Mak aku tengah tengok TV, bapak ambik kain dia, j3rut leher mak aku

Mak aku dah 60 tahun, bapak aku dah 66 tahun. Setiap kali aku balik dari rumah mentua, mak aku akan cerita sampai nangis, apa bapak aku buat. Ada sekali tu, mak aku tengah tengok TV, bapak aku ambik kain dia, j3rut leher mak aku ye. J3rut tu lama tau mak aku cakap. Sampai mak aku tak boleh nafas baru dia lepaskan…

#Foto sekadar hiasan. Hi, aku Ducati. Perempuan or lelaki, korang teka. Aku anak bongsu, atas aku semua kakak. Kakak aku semua ada masalah penglihatan, Retina Pigment0sa. Kami semua dah berkahwin.

Kakak pertama (suami dan anak 3 orang) dan yang ketiga (suami dan anak 3 orang) duduk rumah sendiri. Kakak kedua (suami dan anak 3 orang), duduk dengan mentua. Aku dan suami (belum ada rezeki) duduk dengan parents aku.

Dah sebulan aku tak duduk rumah parents aku dan mak aku tinggal di rumah kakak aku. Cerita dia start macam ni.

Aku dari kecil (kakak aku semua dah kahwin, masuk Kolej / asrama), aku dah selalu sangat dah nampak mak bapak aku g4duh. Masa muda, g4duh pasal perempuan lain.

Masa m4kin meningkat umur, g4duh sampai pergi Mahkamah Syariah (aku ada sekali). Sampai dorang dah tua, masih nak naik tangan, tinggi suara m4ki – m4ki.

Sebelum korang salahkan mak aku, aku pert4hankan mak aku, sebab aku kenal mak aku macam mana. Dari muda, aku budak lagi, mak aku jaga semua memang tiptop. Cara mak didik anak memang tiptop.

Dari kecik sampai besar. Makan minum rumah, semua terbaik. Bapak aku balik kerja, air masak pun hidang cawan kaca siap beralas, gosokkan baju semua kira memang surirumah yang terbaik la.

Tapi sekaya – kaya bapak aku dulu, gaji besar, kerja manager, barang dapur cukup, nafkah culas. Mak aku tak banyak cakap, redha, mak aku sampai jaga anak orang, untuk dapat duit simpan, beli apa dia nak dan sebagainya.

Kita lajukan cerita. Sebabkan aku dan suami duduk dengan mak bapak aku, hujung minggu kitorang balik rumah mentua aku. Jadi mak bapak aku akan tinggal berdua dekat rumah.

Setiap kali aku balik dari rumah mentua, mak aku akan cerita sampai nangis, apa bapak aku buat. Mak aku dah 60 tahun, bapak aku dah 66 tahun.

Bapak aku dah pencen, tapi ada duit pencen seribu lebih. Aku dulu bagi dia setiap bulan RM300 (dia tetapkan bagi RM300 setiap bulan sebab bayar hutang RM1500 masa belum kahwin, hutang dah setel aku still bayar) dan kakak aku yang pertama bagi RM600 (kadang kurang juga). Ikutkan sebulan bapak aku dapat duit pencen dan duit dari kitaorang, anak – anak.

Mak aku mula cakap, bapak aku tak beli barang dapur untuk masak. Mak aku terp4ksa pakai duit dia sendiri (kadang duit yang kitorang bagi sikit – sikit, RM50-100 sebulan). Banyak kali dia minta bapak aku, sampai berdiri lama macam minta sedekah, tapi bapak aku buat tak tahu.

Kadang belikan cucu ayam goreng, mak aku tak cukup RM2, minta bapak aku, bapak aku kata “mana ada duit”. Mak aku p4ksa juga suruh bagi lagi RM2. Dia keluarkan dompet dari poket belakang bont0t dia, baru keluarkan duit.

So sekarang korang tahu, bapak aku tak belanja barang dapur, tak bagi nafkah. Aku buat keputvsan untuk tak bagi lagi RM300 dekat bapak aku. Aku cakap aku akan bayar bil api, bil air dan beli barang dapur setiap bulan sebab kitorang dah duduk situ sekalikan.

So win – win. Aku setelkan semua, cuma duit belanja aku dah tidak ada bagi. Harap pada kakak – kakak aku jela bagi dorang. Tapi, ya. Sebab penglihatan kakak aku semua tak okay, semua tak dapat bekerja. Kadang ada juga dorang bagi duit, bila ada duit lebih.

