Ada kawan kaya, kereta volkswagen, dior, siap kata hanya pakai barang branded, sekali dia pinjam nama saya buat loan

Jadi masalah pada saya bila saya terlalu b0doh benarkan dia untuk menggunakan nama saya kerana dia ingin membeli sesuatu secara hutang. S4kit hati bila ada ‘orang’ kejar kita suruh bayar hutang sedangkan bukan kita yang buat hutang. Sekarang dia masih hidup mewah tapi hutang pinjaman saya..

#Foto sekadar hiasan. Confession terakhir saya, mungkin 6 tahun lepas? Tapi saya rasa, saya perlu juga tulis confession ini untuk pengajaran semua orang (perhaps? I don’t know. Maybe? I hope so.) Kali ini, saya nak luahkan 1 perkara iaitu hutang.

Sebelum saya mulakan cerita ini, saya nak beritahu bahawa hutang, perlu dibayar sebelum kita m4ti. Jika kita m4ti meninggaIkan hutang, maka w4ris yang tinggal wajib membayarnya. OK, ada beberapa cerita yang saya nak ceritakan mengenai hutang.

CERITA PERTAMA. Saya ada seorang rakan yang gemar meminjam duit dengan orang sekelilingnya dan saya sendiri tidak mampu memahami kenapa dia berbuat demikian. Lihat dari gaya hidupnya, sangat mewah. Kereta Volkswagen, Dior, dan dia mengaku hanya memakai barangan yang original dan branded.

Tapi, dia juga gemar meminjam duit dengan orang sekelilingnya. Jadi masalah pada saya bila saya terlalu b0doh benarkan dia untuk menggunakan nama saya kerana dia ingin membeli sesuatu secara hutang. Bila dia tidak bayar, pemiutang akan menghubungi saya dan menyebabkan saya terp4ksa ingatkan dia supaya membayar hutang tersebut.

Persoalan saya ialah, kenapa mahu menunjukkan diri seolah – olah mampu sedangkan hutang keliling pinggang? Bila kita sebagai kenalan berbaik hati beri nama kami untuk dia guna, kenapa tak gunakan dengan sebaiknya?

Sekurang – kurangnya bayarlah hutang itu ikut jadual. Jika sudah tidak mampu, berhentilah berlagak. Bukan saya bitter, tapi perasaan pemiutang mengejar kita sedangkan bukan kita yang membuat hutang itu, sangat meny4kitkan hati.

Niat asal untuk menolong, tapi jadi beban. Lebih meny4kitkan hati, dia tetap showing off yang dia mampu dalam segala hal. Yes, saya b0doh. tidak perlu komen yang saya b0doh. Dulu kerana saya terlalu naif dan b0dohlah, saya dipergunakan sebegini.

CERITA KEDUA. Ini kisah kenalan rapat saya, tapi saya rasa, saya nak kongsi jugak dekat sini, supaya orang yang suka berhutang ni, ada akal untuk berfikir dengan lebih rational dan praktikal. Dia ada seorang adik yang kerap kali meminjam duit dengan kakaknya seolah kakaknya kerja cop duit.

Tidak salah nak bagi adik sendiri pinjam duit, memang tanggungjawab kita sebagai ahli keluarga saling bantu membantu. TAPI.. Jika hari ini pinjam, esok pulang, lusa pinjam semula. Sebagai seorang ahli keluarga yang memberi pinjam, adakah wajar?

Bila si adik dapat duit KWSP, yes, adik membayarnya. Tapi tidak kekal. Lepas 3 hari bayar, adik akan minta semula duit yang dibayar. Jika itu adik saya, saya pasti akan tend4ng dia, for sure. Bila kita membantu dia selesaikan hutang dia, dia buat pula hutang baru.

Masalah yang sama macam kisah pertama, peminjam selalu dengan lagak gaya hebat. Bila pinjam duit, malam itu terus makan luar. Bila dapat duit lebih, terus hidup boros dan post semua di social media seolah – olah hidup senang. Hakik4tnya? Berhutang sana sini.

