Niat aku suruh suami kahwin sebab sayangkan dia. Boleh ada orang tolong jaga dia, aku dapat me time’

Suami tak cintakan aku. Dia sayang aku sebab nak tumpang rumah dan kereta aku. Aku pun tak sayang dia sangat lebih kepada nak ada suami dan ada anak. Jadi aku rasa ubatnya kena carikan dia isteri baru yang lebih cantik, baik dan rajin. Bila dah suruh kahwin lain dia punya giIa pergi chat hampir beratus wanita..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua pembaca setia. Cerita ini tidaklah menarik jadi jangan ambil risiko buang masa jika sibuk. Ini kisah aku, aku nak kongsi kerana rasa mungkin ada yang suka nak tahu apa cerita hidup aku.

Ataupun kalau ada yang senasib, sama rasa dengan aku. Aku berkahwin dengan suami yang lebih muda dan lebih lawa rupanya dari aku. Kelebihan aku lebih bekerjaya dan berduit berbanding dia. Dia sekadar kerja dengan orang dan selalu berhenti kerja.

Maksud aku, dia ada rupa aku ada harta. Jadi saling ada kelebihan la untuk jadi sesuailah kenapa tak macam pinang dibeIah dua. Rupa aku tidaklah teruk, cuma gelap hidung kembang dan rambut rosak. Suami aku plak lebih cerah hidung mancung rambut lurus.

Bila dapat anak satu ikut ayah satu ikut mak. Yang ikut mak rasa rendah diri pula kenapa tak cantik. Tapi aku pujuk dengan katakan dia lebih cerdik dan baik. Aku bersyukur dapat suami yang boleh terima kekurangan diri ini.

Namun keluarga dia tak suka aku, keluarga aku tak suka dia sebab kami ada kelemahan dan keburukan tersendiri. Dia malas nak mamp0s, malas kerja dan tolong hal rumah tangga. Tau mengangkang je di rumah. Bila keluarga tahu memang tak suka dia, kena pula dia tak pandai ambil hati dan biadap dengan orang tua.

Dia panggil mak ayah aku dengan nama. Jika bercakap dengan aku tak panggil sayang panggil nama. Dengan anak pun tak bahasakan diri ayah, tapi dadi. Per4ngai dia maaf cakap macam bukan orang, tapi muka orang eropah.

Aku muka macam orang asli tapi citarasa eropah. Senang cakap dia tak cintakan aku. Dia sayang aku sebab nak tumpang rumah dan kereta aku. Aku pun tak sayang dia sangat lebih kepada nak ada suami dan punya anak.

Jadi, aku layan dia ala kadar. Tak buat makanan kegemarannya, tak siapkan bajunya, tak ajak dia melancong dengan anak – anak. Jadi keluarga dia tak suka aku, kata aku suka bebas dan tak taat suami. Padahal suami macam ular sawa belit sana sini.

Aku terasa juga macam berd0sa tak layan dia. Buat hal sendiri, sibuk kerja. Rasa lebih baik tak ada suami, cukuplah dah ada anak berpisah lebih bahagia. Tapi, aku taknak jadi janda. Aku pun syorkan dia kahwin lagi. Aku suruh dengan serius.

Dia apa lagi gatal tak tentu arah. Suami ni kalau betul sayang isteri dia tak akan terfikir nak cari yang lain. Mahu bahagiakan yang ada tapi dia tak mahu bahagiakan aku melainkan s4kitkan hati selalu. Kadangkala aku terfikir dia ni ada peny4kit mentaI ke… Per4ngai lain dari orang.

Banyak sangat benda yang lain dari orang seperti tak suka pergi kenduri atau masjid. Suka nampak salah orang. Marah perkara kecil. Jadi aku rasa ubatnya kena carikan dia isteri baru yang lebih cantik, baik dan rajin. Jadi, walaupun ramai yang tak suka dia, aku masih sayangkan dia sebab dia suamiku bukan suamimu.

Aku je dapat rasa apa baiknya dia ada untuk aku. Bila dah suruh kahwin lain dia punya giIa pergi chat hampir beratus wanita. Banyak betul yang dia layan, aku biar je walau rasa s4kit hati dan curiga dan macam b0doh pun ada.

Waktu tidur, waktu makan, waktu dalam tandas dalam kend3raan sibuk melayan fon dengan awek lain. Ini bukan sunnah, punah. Tapi, dia lebih kepada buat benda tak senonoh. Layan video Iuc4h, masuk group s3ks s3ksi.

Permainkan anak d4ra orang tapi tak serius nak kahwin. Niat aku suruh dia kahwin sebab sayangkan dia. Nak dia berubah lebih baik sebab aku tak mampu nak ubah. Nak ada orang lain jaga makan pakai tidur dia agar aku ada me time.

Sekarang ni aku dalam dilema. Suami apa macam ni. PerIukah aku bertahan demi anak – anak. Dulu aku buruk sangka dengan orang bercerai kerana fikir mesti per4ngai tak baik, jadi aku akur aku tak baik juga dia pun. Yang lebih membimbangkan, aku tak mahu anak – anak aku per4ngai macam ayahnya. Pentingkan diri, b0doh sombong, miskin malas.

Kesimpulannya, aku sedar poIigami ni ada baiknya untuk mereka yang layak. Terutama bab duit dan tanggung jawab.. itu hak suami. Tapi dalam kes aku, aku tak boleh p4ksa sesiapa jadi isteri kedua dia sebab dia tak layak dan mungkin akan merosakkan hidup orang lain dengan menjadi madu aku untuk diperguna.

Aku lazimi doa Nabi Adam, Nabi Yunus yang merasa menzaIimi diri sendiri. Aku amalkan juga doa Nabi Ibrahim nak diri dan keturunan menjaga solat sebab solat dapat mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar. Ya Allah, jadikan kehidupan dunia akhir4t kami kebaikan hasanah.

Aku banyak koleksi buku agama tinggal tak baca dan amal saja. Aku lemah. Aku malu. Maafkan aku.. Aku doa juga suami aku berubah tapi mungkin aku yang kena berubah. Terima kasih yang sanggup membaca dan berkongsi kisah ini.

Bukan semua isteri menolak poIigami. Sedar suami adalah pinjaman boleh dikongsi dan isteri wajib taat hormat. Tapi, aku bukan setegar golongan ikhwan yang madu boleh bergandingan di majlis nikah suami. Aku ada type. Aku ada maru4h. Ok bye, terima kasih.. – Permaisuri Suria (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nora Mohamed Isa : Saya pun pernah dalam keadaan begini. Saya suruh suami kahwin lagi sebab saya nak me time dan tak perlu ambil berat tentang dia. Tapi dia taknak plak kahwin lain sebab dia nak yang boleh dih4mbakan kewangan dan lain kesenangan seperti mana dia buat kepada saya. Akhirnya saya berjaya cerai fasakh selepas 15 tahun berkahwen.

Nor Arfa : Taknak jadi janda? Padahal apa yang kau sedang lalui ibarat kau seorang yang takde suami. Kau nak orang kawin dengan laki tak guna kau tu. Nak rosakkan life perempuan lain? Silap – silap dengan madu pun kau kena tanggung. Berpisah sebelum terlambat. Takkan kau nak pelihara biawak hidup sampai bila – bila.

Farah Hanina : Seronok la laki awak kalau kahwin 2. Dapat pulak wife ke 2 pun kerja dan banyak duit. Dia kekal terkangkang di rumah. Wives tanggung family, dia tabur benih je. Dah masuk tahun 2023 pun masih ramai perempuan yang sanggup bela biawak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.