Ayah dari malas solat, kaki jvdi tiba-tiba berubah jadi alim. Rupanya ada rancangan nak kahwin dengan gadis kampung sebeIah

Ayah p4ksa mak cari makan dan besarkan anak – anak sendiri. Sementara ayah gemokkan badan dan kaki tidur. Ayah buat emak macam h4mba kerja keras cari duit, besarkan anak – anak dan beri dia makan.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Saya perkenalkan diri saya sebagai Ismail. Sudah lama saya mengikuti banyak kisah yang dipaparkan di ruangan ini dan saya amat simpati dengan nasib kaum wanita seperti ibu saya.

Malah saya rasa ibu saya tak pernah merasa kebahagiaan dalam hidupnya sejak dia berumah tangga dan setelah melahirkan 5 orang kami anak – anaknya. Kalau Tan Sri P.Ramle ceritakan Osman Kasim bu.ta mata kerana terlalu banyak menangis dalam filem Ibu Mertua ku, demikianlah nasib ibu saya.

SebeIah matanya hampir bu.ta. Kata doktor dia terlalu banyak menangis. Nasib saya cepat sedar dan dapat diselamatkan mata kanannya, kini sebeIah kiri pula bakal bu.ta. Hanya tangisan redakan pend3ritaan ibu saya.

MaIangnya saya tidak dapat selamatkan ibu, kerana ibu masih bersuami ayah saya. Ibu tak berani tinggalkan ayah, bimbang hadapi lebih banyak pend3ritaan dan tekanan dari ayah bila balik nanti. Kata ibu hati dan perasaannya sudah lama tawar dan m4ti terhadap ayah, kerana sikap ayah sentiasa menguji kesabarannya sejak mula kahwin lagi.

Ayah bukan sahaja bersikap s0mbong, eg0 malah k3jam. Sering menunjukkan kekuatannya melalui tangan hingga pernah meIukakan ibu. Paling meny4kitkan hati sejak mudanya ayah memang pemalas, dulu dia anggota t3ntera, tetapi tak sesuai dengan jiwanya dia buat keputvsan berhenti kerja.

Bila balik kampung, ketika itu kami masih kecil lagi, kami tak ada rumah nak berteduh untung ada pondok tinggal di situlah kami berIindung, ayah ada sambung sikit untuk ruangan dapur dan ruang depan. Alasan ayah adik beradiknya k3jam tak beri dia duduk rumah nenek.

Hanya kini baru kami tahu hal sebenarnya, antara sebabnya kerana per4ngai ayah suka berjvdi, kaki perempuan dan tak kenal masjid. Tak makan nasihat, pada dia apa yang dia buat semuanya betul, nasihat cuma hendak mer0sakkan hidupnya saja.

Balik kampung, ibu men0reh getah, jam 6 pagi ibu dah keluar rumah selepas siapkan makan minum kami. Ayah ke kebun getah jam 10 pagi lepas minum di gerai, jam 12 dia balik, sementara ibu jam 2 petang baru balik setelah angkat getah dan sekerap.

Begitulah hidup emak tahun demi tahun. Hasil jualan getah ayah ambil alasannya nak beli barang keperluan dapur. Tapi tak pernah cukup. Jualan sekerap getahlah biasanya emak guna beli beras, asam gara, gula dan kopi. Duit sekolah pandai – pandai kamilah cari duit sendiri.

Biasanya kami bantu di kedai dan di gerai, dapat makan dan dapat duit belanja sekolah. Kata ayah, nak sekolah kena usaha sendiri. Demikianlah rutin hidup kami adik beradik kecuali yang bersekolah rendah. Saya tahu per4ngai ayah, sebab saya paling teruk kena beIasah, sep4k ter4jang.

Tapi saya tak berdend4m walaupun sering diabaikan dalam segala segi. Ibulah penyelamat ketika itu. Namun saya berdoa ayah berubah kepada kebaikan. Nak jadikan cerita adik bongsu saya meninggaI dunia kerana terlibat dalam kemaIangan jalanraya ketika ibu ambil dia balik dari sekolah.

Ayah salahkan ibu punca kem4tian adik. Sejak itu hubungan mereka tambah tegang, ayah tak peduli kes4kitan ibu. Kebetulan jarak umur adik bongsu dengan nombor empat 15 tahun, jadi ayah amat sayangkan dia. Ibu dikutuk dengan kata nista, kerana kem4tian adik.

Sudah pasti kesedihan ibu menjadi – jadi. Namun ada hikmah selepas kem4tian adik. Ayah bertukar rajin ke masjid, kalau dulu ayah tak pernah solat lima waktu dan solat jumaat pun selalu lupa. Tapi dia tidak pergi ke masjid di kampung kami, sebaliknya ke kampung sebeIah.

Malah ayah sering ikut kumpulan dakwah ke sana sini. Tetapi perubahannya ada makna dia hendak madukan ibu, sebab giIakan gadis kampung sebeIah. MaIangnya bila orang kampung dah tahu, rahsianya bocor ibu jadi sas4ran.

Pinggan mangkuk jadi m4ngsa dibaIing dan berder4i ke lantai. Ibu dituduh, walaupun ibu tak diizinkan campur orang. Ayah memang pemb3ngis dan perengus. Tak puas ibu dim4ki, kebetulan adik keempat ada di rumah, dia pulak jadi m4ngsa, kerana dua lagi adik saya sudah berkahwin dan duduk di bandar. Ayah bencikan adik tanpa sebab.

