
Satu hari aku tergerak nak check location tracker suami. Aku perasan ada something suspicious. Rupanya dia masih berjumpa dengan perempuan tu, setiap hari! Masa aku kerja, masa aku masuk hospital, masa aku outstation. Kali ni aku nekad, aku cerai biar suami jaga anak – anak..
#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Aku Maw4r, dah kahwin 15 tahun dan ada anak 3 orang. Ada yang sekolah menengah dan sekolah rendah. Setahun lepas, suami aku pernah ada skandal. Aku tahu pun sebab ada orang bagitau. Tapi orang tu suruh aku siasat dulu and jangan tanya suami aku sebab katanya suami aku ni manipulative.
Informer bagitau pun sebab kesian kat aku, katanya aku baik sangat sampai suami aku tipu aku. Suami aku katanya plan nak kahwin jadi sebelum dia kahwin senyap – senyap, dia bagitau aku. Mula – mula aku tak percaya sebab aku rasa suami aku baik dan faham agama, takkan lah dia buat benda – benda macam ni, walaupun ada beberapa peristiwa yang membuatkan aku rasa curiga tapi aku tetap menafikannya sebab macam aku cakap tadi takkan lah dia buat macam tu.
Tapi aku try confront suami aku, tanya dia betul ke apa yang aku dengar dari orang dia bercinta dengan bekas rakan sekerja dia hampir 3 tahun dan plan untuk kahwin. Perempuan tu aku kenal. Tapi dia menafikan. Namun tiba – tiba malam tu dia tak boleh tidur dan minta maaf banyak kali kat aku.
Tapi aku masih b0doh ye tak boleh tangkap maksud di sebalik perbuatan dia. Sehinggalah esoknya aku check phone dia, ada log video call dengan perempuan tu pukuI 1-2 pagi, dan beberapa log call. Bila aku tanya, katanya ada urusan kerja sedangkan diorang dah lama tak kerja bersama. Aku tanya urusan apa call perempuan tu malam – malam?
Dipendekkan cerita, lepas aku siasat rupanya betul diorang bercinta. Aku jumpa perempuan tu. Rupanya banyak kali wasap tapi delete chat. Aku tak tahu sejauh mana hubungan diorang tapi bila jumpa perempuan tu dan aku baca wasap chat diorang, aku tak tahu nak kata apa, cuma yang aku boleh katakan aku tak sangka suami aku boleh buat macam tu. Aku sangat kecewa, rasa b0doh, terkhi4nati dan macam – macam lagi.
Masa tu dia menangis merayu – rayu minta maaf dari aku. Katanya dia lalai. Dan janji tak ulang lagi. Dia kata, dia tau aku tak suka poligami jadi dia tak jadi pun nak kahwin dengan perempuan tu tapi kesian nak tinggal kan. Alasannya nak tolong sebab andartu.
Perempuan tu pula katanya suami aku yang pujuk dia untuk kahwin. Dan dia hanya ikut sahaja. Tapi dia berjanji tak akan kacau suami aku lagi. Selepas kejadian tu, aku pun dengan b0dohnya percaya dan sangat mudah memaafkan dia. Bukan maafkan je, malah terlalu cepat ‘sejuk’ menerima suami aku kembali dengan alasan dia ‘lalai’.
Selepas sebulan, satu hari aku tergerak nak check location tracker google map dia. Aku perasan ada something suspicious. Rupanya dia masih berjumpa dengan perempuan tu! Siap cuba berhubung menggunakan cara lain! Dan bila aku trace tracker rupanya sebelum kantoi pertama haritu, hampir setiap hari dia jumpa perempuan tu.
Masa aku kerja, masa aku pernah admit hospital, masa aku ada urusan luar. Sanggup ye travel jauh untuk jumpa perempuan sundal tu. Lepas je kantoi kali kedua, kalini aku libatkan keluarga dia. Aku call mak dia dan adik beradik dia. Hari yang sama juga aku pergi mahkamah dan failkan penceraian. Aku ada banyak sebab untuk berpisah. Bukan sebab ni je.
Mungkin dia tak sangka aku akan sampai ke tahap ini. Family mertua aku of course taknak kami berpisah, diorang datang pujuk aku. Diorang suruh fikir anak – anak. Aku cakap anak – anak biar laki aku yang jaga. Aku tak kisah. Kalau laki aku tak nak kat aku, ramai lagi yang nak.
Aku berkerjaya, aku berpendapatan sendiri. Rumah dan kereta dibeli atas nama aku, dan aku ada rupa. Aku tak pernah berkira pun sebelum ni, tapi bila dia dah buat macam ni aku rasa terkhi4nati. Tapi aku termakan juga pujukan mertua dan ipar duai aku, aku cakap aku boleh tarik balik fail cerai tapi aku buat perjanjian, sekiranya laki aku tipu atau curang lagi, kena setuju cerai fast track.
Jadi depan parents and adik beradik dia, laki aku buat perjanjian tu dan sign. Masa tarikh sebutan mahkamah, kami pergi dan depan hakim aku cakap aku dah fikir baik – baik tak jadi cerai. Keluar je dari court dia nangis – nangis berterima kasih dengan aku.
Lepas dari kejadian tu, aku nampak dia berubah dan cuba memenangi cinta aku kembali. Dia lebih bertanggungjawab focus pada family kami dan anak – anak. Cuma aku masih tr4uma, tr4uma yang sangat dalam. Lebih – lebih lagi bila aku ingat semula sebenarnya banyak dah redflag yang aku perasan sebelum dia kantoi tapi aku cuba menafikan, turn out benda tu betul. Aku rasa sangat b0doh untuk percaya.
Aku masih sayangkan dia, dan aku tahu dia sayangkan aku. Cuma aku sukar nak percaya sebab dia tipu dua kali ye. Jadi sayang aku tak sepenuh hati. Aku takut kalau aku serahkan semua perasaan aku macam dulu, aku dikhi4nati lagi. Kadang – kadang aku s4kit hati dan benci tengok muka dia, aku rasa macam nak jerit je depan muka dia “penipu!!”. Tapi aku cuba sabar dan ingat kebaikan – kebaikan dia.
Soalan aku, berapa lama perasaan aku akan macam ni? Selama – lamanya ke? Adakah aku masih perlu berhati – hati? Sebab orang kata kalau pernah curang sekali, akan curang lagi. Sudilah memberi nasihat dan kata – kata semangat. – Maw4r (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Ashikin Shah : Dia sayang bini dia, perempuan tu pun dia sayang sebab tu bertahun dia dengan perempuan tu. Kalau tengok dia menangis, tu airmata bukan sebab kamu ja, tapi sebab perempuan tu. Dia terp4ksa lepas sebab lebih sayang rumahtangga dia dan anak – anak. Well men… saya belum kahwin jadi tak nasihat apa – apa hal rumahtangga. Kamu boleh ik4t dia tapi tak boleh ubah dia. Dia buat apa yang dia mau, berhenti bila dia mau.
IKON CLUB : Jangan serahkan lagi hati awak untuk suami. Bersederhana dalam mencintai seseorang. Jaga hati awak. Jangan bagi suami atau orang lain s4kiti hati awak lagi. Seseorang tu takkan berubah kalau bukan diri dia sendiri yang nak berubah.
Perjanjian tu mungkin peluang terakhir. Andai kata suami ulang lagi, awak buat lah keputusan untuk diri awak sendiri. Bukan dengar kata orang. Sebab awak sendiri yang lalui dan tahu suami macam mana sepanjang marriage. Semoga dipermudahkan segala urusan confessor Aamiin.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.