Adik aku 0KU dapat elaun 10k tapi baki akaun adik hanya tinggal 550. Rupanya ayah rembat

Aku nampak adik aku lain macam, aku minta izin ayah utk jumpa pakar. Ayah perlekehkan aku tapi memang betul adik aku OKU. Tapi bila aku dapat duit elaun OKU sampai 10k, duit tu ayah rembat. Aku ingat lagi ayah kata duit adik aku tu hak dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak cerita sedikit pasal ayah aku. Yang baik kita ikut.. yang mana tak baik aku harap kita jadikan sempadan. Aku tak pernah mengarang sepanjang ini. Aku just nak share je cerita tentang ayah aku ni.

Ok aku ada adik bongsu lelaki.. namanya Abdullah. Jarak umur aku dengan Abdullah ialah 19 tahun. To make short… aku perasan Abdullah ni lain dari kanak – kanak yang lain bila mana guru tadika Abdullah ada bagi tau Abdullah lambat dari kawan – kawan yang lain.. nak hafal ABC pun ambil masa setahun.

Selain tu,yang aku perasan, masa Abdullah berumur 4 ke 5 tahun. Abdullah masih lagi pelat, tak pandai menggunakan lebih dari pada 3 patah perkataan. Aku juga ada perasan, Abdullah lebih meniru gaya kartun yang dia suka.

Kalau dia marah, dia akan ikut gaya kartun tu. Macam tu juga bila dia nak berkomunikasi dengan orang lain. So, sebagai kakak sulung yang ada kereta aku ada minta izin ayah untuk bawa Abdullah ke hospitaI untuk berjumpa doktor pakar.

Tapi ayah aku tentang. Ayah perlekehkan aku. Ayah cakap, “eleh… nanti dia dah besar dia tau la cakap betul – betul.” Aku berkeras. Bagi aku benda tu abnormal sebab umur Abdullah dah 5 tahun. Aku pun bawalah Abdullah jumpa pakar.

Macam – macam pakar aku jumpa. Speech therapy, pakar ENT dan macam – macam lagi lah. Aku ikut setiap temujanji yang telah diberi. Untuk pengetahuan semua, aku jumpa pakar daripada hospitaI kerajaan. Ada pakar yang tiada di hospitaI berhampiran dengan rumah, jadi aku perlu ke hospitaI besar yang jauhnya lebih kurang 50km perjalanan sehala.

Yang paling menc4bar, jika waktu appointment clash dengan waktu kerja. Nak tak nak aku kena ambil CRK. Tapi tak pe.. masa tu aku belum berkahwin dan yang lagi penting aku masih tinggal serumah dengan mak dan ayah.

Setiap kali aku dan Abdullah bersiap – siap nak ke hospitaI, ayah akan perli. Tapi aku sabar. Aku pekakkan telinga. So akhirnya pakar sahkan Abdullah sebagai 0KU (masalah pembelajaran). Bila Abdullah dah naik sekolah.. Abdullah kena masuk aliran khas, iaitu PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi).

Alhamdulillah… Allah permudahkan urusan Abdullah sepanjang berada dalam program tu. Abdullah dapat elaun EMK berjumlah RM1800 setahun. Syukur. Aku memang pesan pada mak duit elaun tu guna masa – masa kec3masan untuk pendidikan Abdullah. Mak aku jer yang tahu Abdullah ada elaun.

Ayah aku tak tau.. sebab semua berkaitan persekolahan Abdullah aku yang uruskan. Aku tak nak Abdullah rasa susah masa aku nak sambung belajar (ayah aku buat hal.. kalau nak aku cerita). Ayah aku ni takde sumber pendapatan tetap. Kebun ada. Tapi harga getah tak menentu.

Kalau dulu ayah masih ada kudrat untuk menoreh getah. Tapi sekarang, ayah tak larat. Anak- anak memang hulurkan ayah duit setiap bulan. Bil – bil ayah tak pernah bayar sejak kami adik beradik ada kerja sambilan semasa habis SPM. Perbelanjaan rumah semua adik beradik sediakan.

Masa awal tahun aritu, aku ada berbincang dengan mak, aku nak keluarkan duit elaun Abdullah.. aku nak masukan dalam tabung haji. Bila aku suarakan tentang duit tu, mak aku senyap je.. diam jer. Aku tak syak apa – apa.

So aku pun wasap guru kelas Abdullah untuk ambil buku biasiswa untuk buat pengeluaran. Masa dapat reply dari guru kelas aku dah berdebar – debar. Adrenalin aku bergetar kencang. Aku rasa cemas. Guru kelas Abdullah reply macam ni,

“Kami tidak menyimpan buku bank Abdullah. Buku bank adalah bawah simpanan ibu bapa”. Aku terus call emak.. Mak aku cakap dia tak pegang buku bank Abdullah. Ok tak pe.. Aku terus call ayah. Masa call tu aku rilek – rilek jer (walhal aku dah cuak).

Aku tak nak ayah nampak sangat yang aku syak benda tak best pasal duit elaun Abdullah, aku borak – borak macam biasa. Kemudian, aku tanya aku nak buku bank Abdullah. Aku bagi tau la.. sekarang Abdullah dah tingkatan 2.

