Salah ke aku tamp4r bini aku sebab nak didik dan bentuk dia

Bayangkan orang tengah sibuk-sibuk, aku pun tak dapat nak teman dia, anak pun dia tinggalkankan je dekat rumah. Rupa – rupanya, dia pergi laporan polis sekali, dan ambik laporan hospitaI sekali.

#Foto sekadar hiasan. Salam min, sila hide profile aku ye min, terima kasih. Aku buntu dan nak luahkan apa yang aku rasa. Kisahnya begini, aku dan isteri aku berkenalan pada bulan 3 tahun 2017 dan bulan 6 tahun yang sama, aku bagitau keluarga yang aku nak bertunang dengan isteriku, tapi aku dinasihatkan oleh bapa aku supaya kenal hati budi dulu, tak perlu terburu – buru buat keputvsan. Tapi biasalah, aku berdegil, nak juga teruskan pertunangan tu, akhirnya bapa aku setuju untuk teruskan. Segalanya berjalan lancar dan tarikh pernikahan telah ditetapkan pada bulan Feb 2018.

Dengan perkenalan yang begitu singkat dan segalanya telah berlaku dengan sangat pantas, kami pun telah selamat berkahwin. Dugaan masa tunang tu, Allah je la yang maha mengetahui, hampir setiap kali selisih pendapat, terus tak bertegur dengan aku, akhirnya mesti bekas tunang dia yang dicarinya. Dia selalu luah rasa hatinya pada bekas tunang melalui telefon. Silap aku kat situ sebab masih mahukan dia. Ye la, sebab dah mula rasa betul – betul sayang.

Alhamdulillah, selepas berkahwin, aku tak nampak lagi yang dia berhubung dengan bekas tunang dia, dan aku pun dapat tawaran kerja yang baik selepas kahwin. Sekarang kami dah pun ada puteri sulung yang comel, berusia 3 bulan. Tapi masalahnya sekarang, sikap membent4k dia tu dari mula kenal, sampai ke hari ni, tak boleh nak kawal. Apa yang aku buat semua salah dekat mata dia. Dia langsung tak pandai masak, boleh aku katakan hampir setiap hari aku yang masak. Kalau aku tak masak nanti, aku juga yang lapar.

Nak kata hujung minggu pun sama, tak masak jugak. Bila beli lauk dekat pasar tu, aku rasa, aku tak pernah lagi nampak dia pegang ayam atau ikan kat pasar. Itu belum cerita bila kat rumah famili aku, dia cuma duduk dalam bilik, terperap hanya sesekali keluar tunjuk muka, itu pun sebab nak makan jer. Tak ada nak bersosiaI, tolong pot0ng – pot0ng sayur ke bila nak buat kenduri. Aku rasa macam dah tahap kritikaI sangat dah tu. Isteri kat luar sana ada ke macam ni, mungkin aku yang tak tahu dan tak paham.

Yang aku tak tahan min, sangat – sangat tak tahan, kalau g4duh kadang – kadang-kadang dia m4ki je aku ni, siaI, b4bi, bod0h. Langsung tak ada rasa hormat dekat aku ni sebagai seorang suami. Aku baru je kena 2-3 hari lepas, aku dah lah penat seharian nak siapkan kenduri keesokan hari, malam tu aku kena m4ki dengan dia, siap cakap aku siaI satu kali. Entah macam mana dah tak tahan sangat, PANGGGG! Sabar aku ni dah sampai batasnya. Aku terlepas 1 penampar ke muka isteri aku, berdar4h bibir dia. Salah ke tindakan aku min?

Aku buntu sekarang, aku cuma pikir soal anak je. Aku rasa seolah – olah  macam gagal nak bentuk dan didik isteri aku jadi isteri yang baik dan mendengar cakap. Sebelum kenduri, isteri aku keluar rumah untuk ke kIinik katanya. Bayangkan orang tengah sibuk – sibuk, aku pun tak dapat nak teman dia, anak pun dia tinggalkankan je dekat rumah. Rupa – rupanya, dia pergi buat laporan polis, dan ambik laporan hospitaI sekali. Hari dah petang baru dia balik rumah, tergendala semua benda aku nak buat sebelom kenduri mula sampai la kenduri hampir selesai. Apa yang aku boleh buat min tuk didik dan bentuk isteri aku?

