Baru 3 hari hantar ke nursery, aku perasan banyak kesan Iebam di badan anak aku, anak demam panas

Aku harap kawan – kawan di sini boleh memberi pendapat. Memang teacher tu mengaku dia pukuI anak aku sebab anak kuat menangis. Kami buat keputvsan untuk buat report polis dan semalam dapat panggiIan dari mahkamah bagitahu pertuduhan akan dibacakan di makhamah. Tiba – tiba tengah hari tu aku dapat whatsapp dari teacher yang pukuI anak aku…

#Foto sekadar hiasan. Maafkan aku jika cara penulisan susah difahami. Aku harap kawan – kawan di sini boleh memberi pendapat dan komen yang murni. Nama aku Carmilla (bukan nama sebenar). Aku tinggal di bandar teknologi di Selangor. Aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Anakku berumur setahun lebih.

Anak aku ni waktu lahir ada s4kit meningitis and pneumonia. Kedua dua ni terjadi sebab ada jangkitan kuman pada paru – paru dan otak. Alhamdulillah sekarang anak aku sihat. Lepas je pant4ng, mak aku tolong jaga kan anak aku masa aku pergi kerja.

Bila anak aku dah 7 bulan aku start hantar anak aku ke nursery. Nursery ni agak terkenal di kawasan tempat tinggal aku. Yuran pendaftaran almost RM3000 dengan bayaran bulanan RM700.

Baru 3 hari hantar ke nursery, aku perasan banyak kesan Iebam di badan anak aku. Ada lebih kurang dalam 7 Iebam. Anak aku demam panas selepas 3 hari hantar ke nursery.

Disebabkan demam, aku tak hantar pergi nurseri dan sebab policy nursery tak boleh hantar kalau anak tak sihat. Aku tak sedap hati, terus sembang dengan husband, takkan anak kita kena d3ra kot abang.

Nursery ni famous and teacher nya nampak baik sangat. Aku bawa anak aku pergi ke satu cIinic dan private hospitaI. Doctor mengesahkan ada tekanan yang kuat menyababkan Iebam, which is cub1t. Surat referral diberi untuk buat pemeriksaan di hospitaI kerajaan.

Dalam masa yang sama aku whatsapp dengan principal nursery, nak jumpa untuk tanya berkenaan hal ni. Principal tu nampak terk3jut bila aku tunjuk keadaan anak aku. Dia cakap dia akan lakukan siasatan.

Malam tu aku dapat whatsapp dari principal tu, dia ajak jumpe esok. Then waktu jumpa tu dia cakap teacher tu mengaku dia ada pukuI anak aku. Aku apa lagi meng4muk bagai nak rak.

Teacher tu mengaku salah dan minta maaf. Alasan diberi sebab dia str3ss anak aku kuat menangis. Selepas dapat tahu apa yang terjadi, kami terus pergi ke balai polis untuk buat report.

Kami suami isteri tertanya – tanya apa yang dilakukan kepada anak kami, sampai boleh Iebam macam tu. Kami minta pada nurseri untuk tengok full cctv dari mula aku hantar anak aku, sampai lah hari terakhir.

Nurseri ni pada mulanya nampak macam nak beri kerja sama. Pihak nurseri cakap dia akan bagi kemudian disebabkan ada prosedur tertentu. Pihak polis bagitahu kami bahawa dia orang dah dapat footage cctv beberapa minit kejadian itu.

Daripada apa yang diceritakan polis, anak aku ditamp4r berberapa kali, ditolak kepala dan dicub1t. Kami minta untuk tengok video tersebut tapi video tersebut sudah di hantar ke unit forensik. So tak sempat kami nak tengok.

Polis pun suruh kita orang mintak je direct dengan nurseri, lagipun kami nak tengok full footage from day 1 until day 3. Polis hanya mempunyai video berberapa minit sahaja. Kami pun follow up berhari – hari. Macam – macam alasan diberi. Tak tahu apa yang disembunyikan sangat.

