Adik aku ditempatkan dalam bilik kaca wad ps1kiatri akibat dari perbuatan ayah kahwin lain

Adik terlalu rapat dengan ayah, dia terIampau kecewa bila ayah dan ibu bercerai. Tambah kecewa bila dapat tahu ayah kahwin lain. Isteri ayah pula tak mahu jadi iseri kedua dan tak mahu lelaki dengan pakej anak2, akhirnya adik aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, nama aku DZ. Anak kedua dari 5 orang adik beradik. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku pun tak tahu nak meluahkan kepada siapa.

Ayah aku bakal melafazkan cerai kepada ibuku selepas 33 tahun berkahwin. Katanya dah tawar hati. Meh aku nak cerita dari mula kisahnya macam mana. Ibu ayah aku kahwin masa sama – sama belajar di luar negara. Lepas setahun kahwin, dapat anak sulung iaitu abang aku.

Habis belajar, balik Malaysia, aku pun lahir. Masa ni ayah aku sambung belajar flying. Selepas beberapa tahun bersusah payah dengan hidup baru, mak aku sambung belajar kursus perguruan. Jadi bila anak dah 4 orang, dia dapat jadi cikgu.

Semuanya nampak baik je di mata kami anak – anak. Sampai lah ibu mula macam suka tinggi suara, marah – marah, em0 tak menentu. Aku ingat lagi masa aku belajar universiti, aku pernah tak masak, lama jugak lah ibu tak bercakap dengan aku.

Yang bestnya bukan dengan aku sorang je dia buat diam, silent tr3atment. Dengan semua orang dalam rumah. Benda ni jadi sem4kin teruk lepas dia 0perate buang rahim. Lepas tu dia macam tak sedar, dia dah s4kitkan hati ayah banyak kali.

Marah pun ikut suka hati, perIi – perIi ikut suka hati, dan macam – macam lagi. Dia rasa tak apa, pergi berjalan bercuti dengan kawan – kawan, pergi sana sini dengan kawan – kawan, sambut birthday pun dengan kawan – kawan dulu.

(Ya kita faham, dia k0rbankan waktu muda remaja dia yang habis dengan membesarkan kami s4kit pening sedangkan ayah pergi kerja fly sana – sini.) Masa ni, ayah dah start rasa sunyi, rasa tak dihorm4ti. Umrah beberapa tahun lepas ayah doa nakkan bini kedua.

Jadi dekat sini segala – galanya berubah. Ayah jumpa dengan budak office dia, diorang bercinta Tapi ibu tak tahu. Ayah bagitahu dekat adik aku, dan adik aku setuju sebab dia nampak macam mana kecewanya ayah bila ibu buat macam tu.

Kemudian, tiba – tiba adik tak setuju plak sebab dia rasa tak adil untuk ibu aku. Bila dah tak setuju tu, dorang berg4duh sampai tak bercakap agak lama. Satu hari, tiba – tiba adik menyahut bila ayah panggil. Ayah nangis teruk sebab diorang ni memang sangat rapat. Ibu pelik. Bila ibu tanya kenapa?

Ayah mengaku dia berg4duh dengan adik sebab ada affair dengan perempuan lain dekat pejabat. Ibu kecewa. Mula – mula ibu macam ran4p. Marah. Menangis. Ibu tak tahu apa salah dia sebab tak pernah orang tegur selama 33 tahun.

Ayah tak pernah tegur. Habis fasa menangis, ibu berubah 180 darjah. Tak marah – marah. Tak em0. Tak perIi – perIi. Tak keluar lepak dengan geng dia. Tak pergi bercuti dengan kawan – kawan. Even tak pergi masjid dah setiap malam kalau ayah tak ajak sebab sebelum ni ibu yang ajak.

Ayah? Mula – mula janji nak putvs dengan perempuan tu. Tapi lama – lama, ayah cakap ibu berubah tu dah terlambat. Kami tak boleh ser4ng perempuan tu, sebab dia awal – awal dah bIock kami. Pernah juga kami mesej adik beradik dia, ayah marahkan kami.

Ayah dah tak nak teruskan lagi dengan ibu. Hati dah tak ada. Ayah Istikarah nampak perempuan tu ajak keluar dari rumah kami. Entahlah. Ibu dah cuba macam – macam nak ambil hati ayah. Tapi, berpisah yang ayah pilih. Mungkin tiada jod0h.

Oh, perempuan tu, tua dua tahun je dari aku. Muda setahun dari abang aku. Jadi, boleh imagine berapa umur dia. Doakan ibu kuat. Doakan ayah bahagia dan tak menyesal. Doakan adik perempuan aku berbaik semula dengan ayah. Doakan adik – beradik lelaki aku tabah. Doakan aku tenang. Doakan kami.