Kalau dari Darjah 1 sampai Tingkatan 2 duit elaun ada lebih kurang RM10000. Baik masuk dalam TH. Boleh simpan untuk tabung pendidikan Abdullah. Aku bagi bagi pendapat la. Ayah aku cakap… buat apa keluarkan duit tu.

Duit bank Abdullah pun tak banyak, ada dalam RM500 lebih jer. Aku terduduk. Aku terdiam. Aku tanya… ayah buat apa dengan duit tu.. kalau ayah keluarkan duit elaun untuk bayar duit buku dan PIBG setiap tahun, tak kan baki tinggal RM500 lebih.

Walhal… segala persiapan masuk sekolah setiap tahun aku dan adik beradik lain sediakan. Ayah aku cakap, dia guna duit tu untuk berubat. Bukan jumpa doktor tau, dia jumpa b0moh – b0moh untuk berubat. Kadang – kadang dia batuk tak henti – henti dia jumpa b0moh.

Apa – apalah semua b0moh. Dia berg4duh dengan mak aku pun dia jumpa b0moh. Adik beradik aku selalu berg4duh pun dia jumpa b0moh. Semua b0moh. Entah mana silap ayah.. b0moh yang dia jumpa semua nak kan duit.

Ayah percaya. Yang aku sedih duit pendidikan Abdullah… habis h4ngus. Ayah guna untuk tujuan dia sendiri. Aku tak tau nak cakap apa dah. Lepas dari hari aku call ayah, ayah ada call aku balik. Ayah cakap aku takde hak untuk tanya mana duit Abdullah.

Dia ada cakap Abdullah anak dia. Duit Abdullah duit dia. Ayah cakap dia boleh bawa la Abdullah jumpa doktor sendiri. Ayah cakap lagi, aku yang memandai – mandai bawa Abdullah jumpa doktor sedangkan dia boleh bawa Abdullah sendiri jumpa doktor.

Lepas insiden tu… mak aku ada bagi tau mata Abdullah juling. Aku bagi tau mak, sekarang ni aku tak boleh uruskan macam dulu. Aku kerja lain negeri. Aku ada komitmen pada keluarga aku juga, tambah pula aku ada baby.

Aku minta ayah bawa pergi hospitaI dekat dengan rumah untuk dapatkan rawatan awal. Masa PKP hari tu, boleh rentas negeri aku balik kampung. Ayah masih tidak buat apa – apa. Ayah tak bawa pun Abdullah ke hospitaI atau kIinik pun.

Sedangkan setiap bulan dia kena ke hospitaI untuk ambil ubat k3ncing manis dia. Aku sedih dengan sikap ayah acuh tak acuh dia. Doakan mata Abdullah kembali normal ya kawan – kawan. InsyaaAllah aku akan cuba fikirkan cara untuk dapatkan rawatan Abdullah. – Lily (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Anne Is : Bagi tau jkm, buat buku baru sebab adik dah besar boleh buka akaun sendiri. Masa kecik memang akaun atas nama parents. Duit tu untuk masa depan dia nanti, bila dah takde orang tua sape nak sara hidup dia. Otak orang tua ni letak kat lutut agaknya. Kawan saya ada anak 0ku, cite duit anak tu tak usik langsong, mana tau kami m4ti awal ke, adalah duit untuk anak ni, orang yang jaga anak ni pun taklah susah nanti.

Shikin Ilyas : Dulu – dulu memang cikgu yang pegang buku bank. Nak keluar berapa semua ada borang, ada kawalan tapi since dah boleh buat kad, no point cikgu pegang buku lagi kan. Lepas tu keluar pekeliling mak bapak yang pegang buku tapi jadi kes macam ni la.

Duit elaun tu digunakan mak bapak untuk kegunaan sendiri atau kegunaan anak – anak lain. Yuran susah nak bayar, nak berjalan – jalan ikut rombongan tak dapat sebab duit tu dah takde. Mentang – mentang la dorang tak pandai komplen, kasut buruk beg buruk la yang dipakai hari – hari. Dah la 0ku dapat pulak mak bapak tak fikir masa depan anak – anak macam ni. Kesian sangat.

Anissya Azlan : Duit emak tu je tau untuk masa depan dia. Kita ni belum tentu hidup sampai bila. Kalau bapak awak guna utk kepentingan diri sendiri, memang berd0sa. Saya pun ada adik 0ku aut1sme. Selalu ingtkan ayah saya duit jangan guna, simpan untuk masa depan dia.

Apa kata awak pakat dengan mak awak, cari kad / buku bank tu. Takpun pegi bank kata hilang ke, nanti dorang bekukan akaun tu kalau tak silap. Pastu duit tu buat akaun tabung haji ke untuk adik awak.

Jasmine Jamaluddin : Kesiannyaa Abdullah. Alhamdulillah confessor sebagai kakak dan anak yang baik, dah lakukan yang terbaik buat Abdullah. Semoga Allah Taala permudahkan segala urusan conferssor untuk rawatan Abdullah.. Aamiiiin Ya Robbal’aalamiiin. Confessor berdoalah agar ayah confessor tu berubah menjadi bapa yang lebih bertanggungjawab.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.