makan rajin.” Tapi dia sengeh je buat bod0h dan terus makan.. Hahhahaha

Zaidatul Ishak : Weiii.. Serius aku pernah jumpa perempuan macam ni weiii. Dia makan dia tinggal macam tu je dengan tudung saji pun tak tutup. Kalau dia pemalas nak masak pun boleh tahan lagi. Ni dah la orang lain masak, dia makan, dia tinggal macam tu je. Cakap la kat mak ko sabar kalau boleh sabar.. Tapi aku percaya kesabaran dia nanti akan hilang.

Apa kata anda?