Abg kahwin janda anak 4. Bila balik kampung kak ipar berkurung dalam bilik tapi merungut kami masak tak cukup untuk anak-anak dia

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Abang aku tegur mak konon tak bercakap dengan anak – anak tiri dia. Abang jadi orang tengah, kenapa mak aku tak like gambar, tak komen dekat gambar kak ipar dengan anak – anak tiri…

#Foto sekadar hiasna. Aku seorang perempuan awal 20-an. Cerita ni berkenaan abang aku, seorang teruna yang kahwin dengan seorang janda beranak – pinak. Abang aku ni seorang yang anak emak, tak pandai berdikari, hatta beli seluar dalam pun mak yang belikan.

Dia seorang yang naïf, tak ada kawan sangat, dan tak terdedah dengan dunia luar rumah. Kerjanya freelance dalam bidang IT. Buat kerja dapat duit, tak buat, tak ada duit. Biasanya dia kerja, dapat satu dua job untuk sustain hidup sebulan, dia akan stop. Lepas dah habis duit, baru dia kerja balik.

Umur dah lanjut, menghampiri 30, dia mula rasa nak kahwin. Berkenalan dengan perempuan – perempuan online yang selalu diakhiri dengan direject lepas first time jumpa. Sampailah masa kenal dengan sorang janda anak empat ni. Baru kenal 3 minggu secara online, decide nak jumpa. Sorang diri dia naik bas dari rumah di Perak ke Johor.

Sekembalinya ke Perak, dia bagitahu mak, masa dia jumpa perempuan tu di Johor, perempuan tu terus ajak kahwin dan abang aku dah setuju on the spot. Dan dah siap belikan cincin tanda jadi masa diorang first jumpa tu jugak. Diorang dah siap bincang hantaran, ditetapkan oleh pihak perempuan, abang aku setuju saja.

Mengikut cerita abang aku, perempuan ni terlalu mendesak nak ajak cepat – cepat kahwin sebab kalau tak, nanti ramai lagi yang dok menunggu. Abang aku yang desperate jadi menggelupur takut terlepas peluang sebab dah ada orang yang nak kat dia.

Masa ni, benda pertama yang aku perasan kenapa la perempuan ni yang sebelum ni pernah gagal dalam perkahwinan, boleh buat keputusan secepat ini nak kahwin dengan lelaki yang baru kenal 2 – 3 minggu. Dia tak takut ke dapat laki yang bermasalah macam yang dia claim ex-suami dia dulu? Aku yang masa tu baru nak ambik SPM pun boleh fikir.

Abang aku? LagiIah tak fikir sebab kemaruk sangat takut orang kebas. Dengar cerita kerja kira berpangkat juga la dalam oil & gas. Mak ayah aku sangat kecil hati sebab dia tak berbincang langsung dengan family. Bila mak ayah aku nak nasihatkan dia suruh ambil masa sikit lagi untuk kenal hati budi, terus dimarahinya kata tak respek pilihan dia.

Abang – abang aku dan kakak – kakak aku yang lain pun tak tahu apa. Semua terk3jut dan sedikit kecewa sebab at least diorang expect bagi tahu la sebelum buat keputusan. Ini semua dia setel sendiri tanpa minta restu mak ayah. Sampailah hari nak kahwin, lebih kurang 2 bulan lepas diorang first jumpa tu.

Untuk info, masa diorang kahwin ni, perempuan ni baru setahun lebih bercerai dengan suami terdahulu, dan anak yang paling kecil umur baru 2 tahun. Diorang kahwin masa tu PKP. Si abang aku ni, yang sebelumnya tak reti buat apa – apa (sampai spender pun mak yang tolong belikan macam aku cerita awal – awal tadi), tiba – tiba jadi sangatlah capable.

Urusan perkahwinan semua diurus sendiri, sehingga pergi nikah pun sendiri sebab masa tu PKP, kitorang dari Perak tak boleh rentas negeri. Dia saja dapat kebenaran PDRM untuk ke Johor dan bernikah. Alhamdulillah selesai nikah. Dan family kitorang kat sini redha dan tak ada masalah langsung nak terima family baru kita ni.

First time jumpa keluarga baru “besar ini” bila abang aku bawa keluarganya – isteri dan anak – anak tirinya balik ke Perak untuk berkenal – kenalan. Semuanya okay. Bulan berganti bulan, dok ulang – alik balik kampung, balik Johor. Bermulalah nampak benda – benda pelik seterusnya.

