Madu saya selalu ugvt akan buat secara kasar dan halus untuk ramp4s suami daripada saya

Saya mempunyai seorang madu yang berusia lingkungan 40-an dan sebelum ni dia merupakan janda anak 2. Saya belajar untuk redha dan terima tetapi maIangnya, dia selalu mempersoalkan tentang duit nafkah yang diberi oleh suami. Dia suruh saya berjimat cermat, jangan membazir…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Saya mohon hide profile saya, terima kasih. Saya nak minta pandangan dan pendapat pada tuan dan puan. Saya tak tahu nak mula dari mana tapi saya cuba ceritakan masalah saya ni terlebih dahulu.

Sebenarnya saya mempunyai seorang madu yang berusia lingkungan 40-an dan sebelum ni dia merupakan janda anak 2. Dia telah bernikah dengan suami hampir setahun lebih, itu pun nikah secara senyap di Siam. Saya mendapat tahu kebenaran pada usia pernikahan mereka sudah masuk 5 bulan, seusia anak saya yang ketiga kerana mereka bernikah sewaktu saya tengah sarat nak bersalin, sekarang umur anak pun dah setahun lebih.

Pada awalnya saya tahu sendiri melalui mulut suami, dia mengaku sendiri setelah saya sering kali menyoal dia setiap hari kerana saya dapat petunjuk di fb ada gambar mereka berdua. Sejak itu saya perlahan – lahan terima ketentuan yang saya telah dimadukan.

Memang makan dalam sangat dan pada masa yang sama saya tak beritahu keluarga saya, sebab saya cuba untuk selesaikan sendiri dengan aman. Selepas itu, saya tetapkan dalam hati untuk belajar redha dan terima insan ketiga itu seikhlas hati saya agar saya tidak membebankan perasaan suami saya dan buatkan dia lebih rasa bahagia meskipun hati saya terIuka.

Bulan puasa tahun lepas saya dan madu ada cuba untuk berbaik akan tetapi dalam 4 bulan kami berbaik dia mula tunjuk taring dia sering ganggu saya dengan mesej – mesej persoalan tentang duit belanja. Dia suruh saya berjimat cermat, jangan nak membazir padahal sebelum hadir dia dalam hidup kami tak ade pun timbul apa – apa isu duit daripada suami.

Saya pun memang jenis berjimat cermat sejak dulu lagi. Tak pernah meminta – minta yang di luar kemampuan suami, cukup sekadar keperluan. Pada masa yang sama perempuan itu tidak pernah merasa puas hati terhadap saya, terhadap nafkah saya yang diberi oleh suami. Dia sering mempersoalkan nafkah dan hak saya, hak anak – anak saya.

Bila saya mengadu pada suami tentang mesej – mesej dia suami selalu suruh endahkan jangan layan. Bila suami tegur dia, dia marah balik kat suami. Saya pun tak pernah nak layan pun, dia je yang selalu ganggu saya. Sejak tu dia rasakan yang saya ni mengada – ngada nak mengadu kat suami tentang dia, kononnya saya ni berniat nak buat suami nampak dia yang jahat. Padahal saya tak ade niat macam tu pun.

Sejak itu lah dia mula mengugvt saya, akan jadikan suami tu milik dia seorang. Dia mula tunjukkan sifat negatif dia sehingga sekarang. Dia selalu mengugvt saya akan buat secara kasar dan halus untuk ramp4s suami daripada saya.

Selama setahun ni dah macam – macam kutukan dan pengh1naan dia pada saya melalui mesej – mesej. Nombor wassap dia, saya dah lama bIock, segala mesej – mesej dia, saya simpan untuk dijadikan bukti suatu hari nanti.

Dia sering mengh4sut suami untuk menceraikan saya dan tinggalkan anak – anak. Tapi suami berkeras tak nak tinggalkan saya dan anak – anak kerana suami tahu akan baIasan Allah nanti. Kalau suami tak ceraikan saya dia akan buat per4ngai agar suami rasa tertekan dan sampai satu tahap suami jadi marah – marah pada saya.

Dalam beberapa bulan ni saya nampak perubahan yang ketara pada suami, dia mula tidak berlaku adil dalam pembahagian waktu dan kasih sayang terhadap saya. Kadang – kadang saya pula yang dipersalahkan seolah – olah saya yang meramp4s suami dia tapi pada anak – anak suami masih terserlah kasih sayang.

Saya dikutuk hanya menghabiskan duit suami kerana memberi makan pada saya yang tak bekerja perempuan tu panggil saya “biawak hidup” dan dia marah suami bayar sewa rumah tempat kami anak beranak tinggal. Selalu kutuk saya muda tapi tak mengancam tak pandai dalam bahasa m4kian dia kata saya bod0h!!