Bapak aku mula tak buat apa – apa setiap bulan. Mak aku beli lauk basah, mak aku masak semua, dia orang pertama makan dulu. Dan ye, kadang mak aku sampai kena k0rek – k0rek lauk ye sebab dia tak tinggalkan untuk orang belakang. Mak aku selalu tepikan lauk tuk aku dengan suami.

Aku cakap, makan je lauk kitorang. Tapi mak aku masih sedih, dah la penat masak, barang dapur basah beli, dia makan tak ingat orang belakang.

Bapak aku ni, kalau mak aku lambat masak atau tak masak, dia makan luar ye. Makan sorang. Balik tidak ada bawa lauk. Mak aku yang duit tak ade, tidak ada duit pencen, sarapan kalau beli nasi lemak RM1 pun, dia beli 4-5 bungkus. Ingat orang dekat rumah.

Cerita bermula bila sejak akhir – akhir ni mak aku s4kit sendi. Nak buat apa – apa kerja dah susah. Aku pula baru keluar ward sebab s4kit sendi juga dan lepas tu masuk ward lagi sebab gugur.

Memang dua – dua s4kit dan pant4ng. Dugaanlah kiranya. Aku pant4ng, mak aku masakkan lauk juga walaupun aku kata tak payah, sebab aku beli yang halia serunding tu, makan dengan nasi je dah cukup. Tapi dia masak juga dengan tangan s4kit sendi.

Lepas pant4ng, aku mula duduk rumah mentua. Mak aku dah mula rehat dan kurang masak. Sebab dah duduk berdua dan tangan kaki dia masih s4kit. Mulalah cerita, bapak aku buat kasar dengan mak aku.

Ada sekali tu, mak aku tengah tengok TV, bapak aku ambik kain dia, j3rut leher mak aku ye. Aku balik sana, bawa mak aku keluar, baru mak aku cerita nangis – nangis.

Tak cukup lagi tu, dia pernah tolak mak aku yang tengah sidai baju, sampai jatuh tersungkur mak aku tu. Dah la kaki tangan masih s4kit. Kena tolak sampai jatuh sungkur. Kau bayangkan. Kes paling baru, sampai mak aku balik rumah kakak aku.

Mak aku guna kereta bapak aku pergi kedai beli sarapan. Itupun belikan juga ye sarapan lebih tuk bapak aku. Lepas balik sarapan, mak aku sapu – sapu luar rumah. Tetiba dia dengar pintu pagar rumah berkunci. Dia malas nak layan, dia fikir boleh bukalah pintunya balik kang.

Sekali nak buka, bapak aku kunci rumah tu guna kunci lain. So mak aku dengan penat baru balik baru menyapu, tak dapat masuk rumah.

Mak aku panggil bapak aku bukakan pintu dia nak masuk. Bapak aku tak buka. Dia diri depan pintu tu, cakap macam – macam dekat mak aku. Tinggi suara ape semua. Sampai jiran dengar.

Aku dapat tahu mak aku kena kunci dari whatsapp kakak aku. Aku terus whasapp bapak aku, aku cakap buka sebelum aku call polis. Aku block bapak aku lepas tu. Kej4m? Korang tak tahu apa dia buat dekat mak aku. Jangan nak terus menghukvm.

Mak aku kata dia dah buka pintu. Aku suruh mak aku masuk, kunci bilik, packing baju. Aku nak bawa mak aku duduk rumah kakak ketiga aku dulu.

Aku dapatkan izin dari abang ipar aku dulu. Abang ipar aku ok, dia bagi sebab dia selalu keje lewat, mak aku ada at least sekurang – kurangnya kakak dan anak – anak dia ada teman.

Aku sampai rumah, aku memang tak buka mulut. Aku terus masukkan semua beg mak aku dalam kereta. Mak aku mula nangis and cerita macam – macam.

Kalau korang tanya cemana boleh jadi camni? Meh aku bagitau. Kalau ikut cara aku fikir, bukan masalah dari mak aku. Bukan sebab mak aku tak masak ke, mak aku tak buat kerja ke, apa semua.

Ceritanya, bapak aku ada hutang yang kitorang anak beranak tak tahu hutang apa sampai dah pencen ni pun dia buat pinjaman lagi guna card credit.

Pencen ni, buat loan untuk apa? Aku dengan kakak aku bagi duit setiap bulan sebelum ni. Dengan duit pencen dia, ikutkan cukup sangat tuk buat beli barang dapur ke apa semua. Tapi dia tak beli, mak aku yang beli.

Kitorang dapat tahu dia ada hutang, aku buat perjanjian, bayarkan bil api bil air and beli barang dapur. Tapi bapak aku tak boleh bagi mak aku walau RM10 pun.