Aku dok perhati, setiap kali balik, kak ipar aku ni banyak duduk dalam bilik, bukan jenis ringan tulang nak menolong di dapur. Dan bila keluar pun, bukan jenis ringan mulut nak bermesra sembang – sembang dengan ahli keluarga lain. Anak –  anaknya yang ramai pun tak dipeduli pasal makan minum diorang, semua aku dengan mak kena prepare dan serve.

Dia dok dalam bilik je, entah apa yang dibuat aku pun tak tahu. Tapi tak apa la, tak kisah sangat pun pasal ni. Sekadar rasa pelik je. Kitorang okay je melayan anak – anak sed4ra, happy – happy je main, makan semua. Dan perkara buruk start. Ada masa tu diorang balik kampung, dan bila dah balik ke Johor, abang aku ni call mak bagitahu katanya mak aku ada buat bini dia terasa.

Bini dia meng4muk kat dia sampai dia str3ss. Katanya mak aku ada alihkan barang dalam bilik diorang kat kampung ni. Berg4duh la diorang laki bini. Masa tu mak ayah aku pun str3ss dan bingung sebab katanya diorang punca perg4duhan sebab alihkan barang dalam bilik.

Sehari dua lepas tu diorang dah okay. Dan korang bayangkan, perkara ni berulang – ulang jadi. Setiap kali diorang balik kampung, balik Johor, ada je yang di komplennya. G4duh baik, g4duh baik. Mak ayah dik4takan punca. Yang peliknya masa kat kampung tu okay saja, happy – happy. Bila dah balik ke Johor dalam dua minggu macam tu, barulah abang aku akan call mak dok mengomplen. Benda – benda buat g4duh semua benda – benda tak masuk akal. Antara nya:

– Lewat serve makan.

– Makanan masak tak cukup (sebab diorang kan ramai, kadang – kadang aku salah bajet jugak, dah la dia tak menolong kat dapur).

– Kadang – kadang aku atau mak ayah aku macam kurang bercakap dengan anak – anak dia pun dikomplennya, katanya diorang tahu la status diorang keluarga tiri ni.

Seriously, kitorang tak pernah beza – bezakan pun. Dia seolah – olah sentiasa memerhati dan menilai macam mana layanan kitorang kat family dia. Silap sikit je memang kena. Tak balas WhatsApp, tak like status, tak komen gambar pun kena, weh. Macam paran0id pun ada.

Abang aku ni la jadi orang tengah dok call mak bagitahu kenapa tak like gambar, tak komen dan sebagainya. Apa ke giIa tu. Panjang lagi cerita sebenarnya, tapi cukuplah dulu untuk kali ni. Bosan je cerita dia semua kes berulang je. G4duh baik, g4duh baik.

Salahkan kami di kampung kononnya sebab status diorang tu. Yang kesian tu, mak ayah dah tua, str3ss setiap kali jadi macam ni. K lah. Saja nak luah. Kalau ada komen – komen atau cadangan membina, silakan. Terima kasih ya. – Risdiani (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Ha Limah : Per4ngai jangan nak diva sangat eh. Dah kira syukur orang sanggup terima baik buruk, lagi nak dilayan macam princess. Lepastu karang mula la meratib “menantu orang luar, menantu orang luar”. Dah diri – sendiri dok terperuk je dalam bilik macam enau dalam beIukar, memang layak la dilayan macam orang luar.

Akmal Sulong : Beritahu abang awak, masalah bini complain tu, tak payah call bagitahu mak. Kesian mak str3ss. Pandai – pandai dia lah settle dengan bini dia. Kalau tak cukup sedia makan, lain kali, suruh abang awak pergi pasar sendiri, dia nak beli ayam 10 ekor ke… sayur 10 kilo ke… pandai dia lah.

Rina Sulaiman : Lama juga tu bertahan perkahwinan mereka. Abang awak betul punya sayang. Doakan je lah mereka kekal bahagia. Bab mer0yan tu tak payah layan. Duduk pun jauh kan. Tapi kalau nak selesaikan, next time deme balik bersemuka semua ahli keluarga. Bab masak makan, awak bawa je mak abah makan di luar. Pandai – pandai mereka lah usaha nak bagi anak – anak makan. Melampau.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.