Si perempuan itu selalu meng0ngkong suami agar tidak luangkan waktu dengan saya dan anak dan diIarang sekali suami balik tidur di rumah saya, nak bawa anak – anak jalan seperti dulu pun dah tak ade masa. Hidup suami pun bukannya bergaji besar hanya cukup – cukup makan saja. Saya pun ada buat bisnes online untuk tampung belanja tengah bulan.

Suami pun turut saja apa yang madu nak. Segala kehendak dia, suami seolah – olah dah tak ingat apa dah. Dia dah tak ingat peng0rbanan saya selama 8 tahun nikah. Suami rela buat saya s4kit daripada berg4duh dengan perempuan tu.

Hanya Allah yang maha melihat dan mengetahui tuan – tuan dan puan – puan. Betapa pedihnya hati ni terIuka dengan ketidaktegasan suami dalam berpoIigami. Suami lebih berat sebeIah dekat isteri kedua, padahal saya umur hampir sebaya dengan suami. Sekarang ni yang membimbangkan suami mula turuti kata – kata perempuan itu untuk menceraikan saya.

Sebab si perempuan tu selalu ugvt nak minta cerai kalau suami tak tinggalkan saya, padahal saya tak ade salah apa – apa pun. Saya tak pernah berlaku curang atau buat per4ngai yang tak baik kerana dunia saya 24 jam dengan anak – anak.

Apakah langkah pertama yang harus saya lakukan untuk memberi pengajaran kepada mereka ni? Adakah dalam situasi ni saya boleh mendakwa orang ketiga tu kerana menyebabkan keruntvhan rumahtangga? Saya mula bangkit demi anak – anak saya. Jika keadaan berlarutan seperti ini lebih baik saya pergi dari terus tersiksa.

Komen Warganet :

Rosmaniza Ramli : Madu yang jahat jangan bagi muka, pert4hankan hak kamu sebagai isteri, korang ada anak. Ikhtiar selagi mampu sebab dia dah melebihi yang sepatutnya, bertahan. Andai kata tak kuat untuk bertahan mengalahlah untuk tidak lebih terIuka dan terh1na.

Kenangkan suami jika dia masih benar – benar sayang bertahanlah tapi jika suami dah berpaling kasih berundurlah anggap suami dah tak mahukan awak. Berubahlah bina masa depan dengan anak – anak mungkin akan lebih baik nanti.

Serina Mohd : Jangan sekali – kali kau mengalah dik. Dia yang masok dalam kehidupan kau, cerob0h rumahtangga kau, ramp4s kebahagiaan kau. Kau kena Iawan balik.. Rasanya suami kau dah kena nasi mandrem dengan madu kau tu.

Cari jalan ubatkan suami kau balik kalau kau masih sayangkan suamilah dan kau rasa suami masih sayangkan kau dan anak – anak juga.. Jangan cepat mengalah. Ingatlah di penghujung kegelapan pasti ada sinar kebahagiaan cuma kau perlu cari cahaya tu. Jangan hanya menunggu untuk sebuah pengakhiran..

Siti Nurnazirah Binti Miting : Cerita puan ni betul – betul buat saya seram tau. Malah tr4uma lagi sebab sama dengan apa yang makcik saya lalui dulu. Sebab tu la saya tak suka sangat – sangat dengan bermadu ni. Tak akan ada keadilanya. Puan bertindak la, jangan diam saja.. Kalau suami cerai juga, puan bertindak la dari sekarang tuntut hak puan.

Ruselina Sulong : Doa minta Allah bagi pengajaran kepada keduanya. Sorang penyondoI dan sorang lagi tak mampu tapi nak ada 2 isteri, lepas tu mula culas tanggungjawab. Berdoa dik supaya Allah beri keadilan kepadamu.

Wati Rosmawati : Akak rasa nak bagi penamp0r sulung kat muka madu ko dik. Betul akak pun dik4tegorikan sebagai peramp4s sebab akak isteri no 2. Dan akak dan madu akak baik sahaja malah kami seperti adik dan kakak..

Tipu kalau tak ada ada perasaan cemburu. Tipu andai kata tak ada mencucuk suami, pasti ada bagi kedua – dua isteri. Yang harus mainkan peranan adalah suami. Dia la yang buat perkara ni terjadi jika dia suami yang baik pasti dia tak akan sebeIah mana – mana pihak.

Tentang nafkah, isteri pertama memang berhak dapat lebih sebab dialah pemulaan suami dan jika bilangan anak dengan isteri muda tidak ramai suami juga boleh pertimbangakn…. Kepada peramp4s dan isteri kedua, ketiga, keempat, tolonglah sedar diri. Termasuklah aku, jangan pandai mengatur kehidupan suami. Faham – fahamlah, anda ada selepas hadirnya isteri pertama.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.