Cukuplah saya share 2 kisah ini dan tahu atau tidak? Mereka ada sikap yang sama. Saya tak pukuI sama rata, ada sesetengah orang memang struggIe berhutang untuk keberlangsungan hidup. Kes – kes macam ini, saya enggan ulas.

Tapi yang saya ingin ulas ialah, kita kena tahu kemampuan kita dan hidup dengan benda benda yang kita mampu. Susah sangat ke hidup bersederhana? Perlu ke hidup bergaya walhal berhutang sana sini dan menyusahkan orang lain.

Jika kita tidak mampu untuk bergaya, just let it be. Kenapa nak hidup dengan korek lubang tutup lubang? Tidak rasa penat ke hidup begitu? Tahu atau tidak hidup bebas hutang ialah perkara terbaik dalam hidup sebenarnya. kenal pasti hutang itu baik untuk kita atau tidak.

Jika berhutang untuk beli aset, ianya hutang yang pada saya, bagus. Tapi kalau hidup dipenuhi loan loan yang jahat, kemudian menyusahkan orang sekeliling. Malah gunakan loan loan yang jahat seperti personal loan demi untuk menunjukkan pada semua orang yang dia mampu segala hal?

Sorry, saya tak impress ya. Lebih lagi jika kita tahu dia berhutang demi untuk kelihatan megah di social media. Sini saya beri sedikit cadangan pada mereka yang suka meminjam sana sini demi nak meraih pujian orang di social media.

Downgradekan diri jika benar kita tidak mampu. Kumpul segala hutang, settlekan 1 by 1, slowly dan elak buat hutang baru. Jika perIukan anda berpuasa, baik berpuasa. Jika hutang anda tidak menyusahkan orang lain, should be not an issue.

Tapi jika ianya melibatkan orang lain, muhasabahlah diri. Saya tidak cakap semua penghutang ialah orang jahat. Tapi, memang ada certain manusia yang suka ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Tidak h1na pun jika kita hidup secara sederhana.

Ada apa dengan barang mewah yang perlu untuk kita kejar? Ada apa dengan tayang yang kita hidup padahal kita tidak mampu pun untuk hidup begitu. Belajarlah cara cara untuk selesaikan hutang. Bukan menambah hutang.

Ingat semula dengan siapa kita berhutang dan berusahalah untuk selesaikannya. Ingatlah dengan otak, bukan semua orang akan kagum jika kita showing off kehidupan palsu kita itu. Jika gaji kita hanya ada 2K, hiduplah dengan cara 2K. Jangan bebankan diri untuk bermegah.

Jika teringin nak hidup macam orang lain yang bergaji mungkin 10K, maka berusaha keraslah untuk kearah itu. Jika ada yang terasa, saya harap anda mampu maafkan saya. Sekian, terima kasih. – MATAHARI (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Peah Peah : Memang betul ada species manusia yang suka bergaya walaupun duit tak berapa nak ada. Hidup sendu tapi bergaya mengalahkan jutawan. Sanggup buat cerita sedih, menjaja simpati sana sini, padahal hidup tak laa susah mana demi nak bergaya mewah.

Rabiatul Adawiyah Mohd Rosli : Ada orang sampai dah meninggaI dunia tak bayar hutang.Bila minta pada w4ris, dan w4ris kata,”Si pulan tak pernah cakap pun dia ada hutang..”Tu susah.. Lagi pulak takde hitam putih. Si w4ris ingat kita kotlah nak ambil kesempatan atau memang buat tak reti bab hutang. 2 – 3 dah saya tengok hal ni. Sampai ada w4ris bagi alasan cakap bukan dia yang berhutang. Jadi kata dia bukan urusan dia..

Ezd Airaniez : Sokong part jangan susahkan orang lain tu. Elakkanlah berhutang kalau tak mampu bayar semula. Lagi satu kalau nak mula bisnes jangan mulakan dengan hutang. Ramai yang mula bisnes, suka buat hutang. Lastly orang lain jadi m4ngsa. Sabar jela.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.