Keluar makan, makan sorang. Kadang makan dengan adik beradiknya, tapi tidak ada bawakan apa – apa untuk mak aku. Apatah lagi nak ajak makan sama. Pelik kan?

Bapak aku ni nampak alim. Jenis pergi masjid surau, solat, baca quran, dengar ceramah dekat phone, pergi selawat tidur sehari dekat tempat tu, tapi isterinya tak diberi nafkah, kasar dengan isteri, m4ki isteri.

Ada satu part, maaflah aku cerita berterabur. Sebab banyak sangat sampai aku lupa. Mak aku biarkan pinggan dekat sinki satu malam tu. Sebab tangannya s4kit dan sabun cuci pun dah habis. Lewat malam tu, mak aku tidur dia dengar bunyi depan pintu bilik dia.

Esoknya dia buka pintu, penyapu dekat pintu (kiranya if dia buka pintu, rambut penyapu tu akan kena dekat muka dia) dan pinggan kotor dekat depan pintu bilik mak aku. Aku tengok pinggan tu dalam 5 – 6 pinggan je ya. Itu pinggan hasil dari mak aku memasak ye.

Apa susah sangat kalau tolong basuh? Atau biarkan je dulu dah sabun pun tidak ada kan. Sabun pun bapak aku tidak ada beli. Masa ni aku tidak ada rumah, ada dekat rumah mentua.

Paling aku dah tak boleh, sampai aku rasa lebih baik mak aku stay dengan kakak aku dulu, bila bapak aku whatsapp mak aku, cakap aku duduk rumah tu free je. Macam kena tik4m masa tu weh.

Aku bayarkan bil api air, belikan barang dapur. Aku dengan suami bila ada duit lebih, belikan makanan sesedap, bawa pergi sarapan atau lunch. Dia kata aku duduk free je. Aku anak dia, aku kena bayar sewa ke?

Tahu tak, first time aku mula setelkan bil api air, aku bayar tunggakan bil api air tu semua cecah RM900 ya. Setiap bulan aku bayar bil api air full tidak ada tunggakan tau. Dia kata semua anak tak kenang budi. Kakak aku tiga – tiga s4kit mata, tak boleh bekerja.

Banyak lagi, tapi aku tak nak cerita lebih – lebih. Dia keluar dari bilik master, tinggalkan mak aku sorang – sorang berbulan lamanya. Sampai mak aku tidur menangis, kadang baring menangis. (Dah lebih 3 tahun tidur bilik asing). Lepastu sekarang dia kata, mak aku benci dia, kunci bilik.

Kalau dah sampai membah4yakan mak aku, dah j3rut tu. J3rut tu lama tau mak aku cakap. Sampai mak aku tak boleh nafas baru dia lepaskan. Aku sampai sekarang bIock dia dekat whatsapp dan call. Aku dah banyak kali cakap elok – elok pun tidak ada guna.

Siapa nak mak bapak huru hara kan? Umur dah lanjut. 60 & 66 tahun. Aku cakap dengan mak aku, baik cerai. Kitorang adik beradik boleh jaga mak aku. Dah bertahun rasa tersekat, kena jadi tempat pij4k, nak beli baju baru pun susah, pakaian dalam lagi la.

Patut dah pencen, dah tua, boleh pergi sarapan sesama, lunch sesama. Duit pencen ada, tak payah hutang apa – apa. Mak aku sampai tr4uma sekarang. 5 – 6pagi tak boleh tidur sampai miss solat subuh.

Sebab takut bapak aku kacau dia. Takut apa – apakan dia. Ada sekali bapak aku nyorok belakang bilik dia. Nasib mak aku alert, dia tolak pintu bilik kuat – kuat, kemudian dengar bapak aku s4kit. Bapak aku keluar bilik, dia cakap mak aku kena berubat pulak. Peh kelakar betul.

Jangan cakap aku tak pernah pert4hankan mak aku. Pernah dorang g4duh depan aku, aku memula diam tapi dar4h dah panas, bapak aku nak tamp4r mak aku, aku terus hent4k kerusi, jerit, pukuI kerusi sampai pecah jam tangan aku. Bapak aku masuk bilik kunci pintu.

Meng4muk dengan orang lain, mak aku kena. Dulu aku selalu jerit, aku cakap beriya cari salah orang ape semua. Isteri tidak ada bagi nafkah, dengan isteri nak berkasar.

Nampak aku biad4p, aku tahu. Tapi aku nak jadi kuat, biar aku pert4hankan mak aku dengan kakak – kakak aku. Aku sorang je mata yang elok tidak ada peny4kit tu.

