Ibu mertua cakap saya tak sayang anak sebab hantar anak ke asrama

Kami antara biraspernah berg4duh sama sendiri akibat dari mulut ibu mertua. Depan saya, dia akan kutuk biras tapi depan biras dia kutuk saya. Ada je dia cakap kat biras2, saya ni tak cantik besar kalau balik mesti duduk atas kerusi jadi tenggelam. Semua biras saya cakap dan siap rakam lagi suara mertua saya…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, di sini saya nak meluahkan pasal ibu mertua saya, saya dah ada 5 orang anak. Tapi saya masih mempunyai masalah dengan ibu mertua. Mungkin sebab saya tak cantik dan saya ni mungkin bukan menantu pilihan ibu mertua saya.

Tapi saya ada perasaan, waktu mula saya kahwin ok je, semua manis di mata. Bila saya mengandung 2 bulan timbul lah macam – macam masalah. Bayangkan saya alahan mertua kata saya mengada – ngada nakkan perhatian.

Saya tak kisah, memang saya menumpang kat rumah dia. Hari minggu saya balik rumah mak saya tapi saya mesti masak dulu seeblum balik. Jenis suami pula dia suka tolong saya basuh baju, saya cuma akan sidai dan lipat.

Tapi ibu mertua cakap yang saya buat suami jadi h4mba. Ya Allah, tak pernah terdetik sedikit nak buat suami h4mba tapi bila saya sentuh mesin basuh kata saya suka rosakkan, letak baju banyak – banyak. Ya Allah.. kalaulah saya senang, suami gaji banyak, rasa je nak sewa rumah lain.

Bila depan biras – biras yang lain, dia mula mengutuk saya. Saya ni tak pandai masak, tak pandai kemas. Bayangkan saya kahwin umur 19 tahun, memang saya tak ade pengalaman dalam urus rumahtangga. tapi saya belajar..

Saya ni berbadan besar mungkin tak sempurna di mata mertua saya. Depan biras dia mengutuk saya, tapi kalau biras tak ada pula, dia kutuk biras dekat saya. Semua jadi tak kena di mata dia. Bayangkan saya elok – elok saya tengok tv, boleh dia tutup dan sump4h seranah biasa bagi dia.

Dia panggil biras saya dengan kasar, siaI betina semua tu biasa je bagi dia. Pernah kami sama – sama biras berg4duh kerana mertua. Mungkin masing – masing ada kekurangan. Suami saya memahami dengan gaji yang tak seberapa kami berpindah walaupun kami terp4ksa makan nasi dengan garam, kami rela sebab semua yang saya buat kat rumah semua tak kena.

Bila kami sekali sekala keluar jalan – jalan, kami di keji, tak reti duduk rumah, asyik jalan je, tak tahu maghrib ke isyak. Kami berjalan kami tahu tempat sembahyang, kami tahu mana – mana mall semua ade surau. Itu tak bermakna kami tak sembahyang.

Bila saya bersalin dia cakap anak tak cantik tak ade rambut, tu rezeki dari tuhan. Dia cakap saya tak pandai jaga anak, kadang – kadang saya str3ss. Walaupun ibu mertua tak suka saya, saya tetap balik jenguk dia, saya bagi duit masa saya kerja, saya beli barang dapur.

Semua saya buat dan harapkan ibu mertua suka dan boleh terima saya. Masa arw4h ayah mertua saya s4kit, saya yang jaga, saya yang mandikan tapi ibu mertua tak nampak semua tu. Saya bukan nak dia terima kasih tapi cukuplah dia menjaga hati dan perasaan saya.. Saya sabar selama 25 tahun.

Anak saya dah masuk sekolah menengah ade yang dah berkerja, masih mak mertua tak puas hati lagi. Ada je dia cakap kat biras – biras, saya ni tak cantik besar kalau balik mesti duduk atas kerusi jadi tenggelam. Semua biras saya cakap dan siap rakam lagi suara mertua saya.

Anak saya dapat sek agama, jauh dari kawasan rumah, luar daerah. Macam – macam dia cakap yang saya dan suami tak sayang anak. Semua sayang anak, saya masukkan anak saya ke asrama supaya dapat berdikari. Orang luar tak tahu macam mana hanya boleh mengata je..

Kadang sedih sangat bila dia cakap saya bazirkn duit sebab hantar anak sekolah jauh – jauh. Saya nak anak saya berjaya. semua sayang anak. Dia cakap saya ni macam binatang sebab tak sayangkan anak tapi binatang pun sayang anak.

Ya Allah, saya tak pernah jumpa lagi mertua macam ni. Bila saya beritahu suami, dia cakap ma dia memang dari dulu macam tu, tak dapat buat apa. Dia cuma doakan ibu dia diberi hidayah.. Semoga ibu dia ada perasaan sayangkan anak menantu.

Alhamdulillah walaupun saya diberi mertua macam tu, saya diberikan suami yang baik, yang beriman.. Tak pernah Iawan cakap ibu dia, apa yg dia tak puas hati dia diam. Saya banyak belajar per4ngai suami, dia suruh saya bersabar, layan je per4ngai ibu.

Ya, kadang – kadang tahap kesabaran saya habis, tapi alhamdulillah saya tak pernah membantah mertua saya. Habih marah pun saya diam, kalau saya Iawan lain jadinya tapi sampai sekarang mertua saya masih tak berubah.

Tapi bila nak ke mana – mana, mahu pergi klinik ke, dia mesti call saya, minta tolong saya hantarkan. Tapi saya terfikir, seolah – olah dia tak ade perasaan. Kutuk saya, sump4h saya macam – macam tapi bila ada masalah saya yang di cari.