Aku harap ada di antara para pembaca yang boleh berikan aku cadangan dan cara untuk aku pulihkan semula hubungan kami. Yang paling penting macam mana nak ubah perangai isteri aku. Aku fikirkan anak aku, aku kesian dekat anak je nanti.

Komen Warganet :

Karl Azhar : Tak apa bro. Kalau kena masuk mahkamah, ko terus terang je kat hakim tu, cerita perkara yang sebenar. Aku rasa hakim tu pun kalau kena kat dia, belum tentu tak makan penamp4r, boleh bersabar. Hidup ni bro, lain kali dengarlah cakap org tua. Ko cuba cakap elok – elok dengan isteri ko, masing – masing ada kesalahan, masing – masing ubah jadi baik. Tapi kalau dia masih nak jadi hantu dan tak reti nak hormat orang, ko lepaskan dia, biar dia mengiIai sorang – sorang.

Ika Zaini : Pengalaman aku sendiri. Masa awal nikah, aku baran gak macam bini ko. Semua tak kena, cuma dari masa tunang sampai nikah, aku tak curang. Laki aku ni bijak sikit, dia bawa aku pergi berubat, dari situ baru tahu aku terkena buatan orang yang dengki kat aku. Lepas berubat, alhamdulillah, aku tak ada pulak rasa nak baran – baran marah – marah bent4k – bent4k tak tentu hala. Jadi nasihat aku, pergi bawa bini berubat dan jumpa ustazah ustaz dapatkan nasihat. Tapi kalau bini ko normal, tak ada gangguan s3tan ni, bawa la pergi kaunseIing pejabat agama.

Bonda Maryam Medhina : Pergi pejabat agama, minta kaunseIing bini kau tu. Aku paling menyampah kalau pasangan m4k i- m4ki menc4rut gitu. Kalau dengan member bolehlah, itu pon aku tak suka, sebab kalau dah jadi tabiat memang tak boleh nak tinggal. Pang sekali tu seronok aku dengar walaupun aku sebenarnya memang tak suka langsung laki naik tangan dekat bini .

Ina Muz Saifullah : Memang keras kepala anak ni. Tak apa cakap baik – baik dulu atau bawa jumpa kaunseIing. Awak bawa solat dan mengaji bersama. Kalau masih tak mampu nak Ienturkan isteri, awak bagi balik kat orang tua dia. Bagi dia masa perbaiki diri, fikir status sebagai isteri dan ibu. Awak pun sebagai suami kena banyakkan berdoa minta hati isteri dilembutkan, insyaallah. Jika ada kemahuan di situ ada jalan.

Wati Mulyadi : Bini mcm tu kena ajar sikit, ko tu yang tak tegas. Dah la tak pandai masak, meIawan kuat menc4rut lagi. PergiIah pejabat agama, nanti dia kaunseIing bini ko tu. Kalau dia buat report polis pon, diorang tak nak masuk campur la hal laki bini. Kalau tak jalan jugak, hantar dia kat rumah mak bapak dia, biar dia tau rasa sikit..

Shmy Hzq : Banyaknya komen – komen yang suruh ceraikan isteri. Abang abaikan komen diorang, biarkan cerai tu jadi jalan yang terakhir. Sekarang ni, abang kena banyak bersabar, banyakkan solat, cakap elok – elok dengan isteri, cakap dengan lembut, walaupun dia kasar tapi abang kena jugak bersabar dan banyakkan mengalah. Tapi dalam masa yang sama, abang kena tegas dengan perkara yang abang suka dengan tak suka. Nanti lama – lama lembutlah hati dia tu.