Aku still boleh bekerja. Kalau aku tak kuat, semua takkan kuat juga. Sebab aku tahu kakak – kakak akan harapkan aku untuk pr0tect mak aku. Bukan 100% pr0tect, janji mak aku terjaga, apa – apa aku ada. Sebab aku pun ada suami.

Aku sekarang dah keluar dari group whatsapp family. Sebab aku mula rasa menyampah bila bapak aku tunjuk baik alim. Tapi aku dan mak aku je tahu apa dia buat dekat mak aku. Kakak aku pun dah mula nampak semua tu.

Aku tak tahu nak buat apa. Aku rasa marah, nak hangin dekat bapak aku, aku dah malas. Tak jalan pun. Memang aku tidak ada cakap apa – apa.

Ikutkan aku suruh mak aku cerai. Mak aku pun tak boleh hadap tau. Sampai dah j3rut leher mak aku, tinggi suara semua. Depan orang dia nampak alim, baik je. Tapi belakang, habis semua mak aku kena.

Bila cerita dekat orang, orang tak percaya bapak aku macam tu. Aku mula tak cerita dekat orang, bila orang salahkan mak aku. Katanya sebab mak aku tak masaklah, apalah.

Duit beli barang dapur bapak aku bagi? Bapak aku makan dulu sampai mak aku nak makan pun kena k0rek kuah tau sebab tinggal sipi – sipi je.

Aku kesian dekat mak aku, aku cadangkan untuk cerai, sebab mak aku layak untuk happy sebelum tiba masa dia. Dia layak untuk keluar sana sini, berjalan. Dia layak untuk rehatkan diri, buat macam – macam aktiviti. Instead, seumur hidup dia kena duduk dapur masak takleh keluar etc.

Kenapa eh? Lelaki rasa perempuan kena buat semua ni. Dah la lahirkan anak sampai k0yak semua, kena jahit. Lepastu perempuan penat, tak terlarat buat tu buat ni, nak rehat, kau suruh jadi robot juga. Lagi – lagi dah tua ni.

Sebelum judge, aku kalau tak duduk rumah mentua, aku duduk sana tolong mak aku masak, kadang aku masakkan. Kalau aku kerja, memang aku tak masak. Makan petang je aku akan buat something atau beli something.

Aku rasa tak adil, mak aku kena rasa semua ni masa umur 60 tahun. Jangan menghukvm, sebab tu aku cadangkan mak aku cerai. Jangan jadi tempat pij4k lelaki. Sebab kita ni perempuan, mentang – mentang tak kerja, tidak ada duit, boleh jadi tempat alas kaki lelaki, tempat lepaskan amarah dan nafsu.

Aku tak suka. Korang suka? Bagi pendapat. – Ducati (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Chik Ima : Kalau boleh jangan bercerai, duduk je tinggal berasingan. Tak lama lagi bapa tu m4ti dapat la juga mak duit pencen dia tu selagi ada hitam putih masih isteri. Tak panjang mana kut jangka hayat lelaki panas baran, melainkan dia ada sak4. Geram betul haihh.

Ashika Mitra : S4kit d4da saya baca confession nie. Mak tt sanggup ke untuk cerai? Kalo sanggup ok la, bagus. Tapi kalau dia sendiri reIakan benda ni berlaku kat dia, susah la. Sebab ade je perempuan yang sanggup biarkan diri ditind4s oleh suami dan anak laki, sanggup tahan semua tu. Kalau kita sendiri tak nak keluar dari masalah tu, tak guna orang lain tolong.

Nur Athirah Ahmad : Report polis, hantar bapak pergi hospitaI giIa. Dah tahap ced3rakan orang dah. Takot belajar mengaji ajaran sesat ja. Tak nak cerai tak apa, mak duduk la tempat lain. Semoga murah rezeki tt boleh bawak mak duduk tempat lain. Lagi satu bab rumah tue tak payah bayar dah la. Tengok nak jadi apa.

Lisa Hashbrown : Jangan bercerai, rugi mak ko nnati tak akan dapat pencen ayah ko. Harap – harap ayah ko m4ti dulu dan duit pencen 100% dapat dekat mak. Tapi pastikan mak duduk dengan anak – anak, g4ntung tak bertali je ayah ko tu. Duit bagi kat mak 100%, untuk ayah ko jangan bagi apa – apa, Bagi dia rasa nikmat kejap je pencen tu.

Izzati Norahimi : Allahu, kasihanilah mak awak. Selamatkanlah mak awak. Mak awak layak untuk bahagia. Bawa jumpa kaunselor, pergi report. P4ksa mak awak keluar dari persekitaran yang t0ksik sebab minda dia dah terj3rut dengan keadaan macam tu.

Apa kata anda?