Saya tak kisah, sebab bagi saya, dia dah tua. Kalau saya layan macam mana dia layan saya, seolah – olah saya pun sama je per4ngai macam dia. Ibu mertua saya ni kalau bab solat alhamdulillah selalu je solat tapi mulut ya Allah, Ya robbi, pernah suatu hari dia bagi duit untuk kami beli pakaian raya, dicampakkan dari atas dia cakap, “ambik engkau beli pakaian raya anak.”

Saya cakap, saya masih mampu, tak apa lah. Anak saya yang masih kecil kutip duit, letak balik atas tangga. Pernah abang ipar saya belikan kasut sekolah untuk anak saya, boleh mertua cakap saya ni minta beIasan ihsan dari orang, tak mampu sekolahkan anak, berhenti je.

Saya tak minta orang membantu saya tapi berkat kesabaran saya, doa suami saya, layanan saya terhadap ibu mertua, anak saya berjaya. Saya dah ada 3 buah rumah. Saya selalu je ajak mertua saya bermalam rumah saya. Tapi bila ja balik rumah dia, ade je yang dia bercerita pada jiran.

Saya ni tak pandai kemas rumah, tak masak. Saya ni berkerja, sebelum pergi kerja saya masak untuk mertua saya dan anak – anak. Masak nasi awal – awal dan saya hidangkan terus. Saya hairan apa masalah mertua saya ni, saya selalu berdoa sebelum mertua saya tutup mata, tuhan bagi dia satu keinsafan.

Ibu mertua saya tak pernah memohon maaf walaupun kesilapan datang dari dia. Saya doakan dia berubah. Mertua saya ni kalau orang lain sembahyang semua tak kena, nak suruh kita ni sembahyang depan dia. Kalau letak sejadah depan – depan nanti dia cakap nak menunjuk pulak, serba tak kena.

Tapi saya ajar anak – anak saya hormat nenek dia. Biarlah nenek nak cakap apa, nanti nenek akan malu pada diri sendiri sebab kita layan dia elok. Anak – anak saya memahami per4ngai nenek dia. Kalau balik rumah mertua, saya tak pernah datang dengan tangan kosong, sekurang – kurangnya ada buah ke ape.

Tapi saya memang tak tidur langsung rumah mertua sebab takut nanti habiskan eletrik orang, suke r0sakkan harta benda. Dari orang cakap buat saya terasa hati baik saya hindar dulu, dengan anak – anak lagi.. Saya tak nak anak saya dih1na, macam m0nyet bu4s, macam kelaparan tak bagi makan.

Saya sedih tapi apa boleh buat. Saya akan tetap sabar.. Dia cakap saya tak reti masak kalau masak macam nak bagi haiwan makan tapi saya tetap masak dan kalau hari raya anak – anak dia tak pernah balik raikan dia. Saya angkut semua anak saya pergi pagi raya, petang baru balik.

Saya akan masak dulu siap – siap, baru saya balik rumah mak saya sebab saya kesian tenaga orang tua nak layan tetamu. Tapi bila tetamu datang saya anak beranak di kutuk, r3muk hati tapi tuhan maha adil kan. Sekarang tuhan dah tunjuk, anak saya berjaya tetap tak lupa nenek dia.

Selalu hulur duit, walaupun nenek tak suka. Kadang – kadang saya terfikir, adakah perasaan saya je, cepat terasa hati bila dia sump4h seranah. Bagi anda semua macam mana? Terima kasih sudi baca luahan hati saya. Insan kerdil..

Komen Warganet :

Liya Azam Liya : Macam kisah hidup saya dulu. Mula – mula saya berkahwin dengan suami, ibu mertua dan adik iper saya tak sukakan saya, selalu diketepikan di dalam rumah tu dan sering disindir oleh mertua dan ipar – ipar.

Anak – anak saya pun sering dipukuI dan dim4ki. Nasiblah dapat suami seorang yang penyayang, dia selalu memberikan semangat untuk terus bersabar dengan per4ngai keluarganya. Apa pun ibu dan adiknya cakap tentang saya, yang buruk dia tak akan percaya sebab suami dah lama kenal hati budi saya.

Tapi berkat kesabaran saya dan suami, alhamdulilah sekarang semua keluarga suami tak macam dulu. Semuanya ok, saya dengan ipar – ipar dah macam adik beradik. Adik beradik suami ramai, 18 orang, 9 lelaki da 9 perampuan.. Suami anak no 6, bayangkan berapa banyak hati yang perlu saya jaga waktu tu ..

Supiah Supiah : Alhamdulilah biar pun tak cantik. Tapi hati baik tak apelah manusiakan tak sempurna yang penting kita sentiasa ingat Allah. Allah maha mengetahui. Alhamdulilah suami puan juga baik. Biarkan je mertua tu dengan per4ngai dia. Mungkin satu hari nanti dia akan sedar. Semoga puan sabar dan berdoalah selalu.

Mell Mellya : Bila masak untuk ibu mertua, cuba awak amalkan selawat atas nabi. Niatkan semoga bila ibu mertua makan, hatinya akan jadi lembut dan dapat terima puan seperti anaknya. Bacalah ayat – ayat Al-Qur’an semasa memasak, cukup baca dalam hati.

Jangan kumat kamit pulak mulut tu, nanti katanya j4mpi serapah pulak.. Apapun saya doakan puan tabah. Saya pun pernah melalui situasi puan, lama dulu. Saya tak ade tempt nak meluah, semua simpan dalam hati. Hingga akhirnya mak mertua meninggaI dunia. Hidup ni terlalu singkat puan, sabarlah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.