Sambungan… Hi, Nama aku DZ. Pernah tulis dekat sini tahun lepas. Seminggu lepas aku luahkan di sini, ayah aku ceraikan ibu aku. Aku tak ada tempat nak meluahkan ni. Adik aku pun dah kr0nik dalam wad ps1kiatri. Kalau aku sembang dengan dia, mau hati dia m4kin h4ncur. Mari aku ringkaskan cerita…

Ayah aku umur 50-an, dan dia kenal dengan staff di ofis dia (kita namakan dia Hasna, umur 30-an). Bila ibu dapat tahu, ibu cuba berubah. January tahun lepas, aku pernah mesej kembar skandaI ayah aku, (kita namakan dia Husna) aku mintak tolong dengan Husna ni mintak nasihatkan Hasna ni jauhkan diri dari ayah aku, tapi dia marah aku balik, jauhkan diri dari dia dan adik beradiknya sebab mereka pun bukan sukakan ayah aku mengganggu Hasna ni.

Nak dipendekkan cerita.. Bulan April, ayah ceraikan ibu dengan taIak satu depan kami adik beradik dan pak long kami (abang sulung ayah). Ayah janji apa yang berlaku adalah antara dia dan ibu sahaja, tapi rupa – rupanya kami silap.

Bila kami begitu berusaha untuk berjumpa dengan dia, rupanya dia sem4kin menjauhkan diri. Paling merasai kesannya adalah adik aku. Adik aku paling rapat dengan ayah, setiap minggu selepas cerai dia tanpa gagal mengajak ayah aku untuk keluar makan seminggu sekali.

Tapi sem4kin lama, ayah sem4kin jauh dari dia. Bulan Oktober, adik pergi berjumpa ps1kiatri kerana mengaIami kemurungan yang teruk. Sejak itu, adik berg4ntung sepenuhnya pada ubat tidur di waktu malam. Raya tahun lepas, ayah ikut kami pulang beraya di kampung ibu, dan kami sangat terk3jut, kerana kami dah jarang bercakap dengan ayah sebab dia menjauhkan diri.

Adik apatah lagi, berapa kali bIocked unbIocked number ayah. Siapa sangka, raya ke-4 tahun ayah kahwin. Tanpa kami dengar apa – apa berita. Macam mana kami tahu? Ada yang menyampai pada ibu. Itu pun ibu tahu selepas 4 hari perkahwinan ayah.

Hari yang sama adik di masukkan ke hospitaI kerana mengaIami depr3si yang teruk. Aku macam biasa, cari punca untuk dapatkan kepastian. Jadi, aku jumpa melalui facebook Huda (kakak Hasna), aku hantar gambar berserta soalan, “are you married?” kepada ayah aku, tiada jawapan.

Masa tu rasa dunia macam gelap, aku ada adik perlu dijaga, ayah aku, pak long aku, malah Husna sendiri tak reply mesej aku bertanya ayah aku dah kahwin dengan Hasna ke. Maka aku biarkan semua berlalu sebab aku ada adik perlu dijaga.

Isnin, ketika aku dan ibu makan di luar, adik aku ada menghantar mesej ingin bertemu ayah. Selang beberapa minit, dia menghantar gambar perkahwinan ayah yang diambil dari Google Images. Aku dah tak rasa sedih, aku lebih risaukan keadaan adik.

Adik pulang ke rumah, habis semua barang tinggalan ayah dih4ncurkan, dibaIing, dipecahkan. Adik di hantar ke hospitaI untuk ubat penenang. Ibu tidur dengan adik malam tu. Selasa, aku hantar adik ke hospitaI untuk dapatkan rawatan kerana cubaan bvnvh diri, ayah datang, dan bermulalah sesi m4ki hamun oleh adik, betapa h4ncur dan kecewanya dia, betapa sedih dan ran4p hatinya.

Betapa dia mahu berada dalam hidup ayah tapi ayah langsung tidak mahukan dia. Bercerai dengan isteri tapi tidak dengan anak – anak. Tapi tiada seorang pun anak – anak ayah berada di majlis kahwin ayah, bukan kerana kami tak mahu pergi, tapi kerana kami tak dimaklumkan.

Rabu, adik aku dimasukkan ke HUKM sebab beberapa kali cubaan bunvh diri. Mungkin orang akan kata, ayah kahwin je pun. Tapi keadaannya tak sama dengan kondisi adik. Aku melawat adik setiap hari tanpa gagal, dari ditempatkan di wad psiki4tri di luar, sehingga masuk ke bilik kaca seorang diri, yang ada cuma katil, selimut dan bantal.

Even plug pun tak ada. Nak pergi tandas, nak makan, nak minum, k3tuklah tingkap tu sehingga nurse datang. Sabtu, aku dapat panggiIan dari HUKM, adik meng4muk. Dari waktu aku sampai di HUKM pada jam 2:30 petang sehingga 5:30 petang, aku tak dibenarkan masuk ke dalam, doktor cuba menenangkan adik.