“H4ng memang anak tak guna, anak h4ram, lebih baik h4ng keluar dari rumah ini! anak siaI!” Kerana terlalu sedih dan kecewa dipanggil anak h4ram, adik tinggalkan rumah. Ini membuat ibu bertambah sedih. Ibu tak ada kawan bercerita.

Kerana terlalu sedih 2 minggu ibu terIantar s4kit saya terk3jut bila kebetulan balik bercuti ke kampung, kerana saya bekerja di selatan sementara ibu tinggal di utara. Saya cari adik ajak pulang rumah. MaIangnya adik merajuk kata adik dia akan pulang ke rumah hanya selepas ayah meninggaI dunia.

Kata adik dia tak sanggup tengok muka ayah kerana terlalu sedih bila ayah panggil dia anak h4ram. Saya hairan dengan ayah, dulu kaki jvdi, kaki perempuan dan abaikan tanggungjawab beri makan anak – anak. Sekarang walaupun rajin ke masjid mula nampak ‘keislamannya’ tetapi per4ngai perengus, panas baran dan tak mahu bertanggungjawab kepada keluarga sem4kin bertambah teruk lagi.

Jangankan kata hendak bayar bil air, elektrik dan pelbagai, sekilo gula atau sekampit beras pun jarang dibelinya. Ayah jadi sem4kin kedekut sebab itu anak – anak tak berminat nak hulurkan duit poket pada ayah. Sebab pengalaman pahit kami sejak kecil dulu kena cari duit sendiri kalau nak sekolah.

MaIangnya duit pemberian kami kepada ibu tetap ayah ambil dengan jalan berhutang pada orang dan minta si pemungut hutang minta bayaran pada ibu. Tidak keterlaluan kalau saya katakan duit yang saya masukkan dalam bank ibu, semua ayah ambil untuk kegunaannya sendiri, walau dengan apa cara sekalipun.

Ibu paling gembira kalau saya balik kampung, sebab ada tempat nak bercerita, berbanding Angah dan Alang kerana mereka sering minta pinjam duit dengan pelbagai alasan tertentu. Namun ayah tak suka jika saya balik dia jadi ‘kepanasan’.

Pernah ayah tidur di masjid kerana saya ada di rumah. Mungkin dia malu dengan kejayaan saya dalam pelajaran kerana dapat masuk universiti, kerana dulu ayah kata saya b0doh. Saya kagum dengan kekuatan ibu, tapi dia dibenci oleh ibu mertuanya seperti Nyonya Mansor itu, namun ibu tetap jalankan tugas sebagai isteri, walaupun dip4ksa cari makan dan besarkan anak – anak sendiri.

Sementara ayah gemokkan badan dan kaki tidur. Ayah buat emak macam h4mba kerja keras cari duit, besarkan anak – anak dan beri dia makan. Sejak kecil saya memang tak pernah bermanja dengan nenek, sebab nenek tak sukakan kami.

Saya masih ingat lagi ketika kecil dulu, nenek beri kami makan nasi dengan 2 ekor ikan goreng yang dikongsi dengan 18 orang cucunya. Bayangkan betapa kedekutnya nenek. Kini ibu sendirian di rumah, bila ada saud4ra mara atau jiran datang ibu akan keluarkan gambar adik dan bercerita seolah – oleh adik masih hidup lagi. Ibu cuba tenang tetapi dalam hatinya tidak ada siapa tahu.

Hidup ibu tidak pernah indah. Hanya saya tempatnya menumpang kasih. Kini ibu sering s4kit tapi dia sembunyikan daripada saya. Inilah yang saya bimbangkan takut saya tak sempat berbakti dan berjasa kepadanya.

Sejahat – jahat ayah, saya cuba hormat dan mengambil hatinya walaupun kesabaran saya sering diuji. Doa saya semoga ayah kesiankan ibu janganlah siksa zahir batin ibu lagi, biarlah ibu mengakhiri hari – hari terakhirnya dengan tenang walapun tidak gembira.

Harapan saya agar ibu tidak menangis lagi saya takut ibu bu.ta. Namun jika itu terjadi saya tetap sayangkan ibu dan berjanji akan menjaganya dengan baik jika ayah izinkan saya bawa ibu keluar dari rumah itu.

Komen W4rganet :

Fatin Hanani : Tolonglah bawa mak awak keluar dari perkahwinan t0ksik macam ni. Anak – anak semua pun dah besarkan, bawa la mak duduk dengan korang. Kenapa la biarkan mak tu terus jadi m4ngsa pend3raan bapak korang yang tak macam orang tu. Sampai bila korang nak tunggu ni? Adoii, geram plak aku baca. Dah la ko tu anak lelaki, cuba tegas sikit dengan bapak yang macam tu.

Mohd Wan : Kesian la bro dekat mak tu. Korang dah besar, dah bekerja, mampu je nak jaga mak tu. Kalau bapak korang tak izin pun, buat la report polis sebab dia dah pukuI mak. Tak pun ugvt je nak report polis kalau dia tak nak bagi korang bawa mak keluar. Semua komen – komen dekat sini suruh korang bawa mak keluar. Dengarlah nasihat kami ni.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.