Abang isteri menumpang rumah aku tapi sangat kurang ajar. Aku minta tolong bukakan grill pintu, dia sep4k kunci rumah suruh aku ambik sendiri

Dalam keluarga isteri aku, mereka memang tak berani nak tegur abang ipar. Isteri aku akan hidangkan abang dia air untuk abang dia dulu, baru untuk aku. Aku dah tak boleh sabar, aku nak halau abang ipar. Isteri aku telefon mak dia tapi..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt.. Nama saya anonymous. Saya ingin meluahkan sesuatu yang saya sudah pendam selama 5 tahun sepanjang perkahwinan saya. Saya seorang lelaki berumur 34 tahun. Saya kenal dengan M pada tahun 2019 melalui salah satu website cari jodoh di Malaysia.

Awal – awal mesej dengan beliau, saya tidak pernah rasa nak chat dengan orang lain kerana saya ingin merasai kesetiaan apabila ingin mengenali seseorang. Saat kami ingin bermula serius, saya mula nak tahu bagaimana keluarganya tapi selalunya M tak banyak bercerita mengenai keluarganya. Saya cuba fikir positif, mungkin M nak jaga aib keluarga dia.

Setahun kami berkenalan, memang beberapa kali sahaja jumpa keluarga dia, tetapi, sekejap sahaja. Nampak islamik. Cuma, apabila saya bertanya mengenai keluarga dia, dia tidak mahu bercerita, terutama adik beradik. Sebenarnya, saya rasa ada sesuatu tidak kena tapi saya kekal positif.

Saya pun datang dari keluarga yang agak “broken”. Siapa saya untuk menghakimi keluarga orang lain. Tetapi, saya ada pemikiran di mana kalau dia suka berahsia mengenai keluarganya, kenapa saya perlu jujur sepenuhnya tentang diri saya dan keluarga saya.

Oleh itu, saya pun tak banyak bercerita, cuma saya ada juga maklum yang saya datang dari keluarga yang “broken”. Kami kahwin pada tahun 2020, sepanjang 2 tahun kahwin, saya sudah mulai kenal keluarga dia dan saya rasa tersiksa. Banyak insiden di mana keluarga dia buat saya macam – macam tetapi M lebih nak jaga hati keluarga dia.

Hidang air dekat abang dia, baru saya. Mak mertua sentiasa tak back-up isteri saya saat abang dia membuat per4ngai dengan M. Abang dia buat rumah kami macam rumah dia (Datang rumah tak maklum. saat mood tak elok, suka hempap pintu dan cakap kurang ajar dengan kami.)

Kakaknya yang sentiasa cari M untuk menyelesaikan masalah dia. (Pemerhatian saya, kakak dia ni memang minta tolong untuk kesenangan dia. Suami dia pun nampak tiada sifat kepimpinan). Keluarga dia tidak hormat saya sebagai ketua keluarga, mereka rasa pangkat “ketua keluarga” itu tetap di tangan mereka.

(Lelaki dalam keluarga M ini, tiada kepimpinan, so faham – faham lah macam mana situasi keluarga mereka.) Banyak lagi point, tetapi, saya biarkan 5 sahaja dulu. Kami selalu berg4duh kerana sebagai suami, saya nak mempert4han isteri saya, tapi, dia sanggup kecilkan hati saya daripada hati ibu bapa.

M sangat suka bagi alasan, ibu bapa dia dah tua. Habis tu, saya ni? Muda dan tiada perasaan ke? Sem4kin lama, saya dah mula tahu, keluarga dia “broken” juga, tapi, in denial. Mereka tidak rasa diri mereka broken dan patut memperbaiki. Banyak menggunakan keagamaan, tetapi, hubungan keluarga mereka sangat “ego”.

Perasaan saya terhadap M dah sem4kin kurang sebab dia tidak fikir perasaan saya sebagai seorang suami. Saat saya sudah betul – betul meIetup, apabila kami baru balik dari membeli barang – barang dapur dan juga barang – barang dia. Kami panggil abang dia dari luar rumah untuk minta buka gril, dan depan saya, dia sep4k kunci rumah kami untuk kami capai kunci tu untuk buka gril.

Saya rasa sangat biadap dan saya minta M hubungi mak dia dan minta untuk abang dia keluar rumah. M hubungi mak dia mengenai apa yang berlaku tapi M tidak langsung maklum dengan ibu dia yang saya minta halau abang dia. Tahun 2022, dengan pelbagai karenah, perg4duhan antara keluarga mereka, saya sudah mula tiada perasaan dengan isteri saya.