Adik mahukan ubat tidur, doktor tidak membenarkan kerana dos yang lama masih berbaki. Adik marah, cuba menc3kik diri dengan selimut. Tiga kali adik diik4t kaki dan tangan pada katil. Adik mahu tidur supaya tidak berfikir tentang ayah lagi. Bila adik dah tenang baru kami dapat masuk.

Ahad, aku datang melawat adik lagi, adik makan semua buah yang aku bawa, tiba – tiba adik kata p3rut dia s4kit kerana telan sabun semasa mandi pagi. Adik cakap dia tak mahu m4ti, dia cuma ingin pengsan dan tak mahu bangun.

dik dip4ksa munt4h dan b3rak untuk keluarkan sabun yang ditelan. Seharian adik lemah kerana ker4cunan. Hari ni, adik dipanggil masuk ke bilik conference untuk meluahkan semua yang dia rasa. Dalam bilik conference tu ada ramai prof dan doktor untuk mendengar masalah depr3si adik.

Bila adik keluar dan tanya nurse kenapa dia dipanggil, nurse cakap, kes adik berat. Doktor yang merawat tak jumpa solution untuk masalah dia. Adik tak dapat discaj hari ni. Untuk semua yang terjadi sehingga hari ni, untuk anak dan suami yang terp4ksa berk0rban masa demi mummy jaga aunty, untuk ayah yang tinggalkan kami kerana syarat Hasna tidak mahu jadi isteri kedua.

Dan tak mahu lelaki yang datang dengan pakej (anak – anak), dan untuk Hasna yang datang dan membawa ayah pergi walau berkali kami katakan berhenti, terima kasih. Tahniah dapat seorang pilot seperti yang diimpikan. Tahniah juga mak tiri yang dapat suami yang single (dari segi isteri dan anak – anak). – DZ (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Noor Eda Abd Rahman : Sabar dik, kuatkan kan semangat. Cuba cari air zam zam, atau air – air penawar untuk adik. Kesian kat adik. InsyaAllah Semoga adik cepat sembuh. Kes m4buk cinta dengan orang ketiga ni memang payah.

Ann Fardan : Ada ramai suami begini, suami yang tidak mendidik, suami yang tidak menegur, suami yang gagal membimbing, suami yag kurang ihsan pada isterinya. Sedangkan isteri dinikahi untuk dibentuk dan dibantu sahsiah,  akhlak dan agamanya.

Jika ada kelemahan isteri, jika ada kekurangan isteri, jika ada yang tak kena di mata suami seharusnya suami membantu dan mengenalpasti mengapa isteri berubah laku? Mengapa isteri yang asalnya lemah lembut jadi kaku bisu?

Mengapa isteri yang dulunya manja jadi macam singa? Mengapa isteri yang selalu nak berkepit merajuk kini lebih selesa tanpa dia? Isteri sebenarnya ingin didengari dan disantuni dan sekeras – keras kerak nasi lembut jua jika suami bijak mengendalikan em0si sang isteri.

Nampak sangat bapamu pentingkan diri. Bila isteri silap terus tawar hati dan dihukvmi. Percayalah isteri adalah acuan suami, bagaimana tingkahlaku si isteri hari ini adalah hasil tangan dan akhlak suaminya sendiri!

Derwena Mohd Bazain : Dahsy4t sungguh kuasa cinta sampai hampir mer4gut nyawa anak sendiri tapi masih buta. Kubvr kata mari dah tu pakcik, kesian anak tu. Semoga yang baik – baik aje buat adik confessor, ibu dan diri confessor sendiri. Kalian kuat dan tabah.

Syahirah Rosé : Depr3ssion ni berat sangat untuk ditanggung. Bukan mereka mintak untuk menghidap depr3ssion tapi faktor keadaan sekeIiling, masyarakat, dan masalah mereka jadi faktor besar penyumbang depr3ssion. Semoga adik confessor kuatkan diri dan tabahkan hati untuk lalui semua ni. Semua ni sementara je. Tak lama. The eternity will come. Semoga cepat sembuh.

Azie Fazila : Tak boleh bayangkan betapa s4kitnya dan kecewa adik tu. Allahu.. Semoga dipermudahkan confessor sekeluarga. Terang – teranglah mak tiri tu bukan mak tiri yang baik. Sanggup pulak suruh suami buang anak – anak dan isteri pertama. Sedih sangat membayangkan perasaan adik confessor..

W Haslina : Pecahnya hati. Sanggup ya bina bahagia daripada keh4ncuran perasaan orang lain. Yang ayah pun kau tak boleh pikir panjangkah. Sebab cinta dan perasaan sahaja pun. Bahagiakah? Semoga Allah beri kekuatan buat kalian confessor , ibu dan adik adik. Allah ada.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.