Tiba – tiba, satu hari aku dapat surat lawyer. Surat notis henti gangguan. Terk3jut kami suami isteri, pelik kenapa kami dapat surat ni. Surat tu mention kami kena stop ganggu nurseri tu, kalau tak kami akan diambil tindakan. Terk3jut kami. Kami minta nak tengok cctv je pun.

Maybe dorang ann0ying dengan kami sebab selalu follow up. Tapi dia orang tak sepatutnya buat macam tu dalam keadaan kami macam ni. Kami di layan macam orang yang salah.

Aku pun call lawyer dia orang tu. Lawyer tu cakap dengan aku apa – apa nak berurusan dengan nurseri kena melalui dia. Dan kena hire lawyer untuk cakap dengan dia.

Aku marah betul time tu. Lawyer dia siap cakap kat aku, sekarang ni banyak je lawyer murah – murah. Sinis betul dia cakap dengan aku macam tu. Macam padang rendah betul pada aku dan husband.

Disebabkan sikap angkuh lawyer and nurseri tu aku ambil keputvsan untuk saman nursery tu. Sebenarnya kami saman ni lebih kepada sebab geram dengan layanan nurseri tu kepada kami.

Untuk pengetahuan korang nurseri ni asyik cakap dia tak de kena mengena dengan kes d3ra ni, sebab yang pukuI anak aku tu pekerja dia. Dorang memang nak lepas tangan.

Selepas kejadian d3ra tu, anak aku memang sangat tr4uma. Macam takut dengan orang. Dia hanya nak kepada aku, suami dan mak aku.

Anak aku juga selalu terk3jut semasa tengah tidur. Menangis dengar bunyi kuat. Takut dengan sesetengah cartoon yang ada tunjuk part g4duh – g4duh. Doktor psych0logy pun dah mengesahkan itu adalah disebabkan tr4uma.

Disebabkan covid, kes saman sivil dan criminal agak lambat berjalan. Lepas setahun aku baru dapat update dari pihak polis. Semalam aku dapat kol dari polis, dia bagitahu harini pertuduhan akan dibacakan di makhamah. Tiba – tiba tengah hari tu aku dapat whatsapp dari teacher yang pukuI anak aku.

Dia ajak jumpa and merayu mintak maaf. Mintak aku tarik balik kes. Dia cakap dia orang susah, tak mampu bayar denda kalau disabit kesalahan.

Aku tanya dia kenapa sekarang baru nak contact aku. Dia cakap sebab bekas majikan dia which is nurseri tu tak benarkan dia contact dan mintak maaf dengan kami. Actually dia dah lama nak contact kami.

Pelikkan dengan nurseri ni apa yang dia tak puas hati sangat dengan kami. Kalau tak salah tak perlulah buat macam ni, dengan full cctv tak nak bagi. Aku syak nurseri ni ada hide kan something jugak.

Tadi polis tu kol aku lagi. Dia cerita about teacher yang pukuI anak kami tu. Dia membebeI jugak dekat teacher tu, why tak contact kami sejak awal – awal kes untuk mohon maaf, pujuk kami.

Kami baru dapat tahu dari polis tu, sekarang teacher tu dah ada anak. Masa dia pukuI anak aku tu, dia tengah mengandung dalam 2 bulan.

Kalau dijatuhkan hukvman maximum penjara 20 tahun. Jumlah denda pun agak tinggi. Bukti semua cukup, memang high potential akan disabitkan kesalahan. Aku dan suami terus rasa kesian dekat anak teacher tu. Tak sanggup kami nak pisahkan anak dengan ibu nya.

Sebenarnya masa kami tengok dia kena tahan reman dulu, pun dah terbit rasa kesian sikit dekat hati. Tak sangka aku dan suami boleh buat orang sampai masuk lokap. Tapi waktu tu bila tengok keadaan anak, cepat je kesian tu hilang.

Tapi sekarang anak kami dah okay. Tr4uma dia pun dah tak teruk. Cuma psych0logy doctor cakap still kena monitor development dia betul – betul. Kami dalam dilema whether kami perlu tarik report polis tersebut atau tidak. Kalau kami tarik, kes sivil kami akan terjejas sebab kami memang nak saman nursery tu. Geram sangat dengan tindakan dorang.

Tapi aku betul – betul kesian dengan anak teacher tu. Dan sekarang aku dah faham kenapa teacher tu str3ss dan pukuI anak aku. Aku time mengandung dulu pun em0si tak menentu. Aku harap korang boleh tolong bagi pendapat. Wajarkah aku dan suami tarik balik kes tu.

Kalau disebabkan kami tarik kes polis akan memyebabkan problem kepada kes saman kami, adakah kami perlu redha je. Yang penting aku dan suami tak pisahkan sorang mak dengan anaknya. Tapi di sudut hati kami, kami still tak puas hati dengan nurseri tu.

Maybe kami perlu tarik report polis tu dan patut lupa kan hal ni, kerana jika kami terus kan ni, akan memberi kesan kepada masa depan seseorang. Kami sangat memerlukan pandangan anda. Pr0tective mother – Carmilla (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Farid Laila :  Jangan tarik balik please. Ingat objektif awak nak dapatkan keadilan untuk anak awak. Ini je cara dapat heret pengusaha nursery yang b0ngkak tu. Pastikan masa bicara nanti, heret skali pengusaha, ada benda yang mereka sembunyikan. Awak mungkin kasihan kat anak cikgu yang sorang tu tapi fikir balik, kalau nursery ni terus beroperasi, lebih 100 anak lagi akan terani4ya saban tahun. Ianya tak akan berhenti melainkan nursery tu gulung tikar. Isu cikgu d3ra budak bukan isu terpencil, mana – mana nursery akan ada. Pengusaha yang lepas tangan ni akan wujudkan lebih banyak kes d3ra lepas ni. Jadi, nak seIamatkan sorang bayi, atau seratus bayi? Tolonglah fikir masak – masak.

Kloe Kloey : Sangat faham yang puan confessor ni baik dan pemaaf orangnya. Confessor dah mengaIami s4kitnya jiwa bila anak kecik dipukuI begitu. Jadi puan kenalah fikirkan ibu – ibu lain dan anak – anak kecil lain yang bakal jadi m4ngsa. Mereka yang patut dikasihani bukan nursery dan penjaga tu. Please jangan tarik balik repot. Bayangkan wajah anak – anak yang lain.

Fatimah Alwi : Sepatutnya teacher rujuk kepada puan kenapa anak kuat menangis. Kalau tak boleh handIe, boleh aje berbincang minta puan cari tempat lain. Sekarang nasi sudah jadi bubur. Jika puan tarik semula report, ada kemungkinan tak hal yang sama akan berulang? Berapa ramai lagi m4ngsa akan jadi seperti anak puan? Macam mana kalau keluarga m4ngsa seterusnya tak mampu nak pasang lawyer macam puan? Dan apa juga tindak tanduk staff, majikan tak boleh lepas tangan sebab dalam waktu bekerja, staff dalam seliaan majikan .

Amelia Zainuddin : Mengandung tak mengandung, mana boleh pukuI sesuka hati anak orang. Kalau nursery bagi kerja sama atau mintak maaf awal – awal takpe jugak. Ini siap tak bagi si pesalah contact dan mintak maaf. Kalau dia sabit kesalahan pun lawyer dia boleh je mohon kurangkan hukuman

Onnie Ayesha Hamzah : Anak masih kecil, lama sangat 20 tahun dalam tu. Macam mana lah keadaan babynya nanti. Semoga Allah lembutkan hati puan dan suami untuk menarik balik kes ini. Kasihan pada puan tadi, niat untuk mencari rezeki. Mungkin dalam keadaan mengandung em0si tidak stabil dan dikelilingi oleh anak – anak yang bermacam ragam dan perangai. Belum kira yang ber4k, yang k3ncing, yang munt4h dengan nak mengajar lagi. Allahu… kekadang majikan ni pentingkan diri. Semuanya diletakkan atas bahu pekerja. Bos lah kata kan. Kena ikut arahan. Kadang guru – guru pun tak boleh sesuka hati direct dengan ibubapa, kononnya nak jaga prestasi.