Sepanjang dua tahun, M tidak mempert4hankan keluarga kami cuba bina, M lebih fikir keluarga dia. Dari tahun 2022 – 2023, saya cuba untuk memperbaiki, tetapi, selalu ada miscommunication. M ini adalah seorang yang sangat naif, dan ambil sangat lama untuk sedar sesuatu.

Banyak kali kita nasihat benda yang sama, tapi, masih buat juga. Bila saya dah mula hilang sabar, saya naikkan suara. Baru dia mula ambil perhatian tapi dia selalu cakap saya kasar dan tak cakap elok – elok dengan dia. Saya selalu rasa s4kit hati bila dia bagi alasan macam tu kerana sebelum ni banyak kali dah saya cakap lembut, nasihat baik – baik, tetapi isteri buat tak endah. Saat saya dah hilang sabar, baru nak ambil perhatian.

Kalau dia tegur dan nasihat saya apa – apa, saya slow – slow berubah kerana saya sentiasa fikir apa saya buat salah dan apa saya kena memperbaiki. Kalau isteri slow – slow berubah, saya terima. Cuma, dia langsung tak cuba untuk berubah. Saya dah mula rasa perkahwinan kami ini t0ksik kerana “ego” dan isteri tak rasa dia perlu baiki dirinya dan saya sudah mula nak pergi ke mahkamah syariah.

Tetapi, saya dapat tahu yang isteri saya mengandung anak sulung kami. Ya Allah, sudah ada konflik diri. Saya boleh faham kes4kitan seorang anak saat hubungan mak ayah berpisah. Saya terfikir, kalau saya teruskan, apakah d0sa anak ini. Kenapa dia perlu rasa apa pernah rasa dulu. Saya ubah fikiran untuk bertahan.

Tapi, sem4kin lama saya cuba memperbaiki, ia menjadi sem4kin teruk. M kata kami takde komunikasi. Apabila saya cuba komunikasi, M akan fokus benda lain. Paling geram adalah semalam 3 kali, M tidak endah apa yang saya cakap. Waktu saya bersembang, dia rupanya tengah tengok Facebook untuk baca sesuatu.

Saat saya pegang fon untuk baca incoming mesej WhatsApp, dia akan buat muka dan kata sepatutnya saya letak fon tepi. Saat saya tegur perkara yang saya rasa patut memperbaiki, dia dengar tetapi beberapa hari kemudian buat balik. Sudah banyak kali saya tegur benda yang sama, masih juga sama.

Apabila saya sudah hilang sabar dan saya sudah naik angin, dia akan ambil perhatian tetapi dia selalu maklum yang saya kasar. Entah, saya rasa isteri saya ni susah nak berkomunikasi. Tetapi, isunya paling besar adalah M mempunyai “ego” dan dia sentiasa rasa dia sahaja yang betul. (Ini diw4risi daripada keluarganya).

Saya nak pergi tapi kali ini lagi sukar kerana sudah ada anak. Saya sayang sangat dengan anak sehingga saya tak sanggup berpisah dengan anak. Saya tahu, kalau kami berpisah, hak penjagaan dengan M dan adik beradiknya akan boleh kawal anak saya macam mereka ayah kepada anak saya.

Itu yang saya nak elak sebab risau, lagi sukar nak jumpa anak kalau ada penglibatan keluarga mereka. Tetapi yang paling terkesan adalah kalau saya berpisah, saya tidak akan dapat banyak masa dengan anak sepertimana sekarang. Apa yang patut saya buat? Saya buntu dah… – Anonymous (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Kird Ree : Kalau tetap stay, benda tu tak elok untuk anak. Aku dah cakap sebelum ni. Bila kau tak happy, tapi kau tetap stay dalam ket0ksikan, lambat laun, anak akan tahu. Kau takkan boleh tutup bangkai gajah yang besar tu. Lagipun, berpisah bukan maksudnya broken family. Asalkan sama – sama bertanggungjwb besarkan anak tu. Masing – masing kena main peranan walau berpisah.

Sal Saari : Pelik sungguh sikap isteri awak ni, kalau saya, saya berterima kasih dapat suami yang selalu mempert4hankan isteri. Untuk kesejahteraan dan ketenangan keluarga kecil awak, saya rasa sebagai suami jauhkanlah daripada keluarga isteri tu.

Bukan nak putus silaturahim tapi bagi fasa bertenang dan fasa baiki hubungan keluarga kecil awak tu dulu. Kalau isteri tak mahu ikut kehendak awak, rasanya sampai dah waktu ke pejabat agama dapatkan kaunseling. Itu jela boleh bagi pandangan. Semoga dipermudahkan urusan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :