Bila balik bercuti, kerja mereka tidur dan tengok movie. Pakaian kotor semua dilonggokkan sahaja di bilik air

Kini, anak2 telah berkeluarga. Dah beranak pinak. Tapi mereka masih tak berubah. Masih anggap diri mereka kecil. Bila balik bercuti, masing – masing mengorder nak makan ini, nak makan itu. Tapi saya lah yang duduk di dapur menyiapkan semua untuk keluarga. Belum part jaga cucu2 bila anak2nak dating kononnya. Di rumah mereka tak dapat berduaan kata mereka..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Saya membesar dalam keluarga miskin namun ibu saya melatih saya membuat kerja – kerja rumah sejak kecil lagi. Saya tak lah pandai mana dalam pelajaran.

Namun rezeki dari Allah kini dapatlah merasa kemewahan hidup sedikit di penghujung usia 50 hasil penat lelah bekerja dalam bidang professional. Dikurniakan anak – anak yang cerdik pandai. Dan berkerjaya yang baik. Apa yang nak saya luahkan di sini ialah perihal anak – anak saya yang malas.

Selalu saya baca dalam group ini, menantu menceritakan kemalasan keluarga mentua. Tapi yang berlaku pada saya, anak – anak sendiri yang sangat malas. Semasa mereka kecil lagi saya sudah mendidik mereka mengemas katil sendiri, menyusun kemas buku di meja belajar dan menyusun selipar di pintu masuk.

Apabila anak – anak telah masuk ke fasa remaja dan bersekolah menengah. Nampaknya tabiat menjaga kebersihan dan kekemasan rumah sudah tidak diendahkan lagi. Macam saya kata kan tadi, anak – anak saya cerdik belajar.

Jadi banyak masa mereka dihabiskan untuk belajar sahaja siang dan malam. Ini menyebabkan saya kasihankan mereka. Jadi saya lah yang akan menyiapkan semua kerja rumah dan memberi peluang kepada mereka untuk belajar sahaja.

Walaupun saya berkerjaya. Saya pastikan keperluan anak – anak terjaga. Hal ini berlarutan sampai mereka masuk university. Bila balik cuti semester, kerja mereka tidur dan membuat aktiviti kegemaran mereka di dalam bilik macam tengok movie.

Masa tu saya tak dapat masuk ke bilik mereka sebab asyik berkunci sahaja. Pakaian kotor semua dilonggokkan sahaja di bilik air. Kalau bernasib baik, dimasukkan ke dalam bakul baju. Dan apabila cuti berakhir, saya akan mengemas bilik mereka.

Bila saya masuk ke bilik, memang saya rasa marah sangat tapi ye lah anak dah besar – besar. Nanti kalau marah – marah, takut anak kecil hati pulak. Ada seorang anak saya yang memang tak boleh ditegur langsung kerana merupakan anak kesayangan suami saya.

Sejak kecil kalau dimarah suami akan memenangkannya. Jadinya saya lah yang akan mengambil baju kotor, susun semula almari baju, buang segala macam sampah dan paling teruk pad anak gadis pon saya akan kutip. Sayu hati bercampur marah setiap kali berkemas.

Kini, anak – anak telah berkeluarga. Dah beranak pinak. Tapi mereka masih tak berubah. Masih anggap diri mereka kecil. Bila balik bercuti, masing – masing mengorder nak makan ini, nak makan itu. Tapi saya lah yang duduk di dapur menyiapkan semua untuk keluarga.

Dari pergi membeli lauk, membuat persiapan, memasak dan menghidang. Anak – anak masuk dapur hanya untuk makan sahaja. Ini termasuklah per4ngai menantu. Dah lah tak menghulur dari segi kewangan. Nak dilayan macam raja.

Mereka hanya tau dilayan tapi tak pernah mahu melayan saya. Jika saya berkunjung ke rumah mereka, sama juga yang berlaku. Saya jugak yang akan jadi tukang masaknya. Itu belum lagi saya kena membasuh kain baju, sp3nder dan br4 anak menantu, menyidai, mengangkat dan melipatnya.

Part jaga cucu – cucu bila anak – anak nak dating kononnya. Di rumah mereka tak dapat berduaan kata mereka. Saya lah yang memandikan dan menjaga cucu – cucu bila anak – anak rasa nak keluar berdua. Saya rasa sedih sangat.

Kalau mengadu kat suami selalu tak dilayan. Selalu dia diam jer buat buat tak dengar. Suami memang takkan support em0si saya sejak dulu lagi. Segala birthday atau anniversary ke dia buat tak tahu jer. Jadi saya tau di mana letak nya saya.

Saya kena telan je apa yang berlaku. Kadang – kadang tu terfikir jugak nak tinggal kat pondok untuk orang tua. Boleh belajar agama tapi masih boleh kawal diri lagi. Semua kesedihan saya tu saya tanggung seorang diri. Ada ke yang senasib dengan saya.

Lega rasa dapat meluah. Tolong doakan anak anak saya sedar sebenarnya saya tak reda dengan semua ini. Buat ibu bapa di luar sana, jangan jadi macam saya. Dan tolong jangan kutuk keluarga saya. Saya cuma nak meluah sebab rasa diri keseorangan.

Komen warganet :

Ummy Ain : Dari pemerhatian sekeliling, mak – mak yang tegas dan garang, anak – anak semua terlentur elok berbanding dengan mak – mak yang lemah lembut bagi muka tak kena tempat.

Ash Lynhazzlya : Saya faham.. Makcik tak boleh dah nak tegur anak – anak sebab masing – masing dah besar. Cuba makcik bawak diri. Cuba bahagiakan diri makcik dulu. Masuk je pondok atau buat apa makcik suka atas keizinan suami. Bagi tau apa makcik nak dalam hidup. Kalau mereka (suami dan anak ) tak nak terima. Biarkan, kadang – kadang senyap ibu menakutkan anak – anak.

Fauziah A Rahim : Biarkan je la bilik anak – anak tu. Jangan dikemas. Bukan budak kecik lagi. Kalau nak kemas juga amik plastik hitam sumbat dan buang semua dalam tong sampah. Buat pe nak s4kitkan hati sendiri. Kena tegas. Kalau lembik camni memang la kena pijak kepala. Tak perlu rajin sangat nak basuh dan lipat. Terus buang semua yang ditinggalkan.

Mustakim Sayuti : Saya harap post ini ramai lah mereka yang bergelar anak membacanya dan jadikanlah satu panduan bahawa satu ketika nanti kita juga akan menjadi ibu bapa, sama – samalah saling membantu agar dapat membahagiakan kedua ibu bapa.

Bagi orang tua inilah ujian anak untuk kita, dekatkanlah diri pada Allah lakukan dengan ikhlas sambil berdoa agar anak – anak diberi kesed4ran, luangkn masa pergi masjid @ kuliah waktu anak – anak berkunjung ke rumah.

Dee Ya : Kena tegas dengan diri sendiri. Pakaian anak – anak cucu – cucu jangan dibasuh. Keraskan hati awak. Awak cuma basuh pakaian awak dan suami je. Bilik anak – anak jangan lagi dimasuk lepas ni. Biar macam tu je bilik.

Nanti pandai la mereka duduk dalam bilik yang tak berkemas. Kalau anak menantu balik, buat – buat la demam. Terbaring je kat bilik. Tak payah masak apa – apa makanan. Sesekali kena ajar juga mereka semua termasuk suami. Keputvsan untuk belajar kat pondok adalah pilihan terbaik. Tu pun kalau suami izinkan atau ajak suami sekali dok kat pondok.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.